Tuesday 6 July 2021

 

Jum Tajamkan Skil kita :                                            PEMETAAN  JAWAPAN ISU                            " KESAN NEGATIF PERKEMBANGAN  EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL .


1.0. Keperluan jawapan  pelajar.

Secara umumnya , soalan  yang membincsngkan  isu kesan  perkemnangan aktiviti  ekonomi terhadap alam sekitar fizikal  " , memerlukan  jawapan yang dapat memperihalkan impak /kesan   proses  perkembangan terhadap akam sekitar fizikal .


2.0. Cara Pemetaan  jawapan :

 Susunan kronologi kejadian yang tepat akan membantu pelajar menstruktur jawapan dengan  jelas ( gunakan kaedah bangau oh bangau ).


4.0. Contoh   Pemetaan   Jawapan  1 :

Contoh  Soalan  : Huraikan bagaimanakah aktivti pertanian memberi kesan  negatif  kepada alam sekitar fizikal .



1. Penebangan hutan  - buka kwasan pertanian.



 2.Dedahkan permukaan tanah kepada air hujan .



3. Membentuk larian air permukaan.



4. Kadar kelajuan larian air permukaan  akan tingkatkan kadar hakisan galir  dan galur  .



4.0. Merangka Jawapan .
Susunan fakta  dalam jawapan mesti berdasarkan pemetaan jawapan yang telah dilakukan .
F1. Pembukaan kawasan pertanian.
F2. Dedahkan permukaan tanah kepada air hujan .
F3. Membentuk Larian air permukaan.
F4. Kadar kelajuan air permukaan akan meningkatkan kadar 
       hakisan  galir  dan galur.



5.0. Kaedah Menghurai .
 5.1. Salin kembali sebahagian daripada soalan .
 5.2. Pilih  dan gunakan kata sendi / kata pemeri / kata hubung  
         yang  sesuai.
 5.3.  Pastikan susunan ayat menepati kronologi pemetaan jawapan.
 5.4.  Panduan penulisan .
          >  Fakta utama + proses ( kronologi kejadian ) + kesan .


6.0. Contoh Penulisan Jawapan :
Antara aktivti pertanian memberi kesan negatif kepada alam sekitar fizikal ialah  proses pembukaan ladang . Pembukaan ladang  pertanian yang luas akan menyebabkan penebangan hutan yang tidak terkawal . Hal ini akan menyebabkan lebih banyak  permukaan tanah terdedah kepada air hujan. Hujan yang lebat akan membentuk  dan  meningkatkan kadar kelajuan  larian air permukaan .  Peningkatan kadar larian air permukaan akan menyebakan hakisan galir dan galur terbentuk secara dominan di kawasan bercerun .




7.0.  Contoh Pemetaan Jawapan  2 :

Contoh Soalan : Terangkan  bagaimana  perkembangan aktiviti  perindustrian   boleh menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar .



1. Perkembangan sektor industri - banyak kilang dibuka .



2. Pembebasan asap-asap kilang ke atmosfera 



3. Kandungan  pelbagai gas hidrokarbon di atmosfera meningkat.


4. Meningkatkan suhu setempat / domestik 

4.0. Merangka Jawapan .
Susunan fakta  dalam jawapan mesti berdasarkan pemetaan jawapan yang telah dilakukan .
F1. Perkembangan sektor industri  - banyak kilang dibuka .
F2. Pelepasan asap-asap kilang bertambah  .
F3. Kandungan pelbagai gas hidrokarbon ( gas karbon monoksida  
      dan  gas karbon dioksida meningkat .
F4. Bahangan matahari / haba matahari terperangkat  - tingkatkan 
       suhu  kawasan industri ..
F5. Berlaku peningkatan suhu setempat / domestik.



5.0. Kaedah Menghurai .
 5.1. Salin kembali sebahagian daripada soalan .
 5.2. Pilih  dan gunakan kata sendi / kata pemeri / kata hubung  
         yang  sesuai.
 5.3.  Pastikan susunan ayat menepati kronologi pemetaan jawapan.
 5.4.  Panduan penulisan .
          >  Fakta utama + proses ( kronologi kejadian ) + kesan .


6.0. Contoh Penulisan Jawapan :
Pembukaan terlalu banyak kilang akibat  perkembangan sektor industi yang  tidak terkawal  akan menyebabkan peningkatan  suhu setempat / domestik  . Hal ini  kerana asap-asap kilang yang dibebaskan  oleh kilang  dan mengandungi pelbagai gas hidrokarbon seperti gas karbon monoksida  , gas kaebon dioksida  ,sulfur dioksida dan lain-lain akan memeruhi ruang atmosfera bandar / kawasan industri . Kepekatan pelbagai   gas hidro karbon yang terampai  di udara  ini   akan memerangkap haba matahari lalu  meningkatkan suhu domestik  di kawasan bandar/industri.



7.0. Talian Hayat  Pemetaan Jawapan :
Untuk   mendapatkan  huraian   jawapan  yang  tepat . Panduan berikut  boleh digunakan .
1. Jika  melibatkan  pencemaran ( air / udara   ) - kaitkan  aktiviti penduduk dengan  kehadiran  bahan cemar ( beri contoh )   - ubah kualiti  / bau / dll ciri  air/udara ( nyatakan perubahan yang berlaku ) .
2.   Jika melibatkan  jerebu  - kaitkan aktiviti  penduduk  dengan  kepekatan bahan terampai ( beri contoh )  di udara hingga memendekkan jarak penglihatan penduduk.
3. Jika kemusnahan habitat flora ) fauna - kaitkan aktiviti  penduduk dengan kemusnahan stuktur hutan  / kemusnahan keawasan pembiakan  dan perlindungan  flora & fauna .
4. Jika kemusnahan rantaian makanan - kaitkan aktiviti  penduduk dengan  kemusnahan struktur hutan  sebagai pengeluar  - jejaskan populasi haiwan-haiwan yang terlibat dgn rantaian makanan.
5.    Jika kejadian hakisan  - kaitkan  aktiviti penduduk  dengan  kekurangan  /ketiadaan tanaman tutup bumi  - kadar larian air pemukaan yang laju  -   tingkatkan kadar hakisan galir dan galur.
6.    Jika tanah runtuh  - kaitkan  aktiviti penduduk   dengan proses kegagalan cerun - kadar resapan tinggi  - tanah tepu air  - jisim tanah meningkat - tarikan graviti @ ketiadaan akat menyebabkan daya jelekitan antara butiran tanah longgar - mudah bergerak menuruni cerun.
7.     Jika  peningkatan suhu setempat  -  pelbagai  aktiviti  ( rujuk soalan )  - kaitkan aktiviti  penduduk  dengan pembebasan gas  , habuk  ,debu  - memerangkap  haba  / bahangan  matahri  - meningkatkan @ kekurangan tumbuhan  - proses respirasi  / fotosintesis  kurang - kelembapan udara kurang  -  udara jadi kering  - suhu setempat meningkat @ kaitkan dengan bahan binaan dari konkrik , permukaan tanah disimen / ditar , binaan bangunan yang tinggi-tinggi dan rapat-rapat  - tingkatkan suhu setempat.









No comments:

Post a Comment