Friday 8 October 2021

 

Tema : 

PEMBANDARAN  & JENIS-JENIS BANDAR .


1.0. Konsep Bandar .

 - Satu petempatan  yang mempunyai ciri-ciri 

> Penduduk - melebihi  10 000 ribu orang . purata penduduk  1000 orang/ km persegi .

> Keluasan tapak bina -  Kawasan tepubina petempatan  melebihi  5 km persegi .

> Fungsi petempatan  - menjalankan  pelbagai  kegiatan  ekonomi moden  (  sektor ekonomi  perkhidmatan  / perniagaan / perdagangan  / perindustrian  / pelancongan  ) 

> Budaya / mentaliti penduduk - mengamalkan  mentaliti  dan  gaya hidup  moden . menggunakan  pelbagai teknologi  moden  dalam  pelbagai  urusan  hidup  seharian.



2.0. Konsep Konurbasi 

> Proses  penggabungan  beberapa  pusat  bandar yang berhampiran  akibat   proses pembandaran  di bandar-bandar  tersebut lalu membentuk satu petempatan  bandar  yang lebih  besar  dengan  peranan / fungsi bandar  yang  lebih  komplek / banyak .

>  Proses ini  berlaku  mungkin  disebabkan  oleh faktor : 

1.   Peningkatan kadar penduduk, 

2.  Pembinaan infrastruktur baru dan laluan komunikasi,                  

3. Pembangunan industri dan teknologi,




3.0. Konsep Perebakan bandar .

>  Proses perkembangan  bandar  ke kawasan-kawasan  pinggir bandar  yang  terletak berhampiran dengan  bandar  tersebut  lalu  membentuk  bandar-bandar  kecil  / bandar-bandar  satelit .

>  Proses ini  berlaku  mungkin  disebabkan  oleh faktor : 

1.   Peningkatan kadar penduduk, 

2.  Pembinaan infrastruktur baru dan laluan komunikasi,                  

3. Pembangunan industri dan teknologi,




4.0. Jenis-jenis dan ciri-ciri Bandar                                               (  berasaskan hierarki  Petempatan ) .

         4.1. Bandar Raya .

> Penduduk  melebihi  5 00 0000 orang .

>  Mempunyai sistem saliran, pengangkutan, utiliti, perumahan dan penggunaan tanah yang cekap.

Mempunyai  kawasan komersial terpadat  dan terbesar  serta pelbagai kegiatan ekonomi  moden .

> Mempunyai  pusat  pentadbiran sendiri  bagi sesebuah bandar raya tersebut  ( Dewan  Bandaraya  - DB ) . 

- Mempunyai  struktur  tapak bina bandar  yang  terancang  , Pusat bandar  - kawasan  komersial  , di  susuli dengan kawasan perumahan yang terletak berhampiran dengan pusat bandar raya. 

>  Kawasan industri pula biasanya didirikan agak jauh daripada kawasan perumahan  dan  pusat  bandar   untuk mengelakkan penduduk daripada menerima kesan buruk akibat pencemaran di kawasan industri. 

> Jaringan sistem pengangkutan awam serta rangkaian jalan raya dan lebuh raya yang baik adalah perlu bagi menghubungkan kawasan pusat  bandar   dangan  kawasan-kawasan  lain  di pinggir bandar .

>  Contoh : Bandaraya Kuantan  , Bandaraya Johor Baharu  dan  Bandaraya  Ipoh .




         4.2. Metropolis.

>  Mempunyai  pusat  pentadbiran  yang  tersendiri  

>  Mempunyai  jumlah  penduduk melebihi  1 juta orang .

>  Terdiri  daripada  gabungan  beberapa buah  bandar raya  dengan  bandar-bandar besar  yang  berhampiran .

> Mempunyai  tapak  bina  bandar  yang  lebih luas dan tepubina dengan  pelbagai  pembangunan .

> Mempunyai  fungsi yang  sangat  rencam .

>  Contoh : Metropolitan  Kuala Lumpur .


         4.3. Megalopolis .

>  Hierarki  petempatan yang  terbesar .

>  Gabungan beberapa buah  metropolis / bandaraya yang  berhampiran .

Mempunyai  keluasan tapak  bina  yang  sangat  luas .

>   Menpunyai  fungsi  / peranan  yang  sangat  rencam  / komplek .

