Wednesday 1 September 2021

 T4/T5 : PENGARUH CUACA  DAN  IKLIM  TERHADAP  PENDUDUK  & PENGARUHI AKTIVITI PENDUDUK TERHADAP CUACA  DAN  IKLIM .


1.0. Zon Iklim Dunia  dan jenis-jenis iklim.



1.1.  Ciri.ciri iklim  di kawasan  Zon  Panas  dan  pengaruhinya terhadap aktiviti  penduduk  setempat .


1.1.1. Ciri-ciri Iklim   khatulistiwa  & Pengaruh kepada aktiviti  penduduk.

-  Panas dan lembab sepanjang tahun .

-  Suhu tinggi  dan sekata  sepanjang  tahun . Min suhu 27 C.

- Hujan sepanjang tahun . Jumlah hujan  tahunnan 1500 mm - 2500 mm.

-  Kadar kelembapan udara  tinggi .

-  Lokasi  O hingga 10U  dan 0 hingga 10 S. ( Asia Tenggara / Lembangan Conggo - Afrika / Lembangan Amazon - Amerika Selatan ).

- Pengaruhi  iklim Khatulistiwa & cuaca  kepada aktiviti  penduduk .

1. Suhu  yang tinggi  , hujan yang  lebat , pancaran cahaya matahari sepanjang tahun - galakkan  pertumbuhan tanaman /pokok - galakkan perkembangan ekonomi  pertanian  /peternakan / pembalakan .

2. Taburan hujan yang yang lebat  - tingkatkan  proses luluhawa kimia  - pengaruhi  pembentukan  ciri bentuk muka bumi kwasan karts ( stalagtait / stalagmait / sungai bawah tanah ) - akses ekopelancongan  .

3. Suhu yang tinggi  , hujan yang  mencukupi  dan pancaran  cahaya matahari yang mencukupi  - galakkan  pertumbuhan perlbagai spesis flora dan  ekosistem  - pengaruhi aktiviti pelancongan  berasaskan ekosistem .

4.  Pancaran cahaya matahari  yang panjang ( melebihi 8 jam /hari )  - penjanaan sumber tenaga alternatif . Bekalan tenaga elektrik  penduduk di kawasan pedalaman .

5. Taburan hujan yang terlalu lebat  dan turun dalam tempoh masa yang panjang  - akibatkan banjir  - kematian penduduk  / masalah kesihatan / aktiviti harian terjejas / kemusnahan harta benda & kemudahan infrastruktur.

6. Angin kencang ( Angin Monsun Timur laut )  - Laut China Selatan berombak kencang  -  halang nelayan  turun menangkap ikan  - nelayan hilang sumber pendapatan / sumber ikan  kurang di pasaran - harga ikan naik - meningkatkan kos sara hidup penduduk.

7. Hujan lebat  - giatkan aktiviti luluhawa kimia  ( proses pengoksidaan /  penghidratan / hidrolisis ) - galakkan pembentukan  mineral baru ( koalin )  - tingkatkan aktiviti  perlombongan  dan industri kraf tangan .


1.1.1.1  Ciri-ciri  Iklim  Monsun tropika & pengaruh kepada aktiviti  penduduk .

- Terdapat  musim  kering / kemarau yang  nyata .

-  Taburan hujan  1000 mm - 1500 mm.

-   Suhu tahunan  antara  27 C  hingga  37 C

-  Lokasi  / negara : India  , Thailand  , Vietman  , utara Australia .

Pengaruhi  iklim  Monsun Tropika kepada aktiviti penduduk setempat .

1. Suhu  yang tinggi  , hujan yang  lebat , pancaran cahaya matahari sepanjang tahun - galakkan  pertumbuhan tanaman /pokok - galakkan perkembangan ekonomi  pertanian  /peternakan / pembalakan .

