Friday, 25 October 2024

KERANGKA PENGURUSAN KERJA KURSUS 942/4 (KAJIAN LAPANGAN) STPM 2026


14 KERJA KURSUS (KAJIAN LAPANGAN) 

 14.1 Asas  Penyelidikan Geografi. 
Calon dapat:
 (a) Mengetahui aspek asas penyelidikan;
 (i) Permasalahan kajian Cetusan idea untuk menjalankan kajian/ 
       penyelidikan 
 (ii) Objektif kajian Tujuan yang hendak dicapai 
 (iii) Skop kajian Batasan kajian dan ruang 
 (iv) Kaedah kajian Kualitatif, kuantitatif, dan persampelan 
 (v) Analisis data Kaedah menganalisis data 
 (vi) Penulisan laporan


 Penulisan hasil kajian 
14.2 Format dan teknik penulisan laporan
 Calon dapat:
 14.2.1 Kaedah penulisan
 (a) Meneliti kajian terdahulu dalam bidang berkaitan; Memetik sumber rujukan 
 (b) Menulis dalam bentuk penulisan akademik; 
 14.3 Pelaksanaan kajian
 (c) Menulis dalam bentuk format yang sesuai dan konsisten.
 
 14.3.1 Pemilihan tajuk
 Calon dapat: 
 (a) Mengenal pasti kesesuaian isu/tajuk; 

 14.3.2 Pemilihan kawasan kajian
 (b) Memilih kawasan yang sesuai dengan isu/tajuk kajian; Kampung, bandar, pekan, taman perumahan, daerah, mukim, kawasan perindustrian, dan estet. sungai, pantai, cerun, tanah tinggi, kolam, paya, dan tasik. 

 14.3.3 Penentuan kaedah kajian
 (c) Menentukan kaedah pengumpulan data; Primer dan sekunder 
 (d) Menentukan kaedah yang sesuai dengan isu/tajuk kajian; Soal selidik, temu bual, pemerhatian, pemerhatian turut serta, pencerapan, penyelidikan perpustakaan, pengukuran, dan lain-lain. (e) Menetapkan stesen persampelan atau menetapkan jumlah sampel.Peta kawasan kajian dan data populasi 

 14.4 Kajian lapangan
 Calon dapat:
 14.4.1 Persediaan
 (a) Melakukan persiapan logistik; Aturan pergerakan ke lapangan, pembentukan kumpulan penyelidikan, surat kebenaran, dan keperluan keselamatan pelajar di lapangan. 
 (b) Menyediakan peralatan dan instrumen kajian yang bersesuaian; Peralatan saintifik, borang soal selidik, kamera, perakam suara, perakam video, dan alat tulis. 

 14.4.2 Pelaksanaan di lapangan
 (c) Menguasai kemahiran manipulatif; 
 (i) Mencerap, memerhati, mengukur, melakar, merakam, merekod, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat daripada sumber primer; 
 (ii) Menemu bual, pemerhatian ikut serta, dan mengkaji selidik untuk mendapatkan data primer di lapangan; 
 (iii) Mengumpul, merekod, menyalin data, dan maklumat sumber sekunder melalui kajian perpustakaan, laporan agensi kerajaan dan swasta, serta daripada sumber Internet. Aturan pergerakan ke lapangan, pembentukan kumpulan penyelidikan, surat kebenaran, dan keperluan keselamatan pelajar di lapangan. 


 14.5                                                                                                      .
Calon dapat:
 (a) Menganalisis dan mempersembahkan data serta maklumat yang diperoleh dari lapangan ke dalam bentuk grafik, jadual, rajah, dan carta dengan bantuan komputer; Literasi digital. 
( b) Mengaplikasikan pelbagai perisian komputer untuk menganalisis dan mempersembahkan data serta maklumat. Calon digalakkan menyediakan analisa data dengan menggunakan aplikasi literasi digital. 

 14.6 Penyediaan laporan .
Calon dapat:
(a) Menghuraikan latar belakang kajian;

Format laporan: 
 1. Penghargaan 
 2. Isi kandungan 
 3. Pengenalan kajian 
 4. Objektif kajian 
 5. Kajian terdahulu 
 6. Metod dan kawasan kajian 
 7. Hasil dan perbincangan 
 8. Rumusan 
 9. Rujukan 
 10. Lampiran 

 (b) Mengenal pasti isu dan masalah yang berkaitan dengan kedinamikan interaksi antara manusia dengan alam sekitar;

 (c) Menjelaskan pelbagai bentuk, pola, dan proses dalam alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia serta faktor yang mempengaruhinya;

 (d) Mengaplikasi dan membandingkan teori yang diajar di dalam bilik darjah dengan keadaan sebenar di lapangan;

 (e) Mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang kedinamikan interaksi antara manusia dengan manusia dan manusia dengan alam sekitar. 

