Sunday 18 July 2021

 

Jum Tajamkan Skill Kita :

PEMETAAN  JAWAPAN  PENGGUNAAN  KATA TUGAS                   "  CADANGKAN  "  dalam item soalan .



1.0. Keperluan jawapan calon  .

Umumnya , soalan yang menggunakan kata tugas " cadangkan ",  hanya memerlukan jawapan yang lebih panjang dan detail  . Fakta akan diiringi dengan  penjelasan / hurian   tentang  sesuatu   konsep  , definisi  atau   ciri-ciri   fenomena geografi. Memerlukan jawapan  aras  tinggi  ( jawapan yang memerlukan pelajar  menggunakan  ujaran  / klausa  yang berbentuk  penegasan sebagai  usaha memberi peneguhan kepada fakta yang dihuraikan )


2.0. Ciri-ciri Jawapan .

         2.1.  Jawapan yang panjang  dan lengkap  .

         2.2.  Memperihalkan sesuatu fakta  dengan lengkap .

         2.3.  Wujud elemen peneguran pada fakta / penggunaan  

                 klausa  penegasan .

          

3.0. Pemetaan Jawapan .

Contoh Soalan  :

Sebagai  pegawai  Jabatan Perhutanan  ,  berikan cadangan anda untuk mengatasi masalah pencerobohan kawasan hutan simpan di negara ini   .


Contoh Pemetaan Jawapan 1 .

( Soalan ini memerlukan calon memberikan  ( alasan )  cara / kaedah  mengatasi masalah pencerobohan kawasan hutan simpan  .




Kaedah   1 : Kuatkuasakan  undang-undang .


4.0. Pemetaan Kerangka Jawapan .
1.0. Penguatkuasaan Undang-undang .
       *Cadangan  calon mesti  memberi nilai tambah terhadap   
                 sistem perundangan yang sedia ada 
        - Memperkasa  langkah perundangan  dengan cara :
        - Menggandakan  jumlah  kompaun / denda.
        - Memaksimakan tempoh penjara .
        - Mempelbanyakkan   aktiviti pemantauan secara berkala 
             dengan  lebih kerap  dengan  menggunakan teknologi satelit 
          dan dron .
        


5.0. Kaedah Menghurai .

 5.1. Salin kembali sebahagian daripada soalan .
 5.2. Pilih  dan gunakan  pelbagai jenis kata sendi  & kata  
         penegas  yang  sesuai.
 5.3.  Berikan alasan yang relevan  / berdasarkan konsep rasional / 
        logik  &  berbentuk  penegasan  / peneguhan  terhadap  isu 
        yang  dibincangkan ( mesti memberi nilai tambah terhadap 
        langkah yang sedia ada @  cadangan langkah-langkah 
        yang  lebih  relevan  ).

          


6.0.  Contoh  Penulisan  Jawapan  .

       Antara cadangan untuk mengatasi masalah pencerobohan kawasan hutan simpan di Malaysia ialah melalui  memperkasa langkah perundangan yang sedia ada.  Hal ini dapat dilakukan dengan cara memaksimakan hukuman penjara terhadap mereka yang menceroboh kawasan hutan simpan . Kerajaan juga boleh menggandakan jumlah kompaun / denda yang dikenakan . Selain itu ,  memperbanyakkan usaha pemantauan yang lebih kerap dan berkala serta menggunakan pelbagai teknologi moden seperti satelit  dan dron  boleh dijalankan oleh pihak kerajaan .


Catatan :

*Penggunaan klausa /  ujaran / perkataan  ( memperkasa  , memaksimakan , menggandakan , memperbanyakkan )  : berupaya   memberikan kesan / impak   penegasan / peneguhan terhadap  fakta yang  disampaikan .




Contoh Soalan :

Cadangkan langkah-langkah kejuruteraan  untuk mengatasi masalah  dalam foto di  atas .


Contoh Pemetaan Jawapan 2 .

Soalan di atas  memerlukan calon memberikan alasan  ( cara/ kaedah kejuruteraan / pemuliharaan  ) untuk mengatasi masalah kesan penggondolan  kawasan hutan .

Kaedah  2 : aktititi penghutanan semula .  .
                                


7.0. Pemetaan Kerangka Jawapan 2.
7.1.  Tanaman tutup bumi .
          -  mempergiat  dan mempelbanyakkan  penguhtanan 
              semula  .   
          mempelbagaikan spesis pokok .
          
         

9.0.  Contoh  Penulisan  Jawapan  .

                Antara  langkah kejuruteraan yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah kesan penggondolan kawasan hutan ialah  dengan cara mempergiat dan mempelbanyakkan  aktiviti penghutanan semula . Melalui langkah  ini kerajaan boleh mempelbagaikan  spesis pokok yang ditaman agar kadar pertumbuhan pokok yang berbeza   dapat menutup permukaan tanah dengan kadar yang cepat . Tanaman spesis kayu yang berkualiti tinggi  dan cepat matang seperti pokok jati  dan sentang serta disulami dengan pokok rotan dan kekacang   akan berupaya mengembalikan kawasan tersebut kepada struktur hutan asal  dengan cepat .


No comments:

Post a Comment