Friday 23 July 2021

 

Jum Tajamkan Skill Kita :

"  BETULKAN  YANG BIASA  ,

BIASAKAN  YANG BETUL   "  .


1.0. Latar belakang segmen   .

Segmen ini akan membincangkan  daerah-daerah kelemahan calon peperiksaan  dalam menjawap soalan esie  peperiksaan awam ( SPM / STPM ) . Antara kelemahan yang dapat dikesan ialan :


1.1. Gagal memahami  konsep-konsep  asas  dalam mata   pelajaran  Geografi. 

     Contoh : 

      - Faktor   VS    kepentingan  

     -  Kesan kepada Alam Sekitar  VS   Kesan kepada Alam Sekitar 

        Manusia  / Budaya.

     - Aktiviti  Pemeliharaan  VS   aktiviti  Pemuliharaan.

     - Kesan  VS  masalah / cabaran .


Contoh Soalan : Huraikan kesan perkembangan sektor  pertanian ladang kepada alam sekitar fizikal .

Jawapan salah :

          Antara  kesan perkembangan sektor pertanian ladang kepada alam sekitar  fizikal  di Malaysia ialah  kekurangan  tenaga buruh  . Hal ini akan menyebabkan  peladang mengalami  kerugian  kerana  banyak aktiviti  perladangan seperti  membaja  , merumput  dan  pengambilan  hasil peladangan tidak dapat dituai .

Jawapan Sepatutnya  :

                      Antara kesan  perkembangan sektor pertanian ladang kepada alam sekitar di Malaysia ialah pencemaran air . Hal ini berlaku  akibat penggunaan baja kimia secara meluas dalam sektor tersebut . Kandungan urea  dan amonia dalam baja kimia akan larut   meningkatkan  pH   air  di kawasan  pertanian . Keadaan ini akan meningkatkan kadar keasidan tanah di kawasan tersebut .

  

*Justifikasi Jawapan :

Kekurangan tenaga buruh  ( elemen Alam Sekitar Budaya ) merupakan masalah /cabaran / halangan kepada perkembangan ekonomi  bukan kesan  perkembangan ekonomi kepada alam sekitar Fizikal ( alam sekitar fizikal  terdiri daripada sistem atmosfera  , biosfera , hidosfera  dan litosfera ) .


# Kaedah Penyelesaian  : 

Pelajar perlu memahami  dan boleh  membezakan konsep-konsep asas mp Geografi . Elemen  Alam Sekitar fizikal ( ASF )  dan elemen Alam Sekitar Budaya ( ASB ) perlu difahami  agar berlaku penyalahgunaan  elemen semasa menjawab soalan .


  1.2. Penggunaan  istilah / laras bahasa  / ujaran yang tidak  sesuai .

        Contoh :

         -  Sisa toksid  VS  sisa kumbahan  VS  sisa domestik.

         -  Penghutanan semula  VS  tanaman semula .


Contoh Soalan  : Huraikan langkah-langkah bukan perundangan untuk mengatasi masalah kepupusan sumber hutan .

                                                          
                                    Jawapan salah :

          Antara  langkah bukan perundangan untuk mengatasi masalah kepupusan sumber hutan ialah aktiviti tanaman semula  . Hal ini dapat dilakukan melalui Jabatan Perhutanan yang akan memanam  pelbagai    spesis kayu berkualiti tinggi seperti pokok jati  , sentang dan mahagoni  di kawasan yang telah diterokai secara haram . 

Jawapan Sepatutnya  :

Antara  langkah bukan perundangan untuk mengatasi masalah kepupusan sumber hutan ialah aktiviti penghutanan semula  . Hal ini dapat dilakukan melalui Jabatan Perhutanan yang akan memanam  pelbagai    spesis kayu berkualiti tinggi seperti pokok jati  , sentang dan mahagoni  di kawasan yang telah diterokai secara haram . 


  * Justifikasi Jawapan :

Aktiviti tanaman semula / penanaman semula merujuk kepada usaha menggantikan tanaman di kawasan pertanian  manakala  aktiviti penghutanan semula merupakan usaha menanam kembali anak-anak pokok hutan selepas aktiviti pembalakan / penyahutanan dijalankan.  


               

                               Tanaman Semula kelapa sawit


               

                                  Penghutanan  semula



# Kaedah Penyelesaian  : 

Pelajar perlu memahami  dan boleh  membezakan konsep-konsep asas mp Geografi . Elemen  Alam Sekitar fizikal ( ASF )  dan elemen Alam Sekitar Budaya ( ASB ) perlu difahami  agar berlaku penyalahgunaan  elemen semasa menjawab soalan .

