Sunday, 1 November 2020

 Info :  LAUT   &  LAUTAN.

( Ciri , kepentingan , kesan & langkah )


1.0. Konsep  laut.
 

- Pelantar benua - dasar laut  yang  cetek . kedalaman kurang  daripada  150  meter  -  cahaya  matahari sampai  ke dasar  laut.
- Penting untuk  aktiviti  perikanan  dan  perlombongan  petroleum.
- Jurang Lautan - kawasan laut  yang  sangat  dalam .


3.0. Terumbu karang.
- Terdiri  daripada rangkaian polip / alga kalkaria .
- Terbentuk  berjuta-juta  tahun  dahulu.


3.1. Teori Pertumbuhan  terumbu karang.

i )  Teori Kawalan  Glasier ( Teori Dally ).
- Teori mengaitkan  pertumbuhan  terumbu karang  dengan zaman  glasier besar / zaman  air  batu.
- Zaman air  batu  polip membeku di bawah timbunan salji/glasier.
- Salji/ glasier cair - hakisan berlaku  terhadap lapisan polip hingga  mendedahkan polip  kepada  cahaya  matahari.
- Polip terus  membiak - mewujudkan terumbu  karang.

ii)  Teori Evolusi  ( Teori Darwin ).
-  Pertumbuhan polip membentuk  terumbu penghalang . 
- Terumbu penghalang  membiak  membentuk terumbu pinggir.
- Pertumbuhan terumbu pinggir menambahkan jisim daratan  . Daratan  mengalami proses ataman . 
- Daratan  tenggelam lalu  membentuk pulau cincin / atol.
 

 - Faktor  pengaruhi  pertumbuhan  terumbu karang.
i)   Kawasan Tropika . suhu air  laut melebihi  30 C.
ii)  Kedalaman laut  kurang  daripada 50 meter.
iii) Air  laut  bersih   dan  jernih.
iv)  Kemasinan  laut  40 peratus .
v)   terdapat  ombak   dan  arus  lautan .



 - Jenis-jenis terumbu karang.
i)  terumbu penghalang  besar.


ii) Terumbu pinggir.


iii) Pulau Cincin  / Atol .



4.0. Kepentingan laut  dan  lautan.
i)  Laluan  perkapalan  - aktiviti  pengangkutan barangan secara pukal  dan  perkhidmatan pengangkutan penumpang  - kapal kontena / kapal tangki / kapal  persiaran .


ii) Kawasan  perikanan / akuakultur - bekalkan  sumber makanan  dan protien  kepada  penduduk. 



iii) Buka peluang  pekerjaan  kepada  penduduk  - bekerja sebagai  nelayan  , pelombong  , kelasi  kapal  dll.


iv) Sumber  bahan  bakar / sumber  bahan  api  fosil - petroleum  dan  gas asli .


  v) Sumber  mineral /  galian  - natrium klorida .


vi) Kawasan / aset  ekopelancongan  - kecantikan  dan  keunikan pelbagai  tetumbu  karang / pantai dll.


vii)  Sumber tenaga  elektrik  -tenaga  ombak  , tenaga  pasang  surut.
viii) Menggalakkan  perkembangan  sektor  pendidikan  dan penyelidikan.




5.0. kesan eksplotasi sumber  laut  & lautan.
i)  Pencemaran  air  laut .
ii) kemusnahan  habitat  pelbagai  hidupan  akuatik.
iii) Kemusnahan rantaian  makanan  pelbagai  hidupan  akuatik.
iv)  Kepupusan pelbagai  spesis  hidupan  akuatik .


6.0. Langkah mengatasi  kesan ekplotasi sumber  laut  dan  lautan.
i)  Langkah perundangan ( akta  kualiti alam sekitar , Akta  perikanan ) , pemantauan / kawal selia  / pemeriksaan / rondaan  , hukuman  penjara / denda ( kompaun )  /  menyita  kapal / peralatan  / hasil tangkapan  dan laporan  EIA .



ii)  Kempen   dan  pendidikan alam  sekitar.
iii) Membina tukun  tiruan .



iv)  Mewartakan  Kawasan Taman  Laut.



v )  Mewujudkan  kawasan  Zon Ekonomi Esklusif ( ZEE ) - kawasan  larangan  menangkap  ikan.


vi)  Menjalankan  penyelidikan  (  RND ).
vii) Kerjasama  dengan  negara  jiran  untuk  mengatasi  pencemaran  alam  /  bencana  alam  rentas  sempadan.



 

 


No comments:

Post a Comment