Tuesday 28 July 2020

KOKO Geog. : PERTANDINGAN PENGUCAPAN PUISI ( SAJAK & SYAIR ) BERTEMAKAN ALAM SEKITAR.

KOKO Geog  : PERTANDINGAN  PENGUCAPAN   PUISI ( SAJAK   & SYAIR )  BERTEMAKAN  ALAM SEKITAR.



Rasional :
1. Mempelbagaikan  medium  penyampaian  mesej  kempen  aktiviti kitar semula ( 3R )  dan  Inisiatif  Pembudayaan  3R  kepada  warga  sekolah .

2. Melaksanakan  sebahagian  daripada  usaha  di bawah Inisiatif  Pembudayaan  3R  SMK  Rompin , tahun  2020.


Kaedah  & Syarat  Pertandingan.
1. Peserta  diberi  kebebasan  untuk  memilih genre sama ada  sajak  ataupun syair.

2. Peserta  diberi kebebasan  untuk  memilih  sendiri corak  persembahan  , muzik  latar dan  lain-lain  kaedah  dalam  persembahan mereka.  Kreativiti  penyampaian  dan  seni persembahan akan  diberi markah  yang  tinggi  dalam  pemarkahan.

3.  Rakaman  yang  telah  sempurna hendaklah  dihantar  ke email  cgdeensmkr.gmail.com. 

4.  Panjang  rakaman  adalah  antara  5 minit  10 minit.

5.  Keputusan  panel  juri  pertandingan  adalah  muktamad.

6. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan  kepada cgu Deen                ( 013-9868476 )


#komunitikitaacuankita.
#kitausahakitajaya.

KOKO Geog : ANUGERAH GURU RAKAN K3R ; INISIATIF ASING & PUNGUT BARANGAN 3R ( IAdP ) , SMK ROMPIN 2020 .


KOKO Geog  : ANUGERAH   GURU  RAKAN  K3R     -  INISIATIF  ASING & PUNGUT        BARANGAN  3R ( IAdP ) ,  SMK  ROMPIN  2020 .




Rasional ;

Sebagai  usaha  penghargaan  kepada rakan-rakan guru  yang  banyak menyokong  aktiviti  K3R  SMK Rompin sehingga  K3R  SMKR  menjadi antara K3R  yang   teraktif  di peringkat  daerah Rompin   dan  memenangi beberapa  anugerah  dalam  beberapa  pertandingan  yang  disertai  di peringkat  negeri  Pahang. Antara  anugerah yang  telah  dimenangi ialah :

1.  Tahun 2017 -  Tempat Pertama Pertandingan  Pembudayaan 3R  dan tempat  ketiga  Pertandingan   pengumpulan  barangan 3R yang  tertinggi   kategori  Sekolah Menengah.

2. Tahun 2019  -  Saguhati  Pertandingan pengumpulan barangan 3R yang  tertinggi  kategori  kategori Sekolah Menengah   dan  menjadi   asas  untuk ditawarkan  inisiatif Pembudayaan 3R Peringkat negeri Pahang.

2. Melaksanakan  salah  satu usaha di bawah  inisiatif  Asing dan Pungut Barangan 3R  , Program Pembudayaan 3R  SMK Rompin  , tahun 2020.  



Syarat-syarat  penganugerahan.

1.  Aktif  menguruskan  penghantaran  barangan  ke pusat  pengumpulan.

2.  Mencapai tahap pengumpulan barangan 3R  yang  terbanyak dalam tempoh masa  pertandingan  dijalankan ( Februari  2020  hingga  November 2020 )

3.  Sebarang pertanyaan  boleh  diajukan  kepada  Cgu  Deen .


#komunitikitaacuankita.
#Kitajagakita.




KOKO Geog : PERTANDINGAN PENGHASILAN VIDEO PENDEK K3R SMK ROMPIN 2020.

                            

KOKO Geog   : PERTANDINGAN  VIDEO  PENDEK    " VIDEK " KELAB  KITAR  SEMULA  ( K3R )  SMK ROMPIN , SESI  2020.

                            



Rasional :
1. Mencongkel bakat  penerbitan  dan  penghasilan  video  di kalangan  pelajar.