  


1.3.  Gagal  menghubungkaitkan  fakta  utama  dengan  fakta  sokongan  / huraian .


Contoh Soalan  : Jelaskan kesan pembinaan  sistem           pengangkutan   rel di Malaysia terhadap alam sekitar fizikal .


 Jawapan salah penggunaan pada situasi  ayat :

          Antara kesan pembinaan  sistem pengangkutan rel di Malaysia ialah terjadinya fenomena tanah runtuh . Hal ini kerana  penebangan pokok akan mendedahkan permukaaan tanah kepada larian air  permukaan  . Kadar larian air pemukaan di kawasan bercerun  akan meningkatan kejadian tanah runtuh .

Jawapan Sepatutnya  :

          Antara kesan pembinaan  sistem pengangkutan rel di Malaysia ialah terjadinya fenomena tanah runtuh . Hal ini kerana  penebangan pokok akan menyebabkan kadar resapan air yang tinggi ke dalam tanah melalui liang-liang  pori  dan  rekahan tanah  . Kadar resapan yang tinggi akan menyebabkan tanah tepu dengan air . Hal ini akan menyebabkan jisim tanah bertambah   . Tarikan graviti dari  bahagian bawah  cerun  akan menyebabkan  kejadian tanah runtuh .


* Justifikasi Jawapan :

Fenomena tanah runtuh umumnya dikaitkan dengan proses kegagalan cerun yang dikaitkan dengan kadar resapan yang tinggi sehingga menyebabkan tanah menjadi tepu dengan air . Keadaan ini menjadikan jisim tanah bertambah  & daya jelekitan  regolit ( antara butiran tanah ) berkurangan  , lalu meningkatkan kadar kejadian tanah runtuh .  Kejadian proses  larian air permukaan biasanya di kaitkan dengan kejadian hakisan tanah .

  



1.4. Kegagalan  memberi penegasan  / peneguhan  terhadap  ujaran /  ayat dalam  jawapan. 


Contoh Soalan : 

Berikan cadangan untuk  mengatasi  punca  kemusnahan  kepelbagaian biodiversiti  di Malaysia .


Jawapan tidak sesuai dengan situasi soalan / kehendak soalan  :

              Antara langkah  untuk mengatasi  kemusnahan biodiversiti di Malaysia  ialah dengan menguatkuasakan  undang-undang . Hal ini  kerana  hukuman   penjara   , kompaun / denda  atau menyita hasil rampasan    , perkakasan ataupun  premis  akan berupaya memberi  peringatan  dan amaran kepada semua pihak yang suka memusnahkan  kepelbagaian biodiversiti  negara .


Jawapan  bersesuaian  :

              Antara langkah  untuk mengatasi  kemusnahan biodiversiti di Malaysia  ialah dengan melipatgandakan  usaha penguatkuasaan  undang-undang . Hal ini  kerana  hukuman   penjara dalam tempoh masa yang lama   , kompaun / denda  dengan kadar  yang tinggi   atau menyita hasil rampasan    , perkakasan ataupun  premis  akan berupaya memberi  peringatan  dan amaran kepada semua pihak yang suka memusnahkan  kepelbagaian biodiversiti  negara .


* Justifikasi Jawapan :

Umumnya , kedua-dua jawapan adalah betul . Walau bagaimanapun soalan di atas berbentuk cadangan . Jika calon memberikan langkah yang sedia ada , maka jawapan tersebut bukan berbentuk cadangan . Cadangan jawapan MESTILAH berbentuk  idea yang baru  atau memberi nilai tambah  ( elemen peneguhan  / penegasan jawapan ) kepada langkah yang  sedia ada.

Contoh :

" menguatkuasakan  undang- undang "   kepada " melipatgandakan usaha penguatkuasaan undang-undang  " .



Sunday 18 July 2021

 

Jum Tajamkan Skill Kita :

PEMETAAN  JAWAPAN  PENGGUNAAN  ELEMEN PENEGUHAN / PENEGASAN  DALAM PENYAMPAIAN FAKTA  .