 14.7 Pembentangan hasil kajian.
Calon dapat:
( a) Menjawab permasalahan kajian dan objektif kajian;
 Dilakukan secara kumpulan . 
 (b) Mempersembahkan hasil kajian . Calon digalakkan membentangkan laporan dengan menggunakan aplikasi literasi digital seperti ICT dan media lain 
( c) Merumus dan mencadangkan idea baharu berdasarkan keseluruhan kajian. 

 14.8 Penilaian kemahiran insaniah ;
 Calon dapat:
 (a) Menguasai: 
 (i) Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan, berupaya meningkatkan keyakinan diri, dan bermotivasi; (ii) Kemahiran bekerjasama dalam kumpulan, mengorganisasi tugas, bekerja sebagai satu pasukan, dan berkemahiran memimpin; 
 (iii) Kemahiran mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan dan berkemahiran menyelesaikan masalah; 
 (iv) Kemahiran menjalankan kajian secara kuantitatif dan kualitatif, kreatif dan inovatif; Dinilai sepanjang semester/ 
 (v) Menyedari dan menghargai kepentingan alam sekitar; 
 (vi) Boleh menjalankan kajian secara jujur, amanah, dan beretika. 

 14.9 Penilaian kemahiran manipulatif.
   Calon dapat: 
(a) Menguasai: 
(i) Kemahiran mencerap, mengukur, mengumpul, memerhati, menemu bual, dan merekod; 
 (ii) Kemahiran memproses data dan maklumat; 
 (iii) Kemahiran mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk grafik (jadual, graf, rajah, gambar); 
(iv) Menghasilkan penulisan yang kemas dan sempurna; 
(v) Kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.

Thursday, 24 October 2024

RINGKASAN TAJUK / TOPIKAL 942/3 TAHUN 2026.

BAHAGIAN B: GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 



 12 Dinamika persekitaran manusia.

  Calon dapat:
 (a) Menjelaskan isu semasa dinamika persekitaran manusia dari perspektif yang berikut:
 (i) Adaptasi 
 (ii) Mitigasi 
 (iii) Kesan/isu Contoh isu semasa: Wabak penyakit, pencemaran, perubahan iklim, ketidakseimbangan penduduk (lebihan, kurangan, dan penguncupan), migrasi, penduduk menua, ledakan penduduk, kekurangan sumber makanan, dan lain- lain. 



 13 Dinamika ruang

 Calon dapat:
 (a) Menjelaskan isu semasa dinamika transformasi luar bandar dan pembandaran dari perspektif yang berikut: 
 (i) Adaptasi 
 (ii) Mitigasi 
 (iii) Kesan/isu Contoh isu semasa: Kualiti hidup, daya huni, mobiliti sosial, alam sekitar fizikal, guna tanah, imej bandar, kesesakan, morfologi bandar, dan lain-lain.

RINGKASAN TAJUK / TOPIKAL 942/2 TAHUN 2026.

BAHAGIAN B:
 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA.

( TEMA : PETEMPATAN )




8.0 Transformasi Luar Bandar dan Pembandaran


 8.1 Transformasi luar bandar

 Calon dapat:
 (a) Mentakrifkan konsep transformasi luar bandar;
-  Perubahan sosioekonomi luar bandar melalui proses pemodenan, guna tanah, kemudahan asas, pengangkutan, komunikasi, kegiatan ekonomi, pendidikan, dan kesihatan. 

 (b) Menghuraikan strategi pembangunan luar bandar yang meliputi projek  / program ;

 (i) Program pembangunan in-situ;
 - Sediakan semua kemudahan asas  ( bekalan air  /bekalan elektrik )
-  Sediakan semua  kemudahan infrastruktur / jalan raya )
-  Sediakan semua kemudahan awam ( sekolah  / klinik  / pusat ibadah dll )
* Galakkan perkembangan petempatan .

                 
               Pencawang elektrik  - salirkan tenaga elektrik                                                                                            ke kawasan luar bandar. 


                             
Tenaga solar - sumber tenaga alternatif 
                                              memajukan kawasan luar bandar.





 (ii) Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu ( IADP ).
 - Satukan semua agensi pembangunan ( Mardi  / Agrobank / JKR / JPS / Jabatan Pertanian  / Lembaga Pertubuhan Peladang  Kawasan ( LPPK ) dll 
* Majukan sektor pertanian  di sesuatu kawasan  - wujudkan kesan pengganda ekonomi  / jana perkembangan pelbagai sektor ekonomi setempat ( pertanian  ke industri asas tani / industri pemprosesan  / industri agro pelancongan  / pusat pengumpulan hasil-hasil pertanian ( pusat pertumbuhan  wilayah ke bandar-bandar baru ).


