Dalam masa yang sama , pihak pengurusan rumah-rumah sukan pula akan mendesak pihak penganjur untuk melambatkan sedikit perjalanan kejohanan . |
Contoh senarai semak susunan acara . Lengkap maklumat acara , kategori dan tarikh . |
Langkah 3 :
Bina Jadual pertandingan berdasarkan senarai semak paten acara . Memasukkan tarikh ke dalam ruang tarikh akan berupaya mengelakkan pertindanan acara yang diambil oleh peserta / atlit . Acara lontar peluru dan lempar cakera bagi kategori yang sama perlu dielakkan .
Hal ini kerana pertindanan ini akan menyebabkan pelajar tersebut perlu berada " di 2 veneu dalam satu-satu masa . Akhirnya .... betullah bidalan orang-orang lama yang " dikejar tak dapat , yang dikendong berciciran " .
|
Contoh jadual pertandingan yang lengkap . |
Langkah 4 :
Membentuk Jawatan Kuasa Penganjuran / JK Induk KOT . JK ini akan bertindak mengurus hal-hal yang berkaitan dengan urusan pengelolaan dan pengendalian majlis KOT seperti majlis pembukaan / penutupan rasmi , penyampiaan hadiah , pergerakan masuk dan keluar kontinjen , persediaan padang dll.
|
Contoh senarai JK Pengelolaan KOT. |
Langkah 5 :
Membentuk Jawatan Kuasa Pertandingan / Kerja . JK ini akan bertanggungjawab mengendalikan sepenuhnya pelbagai aktiviti pertandingan KOT . Secara umumnya , JK pertandingan merupakan komponen utama dalam memastikan kelancaran dan kejayaan penganjuran KOT.
|
Contoh JK Teknik dan Pertandingan , Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah . |
Langkah 6 :
Tugasan awal yang mendahului pertandingan KOT - Dalam hal ini , JK Persiapan Padang / Gelanggang , JK Hadiah , JK Teknikal & Pertandingan , JK Peralatan merupakan jawatan kuasa yang perlu digerakkan awal . Kelancaran perjalanan KOT banyak bergantung kepada persiapan awal yang dilakukan oleh semua JK ini . Mereka inilah sebenarnya pejuang-pejuang yang tidak didendangkan dalam pengurusan KOT .
|
Persediaan Trek larian - elemen utama dalam KOT. mudah dilihat tapi azab membuatnya . |
* Semua jawatan kuasa ini perlu dibentang dan dibincangkan dalam komuniti guru agar jelas peranan masing-masing demi memastikan kelancaran KOT yang dirancang.
FASA SEMASA KOT :
Bermula dengan edaran borang penyertaan pertandingan , pengisian mestilah mengambilkira :
1. Jumlah acara / individu yang boleh disertai .
* Tak perlu diikutkan buaknya keinginan pelajar . Komuniti guru rumah perlu pandai menilai kemampuan dan keupayaan pelajar . Sila ambik kira ruang masa pemulihan / recover atlit selepas satu-satu acara. Ruang masa recover / pemulihan yang terlalu singkat , menyebabkan atlit-atlit akan kekurangan tenaga / stamina untuk beraksi di peringkat seterusnya atau di lain acara . Sebagai pemilih yang rasional " letaklah keutamaan sasaran dan tidak perlu menyasarkan semua acara yang belum pasti !.... " .
Seusai lengkap borang penyertaan , serahlah borang penyertaan kepada Urusetia Kejohanan @ JK Teknik dan Pertandingan . Maklumat peserta akan dipindahkan ke borang pertandingan mengikut acara oleh mereka yang terlibat. Jika pendaftaran diurus secara digital , sila pastikan pendaftaran acara dilakukan mengikut simbol pendaftaran yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Ini akan memudahkan pihak urusetia melakukan proses agihan atlit ke borang-borang pertandingan dengan mudah dan pantas.
Usai lengkap borang pertandingan , JK bolehlah menceraikan borang2 tersebut kepada beberapa fail .
Fail 01 : Untuk Penyelia Peserta.
Fail 02 : Untuk Juru Acara / Juru hebah .
Fail 03 : Untuk Pencatat Hakim Penamat & Penjaga Masa .
Usai lengkap sistem fail , seawal acara ingin dijalankan , serahkan fail borang pertandingan kepada empunya tugas .
Penyelia peserta akan membuat hebahan acara yang akan dan sedang dijalankan.
Penyelia peserta akan memanggil dan mengumpulkan peserta , Pembantu penyelia peserta akan memastikan nama dan no. peserta yang didaftarkan sahaja yang akan mengambil bahagian dalam acara yang akan ditandingi .
Pencatat penjaga masa dan hakim penamat akan menuliskan catatan masa / jarak lompatan /jarak lontaran / jarak lemparan bagi acara-acara padang dan bagi acara balapan untuk peringkat saringan atau akhir .
Seusai cukup bilangan peserta / acara - JK kuater master perlu menghantar atlit ke arena-arena pertandingan bersama-sama dengan senarai nama atlit yang terlibat. Semolek2nya bariskan mereka . Nampak berdisiplinnya!...
