KOKO Geog : PERTANDINGAN VIDEO PENDEK " VIDEK " KELAB KITAR SEMULA ( K3R ) SMK ROMPIN , SESI 2020.

Rasional :
1. Mencongkel bakat penerbitan dan penghasilan video di kalangan pelajar.
2. Mengenengahkan isu-isu alam sekitar kepada pelajar dalam suasana yang santai.
Syarat-syarat penyertaan dan pertandingan .
1. Terbuka kepada pelajar-pelajar SMK Rompin sahaja.
2. Penghasilan video mestilah yang asli . Penghasilan secara ciplak tidak diterima.
3. Durasi video antara 5 minit hingga 10 minit.
4. Kandungan video mestilah meliputi :
4.1. Aktiviti-aktiviti K3R SMK Rompin sepanjang tahun
2017 - 2020.
4.2. Sebarang pencapaian K3R SMK Rompin , dalam
tempoh tersebut.
4.3. Sesi bersama guru penasihat K3R SMK Rompin.
* Semua bahan-bahan ( foto ) yang berkaitan dengan aktiviti dan pencapaian K3R boleh diperolehi daripada Cgu Deen ( No. Tel. 013 9868476 ).
Konsep , susun tara segmen dan pengisian video bergantung kepada kreativiti penerbit.
5. Video yang sudah siap boleh diupload / dihantar ke gmail cg Deen ( cgdeensmkr.gmail.com )
7. Tarikh tutup penyertaan ialah 30 OGOS 2020 .
8. Pemenang pertandingan akan menerima hadiah berbentuk hamper dan sijil penghargaan . Penghasilan video terbaik turut akan menerima hadiah MISTERI daripada pihak penganjur.
9. Keputusan penghakiman pertandingan adalah muktamat.
Terima kasih.
Terima kasih.
#kelabkitaacuankita.
#kitarsemulagayahidupkita
#persekitaranbersihkitabahagia.
No comments:
Post a Comment