Friday, 3 April 2020

Tips : KAEDAH MENYEDIAKAN JAWAPAN ( SPM & STPM )


Tips :  KAEDAH  MENYEDIAKAN   SKRIP
                       JAWAPAN PEPERIKSAAN.




a. Soalan berbentuk " Kesan " ,
    Kehendak Soalan : Jawapan  MESTI  menyatakan "  CARA / BAGAIMANA " sesuatu  aktiviti  manusia  , Aktiviti  Ekonomi / Punca   (  ASM )  ataupun  Aktiviti / Proses  alam sekitar. ( ASF ).


i) Contoh  soalan  berbentuk " kesan ".
Contoh soalan / tajuk  tugasan.
Jelaskan  bagaimana  perkembangan aktiviti  perikanan menjejaskan kualiti alam sekitar.


ii) Contoh  jawapan : 

Pilihan Pertama :
Cadangan Kaedah Menajawab Solaan  : 
Fakta utama + Contoh + proses----- kesan.

Contoh Jawapan :
Kesan  perkembangan  aktiviti perikanan yang  tidak terkawal  seperti  penggunaan  pukat  tunda  di kawasan  perairan  yang  cetek    akan merosakkan  terumbu  karang  di dasar  laut .  Hal  ini akan  menyebabkan pelbagai  hidupan  akuatik kehilangan  habitat  dan rantaian makanan turut  terjejas.

Pilihan  ke 2 :
Cadangan Kaedah menjawab  : 
Salin sebahagian  soalan + kata hubung + fakta utama /proses ---- kesan.

Contoh  jawapan :
Perkembangan aktiviti  perikanan akan   menjejaskan kualiti alam sekitar apabila nelayan-nelayan membersihkan bot-bot  mereka di laut . Tompokan-tompokan  minyak akan terapung di atas permukaan air laut  dan  menghalang cahaya matahari  daripada  sampai ke dasar laut. Keadaan ini akan menyebabkan  planton dan teurmbu karang kurang mendapat cahaya matahari. Pertumbuhan planton  dan terumbu karang  akan  terjejas  dan akan menyebabkan kerosakan  kepada habitat dan rantaian makanan pelbagai hidupan marin

Analisis Ayat 
Hijau  :  Fakta .
Biru  : proses .

Merah :  Kesan .
Penggunaan  kata : " apabila " dan " akan " - dapat  memberi penegasan  dalam pembinaan ayat . 





b. Soalan berbentuk " Cadangan  Langkah  " ,
-  Kehendak Soalan : Jawapan  MESTI  menyatakan "  CARA / KAEDAH  "  untuk menangani / menyelesaikan gansesuatu masalah   terhadap sesuatu isu yang berbangkit  seperti  ( masalah / Cabaran / Halangan ) ASM  dan  ( Kesan  terhadap  ) ASF.
-  Perlukan  kata  penguat untuk memberi impak  peneguhan / penegasan terhadap  ayat  sepeti : 

i ) Meningkatkan  ( kawalan  , kadar pengawasan , kadar pemantauan .
ii)   Meninggikan / menambah /    (  kadar denda /  penjara ).
Untuk langkah-langkah  perundangan.
i)   mempelbanyakkan  / lebih  banyak  / menggandakan usaha 
Untuk langkah pengurusan strategik 

i) Contoh  soalan  berbentuk " cadangan langkah   - perundangan ".
Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah penerokaan hutan secara haram di Cameron Highland.

ii) Contoh  jawapan : 

Pilihan Pertama :
Cadangan Kaedah menjawab : 

Fakta utama + Contoh + Huraian .


Contoh  Jawapan :
Langkah perundangan  seperti  menguatkuasakan  Akta Perhutanan 1984 boleh  digunakan  untuk  mengatasi  masalah  penerokaan hutan secara haram  di Cameron Highland.  Dalam  hal  ini pihak  kerajaan  melalui  Jabatan Perhutanan  serta Jabatan  Tanah  dan Galian Daerah Cameron Highland boleh meningkatkan kawalan dan melakukan pemantauan secara berterusan  terhadap aktiviti penerokaan hutan  dan  pembukaan kawasan-kawasan pertanian secara haram agar masalah penerokaan tanah secara haram  di kawasan tersebut  dapat  dikawal sepenuhnya .

