Tema 4/5 : TUMBUH-TUMBUHAN SEMULAJADI .
( Jenis , Ciri , kepentingan , kesan & langkah ).
1.0. Jenis-jenis Tumbuhan semula jadi.
1.1. Hutan hujan tropika / hutan khatulisiwa.
( Tumbuhan yang terdapat di Malaysia )
- Membentuk ekosistem hutan tanah pamah ( dektrokrap )
- Ciri-ciri hutan Khatulistiwa .
i) Malar hijau .
ii) Spesis kayu keras .
iii) Berbatang besar dan berakar banir.
iv) mempunyai empat lapisan daum dan membentuk kanopi.
v) Habitat pelbagai flora dan fauna .
vi ) terdapat pelbagai spesis tumbuhan , menumpang , memanjat dan memanjat ( spesis tumbuhan epifit , parasit dan saprofit )
- Hutan Paya air masin / hutan paya bakau.
- Terdapat di kawasan pantai yang berlumpur atau di kawasan muara sungai.- Terdiri daripada spesis bakau minyak & bakau kurap.
- Habitat pelbagai hidupan akuatik .
- Semakin berkurangan kerana aktiviti pembalakan untuk diproses menjadi kayu arang dan tapak aktiviti akuakultur.
- Hutan Paya air tawar .
- Terdapat di kawasan pedalaman yang bersaliran buruk. - Kawasan utama ialah tasik Bera dan tasik Chini di Pahang.
- Dijadikan tapak RAMSAR ( untuk aktiviti perlindungan sumber alam / penyelidikan dan ekopelancongan ).
- Hutan pantai .
- Terdapat di kawasan pantai yang berpasir. - Tumbuhan utama ialah pokok Ru , mengkuang laut dan tapak kuda.
- Dibangunkan sebagai kawasan ekopelancongan.
- Hutan gunung / ekosistem tanah tinggi .
- Struktur dan taburan hutan serta jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi berubah mengikut ketinggian kawasan .
1.2. Hutan Monsun Tropika.
- Terdapat di kawasan yang beriklim Monsun Tropika.- Ciri utama tumbuh-tumbuhan / hutan ialah meluruhkan daun dalam musim kemarau / kering.
- Tumbuhan utama pokok buluh , pokok jati , pokok mahagoni .
1.4. Hutan Konifer / hutan pokok tirus.
- Terdapat secara meluas di kawasan beriklim hawa sederhana.- Ciri-ciri pokok :
i) Tumbuh seperti kon , berdaun halus berbentuk jarum.
ii) Spesis kayu lembut seperti pokok pain .fir ,sprus ,dan pokok larch.
iii ) Kulit pokok tebal .
iv ) Biji benih berkulit keras
- Bahan mentah utama dalam industri pulpa dan kertas.
1.5. Padang rumput hawa sederhana ( jenis Steepe )
- Terdapat di kawasan zon sederhana .
- Ciri-ciri tumbuhan akan berubah mengikut perubahan musim.
1.6. Tumbuhan gurun.
- Terdapat di kawasan gurun panas seperti di gurun Sahara , Gurun Arab dll.- Tumbuhan utama kaktus .
- Ciri tumbuhan :
i) Berdaun halus dan berlilin.
ii) Berkulit tebal / berlilin dan batangnya berlendir.
iii ) Berakar panjang.
1.7. Tumbuhan tundra.
- Terdiri daripada pokok renek dan bungs-bungaan.
- Berubah mengikut musim .
2.0. Taburan Tumbuh-tumbuhan semula jadi .
3.0. Faktor-faktor yang pengaruhi taburan tumbuhan semulajadi ( taburan , kepadatan pokok , ketinggian pokok dll )
- Faktor bentuk muka bumi - Ketingggian kawasan ( kawsan pinggir pantai / tanah pamah / kawasan tanah tinggi .
- Faktor jenis tanah dan batuan .
- Faktor iklim / cuaca - cahaya matahari , suhu , hujan dan angin.
- Aktiviti manusia - langkah-langkah penanaman , penebangan , penjarakkan pokok dll.
4.0. Kepentingan tumbuh-tumbuhan semulajadi.
- Terbahagi kepada :
i) Alam sekitar fizikal ( ASF ) .
- Sebagai habitat flora dan fauna.
- Membentuk rantaian makanan flora dan fauna.
- Membekalkan neutrien untuk mengekalkan kesuburan tanih.
- Mengawal proses hakiran tanih.
- Mengawal kejadian tanah runtuh / aliran lumpur .
- Menyederhanakan suhu / mengawal peningkatan suhu.
- Mengawal dan mengekalkan kelembapan udara.
- membebaskan wap air untuk membentuk hujan dalam proses kitaran hidrologi.
- mengawal kelajuan angin.
ii) Alam sekitar manusia / budaya ( ASM / ASB ) .
- Menyediakan peluang pekerjaaan.
- membekalkan sumber makanan kepada penduduk.
- membekalkan sumber ubat-ubatan tradisional / hoemopaty.
- Membekalkan sumber bahan mentah untuk industri / kilang.
- Menjana sumber pendapatan negara .
- Mengalakkan perkembangan petempatan yang baru / mewujudkan pusat- pusat pertumbuhan yang baru.
- Mengalakkan perkembangan sektor pendidikan tinggi dan penyelidikan.
- Mengalakkan perkembangan pelbagai kemudahan infrastruktur .
- Mengalakkan perkembangan sektor industri hiliran berasaskan perkayuan / Menwujudkan kesan pengganda ekonomi.
5.0. Kesan eksplotasi tumbuhan semula jadi.
- Kemusnahan habitat flora dan fauna .
- Menjejaskan rantaian makanan flora dan fauna.
- Menyebabkan fenomena peningkatan suhu domestik.
- Menggalakkan kejadian hakisan tanah .
- Meningkatkan kejadian tanah runtuh / aliran lumpur dan gelongsoran tanah.
- Menyebabkan pencemaran air sungai.
- Kepupusan spesis tertentu flora dan fauna .
6.0. Langkah-langkah mengatasi kesan.
- Mewujudkan dasar . polisi dan strategi melindungi hutan dan tumbuh-tumbuhan semulajadi.
- Meningkatkan rondaan / pengawasan / pemeriksaan /pemantauan terhadap kawasan hutan.
- Meningkatkan kadar denda/kompaun , hukuman penjara atau menyita semua harta benda/ premis / jentera dan hasil ekplotasi .
- Mewajibkan penyediaan Laporan EIA bagi aktiviti pembersihan hutan / penebangan kayu balak yang berskala besar.
- Melaksanakan aktiviti kempen kesedaran alam sekitar.
- Mengadakan aktiviti pendidikan alam sekitar .
- Menjalankan aktiviti pembiakan / pemuliharaan insitu / sintuari .
- Membina dan mewujudkan pusat-pusat perlindugan hidupan liar / taman-taman negara , taman-taman negeri , kawasan hutan simpan , hutan rekreasi dan hutan pendidikan.
- Mengalakkan aktiviti penghutanan semula / ladang hutan dan rawatan sivikultur.
- Mengalakkan aktiviti kitar semula ( 3R ).
- Melaksanakan aktiviti pembangunan lestari.