Friday 22 July 2022

 Info : 

 BIODIVERSITI  .

( Konsep , kepentingan, punca kepupusan  , langkah atasi kepupusan )


1.0.  Isu tentang Biodiversiti.

Biodiversiti merupakan elemen biosfera dalam komponen sistem bumi . Meliputi  pelbagai  organisme hidup seperti tumbuhan  , haiwan   dan maikro organisme . Secara umumnya ,  biodiversiti dibahagikan mengikut habitat atau ekosistem di mana ia hidup danberkembang biak. Disebabkan wujudnya pertembungan antara kepentingan  dan ruang dengan kehidupan manusia  ,  maka terjadilah konflik  berterusan  antara kedua-dua pihak . Didasarkan  kepada kepentingan dari segi ekonomi , budaya   dan lain-lain  , maka  ekplotasi secara melampau biasa berlaku terhadap pelbagai  biodiversiti di muka bumi ini . Hal ini akan menyebabkan  pembunuhan terhadap binatang liar , pemburuan terhadap pelbagai spesis yang dianggap berbagai hidangan utama alam menu makanan exotic dan lain-lain.



2.0. Konsep Biodiversiti.

Biodiversiti  merujuk  kepada  himpunan jujukan pelbagai spesis organisme hidup  yang terdiri daripada tumbuhan , haiwan  dan https://enviro2.doe.gov.my/ekmc/wp-content/plugins/download-attachments/includes/download.php?id=84069 . Secara umumnya  , kepelbagaian  biodiversiti  wujud dalam bentuk kepelbagaian  genetik  , kepelbahaian spesis dan kepelbagaian ekosistem .

 Link  rujukan :https://enviro2.doe.gov.my/ekmc/wp-conten/plugins/download-attachment/includes/download.php?



3.0. Kepentingan Biodiversiti.


Secara umumnya  kepentingan kepelbagaian biodiversiti terbahagi kepada :

1. Alam Sekitar Fizikal .

   - Mengewal peningkatan suhu  / proses menyederhanakan  suhu .

   - Membekalkan oksigen  / menyerap lebihan gas karbon dioksida .

   - Berperanan alam proses kitaran  hujan  ( mewujudkan zon  

       kelembapan udara tinggi / rendah ) proses  sejat peluhan .

   -  Membentuk kawasan pembiakan  dan perlindungan  / habitat 

      pelbagai fauna .

  - Mewujdkan komponen pengeluar  , pengguna  dan  pengurai 

     dalam sistem rantaian makanan ( proses kitaran tenaga ).

  -  Mengawal feniomena  hakisan tanah  - bertindak sebagai 

      tumbuhan tutup bumi .

  -  Mengawal fenomena gerakan jisim - peranan akar tumbuh2an 

      sebagai pengukuh regolit /butiran tanih yang mencengkan   dan 

      menguatkan struktur cerun.


2. Alam sekitar manusia  / budaya .

   -   Sumber makanan 

    -   Bahan mentah  industri.

    -   Sumber ubat-ubatan tradisional .

    -   Aset   aktiviti  ekopelancongan  / daya tarikan pelancongan .

    -   Bahan mentah sektor  pembinaan .

     -  Menyediakan peluang pekerjaan .

     -  Galakkan perkembangan sektor penyelidikan  / pendidikan  / 

         kemahiran .

     -  Sumber pendapatan  negara .



3.0. Punca  Pengurangan Biodiversiti/ Kepupusan Biodiversiti .

1. Pemburuan haram - permintaan tinggi  dari penggemar makan 

      exotik , kulit  , bulu dan bahagian lain haiwan liar.

                    

2.  Penyahutanan  /pembukaan kawasan pertanian berskala besar  -  

     musnahkan  habitat  dan sumber makanan  haiwan .     

         

        


3.  Penyakit  - ketidakupayaan  mengesan  , merawat  dan 

     mengawal  seranggan penyakit di kalangan haiwan liar  

      menyebabkan  kawalan terhadap tularan  penyakit haiwan sukar 

      di kawal .

4.  Konflik  dengan  penduduk setempat / manusia  - perebutan 

     kawasan  / sumber makanan  - haiwan liar diburu / dibunuh.

5.  Sikat penduduk yang tidak perihatin  - memasang perangkap / 

    penggunaan kaedah pertanian  yang tidak mesra alam / racun  - 

    meningkatkan kadar pencemaran  - musnahkan spesis  organisma 

    tertentu .

6. Kemalangan  jalan raya  - pertembungan dengan kenderaan  

    penduduk / pengguna jalan raya .



4.0. Kesan Eksplotasi berlebihan  terhadap  Biodiviersiti.

-    Kemerosotan  kualiti ala sekitar  dan sumber  alam  semulajadi          seperti berlakunya  pencemaran        udara , pencemaran air  ,            jerebu , peningkatan suhu domestik  ,  hakisan tanih .

-   Kemusnahan  dan kepupusan sumber  alam semulajadi  seperti  

     kejadian tanah runtuh  , kemusnahan habitat flora dan fauna   

     serta kepupusan spesis tertentu flora  dan fauna .



5.0. Langkah Pengurusan Biodiversiti Secara Mapan .

- Langkah perundangan   - 

1. Penguatkuasaan Akta  Perlindungan Hidupan Liar  , Akta 

     Perhutanan  , Akta Penggunaan Racun Makhluk Perosak , 

      Akta kualiti Alam Sekitar  -  Memastikan  pesalah alam sekitar 

      di beri hukuman dyang setimpal terhadap kesalahan mereka.

       


2.  Pemantauan  / kawal selia / rondaan  - secara berterusan  / 

      berkala  - mencegah pencerohonan  / aktiviti-aktiviti yang boleh 

      menyebabkan kerosakan  /kemusnahan alam sekitar.

            

 3. Hukuman  - penjara / denda / kompaun / merampas / menyita  

      peralatan / hasil  - memberi kesedaran kepada pesalah-pelsalah 

      alam sekitar .

                  


                     

 

4.  Laporan EIA / Laporan Impak Alam Sekitar  -  Laporan tentang 

      kualiti alam sekitar sebelum , semasa dan selepas sesuatu projek 

     berskala besar  / projek berimpak tinggi  di laksanakan .

          


Langkah Kempen Kesedaran Alam Sekitar  - mengadakan 

    kempen  kesedaran tentang isi-isu yang berkaitan . Tujuan  - 

    memupuk kesedaran alam sekitar di kalangan penduduk yang 

    terlibat .

                        

 -  Pendidikan Alam Sekitar  -  melaksanakan pendidikan formal 

     & tidak formal  -  menanam sikap prihatin / cinta kepada alam 

     sekitar / isu persekitaran yang dibangkitkan .

        



- langkah  Struktural  / Pengurusan  / Pemuliharaan ;

   1. Pemuliharaan insitu  - Aktiviti memeliharan spesis di 

       kawasan  asal haiwan tersebut .  Cth : Pusat pemuliharaan 

      Orang Hutan , Sepilok ,Sabah .

      


      


 2. Mewujudkan lebih banyak pusat Santuari . Cth : Pusat Santuari 

      Penyu di rantau Abang.


           

3.  Menjalankan  penyelidikan  -  membiakbaka  pelbagai spesis tumbuhan / harwan yang semakin pupus. 



Link  rujukan  utama : 
https://enviro2.doe.gov.my/ekmc/wp-content/plugins/download-attachments/includes/download.php?id=84069











No comments:

Post a Comment