>  Contoh : Megalopolis  Tokyo ( Gabungan metropolis  Tokyo / Kobe  dan Osaka ) , megalopolis  New York ( Menganjur di pantai timur Amerika Syarikat ( Boston , Massachussette  , New York  ,  Philadelphia  sehingga  ke Washington DC .





5.0. Jenis-jenis  dan ciri-ciri bandar 

         ( berasaskan  kaedah pembentukan bandar ).


         5.1. Bandar Primat.

> Merujuk  kepada  bandar terbesar dalam sesebuah negara  yang  mempunyai saiz berkali-kali  ganda  lebih besar  berbanding bandar  yang  kedua terbesar di negara tersebut dari  segi  tapak bina  , jumlah  penduduk  dan fungsi .

> Biasa  berfungsi  sebagai  ibu negara .

> faktor yang  mempengaruhi  pembentukan  bandar  primat :

1. Faktor sejarah  - penjajahan  - kawasan terawal dimajukan / dilengkapi dengan pelbagai prasarana - mudah dimajukan selepas merdeka . Contoh : Bandaraya Manila  di Filiphina .

2. Faktor  pemusatan fungsi bandar  - kedudukan yang strategik  secara semula jadi  menjadikan kawasan bandar primat lebih mudah berkembangan berbanding dengan bandar-bandar  lain . Contoh : Bandaraya  Bangkok di Thailand .

3. Faktor  pertumbuhan  penduduk  yang  terlalu  pesat  - proses kelahiran semulajadi yang tinggi  dan aliran migrasi luar bandar  ke  bandar  yang  terlalu tinggi  - galakkan  perkembangan bandar  utama   yang terlalu pesat . Contoh : Bandaraya Hanoi di Vietman .

4. Faktor  Kerajaan  - Kerajaan  memusatkan  pembangunan  dan   fungsi sesuatu  petempatan  di sesuatu  kawasan  bandar  untuk memudahkan aktiviti  pentadbiran . Contoh : Bandaraya Jakarta  di Indonesia .





         5.2. Bandar satelit . 

> Merujuk  kepada  kewujudan  bandar-bandar kecil  di sekitar bandar induk / bandar-bandar  utama  yang saling lengkap-melengkapi  fungsi antara ke dua-dua petempatan .

>  Umumnya , bandar satelit  mempunyai struktur jaringan pengangkutan  , perhubungan   dan  urusan  pentadbiran serta  fungsi  dengan  bandar  utama / bandar  induk .

>   Contoh : Bandar satelit Muadzam Shah , Pahang .  Bandar satelit Sebang  , Tampin dan  Bandar Satelit Senawang , Negeri Sembilan  , Bandar satelit Pasir Tumbuh  , Kota Bharu , Kelantan . 




         5.3. Bandaraya Global .

>  Merujuk  kepada   bandar raya-bandar raya yang terbesar dunia  yang mempunyai  banyak  fungsi   global  /    rentas negara dan berperanan   sebagai hub  ekonomi  /  politik  / budaya   dan memacu  perkembangan  teknologi   dunia ,  bandaraya  global  juga  bertindak sebagai   pemacu  pertumbuhan negara masing-masing dan pintu masuk sumber serantau .

> Mempunyai   pelbagai  mercu tanda . Contoh , Jambatan Sg Thimes / London  ,  Menara  Efiel  /  Paris . Patung Libertity / New York .

>  Kewujudan  pelbagai ibu pejabat institusi kewangan  global / pasaran saham global  / firma guaman  / firma  audit  / konglomerat  - menunjukkan  bandaraya global  mempengaruhi  pola ekonomi antarabangsa.

>   Penduduk  terdiri  daripada  pelbagai  kaum  , anutan agama  dan budaya  kerana  wujudnya  imgran  daripada  pelbagai  negara .

>  Menjadi  pusat  pendidikan  dan budaya  bertaraf  global  kerana kewujudan  pelbagai institusi pendidikan  dan pusat kebudayaan  yang bertaraf  antarabangsa .

>  Berfungsi  sebagai  pusat  pembauran teknologi  dan inovasi  moden  di peringkat  global .

> Contoh : Paris   , London  ,  New York  , Brussel , Tokyo




6.0. Kesan Proses Pembandaran Yang Tidak  Terkawal / Terancang :
 
> Kesan kepada alam sekitar fizikal ( ASF ) .