2. Mengenengahkan isu-isu alam  sekitar  kepada  pelajar dalam  suasana  yang  santai.


Syarat-syarat  penyertaan  dan  pertandingan .
1. Terbuka  kepada  pelajar-pelajar  SMK Rompin  sahaja.

2.  Penghasilan  video mestilah  yang  asli . Penghasilan secara  ciplak tidak  diterima.

3. Durasi video  antara  5 minit  hingga  10 minit. 

4. Kandungan  video  mestilah  meliputi : 
     4.1. Aktiviti-aktiviti  K3R SMK Rompin  sepanjang  tahun  
             2017 - 2020.
     4.2.  Sebarang  pencapaian  K3R SMK Rompin ,  dalam  
             tempoh   tersebut.
    4.3.  Sesi  bersama  guru penasihat  K3R  SMK Rompin.

* Semua  bahan-bahan ( foto )  yang  berkaitan  dengan  aktiviti  dan  pencapaian  K3R  boleh  diperolehi  daripada  Cgu Deen          ( No. Tel. 013 9868476 ). 
Konsep ,  susun tara  segmen  dan  pengisian  video  bergantung  kepada  kreativiti  penerbit.

5. Video yang  sudah  siap  boleh  diupload / dihantar    ke  gmail  cg Deen                            (  cgdeensmkr.gmail.com

7.  Tarikh tutup  penyertaan  ialah  30  OGOS  2020 .

8.  Pemenang  pertandingan  akan  menerima  hadiah  berbentuk  hamper dan  sijil  penghargaan . Penghasilan  video terbaik  turut  akan menerima  hadiah  MISTERI  daripada pihak  penganjur.

9. Keputusan  penghakiman pertandingan  adalah  muktamat. 
Terima kasih.

#kelabkitaacuankita.
#kitarsemulagayahidupkita
#persekitaranbersihkitabahagia.  


Sunday 26 July 2020

Info   : PENDUDUK  SEBAGAI  SUMBER &  AGEN PERUBAHAN .

1. Konsep Penduduk .
Sekumpulan  manusia  yang mendiami sesuatu  kawasan  dalam tempoh  masa  yang  tertentu. Penduduk mempunyai ciri-ciri  yang  dinamik / mudah berubah kerana dipengaruhi  oleh  faktor  kadar kelahiran  dan kadar  kematian.




2. Konsep Penduduk Sebagai Sumber  / aset penting negara .
Merujuk  kepada  kepayaan  penduduk  menyumbang secara  proaktif dan  produktif  terhadap :
1. sumber tenaga  kerja / sumber tenaga buruh / sumber tenaga manusia.
2. sumber pasaran  / menyediakan  permintaan  terhadap  penawaran pelbagai  barangan & perkhidmatan.
3.  Sumber keselamatan / keupayaan  menjaga  keselamatan dan kestabilan negara.

Penduduk  dianggap  aset  negara  kerana kepentingan mereka
 sebagai  tenaga buruh ,  pasaran bagi  barangan  dan
 perkhidmatan serta kemampuan menjaga dan mengawal keselamatan negara.



3. Ukuran terhadap keupayaan / tahap produktiviti  penduduk sebagai sumber  bagi negara  :-

3.1. Kuantiti penduduk :    .

Ciri-ciri kuantiti  penduduk  yang akan  mempengaruhi peranan
 mereka  sebagai  aset  negara / keupayaan  mereka  menyumbang
 tenaga  sebagai fungsi   tenaga buruh  / fungsi 
 pasaran / fungsi  keselamatan  

Bilangan / jumlah / saiz penduduk - keupayaan menggerakkan  pembangunan  :  ramai  penduduk - pembangunan cepat/ saiz pasaran domestik besar  / kawalan keselamatan negara kukuh .  Umur penduduk  -  Dewasa ramai - tenaga buruh  ramai / pasaran besar / kawalan keselamatan  negara  kukuh.
Jantina penduduk -  Perbezaan jantina turut mempengaruhi keupayaan penduduk sebagai  sumber tenaga  kerja , mempengaruhi  pola  permintaan  terhadap barangan dan perkhidmatan di pasaran  dan  keselamatan negara.



