Wednesday, 16 August 2023

Catatan pengalaman . Pengurusan Sukan : Satu Bebanan @ Penerokaan Pengalaman .

 Catatan Pengalaman  : 

 PENGURUSAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH

 ( KOT ) 

 SATU BEBAN 

@

PENEROKAAN    PENGALAMAN   .


Sekadar renungan !....
Impakkan  diri  demi  kejayaan  &  kecemerlangan .


1.0. Pengenalan :

Alahai ......   TORA  datang lagi !.......... Ngurus  KOT  2023  merupakan  rencaman tugasan yang tak lah terlalu  membebankan berbanding lipatan sejarah lampau  . Dulu  pengurusan KOT ,  A  ke  Z  . Bukan kerana tiada kepercayaan  kepada orang lain & bukan juga tak mahu berkongsi  kemahiran .  Tetapi lebih kepada memudahkan kerja rerakan .  Kerja teknikal pengurusan  KOT  yang perlukan komitmen  dan tumpuan yang tinggi kita yang  buat  & yang  mudah-mudah   kita kasi kekawan .   . Lagipun senang untuk selaraskan  keperluan pengurusan ,  perjalanan pertandingan   dengan  KPI  pengurusan pengendalian  KOT  yang kita  nak  . Selaras  dengan keperluan  data untuk program pembangunan atlit .  Itulah cerita dulu2 . Puluhan tahun lalu. 

La nih mudah ....... &  lagi dipermudahkan !..... Belum sempat duduk sudah melunjur kata orang dulu-dulu !....... Itulah uniknya pengurusan  di hujung usia .  Tkasih  JK penganjur KOT 2023  . 


Nak kata merajuk !.... bukanlah ragam  kita  .  Ungkapan  "  kita  gila kerja "  ,  ungkapan   Mr. Ong Swee Meng ( SU NUTP Pahang )  & kekawan geng Team Olahraga MSS Pahang  cukup-cukup   bermakna  ,  seusai   bersemangatnya  mengurus anak-anak MSSP  dan MSSM  zaman  muda-muda  dulu .  Masih kuat  terpahat  dan kukuh   membara . Kalau  boleh ....  biarlah perjuangan  ini   ampuh hingga ke punch card  terakhir  .   Biarpun  dilontarkan  dengan ungkapan , " cukup-cukuplah  teww   !...  ,          "  kasilah orang lain ! .... ,  awak tew dah berumur  !.. Kasilah orang muda .                     Al hamdulillah !...... , setakat ini  belum mampu melunturkan semangat  kerana tiada gear gostan dalam   kerjaya  perguruan   ,   Alang-alang " guru "  biarlah guru ke akhir perkhidmatan  !......

Bersama rerakan yang bertugas sebagai pegawai  pertandingan
Kejohanan Olahraga Tahunan ( KOT ) 


Bukak  cerita , bab-bab   pengurusan  KOT  nih bukan sesuatu yang terlalu  asing  . Seusai posting  sudah  terlibat dengan pengurusan penganjuran  dan pengendalian kejohanan  olahraga  dari segi kepegawaian   serta  program   kejurulatihan   adalah sesuatu yang tidak menjengkelkan , malah  memberi  ruang kepada penerusan minat dan usaha pengembangan  potensi  . Keupayaan mengurus Kejohanan  Olahraga MSS Pahang  pembangunan  bawah 14 tahun  dan  diberi ruang dan peluang  untuk  bersama    jaguh2 pecut  MSSD Rompin seperti Izdihar Azhar  dan Khairul Nizam Ahmad Fadillah hingga  ke peringkat  MSSM  dan Sukma  di awal  penglibatan  ( awal tahun 2020an )  memberi  petunjuk  ampuhnya kemahuan dan keinginan sebenarnya  mampu  menjelmakan apa yang kita hasratkan   . 


