Monday, 18 October 2021

 Tema :  PENDUDUK  SEBAGAI  AGEN  PERUBAHAN .


1. Sebagai agen perubahan fizikal .

    >  Memperihalkan aktiviti / eksplotasi terhadap sistem-sistem 

       bumi ( sistem  atmosfera  /sistem litosfera / sistem hidrosfera / 

      sistem biosfera )  untuk memastikan kelangungan hidup 

      penduduk .

   > Perubahan fizikal  yang  berlaku  mungkin memberi impak / 

      kesan positif  ataupun   kesan negatif.

   > Kesan positif  - menjadikan kawasan lebih cantik / menarik /  

     dan kesan negatif berbentuk kemerosotan kualiti  alam sekitar  

     dan  kemusnahan terhadap alam sekitar  dansumber alam  

     semulajadi . 

    > Contoh : Aktiviti  pertanian  - penduduk akan melakukan 

       proses   penyahutanan / pembersihan hutan / meneres cerun / 

       meratakan tanah / membajak  / mencangkul  dan lain-lain 

       aktiviti   -  untuk menanam sesuatu  tanaman  -  menghasilkan 

       sumber makanan  / sediakan peluang pekerjaan  / sumber bahan 

       mentah  industri .


  >  Perubahan terhadap alam sekitar fizikal  akan menghasilkan 

      alam sekitar budaya / lanskap pandang darat budaya / ekosistem 

     buatan manusia .



  > Contoh : Aktiviti lombong dedah / mengorek permukaan tanah -    akan membentuk tasik / kolam bekas lombong  buatan manusia  

     ( ekosistem buatan  manusia / pandang darat budaya ) .




2. Sebagai agen perubahan pandang darat budaya .

  > Perubahan pandang darat fizikal  hasil aktiviti  penduduk akan   

      membentuk pandang darat budaya .

  > Penebangan hutan dan kemudiannya ditanam dengan tanaman  

      kelapa sawit akan menghasilkan pandang darat budaya  ( ladang 

      kelapa sawit ) . 

  > Aktiviti  melombong bijih timah / bauksit secara   lombong 

     dedah  , akan  menghasilkan pandang darat permukaaan bumi  

     yang berlekuk-lekuk  / mempungai banyak kolam / tasik ( 

     pandang darat budaya ) .

  > Perubahan pandang  darat budaya mudah berubah ke bentuk 

     pandang darat budaya yang  lain .

 > Contoh : Kawasan ladang  kelapa sawit ( pandang darat budaya 

     lama  ) dibangunkan/ dimajukan sebagai tapak bandar  baru ( 

     pandang darat budaya yang baru ).



3. Sebagai agen perubahan ekonomi .

  > Pembentukan pandang darat tertentu  akan memberi kesan / 

       mendatangkan perubahan terhadap perubahan ekonomi . 

  > Pembukaaan  kawasan ladang  kelapa sawit  akan menyediakan  

      banyak peluang pekerjaan terhadap penduduk . ini secara tidak 

      langsung akan meningkatkan pendapatan perkapita penduduk di 

      kawasan tersebut . Keadaan  ini secara tidak langsung akan 

      meningkatkan  kuasa  beli   dan keupayaan tabungan  penduduk. 

      hal ini akan meningkatkan pemilikan  harta / barangan di 

      kalangan penduduk.

  > Perubahan terhadap  pandaang darat budaya juga akan 

     menyebabkan terbentuknya kesan pengganda ekonomi di 

     kawasan tersebut . 

 >  Contoh : pembukaan  kawasan pertanian  - akan menggalakkan 

    perkembangan sektor perniagaan  ,   perkhidmatan  , 

    pengangkutan  dan perkilangan  di sesuatu kawasan .



4. Sebagai perubahan agen perubahan sosial 

   > Umumnya  perubahan fizikal  yang berbentuk pembangunan  

       fizikal  akan membentuk perubahan pandang darat  budaya  

        yang sekali gus  memberi kesan terhadap perubahan  ekonomi  

       dan sosial .

   > Proses  pembandaran  yang  berlaku  misalnya akan mengubah 

      pandang  darat fizikal  sesuatu kawasaan ( dahulunya  kawasan  

      hutan ) kepada  kawasan  bandar  yang  lengkap  dengan 

     pelbagai fungsi ( terdapat  pelbagai binaan seperti kawasan 

     petempatan  , kawasan perniagaan  , kawasan kilang  , jaringan 

     pengangkutan  ,sistem perhubungan  , kemudahan  pendidikan  , 

     kemudahan kesihatan  dan  lain-lain .  Kemudahan  pendidikan  

    akan meningkatkan taraf pendidikan penduduk manakala 

     kemudahan kesihatan akan menyediakan  perkhidmatan 

     kesihatan kepada penduduk . Hal ini akan  membawa perubahan  

     kepada sosial penduduk.


No comments:

Post a Comment