Friday, 18 August 2023

 Catatan pengalaman  :  


Jum kenali  Asas  Latihan  Olahraga .

                                

1.0. Pengenalan :


Bersama rerakan pengurusan Team MSSD Rompin
 ke MSS Pahang 2019.


Bila kita bukan orang Sukan  ?.....................

Senario 1 : Orang tnyer kita mampu atau tidak memberi latihan !..

Senario 2 : Orang ragui kemampuan kita ?.

Hakikatnya - memang kita tidak mampu menjadi seorang jurulatih yang terbaik dalam kontek jurulatih sebenar . 

Sebenarnya  - Kita  masih mampu menyumbang terhadap perkembangan bakat / potensi pelajar/ atlit dengan syarat sentiasa ingin belajar & menguasai kemahiran pada tahap tertentu .

Seusai bersama  kontinjen MSS Pahang ke Kej. Olahraga 
MSSM . 

2.0. Konsep  dan Prinsip2 asas latihan .

 Jum!.........  fahami konsep asas  Olahraga :


2.1.  Kenali  komponen  fisio atlit :

2.1.1.  Endurance  - stamina ( sistem vardiskular / penafasan - 

           erobik ( atlit acara  jarak jauh ) / anarobik ( atlit jarak acara 

           dekat ).

 2.1.2. Strangeth  - kekuatan  - pembentukan otot-otot .

2.1.3.   Koordinasi - keupayaan  interaksi antara otot / stuktur tubuh .

2.1.4.   Fleksibiti  - kemudahlenturan  / lembut . 

* Elemen-elemen  ini penting dikenalpasti dan dibangunkan mengikut kapasiti yang tertentu agar mencapai sasaran / target yang optima  semasa kejohanan . 


2.0.  Aspek  Latihan :

2.1.1.  Kualiti  latihan - mutu latihan .

2.1.2.  Ektensiti  - kekerapan  latihan  

2.1.3.  Kapasiti  - pemberatan 

* Perkara-perkara penting yang perlu diberi penekanan  semasa merancang  , mengurus  dan melaksanakan  sesi latihan  .  Akan dipengaruhi oleh  target latihan dalam jangka pendek atau jangka panjang. 


3.0.  Metodologi  latihan 

3.1.1. Teknik :   kemahiran-kemahiran  yang  perlu dikuasai  oleh seseorang  atlit  selepas tamat sesuatu  sesi latihan  dan akan digunapakai  semasa pertandingan . 

3.1.2. Tektikal  : strategi- strategi  yang perlu diterapkan kepada  atlit  dlm latihan  ,  sebagai persediaan  menghadapi pertandingan / kejohanan .

3.1.3. Drill :  pengulangan pelbagai pergerakan untuk membentuk /  memantapkan penguasaan kemahiran - kemahiran asas olahraga .

* Perkara-perkara yang akan diterapkan secara berterusan  dan bersistematik .  



4.0.  Prinsip-prinsip latihan .

4.1.  Perkembangan  dari otot kecil  kepada otot besar.

4.2.  kemahiran umum kepada kemahiran khusus .

4.3.  Berterusan .

* Perlu mengambilkira  persediaan  dan keupayaan asas atlit sebelum meneroka latihan yang lebih kompleks  dan berat.


3.0. Jum Ke lapangan .

3.1. Drill umum untuk  acara larian / balapan.

3.2. Drill umum untuk acara lontaran  / lemparan .

3.3. Drill umum untuk acara lompatan .

* Boleh dilayari di perbagai layaran internet. Antara drill yang boleh dijadikan asas latihan ialah : 


https://youtu.be/HMicYQRl-g4?si=jX-0HewqNpkx5cmm


https://youtu.be/7KKfQGQMFxs?si=wdrihYwlHc_6ozsj


https://youtu.be/7gFBc_xxDsg?si=E16t_KDLjp2uCIF7

https://www.facebook.com/reel/997456471266669


4.0. Merangka  Plan Induk Latihan :

Pertimbangan :

1. Impak Program :  Matlamat  / Objektif  program . 

2. Tempoh masa  Program  ; Jangka pendek  @ jangka panjang .

3 . Sumber :  Kapasiti sumber ( atlit / jurulatih  / peralatan  / badget dll ).

*   Kenalpasti  setiap  ruang  dan peluang  serta pacu kekuatan yang sedia ada dan bersedia untuk merubah pola / trend latihan .  



5.0. Merangka  Plan Induk Latihan :

Plan Lantai Membina Kerangka  Latihan  :

5.1. Sediakan data asas  bagi  setiap  atlit  (  TOV  ,  KPI  ,  ETR ) 

        program  . 

5.1.1.  TOV : Catatan / rekod terbaik atlit  sebelum program                                       bermula. ( Rekod pencapaian sukan sekolah 2023 ).

5.1.2.  KPI :  Catatan / rekod terbaik atlit selepas tamat satu-satu                              sesi  latihan / rekod pencapaian dalam sesuatu                                      kejohanan.

                      * Untuk jangkaan pingat : KPI  atlit sekolah                                            ke  peringkat daerah  - sekurang-kurangnya                                        menghampiri  catatan ke 3 ( gangsa )  di peringkat                              daerah / MSSD   dan begitu juga jika ke peringkat                              negeri  /  MSSP dan kebangsaan  / MSSM.

5.1.3.  ETR : Catatan-catatan pencapaian semasa sepanjang                                      sesi  latihan .

*  Jenis aktiviti latihan  harian  bergantung kepada  jenis komponen fisio atlit  ( endurance  ,strength  , koordinasi  , fleksibility  )  yang ingin dibangunkan . 

* Biasanya setiap sesi latihan perlu mengandungi  elemen  pemanasan  badan  / warm-up  , di iringi dengan sesi drill  , aktiviti untuk membangungkan fisio atlit  dan di akhiri dengan warm down .

* Untuk aktiviti membangunkan fisio - guru boleh melaksanakan pelbagai aktiviti yang dirasakan berupaya membangunkan  elemen yang telah ditetapkan untuk dibangunkan .    

* Perlu diingat Olahraga merupakan sukan yang memerlukan perancangan  dan  pengendalian  latihan  jangka masa yang panjang  dan aktiviti yang pelbagai untuk berupaya meningkatkan pencapaian atlit yang disasarkan


No comments:

Post a Comment