3.2. Kualiti penduduk :
Ciri-ciri  penduduk  sebagai  sumber / aset  negara  yang  baik/produktif.

- Tahap   pendidikan yang  tinggi , tahap  kemahiran  yang  tinggi : berupaya merancang  , melaksana semua projek pembangunan negara  dengan baik.
- Tahap  kesihatan / ciri-ciri fizikal yang  sempurna :  meningkatkan produktiviti / penghasilan kerja  ketahap  yang optima .
- Sikap / atitud yang baik ( berintegriti  , komitmen yang tinggi , nilai kerjasama yang tinggi  dll ) : mampu  mengurus ,   menyumbang  idea dan  menjadi pelaksana yang  berkesan .  
- Proses  kemenjadian   dan kadar mobiliti yang  tinggi : mudah mengadaptasi pembaharuan &  proses modenisasi dalam sektor pekerjaan dan pembangunan agar seimbang  dengan  tahap  teknologi  serta keperluan  dan  kekangan   semasa.
- Keupayaan  menguasai pelbagai bahasa / tahap komunikasi yang tinggi : memudah berinteraksi dan  bekerja merentas budaya serta bahasa .
 - Penguasaan kemahiran dalam bidang ICT  yang tinggi : mampu  melaksanakan tugas mengikut perkembangan  perkembangan teknologi semasa  yang  menekankan  aspek penggunaan teknologi digital. 




4.0. Penduduk Sebagai  Agen  perubahan ( Konsep ).

Penduduk melalui  tindakan / aktiviti  mereka seharian seperti  menjalankan  pelbagai  aktiviti ekonomi (  pertanian , penternakan , perlombongan , pembalakan , perikanan ) , aktiviti pembinaan          ( pembandaran , pengangkutan , pembinaan infrastruktur , pembinaan  institusi keagamaan )  telah mengubah bentuk muka bumi  ( ciri guna tanah ) , sistem  saliran  , struktur  batuan  dan tanih  . Perubahan  ini  akan  menukarkan ciri-ciri alam sekitar fizikal  kepada alam sekitar  budaya . ( ekosistem semulajadi  bertukar  kepada ekosistem buatan  manusia ).Dalam  masa  yang  sama   kualiti alam sekitar fizikal  dan  alam sekitar  budaya  turut  berubah   ( berlakunya perubahan kualiti alam sekitar fizikal  / berlaku pencemaran ) dan ( peningkatan teknologi  , kepakaran )  .  

Kitaran perubahan  yang  berlaku  dalam  pola  konsep  penduduk  sebagai  agen  perubahan.

Kesimpulan dari rajah di atas  - 
1. Semua  aktiviti / tindakan  manusia  akan  menyebabkan  perubahan  terhadap sistem atmosfera , sistem hidrosfera /hidrologi  , sistem litosfera/geomorforlogi   dan sistem biosfera / ekologi .
2. Perubahan terhadap alam sekitar fizikal ( ASF ) akan  membawa perubahan kepada alam sekitar budaya  ( ASB ) .
3. Perubahan kedua-dua alam sekitar  ( ASF & ASB )  akan memberi impak/kesan  kepada kualiti alam sekitar fizikal .( sama ada  impak positif @ negatif ) .
4. Dalam  masa  yang  sama akan memberi kesan  kepada alam sekitar budaya ( ASB )  dan kehidupan  penduduk.
5. Alam sekitar fizikal  ( ASF )  dan alam sekitar  budaya ( ASB ) akan  terus  mengalami  perubahan  kerana faktor perkembangan teknologi  ,  modal  ,  kepakaran  dan dasar kerajaan  serta  untuk memenuhi  keperluan  ,   kekangan   dan  ruang  semasa .


4.1. Perubahan  terhadap lanskap Alam Sekitar Fizikal / Ruang Fizikal ( ASF ) - meliputi  semua proses  yang  dilakukan oleh manusia dalam  aktiviti  mereka  terhadap alam sekitar fizikal .
Aktiviti Pertanian  - proses  yang  dilakukan : penarahan  , peneresan cerun  , membajak , membuka kawasan pertanian  , menggali  , membaja  , meracun , membina sistem pengairan / perparitan , 


- Aktiviti  penternakan  - proses  pembinaan kandang  , pembukaan kawasan ragutan  , aktiviti  penyembelihan .