Bagi acara padang - sementelah ini , Pegawai pertandingan / hakim padang / acara , pembantu dan peralatan pertandingan sepatutnya sudah berada di veneu pertandingan menunggu kedatangan atlit .
Bagi acara balapan pula - pegawai pelepas , penolong pegawai pelepas / pengadil lorong / pegawai surih / hakim penamat / penjaga masa sudah berada di lokasi bertugas masing-masing di kawasan trek larian untuk memastikan acara dapat dijalankan mengikut ketetapan masa yang telah disediakan .
|
Bersama Pegawai PPD Rompin yang bertindak sebagai pelepas. |
Seusai semuanya bersedia , jalankanlah acara mengikut disiplin acara . Jika lontaran .... Lontarlah !... Jika melompat !... Lompatlah , jika lemparan .... Lemparlah dan jika berlari ... hunggahlah !.... Cumanya , mohon peringatkan semua atlit , percubaan keberapakan mereka pada masa itu .
Bagi pegawai / petugas sepanjang bertugas !.... beringatkan !........... - kawal keselamatan diri , atlit dan mungkin penonton yang menerjah ke venue . Sangat tidak berbaloi!..... jika hanya sedikit kealpaan , terheret masa depan dan kerjaya ke dalam .
Dalam masa yang sama , setiap acara di venue ada syarat pengurusan dan elemen pembatalan . Batal kita syarat pertandingan dilanggar semasa percubaan . Apapun catatkan sebarang bacaan bagi setiap percubaan sama ada wujud pembatalan ataupun tidak . Jangan terlepas pandang !... kerana Allah sedang menilai kita !...
Bagi acara padang - Bagi acara lompat jauh - jarak terdekat semasa jatuhan itulah permulaan ukuran . Begitu juga dengan lontaran & lemparan . Titik jatuhan pertama , itulah permulaan ukuran bukannya golekkan perkakasan . Hujung tapi tape ditarik ke tengah veneu dan pangkal tali tape berada di kawasan peserta melakukan lontaran/ lemparan / rejaman . Seelok-eloknya , tali tape ditarik tegang semasa proses ukuran dilakukan.
|
Cara ukuran bagi acara lempar cakera dan lontar peluru. |
|
Cara ukur ketinggian dalam acara lompat tinggi |
Kemudian , Letakkan / tuliskan kedudukan peserta mengikut jarak lontaran , ketinggian , jarak lompatan bagi acara padang . Yang paling jauh , paling tinggi - itulah pemenang . Rekodkan hingga tempat ke empat .
Bagi acara balapan - pemenangnya didasari kepada singkatnya jeda masa yang tercatat . Pencatat perlu berhati2 menerima masa yang tercatat /diberikan oleh penjaga masa dan memadankannya dengan nombor pemenang . Hakim penamat - tangkap / tentukan kedudukan pemenang
|
Aksi atlit di garisan penamat . Lonjakan dan penonjolan aspek dorsal akan diambil kira dalam penentuan pemenang. |
Seusai tamat pertandingan - Lengkapkan maklumat borang pertandingan dan sahkan / tanda tangani borang. Tak perlu simpan . Serah kepada JK Statistik pertandingan .
Seusai terima borang pertandingan - JK Statistik & Pertandingan - pindahkanlah maklumat pemenang ke :
1. Borang catatan rekod-rekod pertandingan .
- Borang ini penting untuk mengesahkan calon-calon atlit yang boleh diangkat sebagai olahragawan dan olahragawati kategori atau harapan .
Catatan rekod2 kejohanan ini juga boleh dijadikan TOV dalam merintis latihan bagi peringkat pembangunan untuk atlit-atlit sebagai persediaan melahirkan bakat-bakat baru pada masa hadapan .
*Pengalaman melaksanakan Projek SMK Rompin sebagai Pusat Kecemerlangan Olahraga Daerah Rompin , ( PKOD ) di awal tahun 2020an , jelas memperlihatkan keperluan rekod-rekod kejohanan di peringkat sekolah ini penting.
2. Borang penerimaan hadiah .
Untuk memudahkan pengurusan dan mencantikkan majlis penyampaian hadiah di dewan , borang ini perlu dibuat 2 salinan . Satu salinan kepada juru acara dan satu lagi diserahkan kepada JK sijil dan hadiah agar wujud keserasian semasa proses penyampaian hadiah .
SELEPAS TAMAT KEJOHANAN .
Seusai tamat kejohanan - JK Kebersihan - Usahakanlah agar kebersihan kawasan padang dan veneu pertandingan terurus .
JK Peralatan - kemaskan semua peralatan kejohanan dan pesiapan padang semasa proses pembukaan rasmi kejohanan . Lipat yang perlu dilipat . Simpan bagi yang perlu di simpan .
* Perlu ada sistem penyimpanan peralatan yang teratur , Umumnya , peralatan KOT akan dan boleh digunakan secara berulang kali . Bak kata orang-orang dulu " alah membeli menang memakai ".
