Tuesday, 15 August 2023

 Info Geografi :                                         KITAR SEMULA BERMULA DARI 

              RUMAH   KE   KOMUNITI .              JUM  BUDAYAKAN !.........




1.0. Pengenalan. 

Pendidikan yang paling efektif  adalah   proses peniruan yang paling berkesan . Melalui proses peniruan aktif   , anak-anak  biasanya  lebih mudah mengikut  dan mengamalkan apa yang mereka lihat  , rasa  dan lalui . Justeru inilah  , maka tabiat  menghargai  kelestarian  alam sekitar perlu dipupuk dan disemarakkan  sejak  anak-anak ini masih kecil . Masyarakat Jepun misalnya , budaya menghargai  dan menghayati alam sekitar dipupuk kepada generasi muda sejak mereka kecil lagi .


Sebagai  ruang pendedahan awal kepada kanak-kanak  , institusi keluarga di rumah  wajar menjadi  rujukan asas kepada pembentukan  karektor  seseorang kanak-kanak yang mesra alam  dan perihatin terhadap  kelestarian  persekitaran .


Antara  langkah untuk menyemarakan  aktiviti  kitar semula di rumah ialah :

1.    Ibubapa menyediakan  persekitaran khas  pengumpulan barangan kitar semula . Tidak perlu ruang yang luas  , tetapi cukup sekadar untuk menjelaskan bahawa  item-item tertentu perlu diasingkan jika ingin dilupuskan .



2.  Ibubapa  menyediakan galakkan kepada anak-anak untuk menanamkan minat mereka untuk mengamalkan budaya kitar semula. Didik mereka , setiap benda / barangan  ada sumber  dan  nilainya . Keupayaan  kita menerapkan  nilai-nilai ini  - akan mengembangkan  potensi anak-anak kearah  budaya menghargai sumber  dan  meningkatkan persepsi / pemahaman  anak-anak terhadap konsep ekonomi kitaran  secara tidak langsung . 

Perkenalkan anak-anak  kepada  budaya  menghargai  barangan 
 dan pelupusan  dengan cara yang betul akan menjimatkan sumber     
 dan  memajukan sektor ekonomi kitaran.  



3.     Ibubapa membawa anak-anak menyertai pelbagai program kitar semula di peringkat komuniti .
Mengangkat budaya kitar semula sebagai sebahagian
cara hidup merupakan  satu  cabaran  pada masa kini .



4.  Sebagai  role model kepada anak-anak  , ibubapa juga perlu sentiasa berusaha mengamalkan  aktiviti kitar semula di rumah dan di peringkat komuniti . 




2. Foto bergambar .






 

      

No comments:

Post a Comment