Friday 8 October 2021

 Tajuk :  

KORIDOR PEMBANGUNAN  WILAYAH 


1.0. Konsep  :

- Merujuk  kepada perancangan  dan pelaksanaan pembangunan  ( fizikal  / ekonomi  / sosial  ) sesuatu  kawasan / daerah  / wilayah    yang terancang  dan berfokus  serta meningkatkan penggunaan  perlbagai  sumber setempat / tempatan ( sumber alam semulajadi  , sumber tenaga manusia dan sumber budaya )   dalam menjana perkembangan  pembangunan  tersebut .


- Contoh Koridor Pembangunan Wilayah :

1. Koridor Pembangunan Wilayah Utara ( NCER ).

2.  Koridor Pembangunan Wilayah Iskandar .

3. Koridor  Pembangunan Wilayah Timur ( ECER ).

4. Koridor Pembangunan Tenaga Boleh di Perbaharui  Sarawak  ( SCORE ) .

5. Koridor Pembangunan  Timur Laut Sabah ( SDC )



2.0. Matlamat  koridor Pembangunan Wilayah dilaksanakan  :

- Meningkat pembangunan  fizikal   kawasan  / daerah  / kawasan  berdasarkan  potensi sumber  alam semula jadi  yang terdapat  di kawasan tersebut . 

- Meningkatkan pembangunan ekonomi  / menyediakan peluang pekerjaan  / meningkatkan kadar pendapatan  / kuasa beli  penduduk  serta  mengurangkan  kadar pengangguran penduduk  setempat .

- Meningkatkan pembangunan sosial penduduk  / meningkatkan  kemudahan infrastruktur  / pendidikan  / kesihatan   serta taraf hidup  penduduk di kawasan terlibat .

- Memajukan kawasan-kawasan terpencil  yang berpotensi  berdasarkan  potensi sumber alam  dan lain-lain.

- Menyeimbangkan  kadar pembangunan  antara wilayah / negeri di dalam negara .



3.0. Stategi  Kerajaan  dalam melaksanakan Koridor Pembangunan Wilayah  (  Fokus Pembangunan  antara Wilayah ) .

* Strategi  pembangunan setiap wilayah  banyak dipengaruhi oleh  faktor-faktor  setempat / tempatan sama ada  faktor fizikal (  kedudukan @  lokasi yang strategik  / bentuk muka bumi  / sumber alam  / kesuburan tanah )  dan faktor-faktor  budaya  ( pendidikan  / teknologi  / dasar kerajaan  / modal  dll )  - Perlu difahami  dengan baik .


3. 1. Koridor Pembangunan Wilayah Utara ( NCER ).

- Sebagai  Hub  Pembangunan Pelancongan .

   >  Kewujudan pelbagai   aset   pelancongan  berasaskan  keunikan / kecantikan alam  semula jadi  / pulau  / pantai / struktur  hutan  hujan tropika    seperti  di Pulau Langkawi  , Gunung Jerai ,  Pulau Pinang  , Taman  Negara Belum  ,  Gua Kelam  di Perlis   , Bukit   Bendera  ,  pantai baru Feringgi  di Pulau Pinang  dijadikan sebagai  daya tarikan eko pelancong . 

    >  Kewujudan  pusat-pusat perniagaan cukai  seperti  Bukit kayu Hitam  di Perlis  ,  Padang Besar di Kedah  serta Kuah  di Langkawi   turut berupaya  dijadikan sebagai daya tarikan  pelancong .   

    >  Pelbagai  monumen  dan artifak  sejarah  di Pulau Langkawi  , Gunung Jerai dan Pulau Pinang  -  dijadikan aset pelancongan  bagi aktiviti  pelancongan  sejarah  dan warisan .   

    >  Kedudukan berhampiran dengan pusat pelancongan  di selatan Thailand  turut dijadikan  sebab mengapa  NCER dibangunkan hub pelancongan  perkapalan . Star Cruise  menjalankan  aktiviti pelancongan perkapalan  dari Pulau Puket  , Pulau  langkawi  , Pulau Pinang  dan  Perlabuhan Kelang .



- Sebagai Hub  Pembangunan  Pertanian .