2. Taburan hujan yang yang lebat  - tingkatkan  proses luluhawa kimia  - pengaruhi  pembentukan  ciri bentuk muka bumi kwasan karts ( stalagtait / stalagmait / sungai bawah tanah ) - akses ekopelancongan  .

3. Suhu yang tinggi  , hujan yang  mencukupi  dan pancaran  cahaya matahari yang mencukupi  - galakkan  pertumbuhan perlbagai spesis flora dan  ekosistem  - pengaruhi aktiviti pelancongan  berasaskan ekosistem .

4.  Pancaran cahaya matahari  yang panjang ( melebihi 8 jam /hari )  - penjanaan sumber tenaga alternatif . Bekalan tenaga elektrik  penduduk di kawasan pedalaman .

5. Taburan hujan yang terlalu lebat  dan turun dalam tempoh masa yang panjang  - akibatkan banjir  - kematian penduduk  / masalah kesihatan / aktiviti harian terjejas / kemusnahan harta benda & kemudahan infrastruktur.

6. Hujan lebat  - giatkan aktiviti luluhawa kimia  ( proses pengoksidaan /  penghidratan / hidrolisis ) - galakkan pembentukan  mineral baru ( koalin )  - tingkatkan aktiviti  perlombongan  dan industri kraf tangan .


1.1.1.2  Ciri-ciri Iklim Savana & pengaruh  kepada aktiviti penduduk.

- Suhu  tinggi  dan  panas  dan kering  sepanjang tahun.

- Taburan hujan rendah  /  700 mm - 1000 mm  Turun dalam bermusim .

-   Musim kemaraunya  -  panas / kering .

-  Lokasi / negara : 10 U  - 30 U dan 10 S - 30 S ( negara Afrika tengah , utara Australia , Tanah Tinggi Brazil .

- Pengaruh iklim  Savana  terhadap aktiviti  penduduk .

1. Taburan hujan yang rendah  - tidak menggalakkan perkembangan  sektor pertanian  tetapi sesuai untuk aktiviti  penternakan  secara lepas bebas  di kawasan  padang rumput yang terbuka .



1.1.1.3  Ciri-ciri  iklim  Gurun Panas dan pengaruh  kepada aktiviti  penduduk .

- Suhu tinggi  / panas dan kering  sepanjang  tahun . 

- taburan hujan sangat rendah . kurang daripada 250 mm.

- Bezaantara suhu harian sangat tinggi  - 20 C hingga 40 C  , di mana suhu  waktu siang  sangat panas ( 47 C ) manakala suhu wakti malam sangat rendah ( 5 C ).

- Lokasi / negara : Gurun Sahara ( Afrika Utara ) , Gurun Arab          ( Semenanjung Arab )  , Gurun Thar ( Pakistan ) .

- Pengaruh iklim Gurun Panas terhadap aktiviti penduduk :

1. Suhu pada waktu panas  -  penduduk memakai pakaian yang tebal  - sejatan peluh akan menyejukkan badan penduduk .

2. Taburan hujan yang rendah / suhu yang panas  - tidak menggalakkan  aktiviti pertanian  kecuali  kawasan  oasis  ( kawasan gurun yang ada wadi / lopak air ).

3. Cara hidup  yang normad / berpindah randah  diamalkan untuk mencari kawasan yang ada air dan berumput untuk melakukan aktivti penternakan secara pindah ternak .



Kawasan iklim zon Sederhana panas .


1.2.0 . Iklim-iklim di kawasan Zon Sederhana Panas .

1.2.1.  Iklim Sederhana Panas Kelautan  Pantai  Barat  ( Jenis  Mediterranean )  & pengaruhi kepada aktiviti penduduk .

Terdapat  4 musim ( musim panas . musim bunga  , musim luruh , musim sejuk )

-  Suhu musim panas - sederhana panas  dan panjang ( 9 bulan )  - 20 C hingga 24 C dan kering .