Berdikit  menguak pengalaman  akan  menjadikan kita  mampu  menjadi " pemerhati  yang cakna "  , "  pelaksana  yang  mampu melengkapi  kekurangan  "  dalam  pengurusan  KOT semasa  yang ada .   Bak kata orang  dulu-dulu , " alah bisa tegar biasa "   . Dan mungkin ada juga benarnya  "  Ular menyusur akar ,  tidak pernah  hilang bisanya kan !.... " . Apapun ........Alhamdulilah !.. Dikuak ke tepi  , hilang aruh bertaut  kembali  akhirnya .


Sekadar  pertanyaan  typikal  .   Berbaloikah  dengan hasrat  sekadar untuk menjadikan  pengurusan  KOT sebagai   cebisan  eksperimen  pengurusan  ,    maka  KPI  dan  matlamat  perancangan  diabaikan ?   Pengurusan  dan  pengendalian  KOT  nampak  janggal  dan hasilnya kutai  dan  bergantung kepada  " tuah atlit " bukan tuaian hasil tanaman semusim .  


Jika tidak  ...... mungkin ada perlunya  kita uruslah  KOT  2023 ,  sebaik yang  mungkin ,  agar dari  sisipan  kejohanan inilah , maka  lahirnya   adiwira2   KOT  yang mampu menjulang megah nama SMKR ke peringkat yang lebih bermaya  seperti yang pernah  terlakar dalam sejarah  perkembangan olahraga  SMK Rompin  satu ketika dahulu .


Bersama atlit dalam team MSSD Rompin
ke Kejohanan Olahraga MSSP .


Bagi orang yang laparkan  kelainan  dalam  pengurusan  , congkelan pengalaman yang disulami  dengan  penerapan  elemen insaniyah  dalam  pengurusan ,  menjadikan   pengurusan sukan sekolah ( KOT )   sebenarnya  adalah   sesuatu medan yang sangat menarik  untuk dilalui  . Keupayaan mengabungkan elemen teknikal   ,  kreativiti  pengurusan dengan kesepaduan nilai-nilai  insaniyah  yang   menjadikan plan  lantai pengurusan KOT  boleh melatih kita mengasah  potensi pengurusan  yang  kreatif    dalam usaha  mematangkan diri dalam  pelbagai  pengurusan  pengendalian  penganjuran. 




Justeru inilah  ,   kita sharekan   kaedah pengurusan sukan sekolah tahunan  sekolah  ( KOT )  yang mudah  untuk dirancang  ,  urus dan dikawal . Mungkin tiada bermakna untuk hari ini  , tetapi  pada masa hadapan  mungkin  ada keperluannya  .  Apa- apapun ......... Tak rugi  berkongsi  rasanya  , tak hilang  ilmu dek perkongsian . Moga memberi manfaat . 

Emas  acara Merejam Lembing MSSD Rompin 2023.
Pencapaian merupakan antara  elemen
utama  KPI penganjuran KOT ( contoh ) . 


 Biasanya ,   proses kerja buat  penganjuran  KOT dapat  dipecahkan kepada  3 fasa  iaitu :


Fasa Sebelum  Kejohanan :

Langkah 1

Kenalpasti  bilangan hari  dan  bilangan acara yang ingin dijalankan . Bahagikan  jumlah bilangan acara ( acara akhir  dan saringan )  dengan hari . Hasil purata acara / hari akan menjadi asas  pembentukan  jadual  pertandingan   KOT .  


Dalam hal ini  frame  masa  kejohanan seelok-eloknya tidak  perlu terlalu singkat  dan tak perlu terlalu lama . Frame masa yang terlalu singkat menyebabkan " lelahnya  " sipenganjur  dan " penatnya  " sipeserta / atlit  . Terlalu panjang tempohnya pula akan menyebabkan  "  abeh lemau dua-dua ! " ...  Sudah menjadi tidak efektif  bagi pihak penganjur   dan berlawanan dengan KPI  pengurusan  KOT  . 

Apapun jangan lah pulak sebanyak acara  olimpik atau sesedikit acara sukan Pra . Mungkin  juga kena    " tepok dada tanya selera !.... kut !


Contoh data asas KOT sekolah .

Contoh senarai semak acara / hari sahaja.