- Aktiviti perikanan / Akuakultur  - proses membina  pelabuhan perikanan ,  pembinaan  benteng  pemecah ombak  , pembinaan tangki dan sangkar ternakan .



- Aktiviti perlombongan - proses carigali  - pengorekan .


- Aktiviti pembalakan - proses penebangan pokok secara besar-besaran  , proses mengangkut hasil-hasil pembalakan .


Aktiviti pembinaan / pembandaran  - proses pembinaan  bangunan  & kemudahan  infrastruktur , pembinaan sistem perparitan  , aktiviti  pengangkutan  ,aktiviti  industri  , aktiviti perkhidmatan , aktiviti perniagaan dll .l


* Peranan penduduk sebagai agen perubahan dalam  lanskap alam sekitar fizikal ( ASF )  akan  berubah dalam konteks perubahan pola  jaringan , reka bentuk dan struktur  , sistem  dan fungsi selari dengan perkembangan  teknologi  , kepakaran ,  dasar kerajaan yang akan  mewujudkan ruang & peluang serta  kekangan .



4.2. Perubahan terhadap Lanskap fizikal dan  pembentukan  Lanskap budaya / ekosistem buatan. - meliputi  semua  aspek yang  terhasil  daripada  proses sesuatu aktiviti  yang  telah  penduduk laksanakan  kepada  alam  sekitar  fizikal .
- Aktiviti  pertanian  - Lanskap budaya yang  terhasil : kawasan ladang kelapa sawit ,  kawasan sawah padi , kawasan tanaman getah dll.
- Aktiviti perternakan - Lanskap budaya yang terhasil : kandang haiwan ternakan  , padang ragut ,  rumah penyembelihan  dll.
- Aktiviti perikanan / akuakultur - lanskap budaya yang  terhasil : pelabuhan / jeti  pendaratan ikan , kelong / unjam  , kolam-kolam ternakan ikan , sangkar-sangkar tenakan  ikan.
- Aktiviti perlombongan  - Lanskap budaya yang  terhasil :  lekukan / kolam bekas lombong , kawasan perlombongan  , longgokan tanah , kawasan berpasir dll.
Aktiviti Pembalakan - Lanskap  budaya yang  terhasil : kemusnahan stuktur hutan  , permukaan bumi menjadi gondol  , longgokan tanah di kaki cerun . 

4.3. Perubahan terhadap  Sosioekonomi.
 - Mewujudkan  peluang  pekerjaan .
-  Peningkatan pendapatan perkapita  penduduk.
-  Peningkatan  kuasa  beli , kadar  pemilikan harta  dan taraf hidup penduduk.
-  Kewujudan kesan pengganda ekonomi .
-  Menyediakan  sumber bahan  mentah  sektor  perkilangan .
- Mengalakkan perkembangan  infrastruktur ( jalan raya , pelabuhan , landasan kereta api , bekalan tenaga elektrik  dll ).
- Mengalakkan pembukaan  dan  perkembangan pusat-pusat pertumbuhan wilayah  yang  baru , proses  pembandaran  dan  proses tranformasi desa.

4.4. Perubahan terhadap kualiti alam sekitar fizikal .
- Sistem Atmosfera - pencemaran udara  ,jerubu , peningkatan suhu setempat , Pulau haba bandar , hujan asid , kesan rumah hijau , penipisan lapisan ozon  , peningkatan suhu global .
- Sistem hidrologi  - pencemaran  air , menjejaskan sumber air  bawah tanah.  , 
- Sistem geomorforlagi  - hakisan tanah   , gerakan jisim ( kesotan tanah , tanah runtuh , gelongsoran tanah   ,aliran lumpur ).
- Sistem ekologi / biosfera. - kemusnahan  habitat flora  dan  fauna ,  kemusnahan rantaian makanan  flora  dan fauna , kepupusan flora dan  fauna .