-   Suhu musim sejuk  - sederhana sejuk  6 C hingga 10 C 

-  Taburan hujan  -  275 mm - 900 mm -  maksima turun dalam musim sejuk .

-  Lokasi / kawasan  : Negara-negara sekitar laut mediterranean - Turki , Greece , Jordan  ,  Chile Tengah  , Tenggara Australia .

- Kesan Iklim Mediterranean  kepada aktiviti  penduduk :

1.  Musim  panas yang panjang  dan  musim sejuk  yang  pendek menggalakkan  aktiviti pertanian  terutamanya penanaman buah-buah  citrus ( pelbagai jenis limau / anggur dll ) .

2.  Penanaman gandum musim sejuk  akan akan dijalankan dalam musim sejuk kerana adanya taburan hujan yang tinggi dan  akan dituai dalam musim panas .

3.  Pancaran cahaya matahari yang  panjang  - menggalakkan pembiakan planton  dan menjadikan aktiviti perikanan dalat dilaksanakan  sepanjang tahun.

4.  Pancaran cahaya matahari  dan suasana yang  nyaman penggalakkan aktiviti pelancongan  dalam musim  panas .



1.2.2. Iklim Sederhana Panas Kelautan Pantai  Timur                   ( Jenis China  ) dan pengaruhi kepada aktiviti penduduk.

-   Mempunyai  4 musim  ( musim panas , musim bunga  , musim luruh , musim sejuk ) 

-  Suhu musim panas sederhana panas  dan singkat  (  21 C hingga 26 C )  - wujud pengaruh penyerderhaan  suhu oleh pengaruh kelautan ( arus panas & arus  sejuk di permukaan laut yang berhampiran ).

-  Musim sejuk  panjang  dan  kering ( -6 C hingga 10 C ) 

-  Taburan hujan tahunan  - 

-  Lokasi / negara : Tenggara China , Korea Selatan  , Jepun  , Tenggara Amerika Syarikat .

Kesan  iklim Sederhana Kelautan Pantai Timur  kepada aktiviti penduduk .

1. Faktor penyederhaan arus lautan  - galakkan  pembiakan / pertumbuhan planton  - menjadikan aktiviti perikanan sebagai pekerjaan utama penduduk .

2.  Musim penanaman yang  singkat  - memaksa penduduk mencipta & menggunakan teknologi pertanian rumah kaca  / rumah hijau untuk menghasilkan sumber makanan / tanaman .

3.  Musim sejuk yang panjang - permukaaan tanah dilitupi salji  membentuk permandangan yang menarik  - dieksplotasi untuk aktiviti pelancongan musim  sejuk .



1.2.3. Iklim Sederhana Panas kebenuaan (  Jenis Steppe )  & pengaruh kepada aktiviti penduduk .

- Terdapat 4 musim ( musim panas . musim bunga , musim luruh , musim sejuk ) .

- Musim panasnya  singkat  / panas  dan kering  - pengaruhi faktor kebenuaan ,

- Suhu musim panas boleh mencecah 21 C  manakala suhu musim sejuk  di bawah takat suhu beku ( -10 C ) .

- Taburan hujan tahunan  kurang daripada 500 mm . 

- Lokasi / kawasan : Prairie ( Amarika Utara )  , Pampas ( Argentina ) , Down ( Australia ) , Veld ( Afrika )

- Kesan iklim Sederhana Panas Kebenuaan  ( Jenis Steepe ) kepada penduduk :

1. Taburan Hujan yang rendah  - sesuai untuk pertumbuhan rumput - galakkan aktiviti  penternakan  lembu tenusu , biri-biri  dan lembu daging. Penternakan diusahakan secara konsep  " pindah ternak ".

2.  Aktiviti pertanian  -  musim  penanaman yang agak singkat  -  petani mengusahakan tanaman gandum  - tempoh matang yang singkat  dan dapat dituai sebelum kedatangan musim  sejuk.