Langkah  2  :  
Bina senarai semak   paten jadual acara yang ingin digunakan . Sila ambilkira keberangkalian  penglibatan atlit dalam pelbagai  acara . Penyusunan acara yang terlampau rapat akan menyebabkan peserta / atlit terlampau penat sehingga menjejaskan tumpuan dan penglibatan mereka ke acara seterusnya. Kang jadi Pak Kaduk . Ke hulu mengongkah arus , menghilir  pun gitu juga ... Akhirnya  menang sorak  , kampong tergadai . 

Situasi  begini  juga   akan menjadikan  kelancaran perjalanan kejohanan akan tersekat-sekat , kerana tidak semua peserta dapat menepati masa acara yang telah dijadualkan . 

Dalam masa yang  sama  ,  pihak  pengurusan  rumah-rumah sukan  pula akan mendesak pihak penganjur untuk melambatkan sedikit perjalanan kejohanan . 


Contoh senarai semak susunan acara .
Lengkap maklumat acara ,  kategori  dan tarikh .

Langkah 3

Bina Jadual pertandingan  berdasarkan senarai semak paten acara . Memasukkan tarikh ke dalam ruang tarikh akan berupaya mengelakkan pertindanan acara yang diambil oleh peserta / atlit . Acara lontar peluru  dan lempar cakera bagi kategori yang sama perlu dielakkan . 

Hal ini kerana pertindanan ini akan menyebabkan pelajar tersebut perlu berada " di 2 veneu dalam satu-satu masa . Akhirnya .... betullah bidalan  orang-orang lama  yang " dikejar tak dapat , yang dikendong berciciran "  .


Contoh jadual pertandingan yang lengkap .


Langkah 4 : 

Membentuk Jawatan Kuasa Penganjuran / JK Induk  KOT . JK ini akan bertindak mengurus  hal-hal yang berkaitan dengan urusan pengelolaan  dan pengendalian majlis KOT seperti majlis pembukaan / penutupan rasmi  , penyampiaan hadiah  , pergerakan masuk  dan keluar kontinjen  , persediaan padang  dll.

Contoh senarai JK Pengelolaan  KOT.


Langkah 5

Membentuk Jawatan Kuasa  Pertandingan / Kerja . JK ini akan bertanggungjawab  mengendalikan sepenuhnya  pelbagai aktiviti pertandingan KOT . Secara umumnya , JK pertandingan merupakan komponen utama dalam memastikan  kelancaran dan kejayaan penganjuran  KOT.

Contoh JK Teknik  dan Pertandingan ,
Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah .


Langkah 6 :  

Tugasan awal  yang  mendahului pertandingan  KOT     - Dalam hal ini  , JK Persiapan Padang / Gelanggang  , JK Hadiah  , JK Teknikal & Pertandingan  , JK Peralatan merupakan jawatan kuasa yang perlu digerakkan awal . Kelancaran  perjalanan  KOT banyak bergantung kepada  persiapan awal yang dilakukan oleh semua JK ini . Mereka  inilah  sebenarnya pejuang-pejuang  yang tidak didendangkan dalam pengurusan  KOT . 

Persediaan Trek larian -  elemen utama dalam KOT.
mudah dilihat  tapi   azab membuatnya  .  


* Semua jawatan kuasa ini perlu dibentang  dan dibincangkan dalam komuniti guru agar jelas peranan masing-masing  demi memastikan kelancaran  KOT yang dirancang.



FASA SEMASA  KOT :

Bermula dengan edaran  borang penyertaan pertandingan , pengisian mestilah mengambilkira :

1. Jumlah acara / individu  yang boleh disertai .

* Tak perlu diikutkan  buaknya keinginan pelajar . Komuniti guru rumah perlu pandai menilai kemampuan dan keupayaan  pelajar . Sila ambik kira  ruang masa  pemulihan / recover  atlit selepas satu-satu  acara.  Ruang  masa recover / pemulihan yang terlalu singkat , menyebabkan atlit-atlit  akan kekurangan tenaga / stamina untuk  beraksi  di peringkat seterusnya atau di lain acara .  Sebagai pemilih yang rasional  " letaklah keutamaan sasaran  dan tidak perlu menyasarkan semua acara yang belum pasti !.... " . 


