Friday 23 July 2021

 

Jum Tajamkan Skill Kita :

"  BETULKAN  YANG BIASA  ,

BIASAKAN  YANG BETUL   "  .


1.0. Latar belakang segmen   .

Segmen ini akan membincangkan  daerah-daerah kelemahan calon peperiksaan  dalam menjawap soalan esie  peperiksaan awam ( SPM / STPM ) . Antara kelemahan yang dapat dikesan ialan :


1.1. Gagal memahami  konsep-konsep  asas  dalam mata   pelajaran  Geografi. 

     Contoh : 

      - Faktor   VS    kepentingan  

     -  Kesan kepada Alam Sekitar  VS   Kesan kepada Alam Sekitar 

        Manusia  / Budaya.

     - Aktiviti  Pemeliharaan  VS   aktiviti  Pemuliharaan.

     - Kesan  VS  masalah / cabaran .


Contoh Soalan : Huraikan kesan perkembangan sektor  pertanian ladang kepada alam sekitar fizikal .

Jawapan salah :

          Antara  kesan perkembangan sektor pertanian ladang kepada alam sekitar  fizikal  di Malaysia ialah  kekurangan  tenaga buruh  . Hal ini akan menyebabkan  peladang mengalami  kerugian  kerana  banyak aktiviti  perladangan seperti  membaja  , merumput  dan  pengambilan  hasil peladangan tidak dapat dituai .

Jawapan Sepatutnya  :

                      Antara kesan  perkembangan sektor pertanian ladang kepada alam sekitar di Malaysia ialah pencemaran air . Hal ini berlaku  akibat penggunaan baja kimia secara meluas dalam sektor tersebut . Kandungan urea  dan amonia dalam baja kimia akan larut   meningkatkan  pH   air  di kawasan  pertanian . Keadaan ini akan meningkatkan kadar keasidan tanah di kawasan tersebut .

  

*Justifikasi Jawapan :

Kekurangan tenaga buruh  ( elemen Alam Sekitar Budaya ) merupakan masalah /cabaran / halangan kepada perkembangan ekonomi  bukan kesan  perkembangan ekonomi kepada alam sekitar Fizikal ( alam sekitar fizikal  terdiri daripada sistem atmosfera  , biosfera , hidosfera  dan litosfera ) .


# Kaedah Penyelesaian  : 

Pelajar perlu memahami  dan boleh  membezakan konsep-konsep asas mp Geografi . Elemen  Alam Sekitar fizikal ( ASF )  dan elemen Alam Sekitar Budaya ( ASB ) perlu difahami  agar berlaku penyalahgunaan  elemen semasa menjawab soalan .


  1.2. Penggunaan  istilah / laras bahasa  / ujaran yang tidak  sesuai .

        Contoh :

         -  Sisa toksid  VS  sisa kumbahan  VS  sisa domestik.

         -  Penghutanan semula  VS  tanaman semula .


Contoh Soalan  : Huraikan langkah-langkah bukan perundangan untuk mengatasi masalah kepupusan sumber hutan .

                                                          
                                    Jawapan salah :

          Antara  langkah bukan perundangan untuk mengatasi masalah kepupusan sumber hutan ialah aktiviti tanaman semula  . Hal ini dapat dilakukan melalui Jabatan Perhutanan yang akan memanam  pelbagai    spesis kayu berkualiti tinggi seperti pokok jati  , sentang dan mahagoni  di kawasan yang telah diterokai secara haram . 

Jawapan Sepatutnya  :

Antara  langkah bukan perundangan untuk mengatasi masalah kepupusan sumber hutan ialah aktiviti penghutanan semula  . Hal ini dapat dilakukan melalui Jabatan Perhutanan yang akan memanam  pelbagai    spesis kayu berkualiti tinggi seperti pokok jati  , sentang dan mahagoni  di kawasan yang telah diterokai secara haram . 


  * Justifikasi Jawapan :

Aktiviti tanaman semula / penanaman semula merujuk kepada usaha menggantikan tanaman di kawasan pertanian  manakala  aktiviti penghutanan semula merupakan usaha menanam kembali anak-anak pokok hutan selepas aktiviti pembalakan / penyahutanan dijalankan.  