3.  Pertanian rumah kaca / rumah hijau  diusahakan secara besar-besaran untuk memenuhi keperluan sumber makanan  kepada penduduk.



Kawasan  Iklim Sedehana Sejuk 

1.2.0 . Iklim-iklim di kawasan Zon Sederhana Sejuk  .

1.2.1.  Iklim Sederhana   Sejuk  Kelautan  Pantai  Barat                        ( Jenis  British   ) & pengaruh kepada aktiviti penduduk .

-  Terdiri  daripada  4 musim  ( musim panas , musim  luruh  , musim sejuk  , musim bunga  )

- Musim panas yang singkat  ( 3 bulan )  , musim sejuk  panjang ( 9 bulan ).

- Wujud pengaruh kelautan ( suhu sederhana sejuk dalam musim sejuk & sederhana panas dalam musim  panas ).

- Lokasi : Kepulauan British  ,  Chile Selatan , Pulau Tasmania  ( Selatan Australia )  dan  pulau selatan New Zealand .

- Kesan  Iklim  Sederhana Sejuk Pantai Timur ( Jenis British  )  kepada penduduk : 

1. Proses penyederhanaan  air  laut / pengaruh kelautan   galakkan pembiakan dan pertumbuhan  pelantan  - galakkan aktiviti  perikanan .

2. Bentuk muka bumi  yang dilitup salji dalam musim sejuk  - galakkan aktiviti  pelancongan  berasaskan  salji .


 

1.2.2. Iklim Sederhana Sejuk   Kelautan Pantai  Timur                       ( Jenis  Laurentia  ) & pengaruh  kepada aktiviti  penduduk .

--  Terdiri  daripada  4 musim  ( musim panas , musim  luruh  , musim sejuk  , musim bunga  )

- Musim panas yang singkat  ( 3 bulan )  , musim sejuk  panjang ( 9 bulan ).

- Wujud pengaruh kelautan ( suhu sederhana sejuk dalam musim sejuk & sederhana panas dalam musim  panas ).

- Lokasi : Timur  Kanada ,  Timur laut  Amerika Syarikat  , Poland dan Jerman di Eropah  .

- Kesan  Iklim  Sederhana Sejuk Pantai Timur ( Jenis  Laurentia   )  kepada penduduk : 

1. Proses penyederhanaan  air  laut / pengaruh kelautan   galakkan pembiakan dan pertumbuhan  pelantan  - galakkan aktiviti  perikanan .

2. Bentuk muka bumi  yang dilitup salji dalam musim sejuk  - galakkan aktiviti  pelancongan  berasaskan  salji .



1.2.3. Iklim Sederhana Sejuk  kebenuaan (  Jenis Siberia )  & pengaruh kepada aktiviti  penduduk. 

 Terdiri  daripada  4 musim  ( musim panas , musim  luruh  , musim sejuk  , musim bunga  )

- Musim panas yang singkat  ( 3 bulan )  , musim sejuk  panjang ( 9 bulan ).

- Wujud pengaruh kebenuaan    ( suhu sangat   sejuk dalam musim sejuk & sederhana sejuk  dalam musim  panas ).

- Lokasi :  Bahagian Tengah Kanada  dan Rusia   .

- Kesan  Iklim  Sederhana Sejuk Pantai Timur ( Jenis  Laurentia   )  kepada penduduk : 

1. Aktiviti  pertanian dijalankan secara kecil-kecil di kawasan yang berhampiran dengan sumber air  dan ke selatan .

2. Pekerjaan utama pembalakan - Pokok  tirus / pain  ditebang dalam musim sejuk - getah beku /  hasil tebangan  diangkut ke tebing sungai - salji cair - hasil tebangan akan dihanyutkan ke kilang-kilang memproses yang terletak di muara-muara sungai .

3. Aktiviti pemburuan haiwan liar seperti musang artik  - musim sejuk bulu haiwan tebal .

4. Berlaku  migragi / mobiliti pekerjaan yang  ketara dalam musim sejuk apabila ramai  petani  bekerja sebagai  pembalak sambilan .


