Wednesday, 23 August 2023

 Info 3R  :  (  Inisiatif  Tajaan 3R ) 

PROGRAM    INISIATIF RUMAH SUKAN                   LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR                

        ( IRSLAAS ) 2023 

SEMPENA SUKAN TAHUNAN  SEKOLAH .


1.0. Pengenalan .

Program ini dijalankan  sebagai salah satu daripada usaha untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar tentang kepentingan usaha meningkatkan kebersihan  di kawasan sekolah terutamanya sepanjang aktiviti sukan dijalankan . Disamping itu program ini juga  diharapkan  dapat meningkatkan kesedaran kepentingan usaha-usaha pengumpulan barangan 3R di kalangan  warga sekolah . Inisiatif  Untuk tahun ke dua  , Anugerah ini ditaja sepenuhnya oleh Kelab Kitar Semula / Kelab Alam Sekitar sebagai satu usaha membantu menyemarakkan  budaya kitar semula di kalangan warga sekolah . 


Penerima Anugerah Inisiatif Rumah Sukan Lestari 
Anugerah Alam Sekitar ( IRSLAAS )  KOT 2023.


2.0. Prosedur Pelaksanaan :

2.1. Tarikh : 24 / 08/ 2023.

2.2. Tempat : Kawasan Padang SMK Rompin.

2.3.  Sasaran : Semua warga SMKR (komuniti rumah-rumah sukan)

2.4.  Maklumat Program :Terdapat 2 elemen yang dinilai sepanjang sesi ini dijalankan .

1. Pengumpulan  dan jualan barangan 3R .  Peserta pertandingan boleh membawa seberapa banyak barangan 3R yang telah ditetapkan ( kertas , kotak  , botol plastik minuman  dan Tetrapax ) dan diserahkan di kawasan Pengumpulan Barangan 3R untuk ditimbang dan direkodkan .

2. Kebersihan kawasan rumah sukan  dan terdapatnya elemen-elemen 3R yang terdapat di kawasan rumah sukan tersebut serta kesediaan warga rumah mengaplikasikan konsep 3R dalam pengurusan rumah sukan . 


3.0. Foto bergambar :

Menimbang  barangan  3R
di kuanter  penerimaan barangan 3R ,
semasa KOT  sekolah  2023.





Melaksanakan  proses penilaian 
Inisiatif  Rumah Sukan Lestari  Anugerah Alam Sekitar 
sempena KOT sekolah 2023.





Rumusan : 

Alhamdulillah ..... segala perancangan berjalan  dengan lancar . Moga  memberi impak yang terbaik dalam usaha memupuk budaya mengutamakan  kelestarian  dan kebersihan persekitaran dalam kehidupan kita seharian .


No comments:

Post a Comment