Pilihan  ke 2 :
Cadangan  Kaedah Menjawab Soalan  : Salin sebahagian  soalan + kata hubung + fakta utama contoh + huriaan .

Contoh Jawapan :
Antara langkah-langkah untuk mengatasi masalah penerokaan hutan secara haram di Cameron Highland ialah penguatkuasaan undang-undang  oleh  Jabatan Perhutanan dan Jabatan Tanah  dan Galian  daerah Cameron Highland . Dengan  menguatkuasakan Akta Perhutanan 1984  misalnya , proses pemantauan  dan  kawalan dapat  dipertingkatkan  dan dijalankan  secara  berkala  dan berterusan . Hal  ini akan  berupaya mengawal aktiviti pembalakan  dan pembukaan tanah-tanah pertanian yang  menyumbang  kepada penceerobohan hutan secara haram di kawasan tersebut.

Analisis Ayat 
Hijau  :  Fakta .
Biru  : contoh  .
Merah :  Huraian  . 
Penggunan kata yang berupaya memberi peneguhan / penegasan ayat / huraian  : huruf-huruf yang diboltkan & digariskan
Kata hubung ;  " ialah "


i) Contoh  soalan  berbentuk " cadangan langkah                                  - pengurusan strategik  / struktural  / pemuliharaan  ".

Contoh Soalan :
Cadangkan langkah-langkah bukan  perundangan  untuk mengatasi kesan penerokaan kawasan hutan di Malaysia.



ii) Contoh  jawapan : 

Pilihan Pertama :
Cadangan Kaedah menjawab  : 
Fakta utama + Contoh + Huraian .

Contoh Jawapan
Penanaman  semula anak-anak pokok aksia  , jati  emas  dan  sentang  boleh  dilakukan   untuk  mengatasi  masalah kesan  penerokaan hutan secara haram  di Malaysia .  Aktiviti  penghutanan  semula ini  dapat  dilakukan  oleh  pihak  kerajaan  melalui  Jabatan Perhutanan .  Usaha ini  boleh meningkatkan kadar  penanaman anak-anak pokok yang  berkualiti tinggi  secara berterusan  di kawasan-kawasan  hutan  tersebut.  Dalam  jangka masa panjang , Usaha  ini akan dapat  memastikan struktur  asal hutan  akan dapat  dipulihkan .

Pilihan  ke 2 :
Cadangan  Kaedah menjawab : 
Salin sebahagian  soalan + kata hubung + fakta utama contoh + huraian .

Contoh Jawapan :
Antara langkah-langkah untuk mengatasi kesan penerokaan hutan  di Malaysia  ialah melalui  aktiviti  penghutanan  semula   oleh  Jabatan Perhutanan . Anak-anak  pokok yang  berkualiti  tinggi seperti pokok Sentang , Jati  dan akasia  boleh ditanam  di kawasan-kawasan hutan yang sudah di gondolkan akibat  proses pembalakan  atau  pertanian  pindah .   Melalui  usaha  ini , keluasan kawasan hutan  akan  dapat  ditambah  dan dijalankan  secara  berkala  dan berterusan . Hal  ini akan  berupaya mengawal aktiviti pembalakan  dan pembukaan tanah-tanah pertanian yang  menyumbang  kepada penceerobohan hutan secara haram di kawasan tersebut.

Analisis Ayat 
Hijau  :  Fakta .
Biru  : contoh  .
Merah :  Huraian  . 
Penggunan kata yang berupaya memberi peneguhan / penegasan ayat / huraian  : huruf-huruf yang diboltkan & digariskan 
Kata hubung ;  " ialah ",



c. Soalan  berbentuk " Bincangkan "  dan " sejauhmanakah :
- Perlu  ada pro  dan kontra .
- Agihan  fakta  pro & kontra  mesti  seimbang dengan  nisbah 3:3 , 4:2 @ 2:4 .
- Perlu ada kesimpulan ( dalam  kesimpulan  mesti  ada sisipan  4 isi utama.