                            
Projek Pertanian Bersepadu Barat Laut Selangor


 (iii) Rancangan Pembangunan wilayah ( RPW ) ;
-  Buka tanah-tanah rancangan dengan tanaman kontan ( kelapa sawit / getah ).
-  Agensi kerajaan yang terlibat  Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan ( FELDA ) atau melalui  aktiviti pemulihan tanah-tanah yang terbiar diusahakan oleh  Lembaga Pemulihan Tanah Persekutuan ( FELCRA ) dengan sokongan pelbagai agensi kerajaan seperti  RISDA  . MPOB  dll .


                                                Petempatan Felda 


 (iv) Perindustrian kawasan luar bandar ;
-  Mewujudkan / menyelerakkan  lebih banyak  industri kecil  dan sederhana ( IKS  / PKS ) di kawasan-kawasan luar bandar  yang berpotensi .
-  Merangsang perkembangan sektor  industri pemprosesan  dan  pembuatan  setempat / tempatan .

                                
 Jenis-jenis keluaran industri desa.


 (v) Pusat perkhidmatan tempat; Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) 
-  Menyediakan  pusat sehenti  bagi semua perkhidmatan  di sesuatu kawasan .
-  Berupaya memacu pembangunan  kawasan berpotensi  kerana wujud pemusatan fungsi petempatan  yang akan membawa kepada  kewujudkan  kesan pengganda ekonomi  dan pembangunan kawasan tersebut.

                       
                                        RTC Kuala Pahang , Pekan . 


 (vi) Pemodenan sosioekonomi luar bandar .
-  Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) 
-  Menjadikan  kawasan luarbandar yang berpotensi sebagai pusat pertumbuhan yang baru dengan melengkapkan dengan pelbagai kemudahan asas  , infrastruktur dan awam yang moden . 
-  Akan dapat memajukan kawasan tersebut  dan kawasan-kawasan sekitar.



 (vii) Pembandaran kawasan luar bandar;
-  Mewujudkan bandar-bandar baru  di kawasan luar bandar yang berpotensi .
-  Bandar berasaskan  aktiviti  pelancongan  , berasaskan  aktiviti  pertanian  . berasaskan aktiviti perikanan  dll.


 (viii) Pengelompokan penempatan baharu /semula masyarakat peribumi.
-  Melalui dasar kerajaan .
-  Petempatan berkelompok Orang Asli (Pos Brooke, Pos Balau, dan Pos Gob).
                               
Pos Brooke , Gua Musang , Kelantan.


                             
Pos Sinderut , Kuala Lipis , Pahang.




 8.2 Pembandaran
 Calon dapat:
 8.2.1 Konsep bandar dan pembandaran
 (a) Mentakrifkan konsep:
 (i) Bandar 
-  Kawasan yang dicirikan dengan kepadatan penduduk yang tinggi dan kawasan tepu bina berbanding dengan kawasan di sekelilingnya.
 
 (ii) Pembandaran
- Proses perubahan kawasan menjadi bandar; Perluasan sempadan bandar, pertambahan penduduk, perubahan aktiviti ekonomi, dan perubahan struktur masyarakat. 

 (b) Mengklasifikasi bandar berdasarkan jumlah penduduk (  Skala Malaysia } ; 
i.  Bandar kecil (10 001 – 30 000) 
ii.  Bandar sederhana (30 001 – 500 000) 
iii. Bandar besar (500 001 – 1 000 000) 
iv.  Bandar raya (≥ 1 000 001) 
v.   Bandar raya mega (≥ 10 000 000) 


 (c) Menjelaskan fungsi bandar;
Fungsi bandar berubah mengikut pertambahan penduduk. 
Fungsi Utama Bandar:
  • Fungsi Ekonomi: Pusat perniagaan, perdagangan (pelabuhan), perindustrian, kewangan, dan pelancongan.
  • Fungsi Pentadbiran: Pusat kerajaan persekutuan (contoh: Putrajaya), ibu negeri, dan pentadbiran tempatan.
  • Fungsi Sosial: Pusat pendidikan (universiti), kesihatan (hospital), kebudayaan, dan rekreasi.
  • Fungsi Pengangkutan: Stesen utama pengangkutan darat, udara, dan laut. 

Jenis-Jenis Bandar Mengikut Fungsi:
  • Bandar Diraja: Tempat tinggal raja/sultan (contoh: Kuala Kangsar).
  • Bandar Satelit: Bandar sokongan kepada bandar utama (contoh: Petaling Jaya).
  • Bandar Pendidikan: Menempatkan institusi pendidikan tinggi (contoh: Tanjung Malim).
  • Bandar Pertahanan: Terdapat pangkalan tentera (contoh: Lumut).
  • Bandar Sempadan: Pintu keluar masuk negara (contoh: Rantau Panjang). 