1.2.3. Iklim Tundra  & pengaruh kepada aktiviti  penduduk. 

 Salji meluputi permukaan tanah / bumi hampir sepanjang tahun.

- Musim panas yang  terlalu singkat .

- Musim sejuk -  sangat  sejuk   dan  panjang .

-  Lokasi :  Utara Alaska  ,  Greenland    . Artik 

- Kesan  Iklim  Tundra   kepada penduduk : 

1. Tinggal dalam tupik / khemah - musim  sejuk  & igloo - musim panas .

2.  Memburu haiwan kutub & memancing  ikan   dalam  musim panas  & menggunakan hasil tangkapan  dalam musim  sejuk .

3. Menggunakan  kayak / umiyak  dalam musim panas  dan  andur salji dalam musim sejuk untuk pergerakan  dari satu kawasan ke kawasan lain .



3.0  Pengaruh aktiviti manusia terhadap ciri-ciri cuaca dan iklim.

3.1.  Kesan Rumah Hijau.

- Konsep : Peningkatan suhu berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau / pelbagai  gas hidrokarbon ( karbon dionsida , karbon monoksida dan nitrogen oksida ) tinggi   dan mempunyai ciri-ciri yang legap , membenarkan bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang bahang bumi daripada terbebas ke atmosfera . 

- Punca-punca berlakunya  kesan rumah hijau :

1. Pelepasan asap kenderaan  dan asap  kilang.

2. Penggunaan  bahan api fosil  ( petroleum  / arang  batu  )   di stesyen janakuasa elektrik terma / haba . 

3. Pembakaran terbuka  di pusat-pusat pelupusan sampah .

4. Kekurangan  litupan tumbuhan hijau  kerana proses penyahutanan  yang berlaku secara tidak  terkawal.

- kesan fenomena rumah hijau kepada alam  sekitar  fizikal  dan alam sekitar manusia / alam sekitar  budaya .

- Pemanasan global  -peningkatan suhu dunia berlaku - mencairkan glasier di kawasan kutub  - menyebabkan peningkatan aras air laut -menenggelamkan kawasan rendah  di tepi  pantai.

- Meningkatkan keluasan zon sub tropika menjadi kawasan kontang  /  menyebabkan fenomena kemaraan gurun .

- Menyebabkan kadar kelembapan udara semakin rendah - taburan dan jumlah hujan semakin berkurangan - menyebabkan  kemarau   -  menjejaskan kawasan pertanian - berlaku fenomena kubuluran .

-  Menjejsakan kualiti ekosistem  - kekurangan tumbuhan hijau  - mempengaruhi  peranan sebagai pengeluar dalam rantaian makanan - memberi impak kepada  pelbagai pengguna yang lain dalam sistem rantaian makanan .



3.2. Jerebu.

- Konsep :  kepekatan bahan terampai  di udara sehingga memenuhi ruang atmosfera / berkabut yang terdiri daripada debu , habuk . gas  dan pelbagai partikel  terampai sehingga menjejaskan jarak penglihatan .

- Punca-punca berlaku jerebu :

1. Kebakaran  hutan  / kawasan paya gambut .

2. Asap daripada aktiviti pelupusan sisa-sisa pertanian  seperti pelupusan jerami  padi .

3. Pelepasan asap-asap daripada aktiviti  peindustrian  , pengangkutan  , penjanaan kuasa elektrik terma / haba.

4. Aktiviti  perlombongan  kuari / lombong dedah yang terbuka dan tidak terkawal .

5. Pembakaran terbuka di pusat-pusat pelupusan sampah .

- Kesan  Jerebu  kepada  Alam sekitar fizikal  ( ASF )   dan alam sekitar manusia / amak sekitar budaya ( ASM / ASB )

