Saturday 4 September 2021

 T9/T5 : KEGIATAN  EKONOMI  UTAMA


1.0. Jenis-jenis kegiatan ekonomi Utama .

-  Kegiatan ekonomi utama dunia terbahagi  kepada :

    1. Sektor ekonomi primier .



    2. Sektor ekonomi sekunder .



    3. Sektor ekonomi  tertier .


   
 1.1,  Sektor pertanian .
-  Terbahagi  kepada :
     1. Pertanian ladang .
     2. Pertanian kebun kecil.
     3. Pertanian Pindah .
- Setiap aktiviti pertanian ini  mempunyai ciri yang berbeza dari segi: 
     1. Keluasan / saiz  kawasan  tanaman .
     2. Orientasi pengeluaran  ( eksport / bahan mentah industri  /  
        sara  diri ) 
     3. Skala pengeluaran ( besar-besaran  / kecil-kecilan ) .
     4. Jenis tanaman ( homogen  / campuran )
     5. Modal ( banyak / sedikit ).
     6. teknologi ( moden - berinovasi ( RND )   / tradisional ).
     7. Tenaga buruh  (  mahir  / tidak  mahir ).
- Jenis tanaman yang ditanam berbeza iaitu :
     1. Tanaman jualan  / tanaman kontan  / tanaman komersial .
     2. Tanaman ruji / tanaman makanan / tanaman asasi .





1.2. Aktiviti  perikanan .
- Terbahagi kepada :
    1. Perikanan laut dalam .

    2. Perikanan pinggir / pesisir pantai.
    
    3. Perikanan air tawar  / perikanan  pedalaman .
    4. Akuakultur / penternakan  pelbagai hidupan akuatik.


  1.3. Kegiatan Perlombongan .




 1.4. Kegiatan Pembalakan .



1.5. Kegiatan Ekonomi Sekunder

     1.0. Industri berasaskan  sumber.


   2.0.  Industri  bukan berasaskan  sumber.


1.6. Kegiatan ekonomi Tertier . 

- Kegiatan ekonomi yang menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan terhadap  penduduk .

- Cth : Kegiatan pelancongan  , pengangkutan  , perniagaan , perkhidmatan kewangan  , perkhidmatan  pendidikan  , perkhidmatan penyediaan utiliti ( bekalan air bersih - JBA , bekalan elektrik - TNB , Pembentungan - IWK  , Kutipan sisa industri & domestik - SWCorp , Telekomunikasi  - CELCOM .


- Jenis-Jenis Pelancongan .

   1. Ekopelancongan .

       - Berasaskan  kecantikan  / keunikan alam semula jadi .


   2. Agropelancongan.

       - Berasaskan  aktiviti pertanian / penternakan .



   3. Pelancongan perkapalan .

       - berasaskan aktiviti pelayaran .



   4. Pelancongan Kesihatan.

        - Berasaskan  kemudahan kesihatan / rawatan kesihatan .



   5. Pelancongan  budaya  dan warisan .

      - Berasaskan  monumen  , artifak  , candi tinggalan sejarah .



   6. Pelancongan sukan  dan rekreasi.

      - Berasaskan penganjuran sukan bertaraf antara bangsa / sukan 

        reakreasi .


   7. Pelancongan bertema.

       - Berasaskan penganjuran  sambutan perayaan  / festival .


   8. Pelancongan pendidikan.

      - Berasaskan  kemudahan dan fersiliti  pendidikan .



   9. Akuapelancongan. 

       - Berasaskan  aktiviti  air / taman tema air.



  11. Pelancongan  MICE.

        - Berasaskan penganjuran simposium  / konvensyen  / 

          persidangan .



- Perkhidmatan  Pengangkutan.
- Terbahagi kepada :
    1.0. Pangangkutan Darat .


    2.0. Pengangkutan air.


    3.0. Pengangkutan udara. 


- Perkhidmatan Perdagangan .
- meliputi kegiatan :
    1.0. Perniagaan runcit.
    2.0. Perniagaan borong.
    3.0. Perdagangan antarabangsa ( import / eksport )



- Perkhidmatan Kewangan . 