( d )  Mengenal pasti jenis bandar;

i. Bandar baru,
Konsep bandar baru merujuk kepada pembangunan bandar di lokasi baharu dengan perancangan strategik untuk menjadi pusat pentadbiran, ekonomi, pendidikan, dan teknologi, selalunya mengaplikasikan prinsip bandar mampan seperti konsep 'bandar dalam taman' dan 'pembangunan berorientasikan transit' (TOD) untuk meningkatkan kualiti hidup, mengurangkan pencemaran, dan mempromosikan gaya hidup moden yang teratur, berfokus kepada keseimbangan antara pembangunan fizikal, sosial, dan alam sekitar. 
                           Bandar Putrajaya  - memiliki semua                                      ciri-ciri bandar mapan pada masa ini .
Ciri-ciri Utama Konsep Bandar Baru:
  • Pembangunan Lokasi Baharu: Dibina di kawasan luar bandar untuk mengurangkan tekanan di bandar sedia ada.
  • Fungsi Pelbagai: Menjadi pusat pentadbiran, pendidikan, perindustrian, perniagaan, dan ICT.
  • Perancangan Mampan: Mengguna pakai konsep seperti:
    • Bandar dalam Taman (City in a Garden): Mengintegrasikan elemen hijau dan alam semula jadi dalam reka bentuk bandar.
    • Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD): Membangunkan kawasan sekitar stesen pengangkutan awam untuk mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan peribadi.
    • Agenda Bandar Baru (New Urban Agenda): Pelan tindakan untuk bandar yang makmur, berbudaya, sejahtera, dan mesra alam.
  • Perubahan Gaya Hidup: Membawa kepada gaya hidup moden, moden, dan serba lengkap dengan kemudahan sosial dan infrastruktur.
  • Penglibatan Pelbagai Pihak (4P): Melibatkan kerjasama antara Kerajaan (Public), Swasta (Private), Rakyat (People), dan Perkongsian (Partnership). 
Tujuan:
  • Menjadi enjin kemakmuran dan kesejahteraan sosial.
  • Membangunkan wilayah baharu dan mengurangkan migrasi desa-bandar secara drastik.
  • Meningkatkan kualiti hidup penduduk melalui perancangan yang lebih baik. 

* Secara ringkas, bandar baru adalah perancangan komprehensif untuk mewujudkan bandar yang berfungsi optimum, mampan, dan berkualiti tinggi, berbeza dengan perkembangan bandar lama yang kadangkala kurang terancang. 

  • Bandar Baru | PDF - Scribd
    Bab ini membincangkan tentang pembandaran dan bandar baru. Bandar baru dibina di lokasi baru untuk membangunkan kawasan luar banda...
    Scribd
  • JILID 3: Strategi & Tindakan Pembangunan - MBSJ
    2 Nov 2021 — Agenda Bandar Baru (New Urban Agenda). Agenda Bandar Baru merupakan pelan tindakan untuk membangunkan bandar- bandar yan...
    Majlis Bandaraya Subang Jaya
  • SUDUT : PERLISKU BESTARI, INFORMASI ...
    20 Jan 2025 — 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 TOD adalah pendekatan strategik yang membantu mengurangkan kesan negatif urbanisasi seperti kesesa...
    Facebook
Tunjukkan semua
 
ii.  Bandar primat,
 Konsep Bandar Primat merujuk kepada bandar raya utama yang sangat dominan dan jauh lebih besar daripada bandar-bandar lain di sesebuah negara atau rantau dari segi populasi dan kepentingannya (ekonomi, politik, budaya), seringkali lebih dua kali ganda saiz bandar kedua terbesar, mewujudkan hierarki bandar yang tidak seimbang tanpa pusat bandar bersaiz sederhana. 
Ciri-ciri Utama:
  • Saiz Dominan: Populasi bandar primat jauh mengatasi bandar kedua terbesar (sekurang-kurangnya dua kali ganda) dan bandar-bandar lain.
  • Pusat Dominan: Ia menjadi peneraju utama dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, media, pendidikan (universiti), dan kebudayaan.
  • Ketidakseimbangan: Mewujudkan taburan bandar yang tidak sekata (primate distribution), dengan satu bandar sangat besar dan banyak bandar kecil, berbanding taburan yang lebih sekata. 
Contoh:
  • London dan Paris sering disebut sebagai contoh bandar raya primat yang klasik. 
Pembentukan:
  • Boleh dipengaruhi oleh sejarah (penjajahan) dan dasar kerajaan yang memusatkan pembangunan dan pentadbiran di ibu negara. 
Kesan:
  • Positif: Menarik pelaburan dan penduduk.
  • Negatif: Boleh menyebabkan masalah seperti petempatan setinggan, kesesakan lalu lintas, pencemaran, dan jurang pembangunan yang ketara antara pusat dan pinggir bandar. 
                         


