Info : PENDUDUK SEBAGAI SUMBER & AGEN PERUBAHAN .
1. Konsep Penduduk .
Sekumpulan manusia yang mendiami sesuatu kawasan dalam tempoh masa yang tertentu. Penduduk mempunyai ciri-ciri yang dinamik / mudah berubah kerana dipengaruhi oleh faktor kadar kelahiran dan kadar kematian.
2. Konsep Penduduk Sebagai Sumber / aset penting negara .
Merujuk kepada kepayaan penduduk menyumbang secara proaktif dan produktif terhadap :
1. sumber tenaga kerja / sumber tenaga buruh / sumber tenaga manusia.
2. sumber pasaran / menyediakan permintaan terhadap penawaran pelbagai barangan & perkhidmatan.
3. Sumber keselamatan / keupayaan menjaga keselamatan dan kestabilan negara.
![]() |
Penduduk dianggap aset negara kerana kepentingan mereka sebagai tenaga buruh , pasaran bagi barangan dan perkhidmatan serta kemampuan menjaga dan mengawal keselamatan negara. |
3. Ukuran terhadap keupayaan / tahap produktiviti penduduk sebagai sumber bagi negara :-
3.1. Kuantiti penduduk : .
Bilangan / jumlah / saiz penduduk - keupayaan menggerakkan pembangunan : ramai penduduk - pembangunan cepat/ saiz pasaran domestik besar / kawalan keselamatan negara kukuh . Umur penduduk - Dewasa ramai - tenaga buruh ramai / pasaran besar / kawalan keselamatan negara kukuh.
Jantina penduduk - Perbezaan jantina turut mempengaruhi keupayaan penduduk sebagai sumber tenaga kerja , mempengaruhi pola permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan di pasaran dan keselamatan negara.
![]() |
Ciri-ciri kuantiti penduduk yang akan mempengaruhi peranan mereka sebagai aset negara / keupayaan mereka menyumbang tenaga sebagai fungsi tenaga buruh / fungsi pasaran / fungsi keselamatan |
Bilangan / jumlah / saiz penduduk - keupayaan menggerakkan pembangunan : ramai penduduk - pembangunan cepat/ saiz pasaran domestik besar / kawalan keselamatan negara kukuh . Umur penduduk - Dewasa ramai - tenaga buruh ramai / pasaran besar / kawalan keselamatan negara kukuh.
Jantina penduduk - Perbezaan jantina turut mempengaruhi keupayaan penduduk sebagai sumber tenaga kerja , mempengaruhi pola permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan di pasaran dan keselamatan negara.
3.2. Kualiti penduduk :
- Tahap pendidikan yang tinggi , tahap kemahiran yang tinggi : berupaya merancang , melaksana semua projek pembangunan negara dengan baik.
- Tahap kesihatan / ciri-ciri fizikal yang sempurna : meningkatkan produktiviti / penghasilan kerja ketahap yang optima .
- Sikap / atitud yang baik ( berintegriti , komitmen yang tinggi , nilai kerjasama yang tinggi dll ) : mampu mengurus , menyumbang idea dan menjadi pelaksana yang berkesan .
- Proses kemenjadian dan kadar mobiliti yang tinggi : mudah mengadaptasi pembaharuan & proses modenisasi dalam sektor pekerjaan dan pembangunan agar seimbang dengan tahap teknologi serta keperluan dan kekangan semasa.
- Keupayaan menguasai pelbagai bahasa / tahap komunikasi yang tinggi : memudah berinteraksi dan bekerja merentas budaya serta bahasa .
- Penguasaan kemahiran dalam bidang ICT yang tinggi : mampu melaksanakan tugas mengikut perkembangan perkembangan teknologi semasa yang menekankan aspek penggunaan teknologi digital.