Contoh Soalan :
Bincangkan sejauhmanakah kerajaan berperanan  dalam memajukan sektor pertanian   di Malaysia. 

Contoh  Jawapan :
Dalam usaha memajukan sektor  pertanian di Malaysia , peranan kerajaan  amat penting . Pembukaan Rancangan kemajuan Tanah oleh FELDA berupaya mewujudkan kawasan-kawasan yang berskala besar  dan mampu menyumbang  kepada eksport komuditi getah dan kelapa sawit  secara besar-besaran. Hal ini berupaya meletakkan sektor pertanian adalah antara penyumbang  kepada KDNK negara yang  utama.

Selain  itu  keupayaan menghasilkan pelbagai inovasi baru hasil  daripada  penyelidikan oleh pelbagai agensi kerajaan  seperti MARDI  , PORIM dan pelbagai IPTA  serta IPTS  turut menyumbang  kepada kejayaan sektor pertanian . Penggunaan  pelbagai jenis kaedah dan pengurusan seperti penggunaan  kultur  di kawasan tanih  bris berjaya menukarkan struktur tanah bekas lombong menjadi kawasan penanaman jambu  batu . Mana penggunaan  kaedah hidrofonik  membantu mengatasi masalah kekurangan yang  tanah atau ketidaksuburan tanah.

Selain  itu  , faktor  kepelbagian  jenis tanih  dan variasi kesuburan tanah turut membantu  perkembangan sektor pertanian  di Malaysia. Kewujudan tanah tanah laterit  di kawasan berbukit berupaya membolehkan kawasan tersebut  ditanam  dengan tanaman komersial  seperti  getah  dan kelapa sawit.

Sebagai kesimpulannya , dapatlah dirumuskan  bahawa melalui  program pembukaan  tanah-tanah rancangan  ,  penghasilaan pelbagai  inovasi  pertanian oleh  pelbagai  agensi  , maka kerajaan memainkan peranan yang  sangat  besar  dalam memastikan sektor  pertanian  dalam  negara sentiasa berkembang. Walau  bagaimanapun , sumbangan   faktor  kesuburan  tanih  dan kepelbagaian bentuk muka bumi tidak  boleh  diketepikan  begitu  sahaja . Kesemua  faktor  ini  perlu dieksplotasi dengan tepat untuk menghasilkan sumbangan  yang  maksima terhadap perkembangan sektor pertanian negara pada masa hadapan.


Analisis  Jawapan :
Kaedah menulis  esie   dan  membuat  Kasimpulan.
Merah   :  Isi-isi  jawapan .
Ungu : Rumusan keseluruhan / pandangan penulis.






d) Soalan  berbentuk wajar @  tidak wajar .
- Nyatakan  pendirian terhadap isu ( wajar @ tidak wajar ).
-.Pemilihan  fakta & huraian (  alasan  )  mestilah  selari dengan pendirian .

Contoh Soalan :
Wajarkah Malaysia menghadkan kemasukan pekerja asing.
 Nyatakan  pendirian / cadangan /  alasan   anda .

Contoh Jawapan :
Pada pendapat  saya , adalah wajar Malaysia menghadkan kemasukan pekerja asing . Hal  ini  kerana  kemasukan pekerja asing secara beramai-ramai akan menyebabkan wujud  persaingan penawaran tenaga buruh yang tinggi  dengan  pekerja  tempat. Mobiliti pekerjaan  dan kesanggupan bekerja dengan tawaran kadar upah yang lebih  rendah menyebabkan ramai majikan akan memilih pekerja asing untuk bekerja. Keadaan  ini akan  mewujudkan pengangguran di kalangan  penduduk tempatan . 

Analisis Ayat ; 
Biru   :  Menyatakan  pendirian " Wajar ".
Merah  :  Huraian .
Hijau : Fakta  ( wujudkan pengangguran  )

Contoh-contoh  jawapan  ini bukanlah  yang  terbaik  tetapi  boleh  lah dijadikan  sebagai  panduan  bagi pelajar-pelajar  yang  berhajat memulakan  usaha  untuk menghasilkan skrip jawapan yang  baik untuk  peperiksaan.


