Saturday 10 July 2021

 

Jum Tajamkan Skill kita :                                   PEMETAAN JAWAPAN   ISU                    " LANGKAH   MENGATASI  PERKEMBANGAN  KEGIATAN EKONOMI  KEPADA ALAM SEKITAR "  - fokus Langkah Kejuruteraan  / struktural  / pemuliharaan .


1.0. Keperluan jawapan calon  .

Soalan " langkah " merujuk kepada usaha yang dijalankan untuk mengatasi kesan sesuatu kejadian  /fenomena / isu  . Secara umumnya langkah terbahagi  kepada 

1. Langkah  Peurndangan.

2. Langkah Pendidikan & Kempen  Kesedaran  Alam Sekitar. 

3. Langkah pemuliharaan  / langkah kejuruteraan  / langkah 

     struktural.  

Jawapan calon perlu menjelaskan dengan tepat setiap langkah beserta dengan contoh yang sesuai .


2.0. Ciri-ciri Jawapan .

         2.1.  Menjawab persoalan usaha  yang diambil .

         2.2.  Menekankan pengunaan istilah  " dapat "  , " 

                  berupaya , " akan " dll

         2.3.  Menggunakan  imbuhan " me ... , meng ....  , menye                            ...  dll ).

         2.4.  Penggunaan kata penenegas  berupaya memberi 

                 kesan kepada jawapan calon  terutama jawapan 

                 yang  berbentuk pemberian cadangan , idea dll.


3.0. Pemetaan Jawapan .

Contoh Soalan  :

Huraikan  langkah-langkah  kejuruteraaan yang boleh diambil  oleh kerajaan Malaysia dalam usaha mengatasi  kesan pembinaan di kawasan tanah tinggi .


Contoh Pemetaan Jawapan 1 .

1. Pembinaan groin  dan gabion .
2, Huraikan  peranan groin & gabion dalam mengukuhkan cerun.


4.0. Pemetaan Kerangka Jawapan .
1.0. Pembinaan groin dan gabion   .
2.0. Bagaimana  groin dan gabion  mengukuhkan cerun  .


5.0. Kaedah Menghurai .

 5.1. Salin kembali sebahagian daripada soalan .
 5.2. Pilih  dan gunakan kata sendi  yang  sesuai.
 5.3.  Pastikan susunan ayat menepati kronologi pemetaan jawapan.

          

6.0.  Contoh  Penulisan  Jawapan  .

           Antara  langkah  kejuruteraaan yang boleh diambil  oleh kerajaan Malaysia dalam usaha mengatasi  kesan pembinaan di kawasan tanah tinggi  ialah  dengan membina groin dan gabion / tembok  di kawasan cerun . Hal ini  kerana kewujudan groin dan gabion / tembok  sakan  berupaya mengukuhkan  dan  menstabilkan  struktur cerun . Struktur groin dan gabion yang padat akan menyebabkan struktur tanah menjadi padat  dan berupaya mengawal  kejadian gerakan jisim seperti kesotan tanih   dan tanah runtuh berlaku . 


Contoh Pemetaan Jawapan 2 .


1. Tanam tanaman tutup bumi . .
2, Huraikan  peranan  tumbuhan  dalam mengukuhkan cerun.
- akar tumbuhan mencengkam  dan menstabilkan struktur tanah .
- litupan tumbuhan mengurangkan kadar resapan air ke dalam tanah.



7.0. Pemetaan Kerangka Jawapan 2.
7.1. Penanaman tanaman tutup bumi  / menanam tumbuhan hijau  .
7.2.  Bagaimana  struktur tumbuhan mengukuhkan cerun  .


8.0. Kaedah Menghurai .

8.1. Salin kembali sebahagian daripada soalan .
8.2. Pilih  dan gunakan kata sendi  yang  sesuai.
8.3.  Pastikan susunan ayat menepati kronologi pemetaan jawapan.

          


9.0.  Contoh  Penulisan  Jawapan  .

           Antara  langkah  kejuruteraaan yang boleh diambil  oleh kerajaan Malaysia dalam usaha mengatasi  kesan pembinaan di kawasan tanah tinggi  ialah  dengan menanam tanaman tutup bumi atau tumbuhan seperti rumput dan tanaman kekacang  di kawasan cerun . Hal ini  kerana akar tumbuhan  akan mencengkam  butiran tanah / regolit  sekaligus berupaya mengukuhkan  dan  menstabilkan  struktur cerun . Litupan tumbuhan di atas pernukaaan tanah pula berupaya mengurangkan kadar resapan air ke dalam tanah . Hal ini akan dapat mengurangkan proses penepuan tanah yang boleh menyebabkan  kejadian gerakan jisim seperti kesotan tanih   dan tanah runtuh berlaku . 



10.0. Talian Hayat Pemetaan Jawapan  :

Ayat 1 : Apa Langkah yang digunakan.

Ayat 2 : Bagaimana langkah berfungsi mengawal pergerakan jisim.



11.0 Alternatif Pemetaan Jawapan :

11.1.  Pengunaan kaedah pertanian yang mesra alam seperti  

      penggunaan baja organik , kawalan makhluk perosak secara 

      biologi ,  penanaman secara teres  , petanian giliran  , 

     mengamalkan konsep tanah rang  , penggunaan kaedah pertanian 

        moden  - pertanian hidrofonik  , pertanian fetrigrasi  , pertanian 

       akuafonik  dan  menggunakan  konsep   Amalan  pertanian 

        terbaik .

11.2  Penggunan kaedah Pembalakan yang mesra alam  seperti  : 

          melaksanakan projek penghutanan semula  , projek ladang 

          hutan  , program sivikultur , dasar penebangan terpilih  dan 

          mengadakan kouta terhadap pemberian lesen dan keluasan 

          kawasan pembalakan .

11.3. Pengunaan kaedah Perindustrian yang mesra alam seperti : 

      menggalakkan penggunaan sumber bahan mentah  / sumber 

      tenaga untuk industri yang mesra alam  , penapis asap kilang / 

      industri  , merawat sisa-sisa toksid industri  , melupuskan sisa-

     sisa pepejal berjadual industri dengan menggunakan incenerator  

   , menggalkkan penggunaan teknologi pemprosesan  teknologi 

      moden -  teknologi hidrid  / tenologi nano .


   *   Panduan ini boleh digunakan dalam latihan penulisan .         * Terguna pakai untuk langkah kejuruteraaan / struktural 

      sahaja.

No comments:

Post a Comment