Thursday 16 September 2021

 AKTIVITI  3R : 

AGENSI  TERBAIK  WORD CLEANER DAY

( WCD 2021 )

                      KELAB KITAR  SEMULA                    ( K3R SMK ROMPIN )  .

 


1.0. Pengenalan .

- Penyertaan julung kali  bagi Kelab Kitar Semula  SMK Rompin  ( K3R SMKR ) .

- Menghimpun  pelbgaai aktiviti teras yang dijalankan sepanjang  tahun  2020/2021.


Teras aktiviti  K3R SMKR  sepanjang sesi 2020/2021 ;

   1. Inisiatif  Prasarana  K3R SMKR.

   2. Inisiatif   Pengumpulan  dan Jualan Barangan 3R ( IPJ3R ).

  3. Inisiatif  Asing di Punca Barangan 3R ( IAdP3R )

  4. Inisiatif Kempen dan Pendidikan  3R ( IKdP3R )

  5. Inisiatif Penghijauan  3R .



1. Inisiatif Prasrana  3R.

- Konsep :  Merupakan usaha Kelab Kitar Semula  SMKR ( K3R  )  menyediakan  pusat pengumpulan / stor penyimpanan barangan 3R .

- Tujuan :  Sediakan proses penerimaan , penyimpanan  dan jualan  kutipan barangan 3R yang lebih sistematik  dan terancang.

- Terbahagi kepada :

    1. Penyediaan bilik penyimpanan / proses mengubahsuaian .

    2. Melengkapkan  kemudahan bilik penyimpanan .




2. Inisiatif Pengumpulan dan Jualan Barangan 3R      ( IPdJ3R ) .

- Konsep  :  Merupakan usaha berterusan pihak Kelab Kitar Semula  SMKR ( K3R )  menyediakan aktiviti pengumpulan  dan jualan barangan 3R  .

- Tujuan : Memupuk  dan memperkembangkan  budaya  " value money  , value green "  dan budaya ekonomi kitaran di kawasan  rintis  / kawasan sekolah .



3.Inisiatif  Asing di Punca Barangan 3R ( IAdP3R )

Konsep : Merupakan usaha berterusan Kelab Kitar Semula  SMKR ( K3R ) melaksanakan aktiviti  pengasingan sampah mengikut jenis di kawasan sekolah / kawasan projek rintis.

Tujuan : Memupuk kesedaran  dan budaya pengasingan sampah  mengikut jenis di kawasan projek rintis / sekolah .



4. Inisiatif  Pendidikan  dan Kempen kesedaran  Kitar Semula .

Konsep : Melaksanakan pelbagai aktiviti  berbentuk  pendidikan  dan kempen kesedaran alam sekitar / kitar semula .

Tujuan : Memupuk kesedaran / budaya mengamalkan aktiviti kitar semula sebagai salah satu kaedah pelupusan sisa-sisa  domestik / kegunaan  seharian .



5. Inisiatif  Penghijauan Kawasan .

Konsep : Melaksanakan  aktiviti menceriakan  kawasan laman Ting. 6 / kawasan projek rintis.

Tujuan : menyediakan suasana persekitaran  kawasan projek rintis / kawasan sekolah yang menarik / konduksif .

No comments:

Post a Comment