1.0. Keperluan jawapan calon  .

Umumnya , Jawapan yang terbaik merupakan jawapan yang mempunyai fakta  , kronologi fakta  yang tersusun  dan mempunyai ciri-ciri penegasan  dalam  menyampaikan maksudnya . Biarpun  , bahasa bukan menjadi keutamaan dalam penilaian  pelbagai kerja pelajar , bahasa tetap memainkan peranan  dalam melestarikan jawapan  pelajar . Penggunaan bahasa yang baik akan berupaya menyampaikan  maksud ayat dengan sempurna . Salah satu  elemen bahasa yang penting dalam penyampaian fakta Geografi ialan elemen-elemen penegasan / peneguhan . 


2.0. Ciri-ciri Penggunaan  Elemen Peneguhan  .

         2.1.  Dapat memberi penekanan / peneguhan / penegasan 

                  terhadap struktur  dan maksud ayat   .

                   

3.0. Pemetaan Penggunaan  Elemen Peneguhan  /Penegasan dalam Jawapan  berpolakan  " langkah " .

Contoh Soalan  :

Sebagai  pegawai  Jabatan Perhutanan  ,  berikan cadangan anda untuk mengatasi masalah pencerobohan kawasan hutan simpan di negara ini   .


Contoh Pemetaan  Penggunaan  Elemen  Peneguhan  dalam  Jawapan 1 .

( Soalan ini memerlukan calon memberikan  ( alasan )  cara / kaedah  mengatasi masalah pencerobohan kawasan hutan simpan  .




Kaedah   1 : Kuatkuasakan  undang-undang .


4.0. Pemetaan Kerangka  Penggunaan  .
1.0. Penguatkuasaan Undang-undang .       
        - Memperkasa  langkah perundangan  dengan cara :
        - Menggandakan  jumlah  kompaun / denda.
        - Memaksimakan tempoh penjara .
        - Mempelbanyakkan   aktiviti pemantauan secara berkala 
          dengan  lebih kerap  dengan  menggunakan teknologi satelit 
          dan dron .
        

* Yang berhuruf merah adalah antara  perkataan yang berupaya memberi kesan  peneguhan kepada ayat / ujaran  untuk soalan berbentuk  " langkah ".


5.0. Contoh  Penggunaan  Elemen Peneguhan  / Penegasan dalam Penyampaian Fakta Geografi  .

       Antara cadangan untuk mengatasi masalah pencerobohan kawasan hutan simpan di Malaysia ialah melalui  memperkasa langkah perundangan yang sedia ada.  Hal ini dapat dilakukan dengan cara memaksimakan hukuman penjara terhadap mereka yang menceroboh kawasan hutan simpan . Kerajaan juga boleh menggandakan jumlah kompaun / denda yang dikenakan . Selain itu ,  memperbanyakkan usaha pemantauan yang lebih kerap dan berkala serta menggunakan pelbagai teknologi moden seperti satelit  dan dron  boleh dijalankan oleh pihak kerajaan .


Catatan :

*Penggunaan klausa /  ujaran / perkataan  ( memperkasa  , memaksimakan , menggandakan , memperbanyakkan )  : berupaya   memberikan kesan / impak   penegasan / peneguhan terhadap  fakta yang  disampaikan .


Contoh Soalan :

Cadangkan langkah-langkah kejuruteraan  untuk mengatasi masalah  dalam foto di  atas .


Contoh Pemetaan Penggunaan Elemen Peneguhan / Penegasan  dalam  Jawapan 2 .

Soalan di atas  memerlukan calon memberikan alasan  ( cara/ kaedah kejuruteraan / pemuliharaan  ) untuk mengatasi masalah kesan penggondolan  kawasan hutan .

Kaedah  2 : aktititi penghutanan semula .  .
                                


7.0. Pemetaan Penggunaan  Elemen Peneguhan  / Penegasan dalam   Jawapan 2.
7.1.  Tanaman tutup bumi .
          -  mempergiat  dan mempelbanyakkan  penguhtanan 
              semula  .   
       -  mempelbagaikan spesis pokok .
          
         

9.0.  Contoh  Penggunaan Elemen Peneguhan   .

                Antara  langkah kejuruteraan yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah kesan penggondolan kawasan hutan ialah  dengan cara mempergiat dan mempelbanyakkan  aktiviti penghutanan semula . Melalui langkah  ini kerajaan boleh mempelbagaikan  spesis pokok yang ditaman agar kadar pertumbuhan pokok yang berbeza   dapat menutup permukaan tanah dengan kadar yang cepat . Tanaman spesis kayu yang berkualiti tinggi  dan cepat matang seperti pokok jati  dan sentang serta disulami dengan pokok rotan dan kekacang   akan berupaya mengembalikan kawasan tersebut kepada struktur hutan asal  dengan cepat .