4.5. Perubahan berterusan terhadap alam sekitar budaya  akibat perkembangan teknologi , kepakaran , kewujudan kekangan , peluang  dan  ruang .
Cth ;
Perubahan berterusan terhadap :
1. Sektor pertanian/ penternakan / perikanan  :  perkembangan sektor pertanian/penternakan/perikanan   ---- perkembangan  sektor industri pemprosesan --- perkembangan sektor pembuatan / sektor agropelancongan .
2. Sektor pengangkutan :  denai --- jalan raya dua lorong --- lebuh raya / pembinaan  persimpangan  bertingkat / jejantas  - -- penggunaan  jentera / kenderaan  yang lebih moden & lebih  mesra alam.
3. Sektor pembinaan ; perubahan dapat  dilihat dari segi  pemilihan lokasi  ,  reka bentuk   dan  struktur binaan  , bahan-bahan binaan , fungsi binaan .  


Semua  perubahan yang berlaku adalah  akibat  daripada  proses  perkembangan sektor-sektor ekonomi ( aktiviti )  kerana memenuhi  keperluan  semasa  penduduk ( bilangan penduduk yang  semakin bertambah & perubahan citarasa )   , peningkatan  tahap teknologi  , keperluan mengembangkan kegiatan ekonomi  dan dasar  kerajaan .





Saturday 25 July 2020


Info : LANGKAH -LANGKAH      
            PENGURUSAN SUMBER ALAM  &  EKOSISTEM .


Konsep  Pemeliharaan & Pemuliharaan.
Terbahagi  kepada :
 1. Pemeliharaan ( konsep ) .
Aktiviti/ usaha   penjagaan  sumber alam  @ ekosistem  daripada dimusnahkan  oleh pelbagai  aktiviti  manusia. Dilaksanakan melalui langkah-langkah perundangan , pewartaan  , kempen kesedaran alam sekitar  , pendidikan alam sekitar   dan  pengurusan.

 2. Pemuliharan ( konsep ) .
Aktiviti /usaha  membaiki/merawat  dan menjaga sumber yang  telah rosak @ musnah  akibat  daripada  pelbagai  aktiviti  manusia melalui  aktiviti berbentuk  pengurusan  , aktiviti , projek dan   langkah.





Langkah-langkah  pemeliharaan :


1.0. Langkah Perundangan .

1.1. Menggubal  dan  menguatkuasakan  akta  ,   enakmen  atau  undang-undang  kecil  PBT ( Pihak Berkuasa Tempatan ). Contoh : Penggunaan Akta Kualiti  Alam Sekeliling  1974 ,  Mewartakan  kawasan Taman Negara , kawasan  Taman Laut , kawasan Hutan Simpan  dll - Taman Negara Tahan , Taman Laut Pulau Tioman - turut akan melibatkan  penggubalan  akta / enakmen  dan peraturan kecil  PBT..


Akta Perhutanan Negara  1984 memberi  kuasa  kepada pihak  kerajaan untuk mengambil
 tindakan  perundangan  terhadap  penduduk yang merosakkan ekosistem di kawasan hutan .
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974  merupakan  akta  induk kepada
 pelbagai jenis akta  dan  perundangan yang  berkaitrapat  dengan aktiviti
 pengurusan  kualiti alam  sekitar.



Pewartaan kawasan hutan  sebagai kawasan Taman Negara , Taman Negeri  ,
 Hutan Simpan kekal  dan Hutan Lipur akan memboleh tindakan undang-undang
 diambil  terhadap pesalah-pesalah alam  sekitar.


1.2. Aktiviti Kawalselia / pemantauan  / pemeriksaan   - Pihak kerajaan melalui pelbagai  unit penguatluasa  akan melakukan  aktiviti kawalselia / pemantauan / pemeriksaan ke premis-premis @ kawasan-kawasan yang  ada aktiviti  yang  boleh menjejaskan kualiti alam  sekitar @ sumber alam  . Contoh : Pemeriksaan secara  berkala   oleh Jabatan Alam Sekitar ( JAS ) ke kawasan kilang yang  dipercayai membebaskan toksid  ke  sungai berhampiran.


