Sunday 24 July 2022


 Info  K3R :

PROGRAM KITAR  SEMULA

DAN  EVOLUSINYA    SMK ROMPIN .

( Dari Pengumpulan  kepada Penjanaan Ekonomi  )



1.0. Konsep Sisa  Buangan dan Kitar semula .



       1.1. Konsep Sisa Buangan .   

  - Berdasarkan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan

Awam 2002 ( Akta 672 ) - Sisa pepejal merujuk kepada apa-apa

benda yang hendak dilupuskan kerana sudah pecah , lusuh , tercemar

atau selainnya rosak .


1.2. Konsep Kitar Semula ( 3R ) ;

- Kitar Semula merujuk kepada proses penguruang ( Reduse ) ,

proses penggunaan semula ( Reuse ) dan proses mengitar semula

( Recycle ) pelbagai sisa barangan yang sudah tidak digunakan.

Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penjanaan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan. Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

(Akta 672) “Sisa Pepejal” termasuklah :

2.0 Kepentingan Aktiviti Kitar Semula.


       2.1. Kontak Alam Sekitar .

Dapat menjimatkan pengunaan sumber alam .

-  Dapat mengelakkan  kepupusan pelbagai  sumber  alam .

-  Dapat mengurangkan  kadar hakisan .

-  dapat  mengelakkan / mengurang kejadian pencemaran 

    alam sekitar .


       2.2. Kontak Pendidikan .

Dapat  melahirkan masyarakat yang menghargai  alam 

    sekitar .

- Dapat  melahirkan  masyarakat yang  berupaya mengurus 

    dan  membangunkan pelbagai sumber alam  dan alam

    sekitar dengan cara yang berhemah dan  optima .


      2.3.  Kontak Ekonomi .

- Dapat mewujudkan peluang pekerjaan / sumber pendapatan .

- Dapat mengwujudkan  kesan pengganda ekonomi  / industri hiliran / industri kitaran .

-  Dapat  mengurangkan permintaan terhadap bahan mentah .

-  Dapat mengurangkan tekanan  terhadap ciri guna tanah / 

    memanjangkan jangka hayat pusat-pusat pelupusan sampah .



3.0. Implimentasi Aktiviti Kitar Semula .

      3.1. Jenis-jenis sisa buangan .

              

Sisa domestik  / kediaman  / isi rumah .

Sisa awam 

Sisa  Industri 


     3.2. Jenis-jenis kaedah pengurusan  / pelupusan sisa.

Cara  pembakaran Terbuka 


Cara melupus di tapak pelupusan sampah 



Melupus sampah  menggunakan  incenerator 

Melupus sisa-sisa  buangan  dengan cara menanam .



Cara melupus sampah dengan cara membuang ke sungai 



4.0. Kesan  Pelupusan Sisa Yang Tidak  Bersisematik.

4.1.  Mewujudkan  pencemaran air   /udara  / pencemaran tanih  dan 

         pencemaran bau .




4.2.  Boleh mengganggu  rantai makanan  hidupan akuatik  di laut. 



4.3.  Menjadi tempat pembiakan  pelbagai haiwan dan serangga / 

        vektor yang boleh menyebarkan penyakit.



Nyamuk, lalat  dan tikus  merupakan vektor penyakit
yang biasanya dikaitkan dengan pusat-pusat pelupusan sampah.


5.0.  Usaha-Usaha Tingkatkan  Pematuhan  terhadap Program Kitar  Semula .

5.1. Penguatkuasaan Langkah Perundangan  - Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672 ).



5.2. Kempen Kesedaran  Alam Sekitar  - SWCorp  anjurkan Pertandingan Kitar Semula Sekolah - sekolah  ( PerKISS )  , progam Trash to Cash  dll . 





5.3. Pendidikan Alam Sekitar - Secara formal  melalui mp PJK dan Kesihatan  , Pendidikan Moral dll.



5.4.  Pemantauan secara  berkala ke rumah-rumah  penduduk  , pusat-pusat perniagaan  dan industri  - memantau    dan menilai pematuhan  terhadap  peraturan pelupusan sisa pepejal yang telah dikuatkuasakan.




5.5.  Menyediakan lebih banyak pusat  pengumpulan sisa-sisa pepejal dan sampah di tempat-tempat tumpuan ramai .





6.0. Prosfek Kitar Semula pada masa hadapan .


Plan strategik Nasional Untuk Pelupusan Sisa  Pepejal
Negara tahun 2005 hingga 2050 .

Sebelum  ini  . pelupusan sisa-sisa domestik  dan sisa kediaman bantak dilakukan  secara  membakar  atau  menanam sisa-sisa tersebut . Walau bagaimanapun  plan induk ini menunjukkan  aktiviti 5R akan menjadi pilihan  utama dalam usaha kerajaan untuk melupuskan sisa-sisa bahan buangan 3R pada masa hadapan .



7.0. Konsep Sektor Ekonomi  Kitaran .

7.1. Konsep dan  prosfek pada masa hadapan  :

Kegiatan ekonomi sokongan  terhadap  kegiatan ekonomi  Primier , Kegiatan ekonomi Sekunder  dan kegiatan ekonomi  Terteir . Kegiatan ekonomi kitaran bukan sahaja  akan memberi nilai tambah  terhadap pelbagai kegiatan ekonomi utama  , malahan berupaya menjadikan daya tampung sumber alam  lebih panjang di samping kelestarian alam sekitar  dapat ditingkatkan . Industri pengumpulan minyak masak terpakai misalnya  , akan mengurangkan pembaziran  dan dalam  masa yang sama boleh menyumbang kepada perkembangan industri biodisel  negara .