Seusai lengkap borang penyertaan  , serahlah borang penyertaan   kepada   Urusetia Kejohanan   @ JK Teknik  dan Pertandingan . Maklumat peserta akan  dipindahkan ke borang pertandingan  mengikut acara oleh mereka yang terlibat. Jika pendaftaran diurus secara digital , sila pastikan pendaftaran acara dilakukan mengikut simbol pendaftaran yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Ini akan memudahkan  pihak urusetia melakukan proses  agihan atlit ke borang-borang pertandingan dengan mudah  dan pantas. 


Usai lengkap borang pertandingan  , JK bolehlah menceraikan borang2 tersebut  kepada beberapa fail . 

Fail 01 : Untuk Penyelia Peserta.

Fail 02 : Untuk Juru Acara  / Juru hebah .

Fail 03 : Untuk Pencatat  Hakim Penamat & Penjaga Masa .


Usai lengkap sistem fail  , seawal acara ingin dijalankan  , serahkan fail  borang pertandingan kepada empunya tugas . 

Penyelia peserta akan membuat  hebahan acara yang akan  dan sedang dijalankan.

Penyelia peserta akan  memanggil  dan  mengumpulkan peserta   , Pembantu penyelia peserta akan  memastikan  nama dan no. peserta yang didaftarkan   sahaja yang akan mengambil bahagian dalam acara yang  akan  ditandingi .

Pencatat penjaga masa  dan hakim penamat akan menuliskan catatan masa / jarak lompatan  /jarak lontaran  / jarak lemparan  bagi  acara-acara  padang  dan bagi acara  balapan  untuk peringkat saringan atau akhir .

Seusai cukup bilangan peserta / acara - JK kuater master perlu menghantar atlit ke arena-arena pertandingan bersama-sama dengan senarai nama atlit yang terlibat.  Semolek2nya bariskan mereka . Nampak berdisiplinnya!... 

Bagi acara padang - sementelah ini  , Pegawai pertandingan / hakim padang / acara  ,  pembantu  dan peralatan  pertandingan sepatutnya sudah berada di veneu  pertandingan menunggu kedatangan atlit . 

Bagi acara balapan pula - pegawai pelepas  , penolong pegawai  pelepas  / pengadil lorong / pegawai surih / hakim penamat / penjaga masa  sudah berada  di lokasi bertugas masing-masing di kawasan trek larian untuk memastikan acara dapat dijalankan  mengikut  ketetapan masa yang telah disediakan . 

Bersama Pegawai PPD Rompin yang bertindak sebagai pelepas. 


Seusai semuanya bersedia , jalankanlah acara mengikut disiplin acara  . Jika lontaran .... Lontarlah !... Jika melompat !... Lompatlah , jika lemparan .... Lemparlah  dan jika berlari ... hunggahlah !.... Cumanya , mohon peringatkan semua atlit  , percubaan keberapakan mereka pada masa itu .

Bagi pegawai / petugas  sepanjang bertugas !.... beringatkan !........... - kawal keselamatan  diri  , atlit  dan  mungkin penonton yang menerjah ke venue . Sangat tidak berbaloi!.....  jika  hanya  sedikit kealpaan  , terheret  masa depan  dan kerjaya ke dalam . 

Dalam masa yang sama , setiap acara  di venue ada syarat pengurusan dan elemen pembatalan . Batal kita syarat pertandingan dilanggar semasa percubaan . Apapun catatkan sebarang bacaan bagi setiap percubaan sama ada wujud pembatalan ataupun tidak  . Jangan terlepas pandang !... kerana Allah sedang menilai kita !...

Bagi acara padang  - Bagi acara lompat jauh - jarak terdekat semasa jatuhan itulah permulaan ukuran . Begitu juga dengan lontaran & lemparan . Titik jatuhan pertama , itulah permulaan ukuran bukannya golekkan  perkakasan . Hujung tapi tape ditarik ke tengah veneu  dan pangkal tali tape berada di kawasan  peserta melakukan lontaran/ lemparan / rejaman . Seelok-eloknya  , tali tape ditarik tegang semasa proses ukuran dilakukan.

