Wednesday 7 July 2021

 

Jum Tajamkan Skill kita :                                  PEMETAAN  JAWAPAN  ISU                                "  KEPENTINGAN   KEGIATAN  EKONOMI  KPEADA SOSIO EKONOMI PENDUDUK " .


1.0. Keperluan jawapan calon  .

Biasanya  soalan yang menggunakan kata kerja " mengapa " ,mengkehendaki  pelajar  memberi sebab / alasan  tentang sesuatu fakta / isu yang dibawa oleh soalan .


2.0. Ciri-ciri Jawapan .

         2.1.  Menjawab persoalan atas kata dasar " sebab / 

                  kerana ".

         2.2.  Menggunakan kata hubung yang sesuai . " ialah ".

         2.3.  Setiap ujaran dalam ayat memberi makna  kepada  

                   ayat yang  lain .


3.0. Pemetaan Jawapan .

Contoh Soalan :

Jelaskan  kepentingan  aktiviti  akuakurtur dalam kontaks  pembangunan sosioekonomi penduduk setempat. 


1. Perkembangan  aktiviti akuakultur .



2. Wujudkan pelbagai peluang pekerjaan .


3. Jadi sumber pendapatan  penduduk . 

    Tingkatkan pendapatan perkapita penduduk .



4.  Jana kuasa beli  penduduk.



5. Peningkatan  taraf  hidup.


4.0. Merangka Jawapan .
1.0. Perkembangan aktiviti  akuakultur.
2.0. Mewujudkan  pelbagai peluang pekerjaan.
3.0. Menjadi sumber pendapatan  dan tingkatkan pendapatan 
      perkapita penduduk.
4.0. Tingkatkan kuasa beli penduduk .
5.0. Taraf hidup  penduduk meningkat. 


5.0. Kaedah Menghurai .

 5.1. Salin kembali sebahagian daripada soalan .
 5.2. Pilih  dan gunakan kata sendi  yang  sesuai.
 5.3.  Pastikan susunan ayat menepati kronologi pemetaan jawapan.
 5.4.  Panduan penulisan .
          >  Fakta utama  + kepentingan 1 + kepentingan 2 + 
           kepentingan 3 + kepentingan  4 .


6.0.  Contoh  Penulisan  Jawapan  .

           Antara kepentingan perkembangan aktiviti akuakultur terhadap sosioekonomi penduduk luar bandar  ialah mewujudkan pelbagai peluang pekerja . Dengan pekerjaan seperti penternak ikan  , pemborong , peraih  dan peniaga ikan  . penduduk luar bandar berupaya meningkatkan pendapatan perkapita mereka . Hal ini akan berupaya meningkatkan kuasa beli penduduk  tersenut  . Sekaligus turut meningkatkan taraf hidup mereka.



7.0. Talian Hayat Pemetaan Jawapan  :

         Untuk menjawab soalan kepentingan  , secara umumnya  " kepentingan / sumbangan / faedah  / manfaat " dapat dilihat / dihuraikan dari beberapa aspek  seperti :

         1. Aspek ekonomi .

             ( Perbincangan terhadap aspek ekonomi sahaja )

            - Penjanaan peluang-peluang pekerjaan.

            - Peningkatan pendapatan perkapita penduduk.

            - Kewujudan kesan pengganda ekonomi .

            - Sumbangan terhadap  pendapatan negara  / KDNK ( 

               Keluaran Dalam Negara Kasar ).

            -  Peningkatan aliran modal  / pelaburan langsung asing                           ( FDI )  dan pelaburan domestik ( DDI ).

             

         2. Aspek sosial .

             ( Huraian / perbincangan tertumpu kepada  perubahan aspek 

              sosial sahaja ).

              - Meningkatkan kemajuan kemudahan infrastruktur                                ( pengangkutan  dan perhubungan  ).  

             -  Meningkatkan kemajuan kemudahan asas  / awam . 

             - Mengalakkan perkembangan  pusat-pusat pertumbuhan 

              yang  baru  / bandar-bandar baru  / proses tranformasi desa . 

             - Meningkatkan taraf  dan kualiti  hidup penduduk . 

        

      4. Aspek sosioekonomi .

           ( Huraian  / perbincangan ini meliputi kedua-dua aspek  

            ekonomi  dan sosial di atas ).


         5. Aspel pembangunan .

           ( Huraian / perbincangan ini lebih luas  dan mencakupi semua 

           aspek di atas  dan  turut membincangkan  perubahan yang 

            berlaku kepada padang darat fizikal kawasan tersebut .

            - Kewujudan perubahan pada pandang darat fizikal . 


Dalam  satu  perenggan  , item-item berikut perlu ada dan disusun mengikut kronologi yang betul .

Ayat 1  :   Apa kepentingan .

Ayat 2 :   Contoh kepentingan .

Ayat 3  :   Huraikan  mengapa kepentingan itu penting .

Ayat-ayat seterusnya boleh memperihalkan  kepentingan isu dalam soalan daripada pebagai dimensi  / sudut  pandang  sehingga membentuk perenggan yang lengkap  serta mempunyai jalinan cerita yang lengkap dan sempurna . Gunakan kata hubung  yang sesuai.




No comments:

Post a Comment