11.0. Pemetaan Penggunaan  Elemen Peneguhan  /Penegasan dalam Jawapan  berpolakan  "  faktor  " .

Contoh Soalan  :

Terangkan faktor-faktor yang menggalakkan  perkembangan aktiviti akuakultur di Malaysia pada masa ini .


Contoh Pemetaan  Penggunaan  Elemen  Peneguhan  dalam  Jawapan 1 .

( Soalan ini memerlukan calon memberikan  ( alasan )  faktor /sebab yang menggalakkan  perkembangan  aktiviti perikanan   .



Faktor   1 : Kewujudan sungai , tasik  dan pinggir pantai .



11.0. Pemetaan Kerangka  Penggunaan  .
          1.0. kewujudan sungai  , tasik dan kawasan pinggir pantai  .                   - Pinggir pantai yang panjang  , berteluk-teluk  dan 
                     dasar  laut yang cetek .
                  - Perairan  terlindung .
                  -  Sesuai menjadi kawasan pembiakan pelbagai 
                      hidupan akuatik secara semulajadi  ,   
                      permudahkan pembinaan pusat pendaratan  ikan 
                      dan perkampongan nelayan.
                
   
        * Yang berhuruf merah  " yang "  adalah antara  perkataan yang berupaya memberi kesan  peneguhan kepada ayat / ujaran  untuk soalan berbentuk  " faktor  " kerana penggunaan perkataan " yang " berupaya memberi penekanan terhadap ciri-ciri faktor yang melengkapi fungsinya untuk menggalakkan perkembangan aktiviti akuakultur.



12.0. Contoh Penggunaan Elemen Peneguhan  / Pengukuhan " yang " dalam Jawapan :

                Antara faktor yang mempengaruhi  perkembangan aktiviti akuakultur di Malaysia ialah kewujudan sungai , tasik dan kawasan pinggir pantai  yang panjang  dan berteluk-teluk . Kawasan perairan  yang terlindung ini amat sesuai menjadi kawasan pembiakan pelbagai hidupan akuatik . Selain itu , kawasan pantai yang terlindung amat sesuai dijadikan sebagai perkampongan nelayan  dan pusat pendapatan pelbagai hidupan laut.



13.0. Pemetaan Penggunaan  Elemen Peneguhan  /Penegasan dalam Jawapan  berpolakan  "  aliran data / unsur-unsur Geografi   " .


Contoh Soalan  :

Terangkan faktor-faktor yang menggalakkan  perkembangan aktiviti akuakultur di Malaysia pada masa ini .


Contoh Pemetaan  Penggunaan  Elemen  Peneguhan  dalam  Jawapan 1 .

( Soalan ini memerlukan calon memberikan  ( alasan )  faktor /sebab yang menggalakkan  perkembangan  aktiviti perikanan   .


Aliran Data  : meningkat  , menurun , merosot.



11.0. Pemetaan Kerangka  Penggunaan  .
          1.0. kaedah  penulisan data :
 .             - Penggunaan istilah " kadar " .
                  -  Pola aliran data  .
                  -  meningkat / peningkatan   , menurun/penurunan   , 
                    stabil .
                
   
        * Penggunaan perkataan " kadar " amat  penting untuk menggambatkan  ukuran pergerakan unit data yang dihuraikan .



12.0. Contoh Penggunaan Elemen Peneguhan  / Pengukuhan " aliran data  " dalam Jawapan :

                Berdasarkan  graf di atas . berlaku  kadar peningkatan  harga emas yang tinggi di pasaran dunia . Pada masa ini  semua negara  pengeluar emas menjual  emas simpanan mereka menyebabkan   harga emas menurun dangan kadar yang lebih cepat.




 

Jum Tajamkan Skill Kita :

PEMETAAN  JAWAPAN  PENGGUNAAN  KATA TUGAS                   "  CADANGKAN  "  dalam item soalan .



1.0. Keperluan jawapan calon  .

Umumnya , soalan yang menggunakan kata tugas " cadangkan ",  hanya memerlukan jawapan yang lebih panjang dan detail  . Fakta akan diiringi dengan  penjelasan / hurian   tentang  sesuatu   konsep  , definisi  atau   ciri-ciri   fenomena geografi. Memerlukan jawapan  aras  tinggi  ( jawapan yang memerlukan pelajar  menggunakan  ujaran  / klausa  yang berbentuk  penegasan sebagai  usaha memberi peneguhan kepada fakta yang dihuraikan )


2.0. Ciri-ciri Jawapan .

         2.1.  Jawapan yang panjang  dan lengkap  .

         2.2.  Memperihalkan sesuatu fakta  dengan lengkap .

         2.3.  Wujud elemen peneguran pada fakta / penggunaan  

                 klausa  penegasan .

