Wednesday 8 September 2021

 T10/T5 :   KESAN PERKEMBANGAN  KEGIATAN EKONOMI  TERHADAP ALAM SEKITAR . 


1.0. Kesan Perkembangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar Fizikal .

1. Kepupusan  Flora  dan fauna .

-   (  Contoh aktiviti ekonomi - rujuk kepada sektor ekonomi yang dibincangkan  )  akan  menyebabkan kemusnahan struktur hutan yang menjadi tempat pembiakan  & perlindungan flora dan fauna  serta menjejaskan sistem rantaian makanan  - menyebabkan kematian & kepupusan spesis flora & fauna tertentu dalam jangka masa yang lama .


2. Pencemaran Air .

  (  Contoh aktiviti ekonomi - rujuk kepada sektor ekonomi yang dibincangkan  )  akan  menyebabkan aliran toksid seperti ( namakan toksid ) mengalir ke kawasan sungai / sistem perparitkan . Kehadiran bahan cemar ini akan menyebabkan kualiti air merosot apabila nilai pH air ( nyatakan ) @ wujudnya pembiakan bakteria e coli @ wujudnya pemendapan kelodak @ wujudnya banyak bahan-bahan terampai dalam  air.



3. Pencemaran Udara .

  (  Contoh aktiviti ekonomi - rujuk kepada sektor ekonomi yang dibincangkan  )  akan  membebaskan asap  yang mengandungi  pelbagai bahan cemar seperti ( namakan bahan cemar ) . Keadaan ini akan menyebabkan ( nyatakan ciri kualiti udara yang berubah ) dan akan menjejaskan kualiti  udara keseluruhannya serta memberi impak negatif terhadap pelbagai  hidupan .

4. Jerebu .

  (  Contoh aktiviti ekonomi - rujuk kepada sektor ekonomi yang dibincangkan  )  akan  menyebabkan pembebasan lebih banyak bahan terampai seperti  ( namakan unsur-unsur yang dibebaskan )  di atmosfera . Kepekatan  pelbagai bahan terampai ini akan menyebabkan  jarak penglihatan  penduduk  semakin  terhad  dan seterusnya menyebabkan terjadinya fenomena jerebu .


5. Perubahan lanskap fizikal  / pandang darat fizikal.

  (  Contoh aktiviti ekonomi - rujuk kepada sektor ekonomi yang dibincangkan  )  akan  menyebabkan  terjadinya aktiviti penyahutanan  dan pembersihan hutan secara tidak terkawal / besar-besaran . Keadaan ini akan menghasilkan pandang darat kawasan yang gondol  / gersang  dan tandus @ menghasilkan pandang darat yang dipenuhi  dengan lopak / kolam / tasik yang pelbagai saiz  dan bentuk ( bergantung kepada  jenis kegiatan ekonomi ). 



6. Peningkatan suhu domestik / peningkatan suhu bumi.

  (  Contoh aktiviti ekonomi - rujuk kepada sektor ekonomi yang dibincangkan  )  akan  menyebabkan  pembebasan gas-gas rumah hijau seperti  ( namakan gas berdasarkan aktiviti ekonomi )  @ akan menyebabkan kelembapan udara semakin berkurangan . Litupan    ( namakan gas-gas ) ini akan memerangkap bahangan matahari / haba matahari  di ruang  atmosfera. Kewujudan bahangan / haba pendam dalam atmosfera akan  menyebabkan berlakunya peningkatan suhu bumi . @ Kelembapan udara yang  rendah  akan menyebabkan  udara persekitaran  menjadi  kering  dan akan menyebabkan bahangan matahari mudah diserap  dan meningkatkan suhu bumi .


7. Penipisan lapisan ozon.

  (  Contoh aktiviti ekonomi - rujuk kepada sektor ekonomi yang dibincangkan  )  akan  menyebabkan membebaskan  gas ( namakan gas yang dibebaskan )  .  Unsur klorin  yang  terbebas di atmosfera akan bertindakbalas dangan ikatan kovelen oksigen  yang  membentuk  lapisan ozon lalu membentuk klorin oksida .Tindakbalas  kimia ini akan memutuskan rantian  kovelen oksigen  lalu membentuk lohong di lapisan   stratosfera   bumi . Kewujudan lohong ini akan membenarkan  siaran ultra unggu masuk ke atmosfera bumi  dan meningkatkan suhu bumi .



8. Hakisan tanah .

  (  Contoh aktiviti ekonomi - rujuk kepada sektor ekonomi yang dibincangkan  )  akan  menyebabkan kemusnahan struktur hutan / lapisan rumput  yang bentindak  sebagai  penutup  permukaan tanah .  Ketiadaan tumbuhan  tutup bumi akan mendedakan permukaan tanah kepada titisan hujan dan pembentukkan larian air permukaan . kadar larian air permukaan yang deras di kawasan bercerun akan meningkatkan  kadar hakisan galir dan galur di atas permukaan tanah .



