Saturday 25 July 2020


Info : LANGKAH -LANGKAH      
            PENGURUSAN SUMBER ALAM  &  EKOSISTEM .


Konsep  Pemeliharaan & Pemuliharaan.
Terbahagi  kepada :
 1. Pemeliharaan ( konsep ) .
Aktiviti/ usaha   penjagaan  sumber alam  @ ekosistem  daripada dimusnahkan  oleh pelbagai  aktiviti  manusia. Dilaksanakan melalui langkah-langkah perundangan , pewartaan  , kempen kesedaran alam sekitar  , pendidikan alam sekitar   dan  pengurusan.

 2. Pemuliharan ( konsep ) .
Aktiviti /usaha  membaiki/merawat  dan menjaga sumber yang  telah rosak @ musnah  akibat  daripada  pelbagai  aktiviti  manusia melalui  aktiviti berbentuk  pengurusan  , aktiviti , projek dan   langkah.





Langkah-langkah  pemeliharaan :


1.0. Langkah Perundangan .

1.1. Menggubal  dan  menguatkuasakan  akta  ,   enakmen  atau  undang-undang  kecil  PBT ( Pihak Berkuasa Tempatan ). Contoh : Penggunaan Akta Kualiti  Alam Sekeliling  1974 ,  Mewartakan  kawasan Taman Negara , kawasan  Taman Laut , kawasan Hutan Simpan  dll - Taman Negara Tahan , Taman Laut Pulau Tioman - turut akan melibatkan  penggubalan  akta / enakmen  dan peraturan kecil  PBT..


Akta Perhutanan Negara  1984 memberi  kuasa  kepada pihak  kerajaan untuk mengambil
 tindakan  perundangan  terhadap  penduduk yang merosakkan ekosistem di kawasan hutan .
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974  merupakan  akta  induk kepada
 pelbagai jenis akta  dan  perundangan yang  berkaitrapat  dengan aktiviti
 pengurusan  kualiti alam  sekitar.



Pewartaan kawasan hutan  sebagai kawasan Taman Negara , Taman Negeri  ,
 Hutan Simpan kekal  dan Hutan Lipur akan memboleh tindakan undang-undang
 diambil  terhadap pesalah-pesalah alam  sekitar.


1.2. Aktiviti Kawalselia / pemantauan  / pemeriksaan   - Pihak kerajaan melalui pelbagai  unit penguatluasa  akan melakukan  aktiviti kawalselia / pemantauan / pemeriksaan ke premis-premis @ kawasan-kawasan yang  ada aktiviti  yang  boleh menjejaskan kualiti alam  sekitar @ sumber alam  . Contoh : Pemeriksaan secara  berkala   oleh Jabatan Alam Sekitar ( JAS ) ke kawasan kilang yang  dipercayai membebaskan toksid  ke  sungai berhampiran.


Penggunaan  dron dalam  pengawasan  dan  pemantauan kawasan  hutan  akan
  meningkatkan  kecekapan  pihak  berkuasa  dalam usaha mengekang pencerobohan
 dan pembalakan  haram.

Jabatan hutan  sedang melakukan  pemeriksaan terhadap  kayu-kayu balak  yang  telah
  ditebang untuk memastikan  aktiviti pembalakan  dijalankan  mengikut  syarat  yang
 telah ditetapkan oleh pihak  kerajaan.


1.3. Hukuman : - Hukuman  berbentuk penjara .  denda / kompaun  dan proses menyita / penyitaan  terhadap permis  , jentera  dan pelbagai  hasil keluaran  yang  didapati dihasilkan  daripada  aktiviti  yang  boleh  menjejaslan  kualiti alam  sekitar.

Notis amaran  yang  dipasang  jelas menunjukkan  kadar  hukuman  yang bakal  dikenakan
terhadap   individu  yang menceroboh  dan  memusnahkan  tumbuhan  di kawasan hutan  simpan.