Cara ukuran bagi acara lempar cakera  dan lontar peluru.




Cara ukur ketinggian  dalam acara lompat tinggi

Kemudian , Letakkan / tuliskan  kedudukan peserta mengikut jarak lontaran  ,  ketinggian  , jarak lompatan bagi acara padang . Yang paling jauh , paling tinggi - itulah pemenang .  Rekodkan hingga tempat ke empat . 

Bagi acara balapan  - pemenangnya didasari kepada singkatnya jeda masa yang tercatat . Pencatat perlu berhati2  menerima masa yang tercatat /diberikan oleh penjaga masa dan memadankannya dengan nombor pemenang .  Hakim penamat - tangkap / tentukan kedudukan pemenang

Aksi atlit di garisan  penamat . Lonjakan dan penonjolan
aspek  dorsal akan diambil kira dalam penentuan pemenang.

Seusai tamat pertandingan - Lengkapkan maklumat borang pertandingan dan sahkan / tanda tangani borang. Tak perlu simpan . Serah kepada JK Statistik  pertandingan .

Seusai terima borang pertandingan  - JK Statistik  & Pertandingan  -  pindahkanlah maklumat  pemenang ke :

1. Borang catatan  rekod-rekod   pertandingan .

- Borang ini penting untuk mengesahkan calon-calon atlit yang boleh diangkat sebagai olahragawan dan olahragawati  kategori atau  harapan . 

Catatan rekod2 kejohanan ini  juga   boleh dijadikan TOV dalam merintis latihan  bagi peringkat pembangunan  untuk atlit-atlit sebagai persediaan melahirkan bakat-bakat baru pada masa hadapan .

*Pengalaman melaksanakan Projek SMK Rompin sebagai  Pusat Kecemerlangan Olahraga Daerah  Rompin  ,  ( PKOD ) di awal tahun 2020an , jelas memperlihatkan keperluan rekod-rekod kejohanan di peringkat sekolah  ini penting. 

2. Borang penerimaan hadiah .

Untuk memudahkan pengurusan dan mencantikkan majlis penyampaian hadiah di dewan  , borang ini perlu dibuat  2 salinan . Satu salinan kepada juru acara  dan satu lagi diserahkan kepada JK sijil  dan hadiah  agar wujud keserasian semasa proses penyampaian hadiah . 


SELEPAS TAMAT KEJOHANAN .

Seusai tamat kejohanan  - JK Kebersihan - Usahakanlah  agar kebersihan kawasan padang  dan veneu pertandingan terurus . 

JK Peralatan  - kemaskan semua peralatan kejohanan  dan pesiapan padang semasa proses pembukaan rasmi kejohanan . Lipat yang perlu dilipat . Simpan  bagi yang perlu di simpan . 

* Perlu ada sistem penyimpanan peralatan yang teratur , Umumnya ,  peralatan  KOT    akan dan boleh   digunakan secara   berulang kali . Bak kata orang-orang dulu "  alah membeli menang memakai ".

JK Statistik & Pertandingan  - Simpan semua fail2 pertandingan untuk rujukan  urusetia . mungkin boleh digunakan untuk program pembangunan atlit harapan  pada masa hadapan .



SESI UNGKIT - MENYUNGKIT !....

Tang nih memang sedap dibaca   , sedap didengar  dan diulas  setiap kali dalam post mortem . Sejak azali dalam semua pengurusan . Kalo idak  !.... tak ler atok nenek kita kita kata , udah2 ler komer !.... Renti2 ler !.... ater umah siap , bunyi lerrr pahat nyer !....