                                      Antara contoh bandar primat di Asia Tenggara.




iii.  Bandar satelit, 
Konsep bandar satelit ialah bandar kecil yang terletak berhampiran bandar utama, mempunyai ekonomi dan industri tempatan tersendiri, tetapi masih bergantung dan mempunyai hubungan erat (ekonomi, perhubungan, pentadbiran) dengan bandar raya induknya, bertujuan untuk menyokong pembangunan bandar utama serta mengurangkan kesesakan dan mengimbangi pembangunan antara kawasan. 
Ciri-ciri Utama:
  • Bergantung pada bandar induk: Mempunyai kaitan ekonomi dan struktur dengan bandar raya yang lebih besar berdekatan.
  • Saling menyokong: Menyediakan sokongan timbal balik kepada bandar utama, sama ada dari segi penduduk, pekerjaan, atau fungsi tertentu.
  • Pembangunan seimbang: Membantu mengimbangi pembangunan antara kawasan pinggir bandar dan bandar lama.
  • Mengurangkan kesesakan: Mengatasi masalah kepadatan penduduk dan kesesakan di bandar lama dengan memindahkan sebahagian fungsi atau penduduk ke kawasan baharu.
  • Industri tempatan: Membangunkan industri dan pekerjaan di peringkat tempatan untuk mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada bandar utama. 
Contoh Fungsi:
  • Menjana pertumbuhan ekonomi di kawasan baharu.
  • Menjadi kawasan perumahan bagi penduduk yang bekerja di bandar utama (komuter).
  • Mengambil alih fungsi tertentu yang sudah tepu di bandar lama. 
*  Secara ringkas, bandar satelit ialah "bandar kecil di sekeliling bandar besar" yang wujud untuk pembangunan yang lebih teratur dan seimbang.
 

iv. Bandar global, 
Konsep bandar global (atau bandar raya global) merujuk kepada bandar raya yang menjadi pusat utama dalam sistem ekonomi, politik, dan budaya dunia, berfungsi sebagai hab penting untuk aktiviti antarabangsa seperti kewangan, perdagangan, dan perindustrian, dengan ciri-ciri seperti ibu pejabat korporat multinasional, institusi kewangan besar, dan infrastruktur bertaraf dunia, menjadikannya pemain utama dalam hal ehwal global, contohnya New York, London, dan Tokyo. 
Ciri-ciri Utama Bandar Global:
  • Ekonomi: Pusat kewangan antarabangsa, bursa saham utama, ibu pejabat korporat, perkhidmatan profesional (guaman, perakaunan), dan keupayaan kewangan yang besar.
  • Politik & Pentadbiran: Menjadi pusat diplomasi antarabangsa dan pusat membuat keputusan penting.
  • Budaya & Sosial: Menarik kepelbagaian budaya, mempunyai institusi pendidikan tinggi, muzium, dan menjadi destinasi pelancongan global.
  • Infrastruktur: Mempunyai lapangan terbang antarabangsa, sistem pengangkutan yang maju, dan teknologi komunikasi canggih.
  • Penduduk: Seringkali mempunyai populasi yang besar dan pelbagai, serta menarik penduduk dari seluruh dunia. 
Contoh Bandar Global:
  • New York
  • London
  • Tokyo
  • Paris 
Fungsi dalam Sistem Dunia:
  • Menghubungkan ekonomi dan masyarakat di seluruh dunia.
  • Mempengaruhi pasaran kewangan dan perdagangan global secara langsung.
  • Menjadi penentu arah aliran dalam budaya, inovasi, dan politik antarabangsa.
  •  
                                               Paris  

v.  Bandar mati.
Konsep "Bandar Mati" merujuk kepada bandar atau kawasan bandar yang mengalami kemerosotan drastik dari segi populasi, ekonomi, dan fungsi sosialnya, sering kali menjadi bandar hantu akibat faktor seperti perubahan ekonomi, bencana alam, perang, atau migrasi besar-besaran, di mana infrastruktur fizikal masih ada tetapi aktiviti manusia telah lenyap / tiada 
Punca-Punca Bandar Mati:
  • Kehabisan Sumber: Bandar bergantung pada sumber dari kawasan sekeliling, apabila sumber itu kering (contohnya air, mineral), bandar akan merosot.
  • Perubahan Ekonomi: Penutupan industri utama (contohnya lombong, kilang) menyebabkan pengangguran dan penghijrahan penduduk.
  • Bencana Alam: Gempa bumi, banjir, atau kemarau yang berterusan boleh memaksa penduduk berpindah.
  • Konflik dan Perang: Serangan atau ketidakstabilan politik boleh menyebabkan penduduk melarikan diri.
  • Perubahan Demografi: Penurunan kadar kelahiran dan penghijrahan keluar yang tinggi.
  • Perubahan Laluan Perdagangan: Apabila laluan penting berubah, pusat perdagangan lama akan ditinggalkan. 
Contoh Bandar Mati:
  • Pripyat, Ukraine: Ditinggalkan selepas bencana Chernobyl.
  • Centralia, Pennsylvania, AS: Ditinggalkan akibat kebakaran bawah tanah yang berterusan.
  • Oradour-sur-Glane, Perancis: Ditinggalkan selepas pembunuhan beramai-ramai semasa Perang Dunia II.
Secara ringkas, bandar mati adalah bandar yang "meninggal" kerana kehilangan punca kehidupan dan penghuninya, meninggalkan struktur fizikalnya sebagai monumen kepada kegemilangan masa lalu. 


