Monday 12 July 2021

 

Jum Tajamkan Skill kita :                                   PEMETAAN JAWAPAN  ISU                    "  CABARAN / HALANGAN  / MASALAH  YANG DIHADAPI DALAM USAHA  MENINGKATKAN   PERKEMBANGAN  KEGIATAN EKONOMI  " .


1.0. Keperluan jawapan calon  .

Soalan " cabaran  / halangan / masalah  " merujuk kepada  beban  yang dihahadpi   untuk meningkatan  / memperkembangkan  sesuatu kegiatan ekonomi  . Secara umumya halangan  / cabaran  / masalah ini terdiri daripada masalah  yang disebabkan  oleh  alam sekitar fizikal  &  alam sekitar budaya 


2.0. Ciri-ciri Jawapan .

         2.1.  Menjawab persoalan usaha  yang diambil .

         2.2.  Menekankan pengunaan istilah  "  menghalang  ,  

                  mengurangkan   , membantutkan  dll "  

         2.3.  Menggunakan  imbuhan " me ... , meng ....  , menye                            ...  dll ).

         2.4.  Penggunaan kata penenegas  berupaya memberi 

                 kesan kepada jawapan calon  terutama jawapan 

                 yang  berbentuk pemberian cadangan , idea dll.



3.0. Pemetaan Jawapan .

Contoh Soalan  :

Huraikan  cabaran yang dihadapi dalam usaha meningkatkan perkembangan  sektor  pembinaan  di negara kita .


Contoh Pemetaan Jawapan 1 .


1. kekurangan  modal .



2. Tidak mampu membeli  input-input aktiviti pembinaan .
 


2. Projek pembinaan  terbengkalai .




4.0. Pemetaan Kerangka Jawapan .
1.0. kekurangan modal    .
2.0. Tidak mampu membeli bahan-banah mentah  aktiviti 
        pembinaan .
3.0.  Banyak aktiviti pembinaan  yang terbengkalai .


5.0. Kaedah Menghurai .

 5.1. Salin kembali sebahagian daripada soalan .
 5.2. Pilih  dan gunakan kata sendi  yang  sesuai.
 5.3.  Pastikan susunan ayat menepati kronologi pemetaan jawapan.

          


6.0.  Contoh  Penulisan  Jawapan  .

           Antara  cabaran  dalam usaha  meningkatkan  perkembangan  sektor  pembinaan di Malaysia ialah  kekurangan  modal . Hal ini kerana modal  amat diperlukan untuk  membolehkan  kontaktor-kontraktor pembinaan membeli  perkakasan   dan bahan mentah sektor pembinaan  seperti simen  , besi  ,kayu dan  lain  z - lain . Kekurangan  modal akan memberi kesan terhadap perkembangan sektor pembinaan kerana lebih banyak projek-projek pembinaan akan terbengkalai .



Contoh Pemetaan Jawapan 2 .

Contoh  Soalan : 

Jelaskan halangan  yang dihadapi oleh sektor perladangan di Malaysia pada masa  ini .






1. Penggunaan tenaga buruh yang ramai .


                   
                                 2, Kaedah  atasi kekurangan tenaga buruh .
                           - Beri insentif kepada  penduduk  tempatan .


3. kebergantungan kepada  tenaga buruh asing.




7.0. Pemetaan Kerangka Jawapan 2.
7.1. Industri sawit perlukan tenaga buruh ramai  .
7.2.  Galakkan pekerja tempatan  - pemberian insentif .
         - Wujudkan gaji minima .
          - Pemberian pelbagai insentif  - suasana kerja yang lebih 
            mudah. 
          - pemberian bonus mengikut kualiti kerja .
7.3. Galakkan kemasukan pekerja asing . 


8.0. Kaedah Menghurai .

8.1. Salin kembali sebahagian daripada soalan .
8.2. Pilih  dan gunakan kata sendi  yang  sesuai.
8.3.  Pastikan susunan ayat menepati kronologi pemetaan jawapan.

          


9.0.  Contoh  Penulisan  Jawapan  .

           Antara  halangan  yang dihadapi oleh sektor perladangan di Malaysia pada masa ini ialah  kekurangan  tenaga buruh . Hal ini kerana sektor perladangan memerlukan tenaga buruh  yang ramai  , manakala  sebahagian  penduduk Malaysia tidak berminat untuk bekerja di sektor perladangan . Keadaan ini menyebabkan  perkembangan sektor perladangan banyak bergantung kepada tenaga buruh asing yang dibawa masuk oleh pelbagai agensi kerajaaan  dan pihak swasta.



10.0. Talian Hayat Pemetaan Jawapan  :

Ayat 1 : Apa cabaran.

Ayat 2 : Mengapa ia menjadi cabaran .



11.0. Alternatif Pemetaan Jawapan :

11.1. Teknologi   dan  kepakaran  yang rendah.

11.2.  Saiz pasaran domestik yang  kecil . Terpaksa bergantung 

         kepada saiz pasar luar.

11.3. Konflik guna tanah / persaingan guna tanah .

11.4. Konflik kepentingan  dengan alam sekitar.

11.5. Persaingan  dengan bahan /sember pengganti/ alternatif.

11.6. Persaingan antara negara pengeluar.

11.7. Harga produk / barangan yang tidak stabil .


   *   Panduan ini boleh digunakan dalam latihan penulisan .         * Terguna pakai untuk langkah kejuruteraaan / struktural 

      sahaja.


No comments:

Post a Comment