Thursday 2 April 2020

Tips : MENTAFSIR PETA TOPOGRAFI ( SATU PERKONGSIAN )


Tips : MENTAFSIR  PETA  TOPOGRAFI




Bagi sesetangah  pelajar  - mentafsir  peta topografi  merupakan  sesuatu  yang  sangat  sukar . Mungkin mereka  gagal  mencari  " key " yang  membolehkan  mereka menjawab soalan-soalan  yang bersangkut paut  dengan tafsiran  peta  ini  dengan  mudah . Sebenarnya istilah tafsir  itu  sendiri sudah menjelaskan bahawa  semua  maklumat mesti  diakses  daripada  peta topografi berkenaan.

Konsep  Asas  Peta Topografi .
Peta yang menggambarkan ciri-ciri fizikal  dan  budaya   di sesuatu  kawasan  yang diwakilkan dengan menggunakan simbol yang piawai .

1. Ciri-ciri asas peta topografi yang  perlu  diketahui pelajar  sebelum tafsiran  dilakukan :
 i)   Simbol  pada ruang  petunjuk  peta topografi.
ii)   Skala  biasa terdapat di bahagian bawah peta topografi.
iii)  Sela kontur  terdapat  berhampiran  skala  peta.
iv)   Arah mata angin  di bahagian  bawah   bahagian  petunjuk peta  topografi.

i)  Simbol pada bahagian  petunjuk peta topografi.
- Biasanya  digunakan untuk menggambarkan ciri-ciri fizikal  dan budaya .
- Terbahagi kepada :
       1. Simbol  bergambar  - mewakili  ciri-ciri fizikal & budaya yang tersebar secara meluas. 




       2. Simbol  titik  - mewakili objek / binaan / struktur tunggal.
 




       3. Simbol  warna - menggambarkan ketinggian sesuatu kawasan.
               
Penjelasan :  Warna  hijau  -  tanah pamah.
                      Warna perang /berkontur -  tanah tinggi.


       4. Simbol  garisan  - mewakili objek / binaan  berbentuk linier / garisan .   

                 5. Simbol singakatan  perkataan - digunakan untuk menggambarkan  objek  fizikal @  budaya.  - di kaitkan  dengan  peranan atau  fungsinya.


ii)  Skala  -  digunakan untuk  menggukur jarak antara lokasi dalam peta topografi.
    Skala yang  biasa  digunakan  pada peta  topografi  ialah  1:50 000 @ 1 cm  :  0.5 km.
iii) Sela kontur  - digunakan untuk mengira ketinggian lokasi .
    Sela kontur yang  biasa  digunakan  ialah  20 meter.


iv) Arah mata angin  - digunakan untuk mengukur bearing & penentuan  arah antara  lokasi.

2. Ciri-ciri yang  di wakli oleh  pelbagai  simbol.
 i) Ciri-ciri Fizikal 
      - Bentuk  muka  bumi .
         ( gunung  , bukit  ,dataran  tinggi  , tebing tinggi dll ).
     -  Panduan  mencari jawapan  :   Rujuk kepada  pola  dan  bentuk  susunan garisan  kontur .


   

              - Sistem saliran.         ( sungai  , tasik  )
              - Panduan mencari jawapan :  Rujuk  kepada segmen " HIDROLOGI / CIRI-CIRI HIDROLOGI SEMULA  JADI  - bagi ciri-ciri sistem saliran  semula jadi  dan segmen " LAIN-LAIN  CIRI BUATAN DAN  PELBAGAI  BINAAN - bagi ciri-ciri sistem  saliran  / pengairan buatan  manusia.

     
       -   Tumbuhan semula jadi  ( hutan  rimba , tumbuhan paya )
       -   Panduan  mencari Jawapan : Rujuk kepada  segmen " TUMBUH-TUMBUHAN DAN TANAMAN . 



ii) Ciri-ciri  budaya 
      - Pelbagai ciri guna tanah .
         ( pertanian  , perikanan  , pegangkutan , petempatan dll )
      -  Cara cari jawapan : Rujuk  kepada  " SEMUA  SEGMEN "  terutama " TUMBUH-TUMBUHAN " dan  " SINGKATAN ".
      -   Jawapan  juga  boleh  diperolehi  dengan mengaitkan sesuatu simbol  dengan simbol yang  lain .( kurang digalakkan kecuali  itulah  kehendak soalan ) 

Aktiviti  pertanian.
  
  A
  
                                                     Jaringan  Pengangkutan

                                                     
                                                  Kemudahan  awam / sistem komunikasi                 


                                                         Aktiviti  akuakultur / perikanan.

                                                                    Petempatan .



Untuk mentafsir peta  topografi  dengan  betul , beberapa perkara perlu diteliti.
  i) Tafsiran secara langsung .
      - Jawapan diperolehi hasil tafsiran  simbol sahaja  .
                                      
       Contoh  : Pekerjaan  utama  penduduk  di  kawasan   utara  peta topografi  ini  ialah  penorah getah
( tafsiran terus  daripada simbol bergambar pokok  getah )  .
Contoh Soalan : Apakah pekerjaan  utama penduduk di dalam peta topografi 
Kata kerja lain :  Nyatakan  ,  Senaraikan .


ii)  Tafsiran berdasarkan pertautan simbol.
      - Jawapan diperoleh selepas melihat salingkaitan simbol.
                                  

             Contoh : Faktor yang  mempengaruhi perkembangan aktiviti penanaman padi  di kawasan barat peta topografi ialah  kawasan tanah paman yang luas   dan rata   ,  terdapat  sumber  air yang banyak   ,  mempunyai jaringan jalan raya serta  tenaga buruh  yang  ramai . 
( Rujukan  kepada perkaitan  simbol sawah padi , simbol petempatan , simbol saliran  ,simbol jalan raya ).
Contoh Soalan : Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan penanaman padi dalam peta topografi di atas.
Kata kerja  lain : Huraikan  ,  Terangkan  .


iii) Tafrisan berdasarkan simbol  dan elemen logikal / teori geografi.
      - Jawapan diperoleh hasil  daripada salingkaitan simbol dengan teori-teori dan fakta  sampingan.



         Contoh : Aktiviti  ekonomi   mesra  alam  yang boleh  dijalankan  di kawasan di bahagian timur peta ialah  aktiviti  ekopelancongan . Ini  kerana kawasan tersebut  terdapat kawasan tanah tinggi  dan kawasan hutan rezab samuntak . Aktiviti hiking / mendaki  dan menjelajah hutan tidak akan menjejaskan kualiti hutan simpan di kawasan tersebut.
(  Rujuk  kepada perkaitan  semua  simbol dan pengetahuan sedia ada pelajar  tentang  konsep   dan  aktiviti  ekopelancongan  serta  kesannya  kepada  alam  sekitar ).
Contoh soalan :  Dengan  merujuk kepada bahagian timur peta , cadangkan kegiatan ekonomi yang sesuai untuk memajukan  kawasan tersebut. Tuliskan alasan  anda .
Kata kerja lain : Wajarkah  , Sesuaikah , Cadangkan  , Beri alasan  , Berikan  hujah  . 


Semoga  dengan  sedikit  penjelaskan  ini ,  boleh  dijadikan  panduan oleh  anak-anak  Geografian untuk mentelaah  latihan  sebagai  persediaan untuk  menghadapi  SPM  tak lama  lagi ...


#hidupkitaacuankita
#usahakitakitajaya






No comments:

Post a Comment