          

3.0. Pemetaan Jawapan .

Contoh Soalan  :

Sebagai  pegawai  Jabatan Perhutanan  ,  berikan cadangan anda untuk mengatasi masalah pencerobohan kawasan hutan simpan di negara ini   .


Contoh Pemetaan Jawapan 1 .

( Soalan ini memerlukan calon memberikan  ( alasan )  cara / kaedah  mengatasi masalah pencerobohan kawasan hutan simpan  .




Kaedah   1 : Kuatkuasakan  undang-undang .


4.0. Pemetaan Kerangka Jawapan .
1.0. Penguatkuasaan Undang-undang .
       *Cadangan  calon mesti  memberi nilai tambah terhadap   
                 sistem perundangan yang sedia ada 
        - Memperkasa  langkah perundangan  dengan cara :
        - Menggandakan  jumlah  kompaun / denda.
        - Memaksimakan tempoh penjara .
        - Mempelbanyakkan   aktiviti pemantauan secara berkala 
             dengan  lebih kerap  dengan  menggunakan teknologi satelit 
          dan dron .
        


5.0. Kaedah Menghurai .

 5.1. Salin kembali sebahagian daripada soalan .
 5.2. Pilih  dan gunakan  pelbagai jenis kata sendi  & kata  
         penegas  yang  sesuai.
 5.3.  Berikan alasan yang relevan  / berdasarkan konsep rasional / 
        logik  &  berbentuk  penegasan  / peneguhan  terhadap  isu 
        yang  dibincangkan ( mesti memberi nilai tambah terhadap 
        langkah yang sedia ada @  cadangan langkah-langkah 
        yang  lebih  relevan  ).

          


6.0.  Contoh  Penulisan  Jawapan  .

       Antara cadangan untuk mengatasi masalah pencerobohan kawasan hutan simpan di Malaysia ialah melalui  memperkasa langkah perundangan yang sedia ada.  Hal ini dapat dilakukan dengan cara memaksimakan hukuman penjara terhadap mereka yang menceroboh kawasan hutan simpan . Kerajaan juga boleh menggandakan jumlah kompaun / denda yang dikenakan . Selain itu ,  memperbanyakkan usaha pemantauan yang lebih kerap dan berkala serta menggunakan pelbagai teknologi moden seperti satelit  dan dron  boleh dijalankan oleh pihak kerajaan .


Catatan :

*Penggunaan klausa /  ujaran / perkataan  ( memperkasa  , memaksimakan , menggandakan , memperbanyakkan )  : berupaya   memberikan kesan / impak   penegasan / peneguhan terhadap  fakta yang  disampaikan .




Contoh Soalan :

Cadangkan langkah-langkah kejuruteraan  untuk mengatasi masalah  dalam foto di  atas .


Contoh Pemetaan Jawapan 2 .

Soalan di atas  memerlukan calon memberikan alasan  ( cara/ kaedah kejuruteraan / pemuliharaan  ) untuk mengatasi masalah kesan penggondolan  kawasan hutan .

Kaedah  2 : aktititi penghutanan semula .  .
                                


7.0. Pemetaan Kerangka Jawapan 2.
7.1.  Tanaman tutup bumi .
          -  mempergiat  dan mempelbanyakkan  penguhtanan 
              semula  .   
          mempelbagaikan spesis pokok .
          
         

9.0.  Contoh  Penulisan  Jawapan  .

                Antara  langkah kejuruteraan yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah kesan penggondolan kawasan hutan ialah  dengan cara mempergiat dan mempelbanyakkan  aktiviti penghutanan semula . Melalui langkah  ini kerajaan boleh mempelbagaikan  spesis pokok yang ditaman agar kadar pertumbuhan pokok yang berbeza   dapat menutup permukaan tanah dengan kadar yang cepat . Tanaman spesis kayu yang berkualiti tinggi  dan cepat matang seperti pokok jati  dan sentang serta disulami dengan pokok rotan dan kekacang   akan berupaya mengembalikan kawasan tersebut kepada struktur hutan asal  dengan cepat .


 

Jum Tajamkan Skill Kita :

PEMETAAN  JAWAPAN  PENGGUNAAN  KATA TUGAS                   "  JELASKAN  , HURAIKAN  , TERANGKAN  "  dalam item soalan .