 (e) Menjelaskan proses pembandaran; 

 (i) Perluasan sempadan bandar.
-  Perkembangan bandar yang disebabkan oleh proses perebakan  kawasan bandar  melalui  konurbasi  / percantuman sempadan bandar  / peluasan kawasan bandar .

 (ii) Pertambahan penduduk.
-  Pertambahan penduduk bandar akan meningkatkan ciri guna tanah kawasan bandar .
-  Pertambahan fungsi bandar akibat pertambahan penduduk  / pertumbahan  penduduk yang tinggi  akan  menyebabkan proses pembandaran berlaku dengan pesat.

 (iii) Perubahan  struktur  ekonomi.
-  Perubahan sektor ekonomi tradisional kepada sektor ekonomi moden yang lebih berorientasikan insentif modal  dan teknologi menyebabkan ciri guna tanah juga berubah . 
-  Pembukaan kawasan-kawasan industri  / kilang yang luas akan menyebabkan proses pembandaran   yang pesat  dan mewujudkan lebih banyak bandar-bandar industri.

 (iv) Perubahan struktur masyarakat. 
-  Proses pembandaran turut dikaitkan dengan perubahan struktur masyarakat . Proses pembandaran yang pesat akan melahirkan  / membentuk tiga kelompok masyarakat iaitu golongan atasan  . golongan menengah dan golongan bawahan . 
-  Dapat dilihat / diukur daripada  perbezaan sosiekonomi  sepertiu jumlah pendapatan  ,  taraf  pendidikan   dan cara kehidupan harian mereka .



 (f) Menilai faktor yang mempengaruhi proses pembandaran; 

1. Faktor Ekonomi:
-   Peluang Pekerjaan yang banyak : Kewujudan pusat perindustrian moden, perdagangan, dan sektor perkhidmatan (perbankan, IT) menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan berbanding luar bandar.
Pembangunan Perindustrian yang pesat : Pembukaan  kawasan perindustrian luas  menarik migrasi kerana mewujudkan  banyak peluang pekerjaan ,  meningkatkan pendapatan serta berupaya meningkatkan taraf hidup penduduk .

2. Faktor Sosial & Kemudahan
-   Kemudahan Pendidikan: kolej, dan universiti yang lengkap menarik pelajar dan keluarga ke bandar , meningkatkan jumlah penduduk serta menjana proses pembandaran .
-   Kemudahan Kesihatan: Hospital dan klinik moden menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik akan menggalakkan peningkatan penawaran peluang pekerjaan . Berupaya mengalakkan migrasi dan menjana proses pembandaran. 
-   Pengangkutan dan Perhubungan: Sistem pengangkutan awam yang cekap dan rangkaian komunikasi memudahkan mobiliti  dan meningakatkan darjah  ketersampaian  penduduk.  Kecekapan interaksi dan komunikasi akan menggalakkan aliran migrasi penduduk.
-   Kemudahan Asas: Bekalan air, elektrik, dan perumahan yang lebih baik. Memudahkan urusan seharian hidup penduduk . Menggalakkan migrasi  penduduk . 

3. Faktor Politik & Pentadbiran:
i.  Pusat Pentadbiran: Ibu negeri dan pusat pentadbiran persekutuan menarik penduduk kerana menawarkan pelbagai peluang pekerrjaan samda  jawatan kerajaan mahupun pihak swasta .
ii.  Dasar Kerajaan: Dasar pembangunan negara yang memberi tumpuan kepada pembangunan bandar dan kawasan perindustrian.
  1. Faktor Demografi & Budaya:
    • Migrasi dari Luar Bandar ke Bandar: Penduduk luar bandar berhijrah mencari taraf hidup yang lebih baik, pendidikan, dan pekerjaan.
    • Perubahan Gaya Hidup: Daya tarikan gaya hidup bandar yang moden dan budaya kehidupan yang berbeza daripada luar bandar.
  2. Faktor Sejarah & Geografi:
    • Lokasi Strategik: Kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia yang awal dimajukan melalui perlombongan dan perdagangan menjadi pusat pertumbuhan bandar awal. 
Kesemua faktor ini saling berinteraksi untuk mempercepatkan proses pembandaran, menjadikan bandar sebagai pusat tumpuan penduduk, ekonomi, dan aktiviti sosial di Malaysia. 


