Tips : INDAHNYA GEOGRAFI.
( PENGALAMAN ADALAH GURU
YANG TERBAIK DALAM
PEMBELAJARAN GEOGRAFI )
Catatan Perjalanan :
Menjejak usia 50an -- banyak perkara yang kita lihat dan kita rasa. Sehingga kekadang kita terlupa yang kita lihat sebenarnya satu perjalanan yang akan satu persepsi . Pengalaman ini jarang kita gunakan untuk meneroka dunia pendidikan tertutamanya dalam mata pelajaran Geografi .
Itulah sebabnya , " berkurun " berada di kawasan tanaman padi - kita masih gagal bercerita tentang pelbagai variasi padi , kepentingan padi , faktor yang menggalakkan tanaman padi , kesan perkembangan dan seribu satu perkara yang berkaitan dengan padi . Hanya kerana gagal mengurus persepsi , kita gagal memanfaatkan ruang dan peluang pembelajaran yang sangat besar .
( Slaid kemahiran belajar Geografi 2020 )
Konsep " Kurikulum tersembunyi " yang digunakan oleh masyarakat zaman silam amat ampuh dalam menanamkan nilai dan penghargaan kepada alam sekitar pada ketika itu . Justeru itu , Proses Pembelajaran Geografi Berasaskan Persepsi [ PPGBP ] merupakan terapan konsep " kurikulum tersembunyi " yang cuba diketengahkan oleh penulis dan wadah ini sewajarnya digunakan dalam pembelajaran Geografi untuk meningkatkan pemahaman pelajar dan masyarakat terhadap dinamiknya elemen-elemen Geografi di persekitaran mereka.
Semoga usaha yang sedemikian berjaya melahirkan kelompok pelajar yang mempunyai jasad dan roh Geografi dalam kehidupan mereka seharian .
#dirikitaacuankita.
#usahakitakitajaya.
#mudahnyabelajargeografi.
No comments:
Post a Comment