- Meliputi kegiatan 

   1.0. Institusi Kewangan .

   2.0. Insuran .

   3.0. Pasaran Saham  dan komuditi.

   4.0. Pajak gadai / Ar Rahnu




2.0. Faktor yang mempengaruhi perkembangan kegiatan ekonomi utama.

-  Perkembangan sektor ekonomi utama dunia dipengaruhi oleh faktor-faktor  berikut :

    1. Faktor fizikal .

    2. Faktor ekonomi .

    3. Faktor sosial .

    4. Faktor teknologi.

    5. Faktor kerjaaan / governan .

 - Faktor fizikal yang mempengaruhi perkembangan kegiatan ekonomi dunia ialah  kepelbagaian  bentuk muka bumi , kepelbagaian  jenis tanih  , sistem saliran  , kepebagaian ciri  iklim   dan taburan bahan  mentah .

Pengaruh bentuk muka bumi terhadap kegiatan ekonomi.



Pengaruhi jenis tanih terhadap tanaman .



Pengaruh sistem pengairan terhadap pertanian  .


Pengaruh bahan mentah terhadap industri 


- Faktor ekonomi pula  berkaitrapat  dengan faktor aliran  dana  / modal  yang  banyak  , kewujudan kesan pengganda ekonomi   dan pasaran /  permintaan  terhadap sesuatu barangan / perkhidmatan , 


 -  Faktor modal  / dana boleh  diperolehi  daripada pelabur-pelabur asing  , pinjaman / bantuan  kerajaaan  , pinjaman daripada pelbagai institusi kewangan  seperti bank  dalam  dan luar neagara . Modal penting untuk membolehkan pembelian input-input  industri  , pembayaran upah pekerja  , melaksanakan RND  , melaksanakan langkah promosi  dll keperluan  industri .
- Faktor pasaran pula datangnya  dari permintaan  : permintaan negara pengimport  , pemintaan penduduk  , permintaan daripada perkembangan sektor industri. 
- Kesan pengganda ekonomi pula terjadi apabila perkembangan sesuatu sektor ekonomi  turut memberi impak  kepada perkembangan sektor ekonomi yang lain 

Faktor sosial yang mempengaruhi  perkembangan kegiatan ekonomi terdiri daripada sumber tenaga buruh /kepakaran  , kemudahan infrastruktur / kemudahan asas  , taraf  pendidikan  dan kemahiran .



Faktor teknologi pula dikaitkan  dengan keupayaan  RND (  Penyelidikan  dan Pembangunan )  yang dijalankan menghasilkan pelbagai inovasi  baru dalam meningkatkan hasil sesuatu industri . Inovasi yang baik akan mampu meningkatkan produktiviti pengeluaran , mengurangkan kadar pembaziran sumber  dan menggunakan sumber bahan mentah dengan kadar yang optima .



- Faktor kerajaan pula  berperanan merangka dasar yang kompetetif  dan berkesan dengan cara memperkenalkan pelbagai insentif  untuk memajukan sebarang  kegiatan ekonomi  dengan cara memudahkan aliran  modal  , menyediakan pusat-pusat latihan  , memudahkan proses pemindahan teknologi  , menggalakkan  RND di kalangan pemain industri  , memperkenalkan konsep zon perindustrian bebas , mewujudkan iklim ekonomi yang mesra pelabur asing selain pemberian taraf perintis  dan pengecualian cukai .



3.0. Kegiatan ekonomi utama dunia di dunia.

-  Kegiatan Penanaman Padi di Thailand.

- Kegiatan Penanaman Kelapa Sawit di Indonesia.

- Kegiatan Industri Automotif di Jepun.

- Kegiatan Ekopelancongan di Malaysia.



4.0.  Kepentingan kegiatan ekonomi utama di dunia. 

-  Menjana peluang pekerjaan .

-  Meningkatkan taraf  hidup  penduduk.

-  Menjadi Sumber pendapatan negara. 

-  Menjana perkembangan kemudahan infrastruktur.

-  Pengurangan import.

- Menggalakkan pemindahan teknologi.