Selamat  mencuba .


#hidupkitaacuankita
#usahakitakitajaya
#jumkongsikanapayangada
#kejayaankitaraibersama.












 
 

 
   

Thursday, 2 April 2020

Tips : SOALAN GRAF & CARTA ( ANUGERAH MARKAH BUAT CALON SPM )


Tips  : SOALAN  GRAF & CARTA 
 ( ANUGERAH  MARKAH  BUAT  CALON  SPM )




Catatan  Perjalanan :
Sumbangan  markah  yang banyak  kepada calon-calon  SPM menjadikan segmen  ini amat  penting . Untuk  "  mengutip " markah  pada  segmen  ini amat  mudah  kerana setiap  langkah  ada  ganjarannya walau  pun  proses penghasilan  belum  sempurna atau  memang tidak  berupaya  disempurnakan ( gunakan bahasa beralas sikit ) .....







    -  Kaedah melakar  graf  bar  dan graf  garisan  menggunakan  kaedah yang sama cuma  yang  
        berbeza hanyalah  cara  persembahan  data .


Dengan  tiga  langkah  sahaja  , semua  pelajar  boleh  mendapat  markah  yang  maksima  samasa menjawab  soalan . Ade  yang  tak  nak  ke ...... Kalo nak  buat latihan  berpandukan tips  yang  dsediakan  ini....



#hidupkitaacuankita
#usahakitakitajaya.





Tips : MENTAFSIR PETA TOPOGRAFI ( SATU PERKONGSIAN )


Tips : MENTAFSIR  PETA  TOPOGRAFI




Bagi sesetangah  pelajar  - mentafsir  peta topografi  merupakan  sesuatu  yang  sangat  sukar . Mungkin mereka  gagal  mencari  " key " yang  membolehkan  mereka menjawab soalan-soalan  yang bersangkut paut  dengan tafsiran  peta  ini  dengan  mudah . Sebenarnya istilah tafsir  itu  sendiri sudah menjelaskan bahawa  semua  maklumat mesti  diakses  daripada  peta topografi berkenaan.

Konsep  Asas  Peta Topografi .
Peta yang menggambarkan ciri-ciri fizikal  dan  budaya   di sesuatu  kawasan  yang diwakilkan dengan menggunakan simbol yang piawai .

1. Ciri-ciri asas peta topografi yang  perlu  diketahui pelajar  sebelum tafsiran  dilakukan :
 i)   Simbol  pada ruang  petunjuk  peta topografi.
ii)   Skala  biasa terdapat di bahagian bawah peta topografi.
iii)  Sela kontur  terdapat  berhampiran  skala  peta.
iv)   Arah mata angin  di bahagian  bawah   bahagian  petunjuk peta  topografi.

i)  Simbol pada bahagian  petunjuk peta topografi.
- Biasanya  digunakan untuk menggambarkan ciri-ciri fizikal  dan budaya .
- Terbahagi kepada :
       1. Simbol  bergambar  - mewakili  ciri-ciri fizikal & budaya yang tersebar secara meluas. 




       2. Simbol  titik  - mewakili objek / binaan / struktur tunggal.
 




       3. Simbol  warna - menggambarkan ketinggian sesuatu kawasan.
               
Penjelasan :  Warna  hijau  -  tanah pamah.
                      Warna perang /berkontur -  tanah tinggi.


       4. Simbol  garisan  - mewakili objek / binaan  berbentuk linier / garisan .   

                 5. Simbol singakatan  perkataan - digunakan untuk menggambarkan  objek  fizikal @  budaya.  - di kaitkan  dengan  peranan atau  fungsinya.


ii)  Skala  -  digunakan untuk  menggukur jarak antara lokasi dalam peta topografi.
    Skala yang  biasa  digunakan  pada peta  topografi  ialah  1:50 000 @ 1 cm  :  0.5 km.
iii) Sela kontur  - digunakan untuk mengira ketinggian lokasi .
    Sela kontur yang  biasa  digunakan  ialah  20 meter.


iv) Arah mata angin  - digunakan untuk mengukur bearing & penentuan  arah antara  lokasi.

