Friday 9 July 2021

 

Jum Tajamkan Skill kita :                                   PEMETAAN  JAWAPAN   ISU                   "  LANGKAH   MENGATASI  PERKEMBANGAN  KEGIATAN EKONOMI  KEPADA ALAM SEKITAR "  - fokus Langkah Perundangan , Kempen dan Pendidikan Alam Sekitar.


1.0. Keperluan jawapan calon  .

Soalan " langkah " merujuk kepada usaha yang dijalankan untuk mengatasi kesan sesuatu kejadian  /fenomena / isu  . Secara umumnya langkah terbahagi  kepada 

1. Langkah  Perundangan.

2. Langkah Pendidikan & Kempen  Kesedaran  Alam Sekitar. 

3. Langkah pemuliharaan  / langkah kejuruteraan  / langkah 

     struktural.  

Jawapan calon perlu menjelaskan dengan tepat setiap langkah beserta dengan contoh yang sesuai .


2.0. Ciri-ciri Jawapan .

         2.1.  Menjawab persoalan usaha  yang diambil .

         2.2.  Menekankan pengunaan istilah  " dapat "  , " 

                  berupaya , " akan " dll

         2.3.  Menggunakan  imbuhan " me ... , meng ....  , menye                            ...  dll ).

         2.4.  Penggunaan kata penenegas  berupaya memberi 

                 kesan kepada jawapan calon  terutama jawapan 

                 yang  berbentuk pemberian cadangan , idea dll.


3.0. Pemetaan Jawapan .

Contoh Soalan :

Huraikan  langkah-langkah yang boleh diambil  oleh kerajaan Malaysia dalam usaha mengatasi kepupusan kepelbagaian biodiversiti negara  .


1. Kuatkuasakan undang-undang .



  
     2. Penggunaan Akta Perlindungan Hidupan liar  .



                3. Agensi yang terlibat ; PERHILITAN.



4. melindungi pelbagai spesis biodiversi daripada pupus.



                    5.  Melalui hukaman penjara  , kompaun , penyitaan 




4.0. Pemetaan  Kerangka  Jawapan .
1.0. Melalui langkah penguakuasaan undang-undang .
2.0. Pengunaan Akta Perlindungan Hidupan Liar .
3.0. Dikuatkuasakan oleh PERHILITAN .
4.0. Tujuan  melindungi biodiversiti  daripada  dimusnahkan 
5.0. Melalui hukuman  penjara  , kompaun dan penyitaan terhadap  
       pemburu haram. 


5.0. Kaedah Menghurai .

 5.1. Salin kembali sebahagian daripada soalan .
 5.2. Pilih  dan gunakan kata sendi  yang  sesuai.
 5.3.  Pastikan susunan ayat menepati kronologi pemetaan jawapan.

          

6 .0. Talian Hayat Pemetaan Jawapan  :

          ( Langkah Perundangan )

Ayat 1 : Apa Langkah perundangan yang digunakan.

Ayat 2 :  Agensi   mana yang terlibat./ nama akta .

Ayat 3 : Apa tujuan penguatkuasaan  akta / hukuman / pemeriksaan .

Ayat 4 : Bagaimana penguatkauasaan akta / hukuman / pemeriksaan 

              dijalankan .

6.1.  Contoh  Penulisan  Jawapan  .

           Antara langkah  yang boleh diambil oleh kerajaan Malaysia  untuk melindungi kepelbagaian biodiversiti ialah melalui penguatkuasaan undang-undang . Penggunaan Akta Perlindungan Hidupan Liar oleh PERHILITAN  akan berupaya melindungi hidupan liar  seperti harimau , kijang  , beruang dan lain-lain  daripada  diburu  untuk dijadikan aksesori hiasan   mahupun sumber makanan exotik. Pengunaan Akta Perhutanan 1974  , pula berupaya mengawal  penebangan spesis kayu keras dan hasil-hasil hutan seperti kayu kapur  , kayu Gaharu dan lain-lain daripada ditebang dan dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Selain itu langkah-langkah kawalan seperti pemeriksaan  dan  pemantauan  secara berkala juga perlu dilakukan  di kawasan-kawasan tumpuan aktiviti pemburuan haram serta premis-premis yang sering dijadikan pusat pengumpulan  , pengedaran dan penyediaan  makanan exotik   .


Tindakan seterusnya  ialah mengenakan hukuman terhadap pesalah-pesalah . Hukuman seperti  penjara  , kompaun dan penyitaan terhadap perkakasan  , hasil tangkapan pemburu haram akan dapat memberi  peringatan  kepada penduduk agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh memusnahkan kepelbagaian biodiversiti negara. 


7.0. Talian Hayat Pemetaan Jawapan  :

          ( Langkah Kempen / kempen kesedaran alam  

              sekitar ).

Ayat 1 : Apa kempen  yang digunakan.

Ayat 2 : Agensi mana yang terlibat./ nama kempen / nama mp

Ayat 3 : Apa tujuan kempen  .

Ayat 4 : Bagaimana kempen  dilaksanakan . 

   *   Panduan ini boleh digunakan dalam latihan penulisan .  


7.1.   Contoh Penulisan Jawapan :

          Langkah yang seterusnya ialah melaksanakan pelbagai kempen kesedaran alam sekitar  kepada  penduduk. Agensi kerajaan seperti Jabatan Hidupan Liar / PERHILITAN boleh menganjurkan / mengadakan pelbagai kempen  kesedaran  seperti " Kempen Sayangi Hidupan Liar " .  Penganjuran ini dapat dilakukan dengan bekerjasama dengan pelbagai  NGO alam sekitar seperti WWE  , GRASS  ,  Rakan Alam Sekitar   dll. Melalui penganjuran ini . penduduk dapat dididik agar lebih peka terhadap isu alam sekitar dan sentiasa bekerjasama dalam memastikan alam sekitar sentiasa dipelihara.  


8.0 Talian Hayat Pemetaan Jawapan  :

         ( Langkah pendidikan alam sekitar )

Ayat 1 : Apa Langkah yang digunakan.

Ayat 2 : Agensi mana yang terlibat / nama mp

Ayat 3 : Apa tujuan langkah .

Ayat 4 : Bagaimana langkah berperanan .


8.1.   Contoh Penulisan Jawapan :

Langkah yang seterusnya ialah melalui  program / aktiviti pendidikan . Hal ini dapat dilakukan secara formal  dan tidak formal . Melalui pendidikan formal di sekolah , nilai  dan elemen sayang kepada alam sekitar  diterapkan melalui pelbagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Geografi , Sains , Pendidikan Moral dll . Melalui program pendidikan tidak formal pula , kesedaran ini dapat dipupuk melalui aktiviti lawatan ke pusat-pusat pemeliharaan dan pemuliharan hidupan liar , penyertaan dalam pelbagai bengkel  , seminar  dan lain- lain aktiviti yang bermatlamatkan penjagaan alam sekitar .




No comments:

Post a Comment