Sunday 10 October 2021

 Tema : KERJASAMA EKONOMI                                         ANTARABANGSA .

  ( BLOK - BLOK  PERDAGANGAN ) .



1.0. Konsep  Kerjasama Ekonomi  Antarabangsa .

>    Persefahaman  / perjanjian / persetujuan  di kalangan negara serantau  / blok perdagangan  dunia  untuk melaksanakan  sesuatu mekanisme  ekonomi seperti  mengecualikan  cukai / mengurangkan kadar tarif  / menghapuskan pelbagai syarat  perdagangan  / menghapuskan pelbagai syarat  pelaburan  sesama  negara  anggota  pertubuhan / blok  perdagangan .


2.0.  Tujuan Kerjasama Ekonomi  Antarabangsa .

>  Memudahkan  pergerakan   tenaga buruh / kepakaran 

>  Memudahkan aliran pelaburan / modal / dana .

>  Memudahkan  proses pemindahan teknologi .

>   Memudahkan  perkongsian   bahan mentah .

>  Memperluaskan saiz  pasaran barangan  dan  perkhidmatan .

>  Berupaya menyelesaikan  masalah  pertikaian sempadan  

     bertindih / memajukankan secara usahasama .

>   Berupaya meningkatkan  daya saing serantau  di peringkat  

      global .



3.0.  Tujuan / kepentingan  / faedah  kerjasama  dalam  blok  perdagangan serantau  ( AFTA / NAFTA / WTO /  APEC ) 

1.  Memperluaskan saiz pasaran barangan & perkhidmatan  ke 

      peringkat serantau / global.

2.   Memudahkan  pemasaran barangan   dan  perkhidmatan  yang 

      dikeluarkan.

3.   Memberi pilihan  yang  lebih  banyak  kepada  pengguna 

       tempatan tentang  kualiti  dan harga barangan yang  ada di 

        pasaran .

4.   Berupaya  meningkatkan  aktiviti  perdagangan  dan perniagaan 

       tempatan  kerana  pengguna mempungai  banyak  pilihan 

       barangan & perkhidmatan  yang  ditawarkan.

5.   Mewujudkan pelbagai  peluang  pekerjaan yang  baru  - 

       usahawan baru  mampu meneroka produk & pasaran  baru  di 

       peringkat domestik  ataupun  serantau .



4.0.  Blok-blok Pertubuhan Ekonomi  Serantau  /  Global .


          1. WTO .

>  Pertubuhan Perdagangan Dunia /  World Trade Organization ; singkatan: WTO

>  keahlian : semua negara  di dunia .

>  Pertubuhan yang ditubuhkan untuk menggalakkan perdagangan antarabangsa.

 >  Menetapkan peraturan perdagangan antarabangsa, melaksanakan perjanjian perdagangan dan  memastikan negara ahlinya memegang kepada perjanjian yang dimeterai. 

>   Tiga badan utama WTO ialah Persidangan Menteri, Majlis Agung dan Ketua Pengarah.



           2. APEC .

Forum  Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 

>   Merupakan satu forum untuk 21 buah negara di rantau  Asis  Pasifik ( negara-negara yang  bersempadan  ( lokasi  di timur & barat  lautan pasifik  ) Kanada , Amerika syarikat , Mexico  , Chile  , Australia   , New Zealand  ,  Malaysia  , China  , Taiwan  , Filiphina  , Jepun dll .

>   Bertujuan untuk menggalakkan perdagangan bebas dan kerjasama ekonomi di seluruh rantau Asia Pasifik.

>   Mewujudkan pasaran baru bagi produk pertanian dan bahan-bahan mentah di luar Eropah (di mana permintaan telah menurun).

>  Meningkatkan taraf hidup dan tahap pendidikan melalui pertumbuhan ekonomi yang mampan dan untuk memupuk semangat kemasyarakatan 

>  Menghargai kepentingan bersama di kalangan negara-negara Asia Pasifik.

>   Mewujudkan  agenda perdagangan bebas. 

>   Meneroka peluang pasaran eksport baru bagi sumber asli seperti gas asli, 

>   Mendapatkan integrasi ekonomi serantau (integrasi industri) melalui pelaburan langsung asing.




           4. AFTA.

>   Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area atau AFTA

 >   Merupakan  ikrar / forum  / perjanjian perdagangan bebas yang dibuat oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) .

>    Antara tujuan perjanjian AFTA

1.  Untuk meningkatkan daya saing  rantau   ASEAN sebagai  pangkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan halangan tarif dan bukan tarif dalam ASEAN.

2.  Untuk  menarik pelaburan asing langsung ke ASEAN.

3.  Pengguna dapat memperoleh barang dagangan dari pengeluar yang lebih cekap dan kualiti yang  lebih baik  di ASEAN serta mewujudkan perdagangan intra-ASEAN

.4.  Meningkatan persaingan harga dalam industri-industri pembuatan dengan    saiz pasaran yang lebih besar, pelabur-pelabur / pengusaha  industri  serantau akan  dapat menikmati pengeluaran secara besar-besaran.




            5. OIC.

Pertubuhan Kerjasama Islam[2] atau OIC (منظمة المؤتمر الإسلامي; Organisation of Islamic Cooperation) ialah satu pertubuhan antarabangsa di kalangan negara-negara Islam yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

>  Terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan utara AfrikaCaucasusAsia TenggaraAsia TengahBalkan dan Asia Selatan.

>   Tujuan pembentukan -  membuat keputusan untuk mengumpulkan sumber mereka bersama-sama bergabung bersatu tenaga dan suara untuk melindungi kepentingan dan memastikan kemajuan dan kebajikan umat Islam di seluruh dunia.





5.0. Halangan  yang dihadapi  dalam  melaksanakan  kerjasama  ekonomi .

>   Ketidakstabilan  politik  di peringkat  domestik  atau  serantau .
>   Tahap  perkembangan   dan  pembangunan  asas  / fendumental  
      ekonomi  negara serantau  / blok perdagangan  yang  tidak 
       seimbang.
>  Dasar  pemerintah yang  lebih  mengutamakan  kepentingan 
    domestik  berbanding  dengan  kepentingan  serantau .
>  Kemelesetan  ekonomi  serantau  atau  global .
>  Persaingan  sesama  negara  serantau .



6.0. Halangan  yang dihadapi dalam melaksanakan  kerjasama  perdagangan   di peringkat  serantau / global .
>   Persaingan  sesama negara  serantau  di pasaran  global  bagi  
      yang  mengeluarkan komoditi yang sama .
>   Ketidakupayaan negara pengeluaran komoditi  yang  sama 
     mematuhi  kouta  pengeluaran yang  telah  dikeluarkan .
>  Masalah kejatuhan  nilai mata wang  negara anggota .
>  Kuasa beli  penduduk di kalangan negara serantau  yang  rendah  
     - mempengaruhi pola permintaan terhadap barangan  &  
    perkhidmatan yang ditawarkan .
>  Wujud  konflik  etika  kepenggunaan dengan jenis barangan  dan 
     perkhidmatan  yang  ditawarkan / diperdagangkan .


1 comment:

  1. Terima kasih cg deen 😍 Nota lengkap dan mudah difahami 💪

    ReplyDelete