Sebenarnya dalam pengurusan apa sahaja program dan aktiviti , memang akan ada masalah / cabaran  / halangan / batasan kejayaan @ kecemerlangan . Dan ,.... jika ditelusuri   , punca  sebenarnya ada bersama kita! ... Kita Titipankan   satu  persatu untuk perkongsian dan  renungan bersama . ( fokus  kepada pengurusan KOT ) :-


1.0.  Kelewatan tamat KOT. 

  -  Kurangnya komitmen terhadap pengurusan masa yang mungkin berpunca daripada :

1.1 Lewat bermula  - Pegawai / peserta lambat hadir.

1.2. Gangguan teknikal  - Persediaan peralatan di venue lambat.

1.3. Ketidakcekapan petugas - Penyelia peserta  , pegawai pertandingan  kurang proaktif dalam kerja buat pengurusan .

1.4.  Gangguan daripada komuniti rumah  -  Atlit lambat didaftarkan , persediaan persional atlit lambat dll.

1.5.  Gangguan fizikal pertandingan  - faktor cuaca  ( terlampau panas / hujan  / ribut dll ).


2.0. Ungkitan tentang  isu pengurusan yang biasa berbangkit .

Antaranya  :

2.1.  Kebajikan petugas terabai ( makan / minum tak cukup dll ).

2.2.  Atlit cedera terabai di venue.

2.3.  Justifikasi peralatan pertandingan tidak mengikut piawaian .

2.4.  Ketidakcukupan pegawai untuk mengendalikan pertandingan.

* Banyak lagi !...... . Hok nih sekadar yang biasa .


Nak selesaikan ..... Insha Allah !... mudah sahaja !..

1. Akuri kita terlibat  , ada amanah dan tanggungjawab  di situ  - Inshaa Allah  tugasan dilaksana sedaya  mampu  hingga selesai.

2. Perlu ada elemen   " Sense of urgent "  dalam diri semasa mengurus agar kita sentiasa bersedia dalam segala situasi  sepanjang pengurusan . 

3.  " Kita buat dia " - Upayakan  yang terbaik  dan termampu berdasarkan kualiti / spek tugasan yang ditetapkan  serta perlu ada pelbagai alternatif / pilihan jika  ada hambatan .

4.  " Banyakkan bertanya " - bangkitkan isu pengurusan  dan pengendalian kepada pihak-pihak berautoriti , jika wujud masalah .

5.  KOT adalah aktiviti bersama . Bukan aktiviti individu . Permudahkan  urusan sahabat-sahabat !.... Insha Allah , ada jalan keluar untuk urusan kita . 


   Tambahan :

3.0. Post mortem Pengurusan KOT SKMR 2023.

Secara umumnya berjalan lancar , walaubagaimanapun  terdapat beberapa  isu yang mungkin perlu diberi perhatian :


1. Aspek pengelolaan ;

1.0.  Aspek  pengurusan  dan  penganjuran   kejohanan .

 -  Pertukaran pengisian  kejohanan  di akhir-akhir masa .

 -  Penyelarasan slot pembukaan rasmi  dan pengisian ( persediaan  ,  

      pergerakan masuk  ,  menaikan bendera  , gimik  dll ).

-  Peralatan  dan keperluan  untuk majlis perasmian  kejohanan .

    ( papan tanda  , kun penanda  pergerakan  dll ).

-  Konflik  dengan pengusaha kantin  - kurang informasi / 

    komunikasi  dengan pengusaha kantin  - isu penutupan kantin 

    dengan kurangnya pembelian oleh pelajar. 


2.0.  Aspek  pengurusan  pertandingan .

2.1.  Teknikal pertandingan  - pengisian borang penyertaan yang 

        belum dipatuhi sepenuhnya oleh pengurusan rumah .

2.2.  Arena Pertandingan   yang kurang selamat  ( lontar peluru / trek 

       larian ).

2.3. Jadual yang terlalu padat . ( Acara larian )  200m ,100m , 400m  

        ,   4 X 100m  dan 4 X 200 m ) yang berjalan berurutan  dalam 

       1  sesi .

2.4.  Persediaan atlit rumah yang tidak lengkap .





PENUTUP .

Apapun .... terima kasih buat semua yang terlibat !...

Sebenarnya tiada perkongsian yang terindah dalam dunia perguruan , melainkan setiap perkongsian monumen bersama dalam menjayakan sesuatu program .

 

 Yang kurik itu kendi  , 

yang merah itu Saga .

Yang molek  itu budi  , 

Yang indah  itu  monumen  KOT nya !...


Terima kasih  . Moga segala budi yang ditabur diganjari Allah dengan sebaik-baiknya . 









 

No comments:

Post a Comment