1.4. Laporan  EIA (  Laporan Impak Alam Sekitar )  - laporan yang  perlu disediakan  oleh pemaju / pengusaha  yang ingin membuat pembangunan  yang  berskala besar. Mengandungi  laporan tentang  kualiti alam sekitar  sebelum , semasa  dan selepas sesuatu projek dilaksanakan . Turut  mengandungi  pihak  yang  perlu  bertanggungjawab  memulihara sumber alam / ekosistem jika terjejas akibat pembanguan  . Juga dinyatakan pihak  yang  perlu  menanggung   kos sosial ( ganti rugi  kecederaan / kematian / kehilangan peluang pekerjaan ) penduduk  yang  terjejas.

Laporan  Impak Alam Sekitar  ( EIA )  yang  perlu  disediakan  oleh  pengusaha
yang  ingin  menjalankan  projek pembangunan  secara berkala  besar.


2.0. Langkah  Kempen Kesedaran Alam Sekitar - melaksanakan  pelbagai  tema  kempen  yang  dilaksanakan  oleh pihak kerajaan atau  pelagai  NGO  - memupuk  kesedaran  penduduk terhadap  kepentingan " isu yang  dibangkitkan "  kepada  penduduk / alam sekitar.

Sambutan  Hari Lanskap Negara   juga  merupakan  antara  langkah 
kempen  untuk  memupuk  kesadaran  penduduk  terhadap sesuatu  isu alam sekitar.


Kempen kesedaran Alam Sekitar .


3.0 langkah  Pendidikan Alam Sekitar -  menanamkan rasa sayang ,  bertanggungjawab   memelihara khazanah  alam  / sumber alam  semulajadi  / ekosistem . Dilakukan  secara formal atau  tidak formal . Pendidikan  Alam Sekitar secara formal  akan diajar / digabungjalinkan  dalam pelbagai  mata  pelajaran. 


Modul  Program Kitar Semula yang  digubal untuk  dijadikan
 garis  panduan guru-guru  di sekolah  untuk melaksanakan 
nilai alam sekitar  di kalangan  pelajar.

Contoh penerapan nilai-nilai alam sekitar  dalam  mata pelajaran.

4.0. Langkah  Pengurusan / taktikal .
4.1. Sumber  hutan .
 - Melaksanakan  penebangan  terpilih.
 - Menghadkan penggeluaran lesen pembalakan.
 - Mengawal keluasan  kawasan  hutan  yang  ingin  ditebang /         dijadikan kawasan  pembalakan.

Mengukur ukurlilit pokok dalam  usaha  memastikan hanya pokok
yang  matang sahaja  yang akan ditebang dalam  langkah pemebangan terpilih.



Langkah-langkah  pemuliharaan.

Sumber  hutan .
1. Penghutanan  Semula  - proses penanaman semula akan-anak pokok balak  yang  berkualiti  ( cepat matang & berkualiti  tinggi - jati emas  ,  sentang  , akasia ) di kawasan  hutan  yang  telah di tebang dalam  aktiviti  pembalakan.
2. Ladang  Hutan -  aktiviti  mengusaha tanaman  pelbagai  spesis pokok di kawasan ladang  dan  diurus  secara  bersistematik  - tanam utama rotan  , kayu jati  , kayu  sentang ).
3. Rawatan Sivilkultur - merawat  kerosalan yang berlaku  terhadap anak pokok yang  mungkin  disebabkan  serangan  kulat / kumbang dll serta proses menjarangkan anak-anak  pokok yang  hidup rapat.



Aktiviti Penghutanan  Semula  amat  penting  untuk  memastikan  ekosistem  hutan
 yang  mapan   dan  memastikan  kelangsungan  sumber bahan  mentah dalam
  sektor perkayuan dapat  dikekalkan .

Ladang hutan -  Spesis  kayu yang  berkualiti  dan cepat  matang  ditanam
 dan diurus  dengan  baik untuk memastikan bekalan kayu mencukupi  pada masa hadapan.