9. Tanah runtuh .

  (  Contoh aktiviti ekonomi - rujuk kepada sektor ekonomi yang dibincangkan  )  akan  menyebabkan kemusnahan struktur hutan yang menjadikan permukaan tanah lebih poros  .Kadar resap air hujan yang tinggi akan menyebabkan tanah tepu dengan  air . Hal ini menyebabkan jisim tanah bertambah  dan daya jelekitan antara butiran tanah / regolit semakin longgar . Akar  tumbuhan yang berfungsi sebagai penstabil  tanah juga sudah tidak berfungsi    . Keadaan ini menyebabkan struktur tanah mudah bergerak menuuruni  cerun  apabila hari hujan lebat .



10. Kemusnahan habitat flora  dan fauna .

  (  Contoh aktiviti ekonomi - rujuk kepada sektor ekonomi yang dibincangkan  )  akan  menyebabkan kemusnahan struktur hutan yang berfungsi sebagai  kawasan perlindungan  dan pembiakan pelbagai flora  dan fauna . Hal ini akan  menyebabkan pelbagaian spesis ini  kehilangan  habitat .

 


11.  Menjejaskan siratan makanan / rantaian makanan.

  (  Contoh aktiviti ekonomi - rujuk kepada sektor ekonomi yang dibincangkan  )  akan  menyebabkan kemusnahan struktur hutan yang  berfungsi sebagai pengeluar  dalam  sistem rantaian atau siratan makanan  . Ketiadaan  / kemusnahan   pengeluar dalam sistem rantaian makanan  akan memberi kesan  negatif  terhadap pengguna primier . Konumiti pengguna sekunder  dan tertia juga akan turut berkurangan   apabila  bilangan pengguna primier semakin  berkurangan .




2.0. Usaha  Mengurangkan Kesan Perkembangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar.


2.1. Penguatkuasaan undang-undang .

- Akta Kualiti Alam Sekeliling  1974.

>  Boleh digunakan untuk mengawal pelepasan  enfluen pelbagai aktiviti ekononi  / pembangunan . ( induk pelbagai  akta ).

- Akta Perhutanan  1984.

>  mengawal aktiviti  pembalakan  / penerokaan  hutan  / pembalakan haram .

- Akta  Parit  , Jalan  dan  Bangunan  1974 Pindaan 2010 .

> Boleh dikuatkuasakan untuk mengawal impak perkembangan  sektor pembinaan .

- Akta Racun  Makhluk Perosak 1974.

> Digunakan untuk mengawal penggunaan racun makhluk  perosak  / serangga perosak  dalam  sektor pertanian .

- Akta Perlindungan  Hidupan  Liar  1972.

> Digunakan untuk mengawal aktiviti  pemburuan haram  / kawalan terhadap  penternakan haram  dan pelbagai jenis eksplotasi  manusia terhadap hidupan liar / kepelbagaian biodiversiti .


2.2. Langkah kawal selia  / pemantauan  / pemeriksaan .

 - dilakukan secara  berkala  / tetap  & berjadual .

-  Dilaksanakan oleh pelbagai  unit agensi  penguatkuasa  - Jabatan Alam Sekitar  , Renjer Hutan  ,  Pegawai Perhilitan  , Jabatan Pertanian  , MAQDIS .

-  Tujuan  - menghaalang eksplotasi  terhadap  kepelbagaian biodiversiti  / pencerobohan hutan  / pemburuan haram  / pembalakan haram dll.


2.3. Mengenakan hukuman 

- Denda  / kompaun  ,  penjara   , merampas  & menyita  premis   / peralatan  /perkakasan  / hasil tanaman  / hasil buruan / hasil pembalakan .


2.4.  Laporan EIA  ( Laporan Impak Alam Sekitar ).

-  Pengusaha / Syarikat  - sediakan laporan impak  Kualiti Alam Sekitar sebelum  , semasa  dan selepas  sesuatu kegiatan  ekonomi / pembangunan dijalankan .  Turut disertakan  kebertanggungjawaban terhadap  kemusnahan alam sekeliling & pampasan  /kos baik pulih kemusnahan / ganti rugi terhadap  penduduk yang terjejas . 


2.5. Kempen Kesedaran Alam Sekitar .

- dijalankan oleh pelbagai  NGO  /  Agensi kerajaan .

- Pupuk  kesedaran  awam tentang  kepentingan  menjaga  dan memulihara alam sekitar .


2.6. Pendidikan Alam Sekitar .

- Dilaksana secara  formal  @ tidak formal .

- Formal  - melalui  pengajaran & pembelajaran  / mata pelajaran .

- Tidak formal  - melalui aktiviti KOKO / perkhemahan  / ceramah  / bengkel  / lawatan  kerja  / kerja lapangan  dll.


2.7. langkah  Pengurusan / Pemuliharaan  / Struktural .

- Sumber  hutan  - ladang hutan  , penghutanan semula .

- Sumber air  - rawat sisa toksid / sisa ternakan  ,  pasang perangkap sampah .

- Sumber tanah  -  guna baja organik  , pertanian teres , tanah rang , tanaman tutup bumi  , penggunaan sungkupan .

- Sumber udara  -  pasang penapis asap .

- Sumber marin  - membina  tukun  tiruan .

- Sumber kepelbagaian biologi  - pembiakan  in situ  , pembinaan pusat-pusat pemuliharaan  / konserviti  / santuari / Zoo .

No comments:

Post a Comment