Monday 31 August 2020

Info  : SUMBER ALAM  &  DAYA  TAMPUNG  SUMBER  ALAM . 


1. Konsep  Sumber Alam :

  • Merujuk kepada  sesuatu yang  mempuyai nilai dan  boleh digunakan oleh  manusia  untuk kelangsungan hidup  mereka.

2. Jenis-jenis  sumber alam .

  • Sumber yang  boleh  diperbaharui . Terdiri  daripada  sumber semulajadi  (  tenaga angin ,  tenaga ombak  , tenaga suria  dll ) dan  sumber yang  boleh dikitar semula  seperti  sumber hutan , sumber air .


  • Sumber yang  tidak boleh diperbaharui . Terdiri  daripada sumber alam  yang akan habis / pupus setelah  diekplotasi tanpa kawalan  dan  berhemah ( sumber tenaga fosil  , mineral / galian dalam  bentuk  bijih ).


3. Konsep Daya Tampung Sumber Alam.

  • Keupayaan sesuatu  sumber  menampung  keperluan  penduduk  pada  aras  dan  jangka /tempoh  masa  yang  tertentu .


  

4. Ciri-ciri Daya Tampung Sumber Alam.

  • Mempunyai  keupayaan  untuk bertahan  dalam  tempoh masa  yang  panjang (  boleh  ditingkatkan  )  dan  ada  yang  akan  habis  dalam  tempoh masa  yang  singkat.
  • Mempunyai ciri-ciri  berikut  jika daya tanpung  sesuatu  sumber ingin  di kekalkan dalam tempoh  masa  yang  panjang.

 
i. Kualiti   dan  kuantiti  sumber : Sumber  yang  berkualiti tinggi  dan  mempunyai kuantiti  yang  yang banyak  akan  mempunyai  daya  tampung  yang  lebih  tinggi / panjang.

  

 ii. Penggunaan  teknologi  yang  lebih  moden : akan meningkatkan kecekapan eksplotasi sumber , mengurangkan pembaziran sumber semasa & selepas tuai dan  dapat  mengoptimakan penghasilan .

 iii. Kawal aras penduduk  yang boleh  ditampung : kawal  kadar kelahiran penduduk agar jumlah penduduk  seimbang  dengan  penawaran  sumber yang  sedia  ada . Lebihan  penduduk akibat kelahiran  yang  tinggi akan  menjejaskan kualiti sumber alam.

   

iv. Pengunaan  kaedah pengurusan  yang  bersistematik : akan meningkatkan takbir urus sumber , meningkatkan kecekapan proses  pembangunan  dan  penggunaan  sumber serta produktiviti  dan  kualiti  penduduk.


6. Kaitan Daya Tampung Sumber Alam  dengan Penduduk.

Keupayaan  atau  tidak  sesuatu  sumber menampung  keperluan penduduk  di sesuatu  kawasan  akan  memberi kesan / impak  kepada :

1. Alam Sekitar  Fizikal ( ASF ).

2. Alam Sekitar Manusia ( ASM ) 


Kesan kepada  Alam Sekitar  Fizikal  ( ASF ).

1. Kemerosotan   kualiti  alam  sekitar - terjadinya  pelbagai  fenomena  seperti  pencemaran  udara  ,  pencemaran  air  , jerebu , peningkatan  suhu domestik / setempat  , hujan  asid  , Pulau haba bandar.

2. kemusnahan alam  sekitar  - kemusnahan  habitat  flora  dan fauna , tanah  runtuh  , ketandusan  tanah .

3. Kepupusan  spesis  tertentu  sumber  alam  / flora   dan fauna.



Kesan kepada  Alam Sekitar Manusia ( ASM )

1. kekurangan  sumber makanan  /   kebuluran.

2.  Boleh menjejaskan  kesihatan  penduduk  dan  menyebabkan  kematian .

3.  Perkembangan kegiatan  ekonomi  terbantut.

4.  Penduduk  hilang  sumber  pendapatan / hilang  pekerjaan.





Tips : MEMBINA GRAF GARISAN .

 Tips : MEMBINA GRAF  GARISAN .



Langkah-langkah  membina  graf  garisan .

1. Lakarkan  dan lengkapkan paksi  X  dan  paksi Y,


Kelemahan Calon :
Gagal melengkapkan  paksi X  dan paksi  Y  dengan  maklumat  yang  lengkap. Paksi  X mesti ada " tahun "  dan " 1990 , 1995 dll " . Paksi  Y mesti  ada maklumat  paksi  dan unit .

2. Penggunaan skala  dan pembinaan  plotan / garisan .
    - Umumnya  skala  graf  telah  disediakan  bersama  soalan .
       Cth : 1 cm mewakili  10 ribu tan  metrik .
                 Skala  ini  bermaksud  jarak  antara sela /sengat  pada paksi Y adalah  1cm  dan mempunyai  nilai 10 ribu .