Konsep rawatan  sivikultur dalam  sektor  perhutanan.


Tambah kapsyen


Sumber Air 
1. Merawat  sisa-sisa toksid / sisa-sisa enfluen  dari  sektor  perkilangan / industri.
2. Memasang  perangkap sampah merentasi alur-alur   sungai  untuk memerangkap  sampah-sampah  yang  terampai di sungai. Sampah yang terkumpul  akan  diangkut  ke pusat-pusat  pelupusan sampah .
3. Mengawal pembuangan sisa-sisa domestik  daripada  kawasan  kediaman terutama  yang  tinggal  di kawasan pinggir / tepi sungai .
4. Mengawal sisa-sisa  kumbahan  daripada  sektor  perhotelan.
5. Mewujudkan zon penampan  antara  kawasan sungai  dengan kawasan perniagaan  . penternakan  dan  petempatan.
6. Mengadakan  aktiviti  gotong royang  membersihkan  kawasan-kawasan  yang  menjadi sumber  bekalan  air.
7.  Mengawal  aktiviti  akuakultur.
8. Mengawal penggunaan racun  serangga / racun  makhluk perosak / racun rumpai  dalam  sektor  pertanian.


Pembuangan sisa berjadual  industri yang  tidak  teratur akan menjejaskan
 kualiti air  bawah tanah  di kawasan pusat-pusat  pelupusan sampah  dan  industri.


Penggunaan  incinerator  dalam  proses pelupusan sisa-sisa  demestik  dan
 industri  akan  membantu  mengurangkan  pencermaran alam sekitar 
dan mengurangkan persaingan guna tanah di kawasan pinggir  bandar.


Penggunaan  perangkap sampah  akan  dapat mengatasi   sampah
 yang  memenuhi alur sungai , sekali gus   dapat  mengurangkan kadar  pencemaran air.


Papan tanda peringatan   zon penampan  sungai  berupaya memperingatkan
penduduk  agar  tidak membuat sebarang  binaan  dan aktiviti  lain  yang
 boleh  menyukarkan  pihak  JPS memantau  dan  menyelenggara kawasan tersebut.



Konsep zon  penampan di kawasan  tebing sungai.


Sumber  tanih / tanah .
1. Menggunakan amalan  pertanian yang  mesra alam - penggunaan  baja organik  &   mengawal  populasi  makhluk perosak  dengan  kaedah biologi di kawasan  pertanian.
2.  Menggunakan struktur sungkupan  - Penanaman rumput / tumbuhan kekacang , penggunaan penutup  plastik , penggunaan struktur tumbuh2an untuk  menutup  permukaan tanah. 
3.  Membajak / menanam  tanaman  secara  teres  di kawasan  cerun / di kawasan lereng  bukit  atau  tanah  tinggi.
4.  Mengamalkan kaedah Tanah Rang - membiarkan tanah  tanpa diusahakan dalam  tempoh  masa  tertentu  untuk membolehkan tanah mengembalikan  kesuburan secara  semulajadi  hasil  daripada tindakan serangga , mikroorganisme dan pereputan pelbagai bahan organik.
5.  Mengamalkan  aktiviti  pertanian giliran  - kawasan pertanian  diusahakan  dengan pelbagai  jenis  tanaman  secara  bergilir  untuk mengekalkan kesuburan tanah.
6.   Menbina sistem pengairan / perparitan  - menebusguna / membaiki sturktur tanah  di kawasan  berpaya.
7.   Merawat  tanah   - mengunakan  dolomite / kapur untuk  merawat  tanah-tanah  pertanian  yang  mempunyai  kadar keasidan  yang  tinggi.

Pembinaan sistem  pengairan dalam  projek tebusguna kawasan paya 
dapat  memperbaiki  struktur  ,  kualiti  dan  kebolehgunaan  tanah di kawasan tersebut.

                                       Pertanian  dan  pembajakan  mengikut  kontur  atau teres  dapat  mengurangkan                                    kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh di kawasan cerun / tanah  tinggi.
  