> Taburan kawasan tanah  pamah yang luas  dan subur seperti tanih  aluvium  yang meliputi  sebahagian besar  kawasan Dataran Kedah / Perlis  , Dataran kerian / Sungai Manik  di Perak , berpotensi dibangunkan sebagai kawasan tanaman padi utama di Malaysia . 

>  Kawasan kaki bukit  dan lereng banjaran Belum  , Titiwangsa  yg terdiri daripada tanih laterit amat sesuai untuk diusahakan dengan pelbagai tanaman kontan / komersial seperti kelapa sawit  dan getah .



- Sebagai  Hub  Pembangunan  Pendidikan / kesihatan .

> Kewujudan  pelbagai  hospital   dan pusat  perubatan pakar dalam pelbagai  bidang berupaya  menjadikan sektor ini sebagai  salah satu daya tarikan pelancongan kesihatan .

> Kewujudan  dan pembinaan pelbagai hospital pakar di Pulau Pinang  menggalakkan perkembangan sektor pelancongan kesihatan  di kawasaan ECER .


- Sebagai  Hub Pembangunan Industri Pemprosesan hasil 

    Pertanian . 

> Dikaitkan dengan  kawasan pertanian yang sangat  luas  dan berupaya membekalkan  industri dengan pelbagai bahan mentah  sektor pertanian seperti  kelapa sawit , getah   dan padi .

>  Kewujudan  pelbagai bahan mentah  ini  memangkin  pembangunan pusat-pusat  industri berasaskan   pertanian seperti di Mergong  , Kulim  ,  Seberang Perai .




3.2. . Koridor Pembangunan Wilayah Timur  (ECER).

- Sebagai  Hub  Pembangunan Pelancongan  dipacu oleh : 

    > Kewujudan  pusat-pusat  peranginan  utama  , Pulau 

        Perhentian  , Pulau Redang  di Terengganu ,   Pulau        

       Tioman  di Pahang .



    >  Terdapatnya  Taman  Negara Tahan  /  Taman Negeri                Endau Rompin  di Pahang -  kaya dengan kepelbagaian               biodiversiti / flora  dan  fauna  .


   >   Kewujudan  Taman- taman  laut yang kaya dengan                    pelbagai  spesis terumbu karang  yang  unik  dan menarik 

        seperti  Taman laut Pulau Redang , Taman laut Pulau 

        Tioman. 




    >  Terdapatnya  pelbagai  pusat reakreasi  / hiburan  / 

        taman  tema  air  seperti  di  Gambang  / Temerloh .


- Sebagai Hub  Pembangunan  Pertanian .

   > Jaluran  kawasan tanah  pamah  seperti Delta  Kelantan  / 

       Dataran  Besut  / Kawasan pengairan  Pahang  Tua  - 

       tanah aluvium  yang subur  - kawasan tanaman  padi  

       utama  di Pantai Timur.

    > Kawasan beralun  di pedalaman  seperti  di Terengganu 

       tengah  , Selatan Kelantan dan tenggara Pahang  - tanah 

       laterit  - kawasan tanaman  kelapa sawit / getah .



- Sebagai  Hub  Pembangunan  Pendidikan .

   >  Kewujudan  IPTA / IPTS  di bandar-bandar  Gambang  di 

        Pahang   , Pengkalan  Chepa  di Kelantan  




- Sebagai  Hub Pembangunan Industri Pemprosesan hasil 

    Pertanian . 

   > Perkembangan  pelbagai  sektor  pertanian  

        menggalakkan     perkembangan sektor industri 

        pembprosesan hasil-hasil pertanian  seperti Kilang  

        memproses minyak kelapa sawit  , kilang  memproses 

       getah   , kilang memproses hasil-hasil laut. 



3.3. Koridor Pembangunan Wilayah Iskandar                        ( ISKANDAR  RAYA  ).

- Sebagai  Hub  Pembangunan Pelancongan .


- Sebagai Hub  Pembangunan  Perkhidmatan Pengangkutan  .


- Sebagai  Hub  Pembangunan  Pendidikan .


- Sebagai  Hub Pembangunan Industri .





3.4.  Koridor Pembangunan  Tenaga Boleh di 

          Perbaharui  Sarawak   ( SCORE  ).


- Sebagai  Hub  Pembangunan Pelancongan .