 8.2.2 Peranan bandar dalam pembangunan
 (g) Menghuraikan peranan bandar dalam pembangunan sesebuah negara;
Peranan bandar bergantung kepada klasifikasi bandar .
* Semakin besar bandar semakin banyak peranan yang perlu dilaksanakan oleh sesuatu petempatan bandar tersebut. 


 8.2.3 Saling kebergantungan luar bandar – bandar.
 (h) Menghuraikan saling kebergantungan antara luar bandar – bandar  (  Skala Malaysia ) : 
i.  Pertukaran sumber  dan  pasaran .  
Luar Bandar ke Bandar: Membekalkan bahan mentah, sumber hutan, mineral, dan bekalan makanan (seperti hasil pertanian dan perikanan) untuk keperluan penduduk serta industri di bandar.            -Bandar ke Luar Bandar: Menyediakan pasaran bagi hasil keluaran luar bandar, selain membekalkan barangan siap, teknologi moden, dan input pertanian (seperti baja dan jentera).

2. Perkhidmatan & Teknologi:
-  Bandar ke Luar Bandar: Pusat pendidikan tinggi, hospital, kewangan, dan teknologi maklumat (ICT) yang diakses oleh penduduk luar bandar.
Luar Bandar ke Bandar: Menyediakan tenaga kerja (pertanian, perikanan) dan sumber semula jadi yang penting untuk pembangunan bandar.

3. Aliran Penduduk & Tenaga Kerja:
 Penduduk luar bandar sering berhijrah ke bandar mencari peluang pekerjaan dan pendidikan yang lebih baik, manakala sebahagian tenaga kerja bandar juga bergantung kepada pekerja luar bandar.

4. Perancangan & Pembangunan Mampan: 
 Integrasi melalui perancangan bandar yang mengambil kira kawasan pertanian pinggir bandar (urban agriculture) dan pembangunan tenaga kerja luar bandar untuk mengurangkan ketidakseimbangan dan mewujudkan ekonomi tempatan yang lebih kuat. 


 8.2.4 Kesan transformasi luar bandar dan pembandaran terhadap alam sekitar manusia
 (i) Menilai kesan transformasi luar bandar dan pembandaran terhadap guna tanah, penduduk, dan sosioekonomi;
Kesan terhadap Guna Tanah (Bandar & Pinggir)
  • Perubahan Guna Tanah: Kawasan pertanian, hutan, atau tanah lapang di pinggir bandar ditukar kepada petempatan, perindustrian, komersial, dan infrastruktur (jalan raya, pusat beli-belah).
  • Rebakan Bandar (Urban Sprawl): Pertumbuhan bandar yang tidak terkawal merebak ke kawasan luar bandar, menukar guna tanah desa dan mengurangkan kawasan hijau.
  • Peningkatan Nilai Tanah: Nilai tanah di pinggir bandar meningkat, mendorong pembangunan tidak terancang. 
Kesan terhadap Luar Bandar (Desa)
  • Kekurangan Tenaga Kerja: Migrasi penduduk muda ke bandar menyebabkan kekurangan tenaga kerja dalam sektor pertanian (kebun kecil, sawah), menurunkan produktiviti.
  • Peneroka dan Tanah Terbiar: Kawasan pertanian desa mungkin ditinggalkan atau tidak dimajukan sepenuhnya kerana kekurangan pekerja.
  • Peluang Ekonomi Berubah: Sektor pertanian desa semakin kurang penting, digantikan oleh sektor perkhidmatan/perindustrian di bandar yang menawarkan gaji lebih tinggi. 
Kesan terhadap Bandar
  • Pencemaran: Peningkatan kenderaan dan perindustrian menyebabkan pencemaran udara, air, dan masalah pulau haba bandar.
  • Kesesakan Lalu Lintas: Pertambahan penduduk dan kenderaan mengakibatkan kesesakan.
  • Petempatan Setinggan: Penghijrahan ramai penduduk menyebabkan kemunculan setinggan akibat kekurangan perumahan mampu milik.
  • Tekanan Prasarana: Kemudahan seperti air, elektrik, dan saliran terjejas.
  • Peluang Ekonomi: Menyediakan peluang pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik, meningkatkan taraf hidup penduduk bandar. 