1. Menjejaskan jarak penglihatan - menjejaskan kelancaran pengangkutan udara  dan aktiviti perkapalan .

2. Mengurangkan jarak penglihatan  - mengganggu aktiviti  seharian  penduduk .

3. Menjejaskan kesihatan penduduk  - pesakit-pesakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan  - asma  , semput  , sakit tekak , sakit mata  dll

4. Menjejaskan  pelbagai aktiviti  ekonomi  seperti perniagaan  , pelancongan  dan lain-lain.

5. Membantutkan  kadar pertumbuhan  pokok / tanaman  apabila proses fotosintesis terhalang / kadar proses fotosintesis terganggu .



3.3. Pulau Haba bandar.

-   Konsep : Merujuk kepada peningkatan suhu pusat  bandar yang terlalu tinggi  berbanding dengan kawasan pinggir bandar .

- Punca-punca terjadinya  Pulau haba bandar :

1. Bahan binaan bangunan daripada konkrit menyerap haba pada waktu siang ,  mewujudkan  haba pendam yang belebihan  dan membebaskan pada waktu malam .

2. Struktur binaan bangunan menggunkan kaca akan memantulkan haba  /bahangan matahari.

3.  Pola dan susun atur bangunan  yang tinggi  dan rapat-rapat menghalang pergerakan  angin  secara semulajadi  .

4. Kekurangan tumbuhan hijau untuk membebaskan wap air dan menyerapkan lebihan gas karbon dioksida yang terhasil daripada pelbagai aktiviti bandar .

5. Pelepasan asap kenderaan / asap kilang / penggunaan pelbagai bahan api fosil dalam industri - meningkatkan  haba pendam dalam udara di bandar.

6. Kekurangan badan-badan  air ( kolam air / air pancut  /  kolam dan tasik hiasan / buatan  manusia ).

- Kesan  pulau haba bandar  kepada  penduduk :

1. Mengganggu  keselesaan  penduduk  - peningkatan suhu mengingkatkan  darjah ketidakselesaan penduduk .

2.  Kos utiliti meningkat - bayaran bil elektrik  meningkat kerana penggunaan kipas  dan penyaman udara yang  berpanjangan .

3. Menjejaskan kesihatan  penduduk  - kejadian strok haba.

4. Meningkatkan suhu  di kawasan  bandar . 



3.4. Hujan Asid.

- Konsep : Terbentuk   apabila pH air hujan kurang daripada 6 akibat  tindakbalas  air hujan dengan pelbagai bahan toksid seperti gas karbon dioksida  , plumbum oksida  , nitrogen oksida ataupun sulfur oksida yang terhasil daripada aktiviti  industri  atau penggunaan  pelbagai  bahan api fosil. 

- Punca-punca terbentuknya  hujan  asid :

1. Sisa toksid daripada pelepasan asap kilang dan kenderaan bermotor yang banyak menggunakan bahan apo fosil.

2. Perkembangan sektor pertanian moden  yang  banyak menggunakan baja  , racun makhluk perosak  dan racun rumpai yang diperbuat daripada pelbagai  bahan kimia .

3. Pelepasan  asap daripada aktiviti  pembakaran  terbuka di kawasan pelupusan sampah .

4. Pembebasan  pelbagai jenis gas  semasa terjadinya  letusan gunung berapi .

5.  Asap  daripada  kejadian  kebakaran  hutan .

- Kesan  hujan asid kepada  alam sekitar fizikal ( ASF )   dan alam sekitar manusia / alam sekitar  budaya ( ASM / ASB ).

1. Pencemaran  air / sumber  air  bersih  .

2. Menjejaskan / membantutkan pertumbuhan  pokok / tanaman .

3. Menjejaskan  kesihatan penduduk  - sakit kulit dll.

4. Struktur  binaan   daripada  besi / logam  mudah berkarat .

5. Menjejaskan  kualiti / kesuburan tanah .



No comments:

Post a Comment