JK Statistik & Pertandingan - Simpan semua fail2 pertandingan untuk rujukan urusetia . mungkin boleh digunakan untuk program pembangunan atlit harapan pada masa hadapan .
SESI UNGKIT - MENYUNGKIT !....
Tang nih memang sedap dibaca , sedap didengar dan diulas setiap kali dalam post mortem . Sejak azali dalam semua pengurusan . Kalo idak !.... tak ler atok nenek kita kita kata , udah2 ler komer !.... Renti2 ler !.... ater umah siap , bunyi lerrr pahat nyer !....
Sebenarnya dalam pengurusan apa sahaja program dan aktiviti , memang akan ada masalah / cabaran / halangan / batasan kejayaan @ kecemerlangan . Dan ,.... jika ditelusuri , punca sebenarnya ada bersama kita! ... Kita Titipankan satu persatu untuk perkongsian dan renungan bersama . ( fokus kepada pengurusan KOT ) :-
1.0. Kelewatan tamat KOT.
- Kurangnya komitmen terhadap pengurusan masa yang mungkin berpunca daripada :
1.1 Lewat bermula - Pegawai / peserta lambat hadir.
1.2. Gangguan teknikal - Persediaan peralatan di venue lambat.
1.3. Ketidakcekapan petugas - Penyelia peserta , pegawai pertandingan kurang proaktif dalam kerja buat pengurusan .
1.4. Gangguan daripada komuniti rumah - Atlit lambat didaftarkan , persediaan persional atlit lambat dll.
1.5. Gangguan fizikal pertandingan - faktor cuaca ( terlampau panas / hujan / ribut dll ).
2.0. Ungkitan tentang isu pengurusan yang biasa berbangkit .
Antaranya :
2.1. Kebajikan petugas terabai ( makan / minum tak cukup dll ).
2.2. Atlit cedera terabai di venue.
2.3. Justifikasi peralatan pertandingan tidak mengikut piawaian .
2.4. Ketidakcukupan pegawai untuk mengendalikan pertandingan.
* Banyak lagi !...... . Hok nih sekadar yang biasa .
Nak selesaikan ..... Insha Allah !... mudah sahaja !..
1. Akuri kita terlibat , ada amanah dan tanggungjawab di situ - Inshaa Allah tugasan dilaksana sedaya mampu hingga selesai.
2. Perlu ada elemen " Sense of urgent " dalam diri semasa mengurus agar kita sentiasa bersedia dalam segala situasi sepanjang pengurusan .
3. " Kita buat dia " - Upayakan yang terbaik dan termampu berdasarkan kualiti / spek tugasan yang ditetapkan serta perlu ada pelbagai alternatif / pilihan jika ada hambatan .
4. " Banyakkan bertanya " - bangkitkan isu pengurusan dan pengendalian kepada pihak-pihak berautoriti , jika wujud masalah .
5. KOT adalah aktiviti bersama . Bukan aktiviti individu . Permudahkan urusan sahabat-sahabat !.... Insha Allah , ada jalan keluar untuk urusan kita .
Tambahan :
3.0. Post mortem Pengurusan KOT SKMR 2023.
Secara umumnya berjalan lancar , walaubagaimanapun terdapat beberapa isu yang mungkin perlu diberi perhatian :
1. Aspek pengelolaan ;
1.0. Aspek pengurusan dan penganjuran kejohanan .
- Pertukaran pengisian kejohanan di akhir-akhir masa .
- Penyelarasan slot pembukaan rasmi dan pengisian ( persediaan ,
pergerakan masuk , menaikan bendera , gimik dll ).
- Peralatan dan keperluan untuk majlis perasmian kejohanan .
( papan tanda , kun penanda pergerakan dll ).
- Konflik dengan pengusaha kantin - kurang informasi /
komunikasi dengan pengusaha kantin - isu penutupan kantin
dengan kurangnya pembelian oleh pelajar.
2.0. Aspek pengurusan pertandingan .
2.1. Teknikal pertandingan - pengisian borang penyertaan yang
belum dipatuhi sepenuhnya oleh pengurusan rumah .
2.2. Arena Pertandingan yang kurang selamat ( lontar peluru / trek
larian ).
2.3. Jadual yang terlalu padat . ( Acara larian ) 200m ,100m , 400m
, 4 X 100m dan 4 X 200 m ) yang berjalan berurutan dalam
1 sesi .
2.4. Persediaan atlit rumah yang tidak lengkap .
PENUTUP .
Apapun .... terima kasih buat semua yang terlibat !...
Sebenarnya tiada perkongsian yang terindah dalam dunia perguruan , melainkan setiap perkongsian monumen bersama dalam menjayakan sesuatu program .
Yang kurik itu kendi ,
yang merah itu Saga .
Yang molek itu budi ,
Yang indah itu monumen KOT nya !...
Terima kasih . Moga segala budi yang ditabur diganjari Allah dengan sebaik-baiknya .