 (j) Menilai kesan transformasi luar bandar dan pembandaran terhadap kehidupan manusia;


 Kesan Positif (Kebaikkan)

Peluang Ekonomi & Pekerjaan: Bandar menawarkan lebih banyak pekerjaan di sektor perindustrian dan perkhidmatan berbanding desa, meningkatkan pendapatan penduduk.
  • Peningkatan Infrastruktur: Pembinaan jalan raya, pusat beli-belah, hospital, sekolah, dan kemudahan awam bertambah baik.
  • Peningkatan Taraf Hidup: Pendapatan per kapita meningkat, membolehkan penduduk menikmati lebih banyak kemudahan moden.
  • Pemodenan & Inovasi: Wujudnya inovasi dalam pelbagai bidang hasil daripada persaingan dan pembangunan.
  • Perubahan Gaya Hidup: Penduduk desa yang berpindah ke bandar mendapat akses kepada gaya hidup lebih moden dan kepelbagaian sosial. 
Kesan Negatif (Keburukan)
  • Masalah Sosial: Peningkatan jenayah, kesesakan lalu lintas, dan masalah kemiskinan di kawasan bandar akibat kepadatan penduduk.
  • Pencemaran Alam Sekitar: Pencemaran udara, air, dan tanah akibat sisa industri serta sampah yang sukar dikawal.
  • Kekurangan Tenaga Kerja Desa: Migrasi belia ke bandar menyebabkan kekurangan tenaga kerja dalam sektor pertanian di desa.
  • Kehilangan Identiti Desa: Perubahan lanskap dan budaya tradisional akibat pembangunan pesat, termasuk 'limpahan pembandaran' ke kawasan pinggir desa.
  • Tekanan Kepada Perkhidmatan: Peningkatan penduduk memberi tekanan kepada kemudahan sedia ada seperti air, elektrik, dan pengangkutan. 
Kesan Kepada Desa Secara Khusus
  • Kelebihan: Akses kepada kemudahan bandar ( jika di pinggir bandar), peningkatan nilai tanah, dan peluang perniagaan baru.
  • Kelemahan: Kehilangan suasana desa, pencemaran, dan gangguan akibat pembangunan tidak terancang. 


 8.2.5 Kesan transformasi luar bandar dan pembandaran terhadap alam sekitar fizikal.
Kesan Negatif :
1.  Pencemaran Udara: Pelepasan asap kenderaan, kilang, dan pembakaran sampah meningkatkan pencemaran udara.
2. Pencemaran Air: Penggunaan baja kimia, racun serangga, dan sisa industri serta domestik mencemari sungai dan sumber air.
3. Pencemaran Tanah: Baja kimia dan racun serangga berlebihan merosakkan tanah dan organisma di dalamnya.
4. Peningkatan Sampah Sarap: Pertumbuhan penduduk bandar meningkatkan jumlah sampah yang sukar diurus, memenuhi tapak pelupusan.
5.  Pencemaran Bau: Sektor penternakan besar-besaran di desa untuk memenuhi permintaan bandar menghasilkan pencemaran bau yang ketara.
6. Pencemaran Sisa Toksik: Industri berat menghasilkan sisa berbahaya yang mengancam alam sekitar jika tidak dikawal.
7. Fenomena Pulau Haba Bandar (Urban Heat Island): Pengurangan tumbuhan hijau dan peningkatan bangunan konkrit menyebabkan suhu di bandar lebih tinggi.
8. Perubahan Landskap & Ekosistem: Pembangunan menukar guna tanah (hutan kepada pertanian/bandar), mengganggu ekosistem dan habitat semula jadi. 

Kesan Positif .
1. Pembangunan membawa kemudahan dan peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup.
2. Pengurusan sumber yang lebih cekap, walaupun dalam skala yang berbeza. 

*   Secara keseluruhannya, transformasi ini membawa pembangunan tetapi memerlukan kawalan ketat bagi mengurangkan impak negatifnya terhadap alam sekitar fizikal agar pembangunan mampan dapat dicapai. 



 (k) Menilai kesan transformasi luar bandar dan pembandaran terhadap alam sekitar fizikal yang meliputi;

 (i) Kemerosotan kualiti alam sekitar. 
Peningkatan suhu setempat, pencemaran alam sekitar (pencemaran udara, air, tanih, bau, bunyi, sampah sarap, dan sisa toksik), hakisan, tanah runtuh dan tanah tandus, banjir, dan banjir kilat. 

 (ii) Kemerosotan dan kepupusan sumber .
 Ancaman kepupusan kepelbagaian biologi, kemusnahan habitat, flora dan fauna, mineral, dan rantaian makanan. 



8.3 Kemahiran geografi
 Calon dapat:
 (a) Menghitung dan mempersembahkan data transformasi luar bandar dan pembandaran; Jadual, gambar rajah, carta, dan graf .

(b) Mentafsir data transformasi luar bandar dan pembandaran. Jadual dan gambar rajah 9 Pembangunan dan Kegiatan Ekonomi.