1.0. Keperluan jawapan calon  .

Umumnya , soalan yang menggunakan kata tugas " nyatakan  , namakan atau senaraikan " hanya memerlukan jawapan yang lebih panjang dan detail  . Fakta akan diiringi dengan  penjelasan / hurian   tentang  sesuatu   konsep  , definisi  atau   ciri-ciri   fenomena geografi. Memerlukan jawapan  aras  sederhana  / tidak perlu menggunakan  kata penegas  sebagai peneguh / penguat kepada fakta yang dihuraikan . 


2.0. Ciri-ciri Jawapan .

         2.1.  Jawapan yang panjang  dan lengkap  .

         2.2.  Memperihalkan sesuatu fakta . 

          

3.0. Pemetaan Jawapan .

Contoh Soalan  :

Huraikan mengapakah   aktiviti pertanian di kawasan tanah tinggi di Malaysia perlu dikawal  .


Contoh Pemetaan Jawapan 1 .

( Soalan ini memerlukan calon memberikan sebab ( alasan ) keperluan aktiviti pertanian tanah tinggi di kawal .




 Alasan 1 : Mengawal  kejadian hakisan tanah   .


4.0. Pemetaan Kerangka Jawapan .
1.0. Sebab-sebab terjadinya tanah runtuh.
        - pembersihan hutan mendedahkan tanah kepada larian air 
          permukaan .
       - kecuraman cerun akan meningkatkan kadar hakisan tanah .
       - peningkatan kesan hakisan galir  dan galur .
       


5.0. Kaedah Menghurai .

 5.1. Salin kembali sebahagian daripada soalan .
 5.2. Pilih  dan gunakan kata sendi  yang  sesuai.
 5.3.  Berikan alasan yang relevan  / berdasarkan konsep rasional / 
        logik dengan isu yang  dibincangkan.

          


6.0.  Contoh  Penulisan  Jawapan  .

       Kawalan terhadap  aktiviti pertanian tanah tinggi di Malaysia perlu dilakukan  kerana  hal ini akan berupaya mengurangkan kadar hakisan tanah . Penebangan hutan  yang tidak  terkawal  untuk dijadikan kawasan pertanian akan mendedahkan permukaan tanah kepada air hujan . Hal ini  akan membentuk larian air permukaan . Kecuraman cerun  permukaan tanah di kawasan penebangan akan meningkatkan kesan hakisan galir dan galur yang berlaku .


Contoh Pemetaan Jawapan 2 .

Alasan 2 : Menyebabkan  kemusnahan habitat flora dan fauna .
                                


7.0. Pemetaan Kerangka Jawapan 2.
7.1.  Alasan ( Sebab-sebab kemusnahan habitat flora  dan fauna ).
          - pembersihan hutan  secara besar-besaran .
          - memusnahkan  sktuktur hutan  yang menjadi kawasan 
            perlindungan  dan pembiakan  pelbagai spesis flora  dan 
           fauna.

8.0. Kaedah Menjawab .

8.1. Salin kembali sebahagian daripada soalan .
8.2.  Gunakan kata sendi yang sesuai  .
8.3.  Berikan alasan yang relevan  / berdasarkan konsep rasional / 
        logik dengan isu yang  dibincangkan .

          

9.0.  Contoh  Penulisan  Jawapan  .

                Kawalan terhadap aktiviti pertanian di tanah tinggi juga perlu dilakukan untuk  mencegah  kemusnahan  habitat pelbagai flora dan fauna . Hal  ini  kerana pembukaaan tanah pertanian secara besar-besarkan akan memusnahan  stuktur asal hutan yang  menjadi kawasan perlindungan dan pembiakan pelbaga flora dan fauna . Kemusnahan rantaian makanan juga berlaku apabila fungsi tumbuh-tumbuhan sebagai pengeluar musnah akibat  penebangan  hutan .




 

Jum Tajamkan Skill Kita :

PEMETAAN  JAWAPAN  PENGGUNAAN  KATA  TUGAS                 "  NYATAKAN  , NAMAKAN  , SENARAIKAN "  dalam item soalan .



1.0. Keperluan jawapan calon  .

Umumnya , soalan yang menggunakan kata tugas " nyatakan  , namakan atau senaraikan " hanya memerlukan jawapan yang ringkas , padat dan tepat . Fakta akan diiringi dengan sedikit penjelasan tentang konsep  , definisi  ,  ciri-ciri   fenomena geografi. Digunakan untuk  membina soalan aras rendah .