2. Ciri-ciri yang  di wakli oleh  pelbagai  simbol.
 i) Ciri-ciri Fizikal 
      - Bentuk  muka  bumi .
         ( gunung  , bukit  ,dataran  tinggi  , tebing tinggi dll ).
     -  Panduan  mencari jawapan  :   Rujuk kepada  pola  dan  bentuk  susunan garisan  kontur .


   

              - Sistem saliran.         ( sungai  , tasik  )
              - Panduan mencari jawapan :  Rujuk  kepada segmen " HIDROLOGI / CIRI-CIRI HIDROLOGI SEMULA  JADI  - bagi ciri-ciri sistem saliran  semula jadi  dan segmen " LAIN-LAIN  CIRI BUATAN DAN  PELBAGAI  BINAAN - bagi ciri-ciri sistem  saliran  / pengairan buatan  manusia.

     
       -   Tumbuhan semula jadi  ( hutan  rimba , tumbuhan paya )
       -   Panduan  mencari Jawapan : Rujuk kepada  segmen " TUMBUH-TUMBUHAN DAN TANAMAN . 



ii) Ciri-ciri  budaya 
      - Pelbagai ciri guna tanah .
         ( pertanian  , perikanan  , pegangkutan , petempatan dll )
      -  Cara cari jawapan : Rujuk  kepada  " SEMUA  SEGMEN "  terutama " TUMBUH-TUMBUHAN " dan  " SINGKATAN ".
      -   Jawapan  juga  boleh  diperolehi  dengan mengaitkan sesuatu simbol  dengan simbol yang  lain .( kurang digalakkan kecuali  itulah  kehendak soalan ) 

Aktiviti  pertanian.
  
  A
  
                                                     Jaringan  Pengangkutan

                                                     
                                                  Kemudahan  awam / sistem komunikasi                 


                                                         Aktiviti  akuakultur / perikanan.

                                                                    Petempatan .



Untuk mentafsir peta  topografi  dengan  betul , beberapa perkara perlu diteliti.
  i) Tafsiran secara langsung .
      - Jawapan diperolehi hasil tafsiran  simbol sahaja  .
                                      
       Contoh  : Pekerjaan  utama  penduduk  di  kawasan   utara  peta topografi  ini  ialah  penorah getah
( tafsiran terus  daripada simbol bergambar pokok  getah )  .
Contoh Soalan : Apakah pekerjaan  utama penduduk di dalam peta topografi 
Kata kerja lain :  Nyatakan  ,  Senaraikan .


ii)  Tafsiran berdasarkan pertautan simbol.
      - Jawapan diperoleh selepas melihat salingkaitan simbol.
                                  

             Contoh : Faktor yang  mempengaruhi perkembangan aktiviti penanaman padi  di kawasan barat peta topografi ialah  kawasan tanah paman yang luas   dan rata   ,  terdapat  sumber  air yang banyak   ,  mempunyai jaringan jalan raya serta  tenaga buruh  yang  ramai . 
( Rujukan  kepada perkaitan  simbol sawah padi , simbol petempatan , simbol saliran  ,simbol jalan raya ).
Contoh Soalan : Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan penanaman padi dalam peta topografi di atas.
Kata kerja  lain : Huraikan  ,  Terangkan  .


iii) Tafrisan berdasarkan simbol  dan elemen logikal / teori geografi.
      - Jawapan diperoleh hasil  daripada salingkaitan simbol dengan teori-teori dan fakta  sampingan.



         Contoh : Aktiviti  ekonomi   mesra  alam  yang boleh  dijalankan  di kawasan di bahagian timur peta ialah  aktiviti  ekopelancongan . Ini  kerana kawasan tersebut  terdapat kawasan tanah tinggi  dan kawasan hutan rezab samuntak . Aktiviti hiking / mendaki  dan menjelajah hutan tidak akan menjejaskan kualiti hutan simpan di kawasan tersebut.
(  Rujuk  kepada perkaitan  semua  simbol dan pengetahuan sedia ada pelajar  tentang  konsep   dan  aktiviti  ekopelancongan  serta  kesannya  kepada  alam  sekitar ).
Contoh soalan :  Dengan  merujuk kepada bahagian timur peta , cadangkan kegiatan ekonomi yang sesuai untuk memajukan  kawasan tersebut. Tuliskan alasan  anda .
Kata kerja lain : Wajarkah  , Sesuaikah , Cadangkan  , Beri alasan  , Berikan  hujah  . 