1. Berlaku kemerosotan kualiti alam sekitar .
    - Sistem  Atmosfera 
Pencemaran Udara  ,  Jerebu   ,  Peningkatan Suhu  Setempat  , Fenomena Pulau Haba Bandar  : disebabkan asap2 kilang / asap kenderaan  / debu & habuk dari  sektor pembinaan  .   Hujan  Asid - tindak balas pelbagai toksid yang  dibebaskan bersama asap  yang bertindak balas dengan  air hujan .   Banjir Kilat - sistem perparitan tersumbat  / sistem perparitan  cetek  , kekurangan kawasan / kolam takungan , permukaan tanah yang terlalu bnyak  diturap/ ditar  , kekurangan  tumbuhan  hujau  di bandar. 
    - Sistem  hidrosfera 
Pencemaran air - enfluen / sisa toksid  dan sisa  pepejal berjadual dari  kilang  yang dilupus secara haram   / sisa kumbahan dari  sektor   perhotelan  / sisa domestik dari kawasan    kediaman  / sisa perniagaan  dari kawasan perniagaan 
   -  Sistem litosfera .
Kejadian hakisan tanah  - pembandaran pesat - penebangan hutan secara tidak terkawal  - permukaan tanah terdedah kepada air hujan  - membentuk larian air permukaan  - menyebabkan hakisan galir dan galur .
   - Sistem  Biosfera .
Habitat  flora  dan  fauna  terjejas  , rantaian  makanan  terjejas  - kekurangan kawasan  - kawasan  hutan terpaksa di buka  / proses pembersihan hutan / penyahutanan  secara tidak terkawal / besar-besaran dilakukan  .
2. Berlaku kemusnahan  alam  sekitar .
- Tanah  runtuh / aliran  lumpur / kemusnahan  hutan  /  kemusnahan kawasan  tadahan  air.
- Kejadian Tanah Runtuh - kekurangan tanah pamah  - pembinaan ruang kediaman / perniagaaan  dan perkhidmatan serta proses  pembandaran  di kawasan tanah tinggi / di kawasan  cerun curam .


> Kesan kepada alam sekitar manusia / budaya ( ASM / ASB ).
1.  Masalah  setinggan  - kekurangan kawasan kediaman/ petempatan  :   kos pembinaan tinggi  / kekurangan  tanah  / kos tanah di bandar  yang mahal / pendapatan  penduduk yang rendah  / terdapat kawasan  kosong yang terbiar di bandar ( tanah rezab sungai / rezab kereta api  / kawasan lombong dll ).
2.  Masalah pengangguran  - peluang pekerjaan  terhad  - penduduk ramai  / taraf  pendidikan  & tarah  kemahiran  rendah  / persaingan dengan pekerja asing  - menyebabkan pengangguran .
3.  Masalah kemiskinan bandar  - taraf pendidikan rendah  / pendapatan kurang  /kadar upah rendah  / kos sara hidup di bandar  yang  tinggi -  penduduk tidak mampu   menyara kehidupan di bandar / terpaksa meminjam dari along  - lingkaran kemiskinan bandar. 
4.  Kesesakan lalu lintas  -  pemilikan kenderaan persendirian yang banyak  / kurang  kawalan  penggunaan kenderaan  ke pusat bandar -  tingkatkan  kesesakan lalu lintas .
5.  Kekuarangan  kemudahan  asas  -  Pembandaran yang tidak terancang  - tingkatkan migrasi ke bandar  - wujudkan tekanan terhadap pelbagai  kemudahan  asas / infrastruktur  di bandar . Kewujudan kawasan setinggan  - kurang kelengkapan bekalan air bersih / bekalan tenaga elektrik  / sistem pembantungan  dan  sistem pembuangan sampah yang tidak terurus dengan sempurna .
6.  Perebakan  Penyakit  - pembandaran  yang  tidak  terancang  - kewujudan  kawasan setinggan  / kekurangan kemudahan  asas  - menjadi kawasan  pembiakan  pelbagai vektor  / serangga  seperti lalat / nyamuk  denggi / lipas    dan  haiwan  seperti  tikus  yang mampu menyebarkan  pelbagai wabak  penyakit seperti  denggi  / taun  / kencing tikus  dll.   

No comments:

Post a Comment