Penggunaan  dron dalam  pengawasan  dan  pemantauan kawasan  hutan  akan
  meningkatkan  kecekapan  pihak  berkuasa  dalam usaha mengekang pencerobohan
 dan pembalakan  haram.

Jabatan hutan  sedang melakukan  pemeriksaan terhadap  kayu-kayu balak  yang  telah
  ditebang untuk memastikan  aktiviti pembalakan  dijalankan  mengikut  syarat  yang
 telah ditetapkan oleh pihak  kerajaan.


1.3. Hukuman : - Hukuman  berbentuk penjara .  denda / kompaun  dan proses menyita / penyitaan  terhadap permis  , jentera  dan pelbagai  hasil keluaran  yang  didapati dihasilkan  daripada  aktiviti  yang  boleh  menjejaslan  kualiti alam  sekitar.

Notis amaran  yang  dipasang  jelas menunjukkan  kadar  hukuman  yang bakal  dikenakan
terhadap   individu  yang menceroboh  dan  memusnahkan  tumbuhan  di kawasan hutan  simpan.


1.4. Laporan  EIA (  Laporan Impak Alam Sekitar )  - laporan yang  perlu disediakan  oleh pemaju / pengusaha  yang ingin membuat pembangunan  yang  berskala besar. Mengandungi  laporan tentang  kualiti alam sekitar  sebelum , semasa  dan selepas sesuatu projek dilaksanakan . Turut  mengandungi  pihak  yang  perlu  bertanggungjawab  memulihara sumber alam / ekosistem jika terjejas akibat pembanguan  . Juga dinyatakan pihak  yang  perlu  menanggung   kos sosial ( ganti rugi  kecederaan / kematian / kehilangan peluang pekerjaan ) penduduk  yang  terjejas.

Laporan  Impak Alam Sekitar  ( EIA )  yang  perlu  disediakan  oleh  pengusaha
yang  ingin  menjalankan  projek pembangunan  secara berkala  besar.


2.0. Langkah  Kempen Kesedaran Alam Sekitar - melaksanakan  pelbagai  tema  kempen  yang  dilaksanakan  oleh pihak kerajaan atau  pelagai  NGO  - memupuk  kesedaran  penduduk terhadap  kepentingan " isu yang  dibangkitkan "  kepada  penduduk / alam sekitar.

Sambutan  Hari Lanskap Negara   juga  merupakan  antara  langkah 
kempen  untuk  memupuk  kesadaran  penduduk  terhadap sesuatu  isu alam sekitar.


Kempen kesedaran Alam Sekitar .


3.0 langkah  Pendidikan Alam Sekitar -  menanamkan rasa sayang ,  bertanggungjawab   memelihara khazanah  alam  / sumber alam  semulajadi  / ekosistem . Dilakukan  secara formal atau  tidak formal . Pendidikan  Alam Sekitar secara formal  akan diajar / digabungjalinkan  dalam pelbagai  mata  pelajaran. 


Modul  Program Kitar Semula yang  digubal untuk  dijadikan
 garis  panduan guru-guru  di sekolah  untuk melaksanakan 
nilai alam sekitar  di kalangan  pelajar.

Contoh penerapan nilai-nilai alam sekitar  dalam  mata pelajaran.

4.0. Langkah  Pengurusan / taktikal .
4.1. Sumber  hutan .
 - Melaksanakan  penebangan  terpilih.
 - Menghadkan penggeluaran lesen pembalakan.
 - Mengawal keluasan  kawasan  hutan  yang  ingin  ditebang /         dijadikan kawasan  pembalakan.

Mengukur ukurlilit pokok dalam  usaha  memastikan hanya pokok
yang  matang sahaja  yang akan ditebang dalam  langkah pemebangan terpilih.



Langkah-langkah  pemuliharaan.

Sumber  hutan .
1. Penghutanan  Semula  - proses penanaman semula akan-anak pokok balak  yang  berkualiti  ( cepat matang & berkualiti  tinggi - jati emas  ,  sentang  , akasia ) di kawasan  hutan  yang  telah di tebang dalam  aktiviti  pembalakan.
2. Ladang  Hutan -  aktiviti  mengusaha tanaman  pelbagai  spesis pokok di kawasan ladang  dan  diurus  secara  bersistematik  - tanam utama rotan  , kayu jati  , kayu  sentang ).
3. Rawatan Sivilkultur - merawat  kerosalan yang berlaku  terhadap anak pokok yang  mungkin  disebabkan  serangan  kulat / kumbang dll serta proses menjarangkan anak-anak  pokok yang  hidup rapat.