Semoga  dengan  sedikit  penjelaskan  ini ,  boleh  dijadikan  panduan oleh  anak-anak  Geografian untuk mentelaah  latihan  sebagai  persediaan untuk  menghadapi  SPM  tak lama  lagi ...


#hidupkitaacuankita
#usahakitakitajaya






Tuesday, 31 March 2020

Tips : MUDAHNYA GEOGRAFI ( PANDUAN MEMAHAMI SOALAN & MENGARANG ) ( Siri 4 )



Tips :  PANDUAN  MEMAHAMI  
           SOALAN  DAN  PENYEDIAAN  
           JAWAPAN  GEOGRAFI .


Catatan Perjalanan :


PKP fasa 2  semakin  hampir ......
Pepagi  nih  terasa kepelikan ... keanihan ............
Dah hampir  seminggu  on line  kelas  dangan anak-anak Geog.
Terasa janggal setiap kali  latihan menghurai dijalankan.
Tidak ramai yang  mampu  menyampaikan sesuatu  isu dengan baik.

Untuk  menjadi  " Pemberita " ( perkataan  yang  biasa saya guna apabila menerangkan  kaedah menjawab soalan ) , pelajar  perlu  memahami ragam soalan / kehendak soalan . Berfakta tanpa memahami ragam soalan  umpama pemberita  di tempat  kejadian  yang  tidak  berupaya membuat liputan  di tempat kejadian  dengan sempurna . Gambaran yang  diberikan kabur  dan  pembaca masih tertanya-tanya  " apa yang  sebenarnya sedang berlaku ".Dalam  hal  ini pelajar sewajarnya tidak meninggalkan situasi " meneka dalam kesamaran " kepada guru dan pemeriksa . Jika  ini berlaku  , mereka umpama kayuh sudah ada ditangan tapi tak pandai nak berkayuh . 




Kaedah  memahami  soalan  Geografi.
1. Bacalah soalan   dengan  teliti.
2. Gariskan & " timbulkan " kata-kata kerja  dan isu /tema yang  dijadikan  instrumen  penting soalan . Teliti  kata-kata kerja  seperti namakan , senaraikan , bincangkan  dan  lain-lain.
3.  Isu-isu yang menjadi  pokok  perbincangan . isu mungkin  berkaitrapat  dengan alam sekitar fizikal  , alam sekitar manusia  atau salingkaitan  antara  kedua-duanya.
4.  Teliti kata kerja dan  isu yang  dibangkitkan  - adakah soalan  perlukan aras jawapan  mudah  ,  sederhana  atapun  tinggi. Dalam hal  ini  kaedah penggunaan  taksonomi Bloom  amat  penting difahami  dan diberi penekanan untuk  dipelajari.


Sekadar  perkongsian  dan cadangan. 
Sebenarnya tidak  ada satu  kaedah  yang  tetap  dan yang  berbaik . Walau bagaimanapun , kita  perlu berusaha menghasilkan sesuatu  yang  terbaik . Semoga  panduan  yang  diberi sedikit sebanyak berupaya membimbing para  pelajar untuk membina jawapan  dengan  mengunakan  rangkaian ayat-ayat Geografi  yang  lebih baik .

Selamat  mencuba ....



#hidupkitaacuankita
#usahakitakitajaya








Sunday, 29 March 2020

Tips : INDAHNYA GEOGRAFI ( ANTARA REALITI KEHIDUPAN & NILAI )


Tips :  INDAHNYA GEOGRAFI.
           ( PENGALAMAN ADALAH GURU 
               YANG TERBAIK DALAM  
             PEMBELAJARAN GEOGRAFI ) 


Catatan Perjalanan  :
Menjejak  usia  50an -- banyak  perkara yang kita lihat dan  kita rasa. Sehingga kekadang  kita  terlupa yang kita  lihat sebenarnya  satu  perjalanan yang  akan satu persepsi .  Pengalaman  ini jarang kita gunakan untuk meneroka dunia pendidikan tertutamanya dalam mata pelajaran Geografi .