- Menjana  perkembangan proses pembandaran .



5.0. Kepentingan kerjasama ekonomi Antarabangsa .



merujuk kepada saling-kaitan / saling   kebergantungan ekonomi   antara  negara  yang bersifat bilaliteral         ( dua hala / hubungan  antara 2 negara )  atau multiliteral  ( pelbagai hala - melibatkan hubungan dengan banyak negara ).


- Kepentingan karjasama antarabangsa kepada  negara ialah :

1. Mempelbagaikan  hubungan dagangan  - berupaya mengurangkan kebergantungan pasaran  kepada satu negara  - mampu mengukuhkan daya saing ekonomi negara . - dapat atasi masalah kemelesetan ekonomi serantau . 



2. Memudahkan  proses pemindahan teknologi  . Usahasama dengan pelbagai syarikat multinasional  berupaya meningkatkan teknologi sektor ekonomi tertentu . Pemindahan teknologi membolehkan negara mendapat pelbagai  inovasi  dan automasi  kejuruteraan  baru dalam pelbagai sektor ekonomi . 

Antara strategi pemindahan teknologi yang boleh dilaksanakan ialah  pembelian  paten  dan tanda dagangan  ( perniagaan francais ) , perjanjian perlesenan  , latihan ke syarikat  induk / latihan sambil bekerja  , pemilihkan ekuiti syarikat  induk   dan kerjasama strategik dengan syarikat induk .



3. Memudahkan aliran masuk  pelaburan asing   ( FDI )  -  Hal ini dapat dilakukan  melalui  dua  kaedah  iaitu  melalui  pelaburan langsung asing  ( FDI )    dan  melalui  pelaburan ekuiti  dalam syarikat  tempatan  oleh pelabur-pelabur asing yang berurus niaga di Bursa Saham  BSKL .  

Pelabiran langsung asing  ( FDI )  dapat ditingkatkan  dengan cara  membuang segala sekatan pelaburan seperti   mewajibkan penyertaan kouta bumiputra  dan menghadkan  jumlah pelaburan akan meningkatkn kemasukan FDI ke dalam negara .



4. Perluasan  Saiz  Pasaran  - Kerjasama  ekonomi  serantau  sama ada berbentuk bilaliteral  atau  multiliteral  akan membolehkan  urusan perdagangan diperluaskan  ke negara atau  blok dagangan yang berkenaan . Keadaan ini akan memberi ruang  kepada barangan dan perkhidmatan  di pasarkan  ke kawasan  yang  lebih  luas .  Contoh - penglibatan  Malaysia dalam ASEAN membolehkan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan di Malaysia dipasarkan di mana-mana negara  anggota ASEAN.



5. Memudahkan Aliran  Buruh dan Kepakaran  -  Kerjasama ekonomi serantau  mengurangkan karenah birokrasi tentang pergerakan tenaga pakar  dan buruh menerentas sempadan . Berdasarkan konsep  penawaran kadar upah yang kompetetif / relevan  serta suasana kerja kerja yang konduksif , pekerja boleh bergerak dan bekerja di mana-mana negara yang mereka kehendaki. Ini akan dapat mengatasi masalah  kekurangan tenaga buruh dan kepakaran di negara tersebut    dan dalam masa yang sama  mengurangkan  masalah  pengangguran di negara yang menglaami fenomena lebihan  penduduk .



6. Perkongsian  Bahan mentah  - Kerjasama ekonomi serantau  juga membolehkan  perkongsian  bahan mentah  yang  lebih  adil  dan efektif antara negara pengeluar  dengan negara  pengimport . Dengan menganggotai  pelbagai  pertubuhan  negara pengeluar  pelbagai kouta pengeluaran dapat  ditetapkan  sebagai mekanisme kawalan harga di peringkat global  serta  mengawal  lambakan  baham mentah  daripada  berlaku  .  Dalam masa yang sama  kerjasama  dalam  pertubuhan  pengeluar  ini   akan  dapat memastikan semua negara pengimport mendapat bekalan bahan  mentak yang  mencukupi untuk keperluan industri dalam negara  mereka  . 

No comments:

Post a Comment