Aktiviti Penghutanan  Semula  amat  penting  untuk  memastikan  ekosistem  hutan
 yang  mapan   dan  memastikan  kelangsungan  sumber bahan  mentah dalam
  sektor perkayuan dapat  dikekalkan .

Ladang hutan -  Spesis  kayu yang  berkualiti  dan cepat  matang  ditanam
 dan diurus  dengan  baik untuk memastikan bekalan kayu mencukupi  pada masa hadapan.

Konsep rawatan  sivikultur dalam  sektor  perhutanan.


Tambah kapsyen


Sumber Air 
1. Merawat  sisa-sisa toksid / sisa-sisa enfluen  dari  sektor  perkilangan / industri.
2. Memasang  perangkap sampah merentasi alur-alur   sungai  untuk memerangkap  sampah-sampah  yang  terampai di sungai. Sampah yang terkumpul  akan  diangkut  ke pusat-pusat  pelupusan sampah .
3. Mengawal pembuangan sisa-sisa domestik  daripada  kawasan  kediaman terutama  yang  tinggal  di kawasan pinggir / tepi sungai .
4. Mengawal sisa-sisa  kumbahan  daripada  sektor  perhotelan.
5. Mewujudkan zon penampan  antara  kawasan sungai  dengan kawasan perniagaan  . penternakan  dan  petempatan.
6. Mengadakan  aktiviti  gotong royang  membersihkan  kawasan-kawasan  yang  menjadi sumber  bekalan  air.
7.  Mengawal  aktiviti  akuakultur.
8. Mengawal penggunaan racun  serangga / racun  makhluk perosak / racun rumpai  dalam  sektor  pertanian.


Pembuangan sisa berjadual  industri yang  tidak  teratur akan menjejaskan
 kualiti air  bawah tanah  di kawasan pusat-pusat  pelupusan sampah  dan  industri.


Penggunaan  incinerator  dalam  proses pelupusan sisa-sisa  demestik  dan
 industri  akan  membantu  mengurangkan  pencermaran alam sekitar 
dan mengurangkan persaingan guna tanah di kawasan pinggir  bandar.


Penggunaan  perangkap sampah  akan  dapat mengatasi   sampah
 yang  memenuhi alur sungai , sekali gus   dapat  mengurangkan kadar  pencemaran air.


Papan tanda peringatan   zon penampan  sungai  berupaya memperingatkan
penduduk  agar  tidak membuat sebarang  binaan  dan aktiviti  lain  yang
 boleh  menyukarkan  pihak  JPS memantau  dan  menyelenggara kawasan tersebut.



Konsep zon  penampan di kawasan  tebing sungai.


Sumber  tanih / tanah .
1. Menggunakan amalan  pertanian yang  mesra alam - penggunaan  baja organik  &   mengawal  populasi  makhluk perosak  dengan  kaedah biologi di kawasan  pertanian.
2.  Menggunakan struktur sungkupan  - Penanaman rumput / tumbuhan kekacang , penggunaan penutup  plastik , penggunaan struktur tumbuh2an untuk  menutup  permukaan tanah. 
3.  Membajak / menanam  tanaman  secara  teres  di kawasan  cerun / di kawasan lereng  bukit  atau  tanah  tinggi.
4.  Mengamalkan kaedah Tanah Rang - membiarkan tanah  tanpa diusahakan dalam  tempoh  masa  tertentu  untuk membolehkan tanah mengembalikan  kesuburan secara  semulajadi  hasil  daripada tindakan serangga , mikroorganisme dan pereputan pelbagai bahan organik.
5.  Mengamalkan  aktiviti  pertanian giliran  - kawasan pertanian  diusahakan  dengan pelbagai  jenis  tanaman  secara  bergilir  untuk mengekalkan kesuburan tanah.
6.   Menbina sistem pengairan / perparitan  - menebusguna / membaiki sturktur tanah  di kawasan  berpaya.
7.   Merawat  tanah   - mengunakan  dolomite / kapur untuk  merawat  tanah-tanah  pertanian  yang  mempunyai  kadar keasidan  yang  tinggi.