![]() |
Ciri-ciri penduduk sebagai sumber / aset negara yang baik/produktif. |

4.0. Penduduk Sebagai Agen perubahan ( Konsep ).
Penduduk melalui tindakan / aktiviti mereka seharian seperti menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi ( pertanian , penternakan , perlombongan , pembalakan , perikanan ) , aktiviti pembinaan ( pembandaran , pengangkutan , pembinaan infrastruktur , pembinaan institusi keagamaan ) telah mengubah bentuk muka bumi ( ciri guna tanah ) , sistem saliran , struktur batuan dan tanih . Perubahan ini akan menukarkan ciri-ciri alam sekitar fizikal kepada alam sekitar budaya . ( ekosistem semulajadi bertukar kepada ekosistem buatan manusia ).Dalam masa yang sama kualiti alam sekitar fizikal dan alam sekitar budaya turut berubah ( berlakunya perubahan kualiti alam sekitar fizikal / berlaku pencemaran ) dan ( peningkatan teknologi , kepakaran ) .
Kesimpulan dari rajah di atas -
1. Semua aktiviti / tindakan manusia akan menyebabkan perubahan terhadap sistem atmosfera , sistem hidrosfera /hidrologi , sistem litosfera/geomorforlogi dan sistem biosfera / ekologi .
2. Perubahan terhadap alam sekitar fizikal ( ASF ) akan membawa perubahan kepada alam sekitar budaya ( ASB ) .
3. Perubahan kedua-dua alam sekitar ( ASF & ASB ) akan memberi impak/kesan kepada kualiti alam sekitar fizikal .( sama ada impak positif @ negatif ) .
4. Dalam masa yang sama akan memberi kesan kepada alam sekitar budaya ( ASB ) dan kehidupan penduduk.
5. Alam sekitar fizikal ( ASF ) dan alam sekitar budaya ( ASB ) akan terus mengalami perubahan kerana faktor perkembangan teknologi , modal , kepakaran dan dasar kerajaan serta untuk memenuhi keperluan , kekangan dan ruang semasa .
![]() |
Kitaran perubahan yang berlaku dalam pola konsep penduduk sebagai agen perubahan. |
Kesimpulan dari rajah di atas -
1. Semua aktiviti / tindakan manusia akan menyebabkan perubahan terhadap sistem atmosfera , sistem hidrosfera /hidrologi , sistem litosfera/geomorforlogi dan sistem biosfera / ekologi .
2. Perubahan terhadap alam sekitar fizikal ( ASF ) akan membawa perubahan kepada alam sekitar budaya ( ASB ) .
3. Perubahan kedua-dua alam sekitar ( ASF & ASB ) akan memberi impak/kesan kepada kualiti alam sekitar fizikal .( sama ada impak positif @ negatif ) .
4. Dalam masa yang sama akan memberi kesan kepada alam sekitar budaya ( ASB ) dan kehidupan penduduk.
5. Alam sekitar fizikal ( ASF ) dan alam sekitar budaya ( ASB ) akan terus mengalami perubahan kerana faktor perkembangan teknologi , modal , kepakaran dan dasar kerajaan serta untuk memenuhi keperluan , kekangan dan ruang semasa .
4.1. Perubahan terhadap lanskap Alam Sekitar Fizikal / Ruang Fizikal ( ASF ) - meliputi semua proses yang dilakukan oleh manusia dalam aktiviti mereka terhadap alam sekitar fizikal .
- Aktiviti Pertanian - proses yang dilakukan : penarahan , peneresan cerun , membajak , membuka kawasan pertanian , menggali , membaja , meracun , membina sistem pengairan / perparitan ,
- Aktiviti penternakan - proses pembinaan kandang , pembukaan kawasan ragutan , aktiviti penyembelihan .
- Aktiviti perikanan / Akuakultur - proses membina pelabuhan perikanan , pembinaan benteng pemecah ombak , pembinaan tangki dan sangkar ternakan .
- Aktiviti perlombongan - proses carigali - pengorekan .
- Aktiviti pembalakan - proses penebangan pokok secara besar-besaran , proses mengangkut hasil-hasil pembalakan .
- Aktiviti pembinaan / pembandaran - proses pembinaan bangunan & kemudahan infrastruktur , pembinaan sistem perparitan , aktiviti pengangkutan ,aktiviti industri , aktiviti perkhidmatan , aktiviti perniagaan dll .l
* Peranan penduduk sebagai agen perubahan dalam lanskap alam sekitar fizikal ( ASF ) akan berubah dalam konteks perubahan pola jaringan , reka bentuk dan struktur , sistem dan fungsi selari dengan perkembangan teknologi , kepakaran , dasar kerajaan yang akan mewujudkan ruang & peluang serta kekangan .