               

                               Tanaman Semula kelapa sawit


               

                                  Penghutanan  semula



# Kaedah Penyelesaian  : 

Pelajar perlu memahami  dan boleh  membezakan konsep-konsep asas mp Geografi . Elemen  Alam Sekitar fizikal ( ASF )  dan elemen Alam Sekitar Budaya ( ASB ) perlu difahami  agar berlaku penyalahgunaan  elemen semasa menjawab soalan .

  


1.3.  Gagal  menghubungkaitkan  fakta  utama  dengan  fakta  sokongan  / huraian .


Contoh Soalan  : Jelaskan kesan pembinaan  sistem           pengangkutan   rel di Malaysia terhadap alam sekitar fizikal .


 Jawapan salah penggunaan pada situasi  ayat :

          Antara kesan pembinaan  sistem pengangkutan rel di Malaysia ialah terjadinya fenomena tanah runtuh . Hal ini kerana  penebangan pokok akan mendedahkan permukaaan tanah kepada larian air  permukaan  . Kadar larian air pemukaan di kawasan bercerun  akan meningkatan kejadian tanah runtuh .

Jawapan Sepatutnya  :

          Antara kesan pembinaan  sistem pengangkutan rel di Malaysia ialah terjadinya fenomena tanah runtuh . Hal ini kerana  penebangan pokok akan menyebabkan kadar resapan air yang tinggi ke dalam tanah melalui liang-liang  pori  dan  rekahan tanah  . Kadar resapan yang tinggi akan menyebabkan tanah tepu dengan air . Hal ini akan menyebabkan jisim tanah bertambah   . Tarikan graviti dari  bahagian bawah  cerun  akan menyebabkan  kejadian tanah runtuh .


* Justifikasi Jawapan :

Fenomena tanah runtuh umumnya dikaitkan dengan proses kegagalan cerun yang dikaitkan dengan kadar resapan yang tinggi sehingga menyebabkan tanah menjadi tepu dengan air . Keadaan ini menjadikan jisim tanah bertambah  & daya jelekitan  regolit ( antara butiran tanah ) berkurangan  , lalu meningkatkan kadar kejadian tanah runtuh .  Kejadian proses  larian air permukaan biasanya di kaitkan dengan kejadian hakisan tanah .

  



1.4. Kegagalan  memberi penegasan  / peneguhan  terhadap  ujaran /  ayat dalam  jawapan. 


Contoh Soalan : 

Berikan cadangan untuk  mengatasi  punca  kemusnahan  kepelbagaian biodiversiti  di Malaysia .


Jawapan tidak sesuai dengan situasi soalan / kehendak soalan  :

              Antara langkah  untuk mengatasi  kemusnahan biodiversiti di Malaysia  ialah dengan menguatkuasakan  undang-undang . Hal ini  kerana  hukuman   penjara   , kompaun / denda  atau menyita hasil rampasan    , perkakasan ataupun  premis  akan berupaya memberi  peringatan  dan amaran kepada semua pihak yang suka memusnahkan  kepelbagaian biodiversiti  negara .


Jawapan  bersesuaian  :

              Antara langkah  untuk mengatasi  kemusnahan biodiversiti di Malaysia  ialah dengan melipatgandakan  usaha penguatkuasaan  undang-undang . Hal ini  kerana  hukuman   penjara dalam tempoh masa yang lama   , kompaun / denda  dengan kadar  yang tinggi   atau menyita hasil rampasan    , perkakasan ataupun  premis  akan berupaya memberi  peringatan  dan amaran kepada semua pihak yang suka memusnahkan  kepelbagaian biodiversiti  negara .


* Justifikasi Jawapan :

Umumnya , kedua-dua jawapan adalah betul . Walau bagaimanapun soalan di atas berbentuk cadangan . Jika calon memberikan langkah yang sedia ada , maka jawapan tersebut bukan berbentuk cadangan . Cadangan jawapan MESTILAH berbentuk  idea yang baru  atau memberi nilai tambah  ( elemen peneguhan  / penegasan jawapan ) kepada langkah yang  sedia ada.

Contoh :

" menguatkuasakan  undang- undang "   kepada " melipatgandakan usaha penguatkuasaan undang-undang  " .



No comments:

Post a Comment