EVOLUSI  KITAR SEMULA 
DI SMK ROMPIN.
 
1.0. Sejarah  Kitar Semula di SMK  Rompin.
        (  Penubuhan  dan Pengurusan ) :

   Tahun   2013 
 -    Ditubuhkan  di bawah seliaan  panitia Geografi .
 -     Diberi peluang untuk menyertai  Pertandingan  Sekolah Lestari  Anugerah Alam Sekitar (  SLAAS )  anjuran bersama KPM  dan        ( JAS )  / Kementerian  Sains  Teknologi dan  Alam  Sekitar .
-    Pencapaian  - di  tahap penilaian  panel .
-    Beraktiviti  melalui aktiviti Panitia Geografi  sebagai aktiviti 
KOKURIA.


Tahun 2014 - 2016 
- Tiada penyertaan  /  aktiviti  kerana masalah pengurusan .

Tahun  2017 .
-  Mendapat  tawaran  penyertaan  dalam  Pertandingan  Kitar Semula Sekolah-sekolah  anjuran  KPM  dan  Kementerian  Perumahan  & Kerajaaan  Tempatan  (  KPKT )  /  SWCorp Negeri Pahang. 
- Berupaya membina  pusat pengumpulan barangan 3R di hadapan Blok  ERT .
- Penyertaan Pertama  PerKISS 2017.
-  Pencapaian  :
    1. Tempat ke Tiga  - kategori pengumpulan barangan 3R 
         terbanyak  peringkat Negeri Pahang.
    2.  Johan  Kategori  Pembudayaan  Kitar  Semula Peringkat 
         Negeri Pahang.
- Penyertaan  dalam  Pertandingan  Laman LA21 - anjuran Majlis 
   Daerah Rompin.
- Pencapaian : Saguhati .

Pn. Pengetua ( Hajjah Nor Adlah  bt. Abd. Mutalib )
menerima Sjil Penghargaan dan hadiah kemenangan 
Pertandingan PerKISS  2017.



Foto kenangan  bersama   J/kuasa  penganjur 
Pertandingan  PerKISS  2017
Peringkat negeri Pahang.



Keratan Akhbar berkaitan PerKISS 2017 .
Paparan  Team  kelab Kitar Semula  SMK Rompin. 




Tahun 2018.
-  Tiada penyertaan .



Tahun 2019 .
- Penyertaan  PerKISS ke 2 .
- Pencapaian :
   1. Saguhati / Tempat ke lapan .
   2. Diberi  Inisiatif  Pembitaraan  3R dari  KPM / SWCorp Pahang         berjumlah  RM 1,000.00.

Pertandingan  PerKISS 2019  Peringkat negeri Pahang
Saguhati ( Tempat ke 4 hingga  ke 8)






Tahun  2020/2021.
- Penyertaan  PerKISS ke 3.
- Pencapaian  :
   1. Tempat  ke 3  kategori  pengumpulan barangan 3R tertinggi  
        peringkat  negeri Pahang.
   2.  Pemenang kategori anugerah khas ( pengumpulan tin 
        Aluminium tertinggi )

Hadiah Wang Tunai  pemenang PerKISS 2020/21

Penyampaian  hadiah pemenang  saguhati 
Pertandingan Kecekapan Tenaga Elektrikdi Rumah 
Peringkat kebangsaan  
anjuran  TNB & KL Jungle  Assambore .


Hadiah & Sijil  penyertaan 
Pertandingan Kecekapan  Tenaga  Elektrik di  Rumah
Tempat  pertama   Penyertaan  terbanyak 
Peringkat negeri Pahang  ( 2021 )



Penyertaan  PerKISS 2020//21.
Johan : Kategori khas ( Pengumpulan  Tin Aluminium Tertinggi )
Ke Tiga : Jumlah Pengumpulan Keseluruhan  Tertinggi .


Johan  Pertandingan  Fotokap  Alam Sekitar
Kategori Bawah 18  Tahun
Peringkat  negeri Pahang 2021.




Rumusan Pengurusan  K3R Tahun 2022/23.
W/pun berhadapan   dengan  situasi  PKP yang agak menghalang  pelbagai aktiviti , K3R SMK Rompin  masih berupaya  merancang  dan  melaksana  pelbagai progam  sebagai pengisian  terhadap  program  PerKISS .
 


2.0. Perancangan Tahun Pengurusan  2022/23.

21. Anjakan Pradigma  Pengurusan .
Perubahan  yang  perlu dilakukan jika inginkan aktiviti kitar semula terus memberi impak kepada  persekitaran   ,  pemahaman   warga  sekolah  dan  kelangungan  progam .
- Mulai tahun 2022 /23  ,   keterlibatan  jaringan  aktiviti  bertambah dengan pertambahan  penyertaan  pertandingan  dan  perluasan aktiviti .
- Antara  program yang diserap masuk ialah :
1, Pertandingan  Sekolah  Lestari Anugerah Alam Sekitar  
   ( SLAAS )
- Anjuran  KPM dengan  Unit Pendidikan  Jabatan Alam Sekitar ( JAS ) , Kementerian Alam Sekitar dan Teknologi  Hijau .
2. Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah  ( PerKISS ).
- Anjuran KPM  dengan  Kementerian Perumahan  dan Kerjaan Tempatan ( SWCorp. )
3.  Program  Pemulihan Biodiversiti Sekolah-sekolah Awam
-  Anjuran  KPM dengan kementerian Sumber Asli  ( FRIM )


Strategi Pengurusan dan  Pengendalian Program :

 






#hidupkitaacuankita.

#K3RSMKRhebat...

No comments:

Post a Comment