2.0. Ciri-ciri Jawapan .

         2.1.  Jawapan yang ringkas / pendek .

         2.2.  Memperihalkan prinsip  , ciri-ciri  , konsep atau indikator 

                  sesuatu .

          

3.0. Pemetaan Jawapan .

Contoh Soalan  :

Nyatakan apakah aktivti akuakultur   .


Contoh Pemetaan Jawapan 1 .





    . Kejayaan projek penternakan ikan siakap .




4.0. Pemetaan Kerangka Jawapan .
1.0. konsep akuakultur     .
       


5.0. Kaedah Menghurai .

 5.1. Salin kembali sebahagian daripada soalan .
 5.2. Pilih  dan gunakan kata sendi  yang  sesuai.
 5.3.  Pastikan susunan ayat menepati kronologi pemetaan jawapan.

          


6.0.  Contoh  Penulisan  Jawapan  .

       Akuakultur merujuk  kepada aktiviti penternakan  ikan , udang   dan lain-lain hidupan akuatik yang diusahakan di pelbagai  kawasan  badan air seperti  sungai  , paya  dan  pinggir pantai. 



Contoh Pemetaan Jawapan 2 .

Contoh  Soalan : 

Senaraikan  dua ciri  pertanian dalam gambar dibawah  .


1. Rujuk kepada ciri-ciri yang dipaparkan dalam gambar di atas .
                  
                                


7.0. Pemetaan Kerangka Jawapan 2.
7.1. Tenaga buruh yang ramai .
7.2.  Penggunaan jentera .


8.0. Kaedah Menjawab .

8.1. Salin kembali sebahagian daripada soalan .
8.2.  Gunakan sistem nombor agar jawapan lebih teratur .

          


9.0.  Contoh  Penulisan  Jawapan  .

Antara  ciri  aktiviti pertanian di atas ialah :

1.  Penggunaan tenaga buruh yang ramai .

 2.  Jentera  digunakan  secara meluas . 


Nota :

*Penggunaan perkataan " yang "  dan imbuhan " me ... " berupaya memberi  penegasan  terhadap jawapan pelajar .



Monday 12 July 2021


 

Jum Tajamkan Skill kita :                                    PEMETAAN  JAWAPAN ISU  "  LANGKAH-LANGKAH  ATASI  CABARAN / HALANGAN  / MASALAH  YANG DIHADAPI DALAM USAHA  MENINGKATKAN   PERKEMBANGAN  KEGIATAN EKONOMI " .


1.0. Keperluan jawapan calon  .

Soalan " langkah-langkah  atasi  cabaran  / halangan / masalah  " merujuk kepada  usaha   yang dilakukan     untuk  mengatasi sesuatu  masalah / cabaran  / halangan  yang   menghalang  usana  menggalakkan  perkembangan  sesuatu kegiatan ekonomi . 

2.0. Ciri-ciri Jawapan .

         2.1.  Menjawab persoalan usaha  yang diambil .

         2.2.  Menekankan pengunaan istilah  "  menghalang  ,  

                  mengurangkan   , membantutkan  dll "  

         2.3.  Menggunakan  imbuhan " me ... , meng ....  , menye                            ...  dll ).

         2.4.  Penggunaan kata penenegas  berupaya memberi 

                 kesan kepada jawapan calon  terutama jawapan 

                 yang  berbentuk pemberian cadangan , idea dll.



3.0. Pemetaan Jawapan .

Contoh Soalan  :

Huraikan  langkah-langkah  untuk  meningkatkan perkembangan  sektor  akuakultur   di negara kita .


Contoh Pemetaan Jawapan 1 .


1. Bantuan  dana /   modal .


2. Pembelian dan penyediaan pelbagai input aktiviti akuakultur .
 



2. Kejayaan projek penternakan ikan siakap di Merlimau  , Melaka  .




4.0. Pemetaan Kerangka Jawapan .
1.0. Bantuan dana / modal    .
       - Agensi kerajaan  ( Agrobank  , TEKUN , Amanah Ikhtiar 
          Malaysia ( AIM )
       - Bank-bank  dan pelbagai institusi kewangan .
2.0. Membolehkan  penternak terlibat membeli input-input 
        akuakultur  seperti  penyediaan kawasan penternakan  dan 
        benih dan makanan ikan yang berkualiti tinggi.
3.0.  Banyak aktiviti pembinaan  yang terbengkalai .