Pembinaan sistem  pengairan dalam  projek tebusguna kawasan paya 
dapat  memperbaiki  struktur  ,  kualiti  dan  kebolehgunaan  tanah di kawasan tersebut.

                                       Pertanian  dan  pembajakan  mengikut  kontur  atau teres  dapat  mengurangkan                                    kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh di kawasan cerun / tanah  tinggi.
  
Penggunaan  baja  organik  akan  dapat  memperbaiki struktur  tanah
  ,   meningkatkan  kesuburan serta  mengurangkan  kadar  keasidan tanah .


Penggunaan  kaedah  pertanian  hidrofonik  dan  fetrigrasi  akan berupaya
mengurangkan kebergantungan kepada kesuburan  tanih secara  semulajadi.



Kaedah merawat  dan mengembalikan kesuburan tanah  dengan  menggunakan  mekanisme
 pereputan sisa-sisa organik yang akan bertindakbalsa dengan pelbagai mikro organisme
 sepert  kulat  , cacing  dan  bakteria.



Pengunaan  kaedah sungkupan  akan berupaya mengekalkan 
kelembapan  dan kesuburan tanah .
Penggunaan  kaedah tanaman giliran  akan  membantu  mengembalikan  kesuburan tanah 



Sumber Marin / Laut  dan  lautan.
1. Membina tukun tiruan - stuktur binaan  daripada  konkrit , rangka  bot-bot nelayan  asing  yang  ditenggelamkan di tengah laut - dijadikan  habitat pelbagai  hidupan  akuatik.
2.  Mengusahakan  aktiviti  akuakultur marin  / penternakan spesis hidupan /ikan tertentu untuk  mengatasi  masalah  kepupusan .
3.  Mewujudkan  pusat  pembiakan / santuari - membolehkan  aktiviti pembiakan / penjagaan spesis hidupan akuatik tertentu yang sudah hampir pupus . Contoh : Pusat Pembiakan / santuari Penyu  Rantau Abang , Terengganu.
4.  Aktiviti  Gotong-royong / kerjasama antarabangsa ( antara negara )  untuk  mengatasi masaalah  tumpahan  minyak di  laut /pencemaran laut rentas sempadan.


Aktiviti  akuakultur marin dilaksanakan  untuk  mengatasi  masalah 
kekurangan sumber makanan  laut  ini  pada masa  hadapan,



Santuari penyu  di Rantau Abang  ,  Terengganu - melaksanakan  program  pemuliharaan
 penyu  untuk memastikan  kelangsungan  spesis  ini  pada masa hadapan.


Penggunaan  tukun tiruan sebagai  habitat pelbagai
hidupan akuatik berupaya  menambahkan  kadar  pembiakan  ikan .


Aktiviti  gotong royong embersihkan  pantai  turut  menyumbang 
kepada  kebersihan  kawasan  pantai  dan marin.

Udara / Atmosfera .
1. Memasang  penapis  pada  serombong  asap kilang / meninggikan serombong asap kilang - 2.5 kali  ganda  ketinggian  bangunan  kilang.
2.  Mewujudkan  zon  hijau - menanam  tumbuhan  hijau di kawasan bandar/ kilang.
3.  Menggunakan teknologi  moden dalam  sistem pengangkutan - kenderaan  yang  mesra alam / penggunaan petrol tampa plumbum / penggunaan  kereta  hybrid , penggunaan  kereta eletrik.
4.  Mengunakan  sumber tenaga alternatif -  sumber tenaga suria , sumber tenaga  angin  , tenaga  ombak  , tenaga pasang  surut , tenaga hidroelektrik , tenaga biogass .
5.  Mengurangkan  penggunaan konkrit  dalam  bahan binaan   bangunan , mengurangkan  tepu  bina   dan ketinggian  bangunan   di kawasan  bandar.
6.  Memperbanyakkan  badan-badan air di kawasan  bandar.