Friday, 24 July 2020

Catatan Perjalanan : KERJA LAPANGAN - PROSES PEMBELAJARAN SANTAI .


Catatan Perjalanan   : KERJA LAPANGAN  SATU  PROSES  PEMBELAJARAN SANTAI.


Isu : Kerja lapangan (  antara kebaikan   dan  bebanan ) . 

Sebahagian  khalayak menganggap pengurusan  dan  pelaksanaan kerja kursus / kerja lapangan  di kalangan  pelajar adalah sesuatu yang menyusahkan  dan membebankan . Antara alasan yang diberi ialah  terlalu berprosedur  , terlalu rigid   dan remeh dalam  mengurus. Sebenarnya  , pengurusan  kerja lapangan  amat  mudah  jika  ia  diuruskan dengan  baik  dan jelas  pelan tindak ikut  yang di atur.

Dalam  pengendalian  kerja lapangan , proses pengurusan  kerja lapangan  perlu  dimulakan dengan kerangka kerja  sebelum  ,semasa  dan selepas kajian . Agihan  kerja  dan aktiviti  yang  dirancang perlulah mempunyai kesinambungan agar  dapat  membentuk aliran kerja  yang lengkap. Bermula  dengan penerimaan tugasan , memahami kehendak tugasan , merangka pelan tindak ikut dan pengisiannya , pengurusan  surat-menyurat sehinggalah penulisan  kajian , guru dan  pelajar  perlu  membentuk pasukan  kerja  yang mantap , bersistem   serta  sering  berhubung  untuk penghasilan kerja lapangan yang berbaik. 


Pelaksanaan  kerja lapangan  yang bersistematik  akan  berupaya  memberikan kepuasan yang tinggi  kepada pelajar yang  terlibat . Antara  faktor  yang  berupaya  memberi  kepuasan kepada pelajar  dalam pelaksanaan  kerja lapangan  ialah :
1. Intrinsik  motivasi  -  pelajar  lebih  teruja apabila berupaya  melaksanakan  fasa demi fasa  kerja lapangan . Keterujaan inilah  yang akan menyebabkan pelajar akan cuba menyelesaikan setiap tugasan dengan  sempurna  bagi  setiap fasa.
2. Meningkatkan  radius komunikasi - pelaksanaan  aktiviti soal-selidik  dan  temuduga  akan  mendedahkan  pelajar  kepada  pola sosialisasi  yang  baru.  Bertemu  dengan  pelbagai  responden yang berbeza akan  memberi  pengalaman komunikasi  yang baru  dan  menyeronokkan kepada mereka . Perkongsian pengalaman  pelajar-pelajar yang pernah terlibat dalam proses pelaksanaan  kerja lapangan  sebelum  ini ,  memberi gambaran  proses soal selidik  dan temuduga merupakan pengalaman  komunikasi  yang  paling  menyeronokkan sepanjang pelaksanaan kerja lapangan  dilakukan.

3. Meningkatkan  keyakinan  dan keupayaan  kendiri - pelaksanaan kerja lapangan akan mendedahkan pelajar  kepada  persekitaran pembelajaran  yang  baru . Mereka perlu  merancang  , mencari pengisian , menganalisis  data   dan   menulis  dapatan hasil  kajian. Rantaian tugasan  ini memerlukan mereka membina keupayaan kendiri yang  mantap untuk  membolehkan hasil  kajian  dapat diselesaikan mengikut arahan yang  telah digariskan  dan  dalam tempoh masa  yang  telah ditetapkan. Keupayaan membina jaringan kemahiran persional  dan inter persional  yang  baik  semasa  melaksanakan  kerja  lapangan  akan meningkatkan  tahap  penghormatan kendiri terhadap  apa yang  telah dilakukan.

4. Meningkatkan keupayaan  potensi sosial - pelaksanaan  kerja lapangan juga akan  memberi ruang  kepada  pelajar untuk membina , menilai  dan mengukuhkan  keupayaan potensi sosial  mereka . Kemampuan bekerjasama , saling  menghormati   dan mengadaptasi  respondan  dalam situasi yang baru akan  berupaya membantu  pelajar-pelajar meningkatkan kemahiran berkomunikasi .


Sekitar Pengurusan Kerja Lapangan Kalangan Pelajaran Tingkatan 6 ,   SMK  Rompin.

1) Corat-coret Pengurusan Kerja Lapangan  2018  di Pulau Tioman.
     bertemakan  aktiviti pelancongan  dan kesan perkembangannya..


























2)  Corat-coret Pengurusan Kerja Lapangan  2019  di Terminal 
  Ferry , Tanjung Gemok . Bbertemakan  Peranan Pusat 
  Pengangkutan. .



















#Hidupkitaacuankita.





No comments:

Post a Comment