4.2. Perubahan terhadap Lanskap fizikal dan pembentukan Lanskap budaya / ekosistem buatan. - meliputi semua aspek yang terhasil daripada proses sesuatu aktiviti yang telah penduduk laksanakan kepada alam sekitar fizikal .
- Aktiviti pertanian - Lanskap budaya yang terhasil : kawasan ladang kelapa sawit , kawasan sawah padi , kawasan tanaman getah dll.
- Aktiviti perternakan - Lanskap budaya yang terhasil : kandang haiwan ternakan , padang ragut , rumah penyembelihan dll.
- Aktiviti perikanan / akuakultur - lanskap budaya yang terhasil : pelabuhan / jeti pendaratan ikan , kelong / unjam , kolam-kolam ternakan ikan , sangkar-sangkar tenakan ikan.
- Aktiviti perlombongan - Lanskap budaya yang terhasil : lekukan / kolam bekas lombong , kawasan perlombongan , longgokan tanah , kawasan berpasir dll.
Aktiviti Pembalakan - Lanskap budaya yang terhasil : kemusnahan stuktur hutan , permukaan bumi menjadi gondol , longgokan tanah di kaki cerun .
4.3. Perubahan terhadap Sosioekonomi.
- Mewujudkan peluang pekerjaan .
- Peningkatan pendapatan perkapita penduduk.
- Peningkatan kuasa beli , kadar pemilikan harta dan taraf hidup penduduk.
- Kewujudan kesan pengganda ekonomi .
- Menyediakan sumber bahan mentah sektor perkilangan .
- Mengalakkan perkembangan infrastruktur ( jalan raya , pelabuhan , landasan kereta api , bekalan tenaga elektrik dll ).
- Mengalakkan pembukaan dan perkembangan pusat-pusat pertumbuhan wilayah yang baru , proses pembandaran dan proses tranformasi desa.
4.4. Perubahan terhadap kualiti alam sekitar fizikal .
- Sistem Atmosfera - pencemaran udara ,jerubu , peningkatan suhu setempat , Pulau haba bandar , hujan asid , kesan rumah hijau , penipisan lapisan ozon , peningkatan suhu global .
- Sistem hidrologi - pencemaran air , menjejaskan sumber air bawah tanah. ,
- Sistem geomorforlagi - hakisan tanah , gerakan jisim ( kesotan tanah , tanah runtuh , gelongsoran tanah ,aliran lumpur ).
- Sistem ekologi / biosfera. - kemusnahan habitat flora dan fauna , kemusnahan rantaian makanan flora dan fauna , kepupusan flora dan fauna .
4.5. Perubahan berterusan terhadap alam sekitar budaya akibat perkembangan teknologi , kepakaran , kewujudan kekangan , peluang dan ruang .
Cth ;
Perubahan berterusan terhadap :
1. Sektor pertanian/ penternakan / perikanan : perkembangan sektor pertanian/penternakan/perikanan ---- perkembangan sektor industri pemprosesan --- perkembangan sektor pembuatan / sektor agropelancongan .
2. Sektor pengangkutan : denai --- jalan raya dua lorong --- lebuh raya / pembinaan persimpangan bertingkat / jejantas - -- penggunaan jentera / kenderaan yang lebih moden & lebih mesra alam.
3. Sektor pembinaan ; perubahan dapat dilihat dari segi pemilihan lokasi , reka bentuk dan struktur binaan , bahan-bahan binaan , fungsi binaan .

* Semua perubahan yang berlaku adalah akibat daripada proses perkembangan sektor-sektor ekonomi ( aktiviti ) kerana memenuhi keperluan semasa penduduk ( bilangan penduduk yang semakin bertambah & perubahan citarasa ) , peningkatan tahap teknologi , keperluan mengembangkan kegiatan ekonomi dan dasar kerajaan .
No comments:
Post a Comment