5.0. Kaedah Menghurai .

 5.1. Salin kembali sebahagian daripada soalan .
 5.2. Pilih  dan gunakan kata sendi  yang  sesuai.
 5.3.  Pastikan susunan ayat menepati kronologi pemetaan jawapan.

          


6.0.  Contoh  Penulisan  Jawapan  .

           Antara  langkah  untuk meningkatkan  perkembangan sektor perikanan akuakultur di Malaysia ialah  pemberian bantuan dana atau modal  . Nelayan yang terlibat boleh memperolehi bantuan dana daripada pelbagai agensi kerajaan Malaysia seperti pihak  AIM , TEKUN  dan Agrobank  serta pelbagai institusi  kewangan berlesen . Dana yang diperolehi akan membolehkan nelayan membeli  dan membina pelbagai kemudahan asas seperti  sangkar ternakan  , benih  serta makanan ikan yang berkualiti . Hal ini akan menjadikan aktiviti akuakultur berjaya dijalankan seperti di Merlimau Melaka , Kuala Sedeli dan Tanjung Piai di Johor. 



Contoh Pemetaan Jawapan 2 .

Contoh  Soalan : 

Jelaskan usaha yang  perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia  dalam  memajukan  sektor perladangan  pada masa  ini .


1. Galakkan penglibatan tenaga buruh tempatan .


                   
                                 2,  Pemberian pelbagai  insentif .
                          

3. Membawa masuk   tenaga buruh asing.



7.0. Pemetaan Kerangka Jawapan 2.
7.1. Industri sawit perlukan tenaga buruh ramai  .
7.2.  Galakkan pekerja tempatan  - pemberian insentif .
         - Wujudkan gaji minima .
          - Pemberian pelbagai insentif  - suasana kerja yang lebih 
            mudah. 
          - pemberian bonus mengikut kualiti kerja .
7.3. Galakkan kemasukan pekerja asing . 


8.0. Kaedah Menghurai .

8.1. Salin kembali sebahagian daripada soalan .
8.2. Pilih  dan gunakan kata sendi  yang  sesuai.
8.3.  Pastikan susunan ayat menepati kronologi pemetaan jawapan.

          


9.0.  Contoh  Penulisan  Jawapan  .

           Antara  usaha  boleh diambil  oleh kerajaan Malaysia dalam usaha memajukan sektor perladangan ialah dengan menggalakkan penglibatan buruh tempatan dalam sektor tersebut . Hal  ini dapat dilakukan dengan pemberian pelbagai insentif seperti  penawaran kadar upah yang lebih tinggi  dengan cara memperkenalkan sistem gaji minima  dan   suasana kerja yang lebih mesra pekerja .  Selain itu  , sektor ini juga perlu dibuka kepada kemasukan buruh asing agar kekurangan tenaga kerja yang menjadi penghalang kemajuan sektor ini dapat diatasi .



10.0. Talian Hayat Pemetaan Jawapan  :

Ayat 1 : Apa Langkah yang digunakan.

Ayat 2 : Bagaimana langkah berfungsi dalam menggalakkan  

           perkembangan sektor perladangan  / akuakultur  di Malaysia.


11.0.  Alternatif Pemetaan Jawapan  .

11.1   Tingkatkan RND / cipta inovasi baru dalam industri                         - penyelidikan untuk tingkatkan kualiti  dan kuantiti 

         pengeluaran hasil akuakultur / perladangan   .

11.2.  Tingkatkan teknologi & kepakaran dalam industri akuakultur  

          perladangan .

11.3.  Permudahkan  proses aliran dana atau  modal kepada  

          pengusaha akuakultur  / peladang .

11.4.  Menyertai pelbagai  simposium  / pameran perdagangan 

            antara bangsa   - promosi prosduk baru industri / cari 

            pasaran  baru / cari rakan kongsi  dll.

11.5.  Merangka  , merancang  dan melaksana dasar industri  

         akuakultur / perladangan  yang lebih  mesra alam . 

         memperkenalkan Skim Persijilan Amalan Pertanian  Baik 

        Malaysia ( MyGAP ) 

11.6.  Menggalakkan penggunaan sumber bahan mentah  dan 

          sumber tenaga industri yang  mesra alam .

11.7.  Meningkatkan  usaha kerjasama serantau  dalam mengatasi  

        isu  alam  sekitar  kesan perkembangan  sektor perladangan / 

        rentas sempadan


   *   Panduan ini boleh digunakan dalam latihan penulisan .         * Terguna pakai untuk langkah kejuruteraaan / struktural 

      sahaja.