>  Kepelbagaian  ciri bantuk muka bumi seperti  gua batu kapor   

    (  Gua Niah  , Gua Mulu )  , gunung Sentubung berpotensi         

      dibangunkan sebagai hub ekopelancongan  di Sarawak .





- Sebagai Hub  Pembangunan  Sumber Tenaga yang boleh 

    diperbaharui  

>   Bentuk  muka bumi tanah tinggi  di pedalaman Sarawak yang 

     bergunung-ganang amat  sesuai  untuk dijadikan tapak stesen 

     Janakuasa tenaga hidro elektrik  . Lembah Belaga  - Empangan 

     Bakun . 

>  Sungai-sungai yang  panjang   dan beraliran deras di bahagian 

     hulu berpotensi  dijadikan sebagai tapak bina stesen jana kuasa 

     elektrik hidro .


- Sebagai  Hub  Pembangunan  Pendidikan .

- Sebagai  Hub Pembangunan Industri Pemprosesan hasil 

    Pertanian . 


3.5. Koridor Pembangunan  Timur Laut  Sabah                       (  SDC ).

- Sebagai  Hub  Pembangunan  Perikanan  .

>  kedudukan  pantai  timur Sabah  yang berhadapan                        

     dengan  Laut Sulu yang kaya dengan pelbagai sumber laut          

     sangat berpotensi dimajukan sebagai kawasan perikanan / 

     akuakultur. 



- Sebagai Hub  Pembangunan  Hasil-hasil Hutan  / 

   Pembalakan  .

>  Litupan  hutan hujan tropika / hutan khatulistiwa  yang  

     luas  di pedalaman  Sabah  dan kaya  dengan  pelbagai 

     spesis kayu keras tropika seperti  balau , keruing  , cengal  

      dan meranti berpotensi dijadikan sumber bahan  mentah 

      industri perkayuan . Rotan dan buluh pula dijadikan 

      bahan mentah industri kraftangan  dan perabut .



- Sebagai  Hub  Pembangunan  Pelancongan  .

>  Kewujudan  litupan  hutan  hujan Tropika  yang kaya  

    dengan pelbagai biodiversiti  seperti  Lembah  Danum  , 

    pusat-pusat konservasi  hidupan  liar  seperti  Pusat 

    pemuliharaan orang hutan  di Sepilok  ,  pulau-pulau  yang  

    mempunyai perairan  serta  terumbu  karang  yang  

    menarik  seperi Pulau Sepadan  ,  Pulau Ligitan dan Taman  

    Laut Tunku Abdul Rahman  memangkin aktiviti  

    pelancongan.



 >  Kewujudan  Gunung Kinabalu  dan  kawasan persekitaran 

    yang  mempunyai  suhu yang sederhana dan 

    permandangan  yang menarik  seperti kawasan  

    Kundasang  turut  menjadi aset  pelancongan  di kawasan  

    segi tiga  pertumbuhan  SDC.


- Sebagai  Hub Pembangunan Industri Pemprosesan hasil 

    Pertanian . 




4.0. Cabaran  & halangan  dalam melaksanakan rancangan  Koridor Pembangunan Wilayah .

> Kekurangan  modal  / dana pembangunan  (  pelaburan lebih 

     tertumpu  di kawasan-kawasan yang  lebih maju  seperti di 

    lembah Kelang .

> Teknologi  yang  rendah (  kekurangan  peruntukan  untuk 

    penyelidikan  /  kekurangan   inovasi . 

>  Sumber tenaga buruh / kepakaran  yang kurang  ( persaingan 

     guna tenaga  daripada sektor-sektor ekonomi lain  & perubahan  

     cara hidup  dan corak pemikiran  penduduk tempatan .

>  Konflik pembangunan  dan  alam  sekitar ( pencemaran  air / 

     pencemaran  udara  .kemusnahan  habitat flora  & fauna  / tanah 

     runtuh  / hakisan  tanah ) 

>   Masalah  keselamatan  / ancaman lanun  / pencerobohan  

      nelayan asing  / gangguan  daripada  pencerobohan  tentera 

       asing .



5.0. Usaha-usaha / langkah meningkatkan rancangan  Koridor Pembangunan Wilayah .

>

No comments:

Post a Comment