Itulah sebabnya , " berkurun "  berada di kawasan tanaman padi - kita masih gagal bercerita tentang pelbagai variasi  padi , kepentingan padi , faktor yang menggalakkan tanaman padi , kesan perkembangan  dan seribu satu perkara  yang  berkaitan  dengan padi . Hanya  kerana gagal  mengurus  persepsi , kita gagal memanfaatkan ruang  dan  peluang pembelajaran  yang  sangat besar . 





                         ( Slaid kemahiran belajar Geografi  2020 )


Konsep  " Kurikulum  tersembunyi "  yang  digunakan  oleh masyarakat  zaman silam   amat  ampuh dalam menanamkan nilai  dan  penghargaan  kepada alam sekitar pada ketika  itu . Justeru itu , Proses Pembelajaran Geografi Berasaskan  Persepsi [  PPGBP ]  merupakan terapan  konsep " kurikulum tersembunyi " yang cuba  diketengahkan  oleh  penulis  dan wadah ini sewajarnya digunakan dalam  pembelajaran Geografi untuk meningkatkan pemahaman pelajar  dan masyarakat  terhadap  dinamiknya elemen-elemen Geografi  di persekitaran  mereka. 

Semoga  usaha yang sedemikian berjaya melahirkan kelompok  pelajar  yang mempunyai jasad dan roh Geografi dalam kehidupan  mereka seharian . 

#dirikitaacuankita.
#usahakitakitajaya.
#mudahnyabelajargeografi.

Saturday, 28 March 2020

Tips : MUDAHNYA GEOGRAFI ( KAEDAH MENGINGAT FAKTA GEOGRAFI ) SIRI 3


Tips :  KAEDAH  MENGINGAT FAKTA-       
           FAKTA  PENTING  GEOGRAFI. 

Catatan Perjalanan :
Mengingat  sesuatu  fakta  bukanlah  sesuatu  yang mudah  terutama fakta-fakta  yang  berbentuk  abstak  . Kepelbagaian kemahiran dan kecerdasan diperlukan . Walau bagaimanapun terdapat beberapa kaedah dalam pembelajaran bahasa yang  boleh digunakan dalam memperkukuhkan daya ingatan pelajar  dalam  proses pembelajaran  Geografi .

Penggunaan Kaedah  Akronim  , kaedah  bunyi seakan  ,kaedah  teknik pembahagian  nombor akan membantu  pelajar memudahkan proses mereka  mengingat pelbagai  jenis  fakta sama ada berbentuk  jenis , ciri-ciri ,  proses   mahupun pelbagai  fenomena yang  terdapat  dalam mata pelajaran Geografi.


        


              Gunaakan  contoh  yang  diberi  untuk  cipta  lebih  banyak modul  bagi  memudahkan semua pelajar mengingat fakta-fakta  utama dan lain-lain segmen . 
Selamat  mencuba . Selamat  berjaya.


                                      #dirikitaacuankita
                                      #usahakitakitajaya 

Tips : PENDUAN MENGOPERASIKAN GOOGLE CLASSROOM. ( DALAM PEMBELAJARAN GEOGRAFI )


Tips  : PENDUAN  MENGOPERSIKAN  GOOGLE  CLASSROOM
              (  DALAM  PROSES  PEMBELAJARAN  GEOGRAFI ) 



Catatan  perjalanan >
Mudah bagi  yang mempunyai  kecerdasan  memahami arah perkakasan maya  dan sukar bagi  mereka yang  keupayaan  yang  terhad . Diharapkan  dengan  panduan  yang  serba ringkas ini , dapatlah anak-anak didik cgu menerokai alam  GC  yang  sangat  luas . 







Panduan  Pengoperasian  Goolge Classroom.

Semoga  dapat  membantu ......




#hidupkitaacuankita
#apayangadakongsikanbersama.