Penggunaan  baja  organik  akan  dapat  memperbaiki struktur  tanah
  ,   meningkatkan  kesuburan serta  mengurangkan  kadar  keasidan tanah .


Penggunaan  kaedah  pertanian  hidrofonik  dan  fetrigrasi  akan berupaya
mengurangkan kebergantungan kepada kesuburan  tanih secara  semulajadi.



Kaedah merawat  dan mengembalikan kesuburan tanah  dengan  menggunakan  mekanisme
 pereputan sisa-sisa organik yang akan bertindakbalsa dengan pelbagai mikro organisme
 sepert  kulat  , cacing  dan  bakteria.



Pengunaan  kaedah sungkupan  akan berupaya mengekalkan 
kelembapan  dan kesuburan tanah .
Penggunaan  kaedah tanaman giliran  akan  membantu  mengembalikan  kesuburan tanah 



Sumber Marin / Laut  dan  lautan.
1. Membina tukun tiruan - stuktur binaan  daripada  konkrit , rangka  bot-bot nelayan  asing  yang  ditenggelamkan di tengah laut - dijadikan  habitat pelbagai  hidupan  akuatik.
2.  Mengusahakan  aktiviti  akuakultur marin  / penternakan spesis hidupan /ikan tertentu untuk  mengatasi  masalah  kepupusan .
3.  Mewujudkan  pusat  pembiakan / santuari - membolehkan  aktiviti pembiakan / penjagaan spesis hidupan akuatik tertentu yang sudah hampir pupus . Contoh : Pusat Pembiakan / santuari Penyu  Rantau Abang , Terengganu.
4.  Aktiviti  Gotong-royong / kerjasama antarabangsa ( antara negara )  untuk  mengatasi masaalah  tumpahan  minyak di  laut /pencemaran laut rentas sempadan.


Aktiviti  akuakultur marin dilaksanakan  untuk  mengatasi  masalah 
kekurangan sumber makanan  laut  ini  pada masa  hadapan,



Santuari penyu  di Rantau Abang  ,  Terengganu - melaksanakan  program  pemuliharaan
 penyu  untuk memastikan  kelangsungan  spesis  ini  pada masa hadapan.


Penggunaan  tukun tiruan sebagai  habitat pelbagai
hidupan akuatik berupaya  menambahkan  kadar  pembiakan  ikan .


Aktiviti  gotong royong embersihkan  pantai  turut  menyumbang 
kepada  kebersihan  kawasan  pantai  dan marin.

Udara / Atmosfera .
1. Memasang  penapis  pada  serombong  asap kilang / meninggikan serombong asap kilang - 2.5 kali  ganda  ketinggian  bangunan  kilang.
2.  Mewujudkan  zon  hijau - menanam  tumbuhan  hijau di kawasan bandar/ kilang.
3.  Menggunakan teknologi  moden dalam  sistem pengangkutan - kenderaan  yang  mesra alam / penggunaan petrol tampa plumbum / penggunaan  kereta  hybrid , penggunaan  kereta eletrik.
4.  Mengunakan  sumber tenaga alternatif -  sumber tenaga suria , sumber tenaga  angin  , tenaga  ombak  , tenaga pasang  surut , tenaga hidroelektrik , tenaga biogass .
5.  Mengurangkan  penggunaan konkrit  dalam  bahan binaan   bangunan , mengurangkan  tepu  bina   dan ketinggian  bangunan   di kawasan  bandar.
6.  Memperbanyakkan  badan-badan air di kawasan  bandar.

    

5 comments:

  1. terbaikk 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  2. Sangat bermanfaat isi yang dinyatakan❤️

    ReplyDelete
  3. Terima kasih cikgu. Nota yang jelas dan sangat membantu.

    ReplyDelete
  4. terbaikk 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  5. Thankyou cgdeen, saya suggest cg boleh tukarkan warna tulisan untuk keywords 😁

    ReplyDelete