    -    Selepas  skala pada  paksi Y  dan  tapak pada paksi  X lengkap , lorekan plotan  boleh  dilakukan  berdasarkan data  yang disediakan dalam  jadual.

*Peringatan  kepada calon :
  Kesilapan  pada skala akan  menyebabkan  semua markah untuk plotan ( bar & garisan ) akan  hilang.



3. Melengkapkan  graf  dengan  tajuk   dan  petunjuk ( jika data melebihi satu  unsur )

Kelemahan   calon
Tidak menulis  tajuk  dengan  lengkap .


3. Paparan  Graf  Garisan  yang  telah  lengkap.




4.  Paparan Graf  garisan  yang  telah  disemak  dan akur  dengan  skema  pemarkahan yang  lengkap.



                                  #hidupkitaacuankita                                     #kitausahakitajaya.

Sunday 30 August 2020

Tips : MEMBINA GRAF BAR .

 Tips : MEMBINA  GRAF  BAR  .




1. Panduan  membina graf.

  • Membina  & melengkapkan  paksi  menegak  dan  paksi  mendatar.
      


       
* Peringatan kepada Calon :
          Kegagalan melengkapkan maklumat  pada  paksi  X  dan  paksi Y , anda    akan  menyebabkan  kehilangan markah untuk  kedua-dua  paksi ( maksima 2 markah ).

 



 2. Memilih skala  pada  paksi menengak  & tapak pada paksi mendatar.

     - Umumnya  skala  graf  telah  disediakan  bersama  soalan .
           Cth : 1 cm mewakili  10 ribu tan  metrik .
Skala  ini  bermaksud  jarak  antara sela /sengat  pada paksi Y adalah  1cm  dan mempunyai  nilai 10 ribu .

    -    Selepas  skala pada  paksi Y  dan  tapak pada paksi  X lengkap , lorekan plotan  boleh  dilakukan  berdasarkan data  yang disediakan dalam  jadual.

*Peringatan  kepada calon :
  Kesilapan  pada skala akan  menyebabkan  semua markah untuk plotan ( bar & garisan ) akan  hilang.



  • Melengkan  graf  dengan  tajuk  dan  petunjuk.


  • Gambaran  graf  bar   yang  lengkap


      
       
  • Graf bar  yang  lengkap  dan telah  disemak  berdasarkan  skema  pemarkahan  yang  telah disedikan.              



             

* Peringatan  kepada calon.
Kesilapan  melukis jenis    graf  akan  menyebabkan anda  kehilangan  hampir  separuh  daripada markah  yang diperuntukkan.



#hidupkitaacuankita
#kitausahakitajaya




Monday 24 August 2020

Tips : TOPOGRAFI : CIRI-CIRI FIZIKAL ( BENTUK MUKA BUMI ) & CIRI-CIRI BUDAYA ( CIRI GUNA TANAH ).

 Tips : TOPOGRAFI  : CIRI-CIRI FIZIKAL ( BENTUK                                      MUKA BUMI ) & CIRI-CIRI BUDAYA                 ( CIRI GUNA  TANAH ).



1.  Konsep .

  • Digambarkan  melalui pelbagai  simbol  dalam  kotak petunjuk .
  • Mewakili :                                                                                     1.1.  Ciri-ciri bentuk muka  bumi secara  umum : Tanah  tinggi  ,  tanah pamah dan  kawasan  pesisir pantai.                                    1.2.  Ciri-ciri  khusus  bentuk  muka  bumi : gunung , bukit , pantai , dataran  tinggi , kol  , pelana  dll.
  • Boleh  ditafsir  berdasarkan  warna  , simbol  atau  susunan  garisan kontur.                                              

                                 
 Antara  bentuk  muka  bumi ( ciri-ciri fizikal )   yang  dapat ditafsir  daripada  peta topografi  di atas  ialah  kawasan tanah  rendah
 ( warna hijau ) , kawasan pantai /paya air masin ( secara umum ).Antara  bentuk muka bumi  secara khusus  pula ialah  likuan sungai , muara sungai .



Antara  ciri-ciri budaya ( ciri guna tanah )   yang  dapat  ditafsir  daripada  peta topografi  di atas  ialah  kewujudan kawasan ladang  kelapa sawit   dan  getah  , binaan  benteng  , tali air  , jaringan jalan raya , petempatan  ( rujuk kepada simbol bergambar , simbol garisan dan simbol titik ) , pelbagai kemudahan  awam seperti  balai polis , klinik , rumah  rehat  dan sekolah ( rujuk  kepada simbol singkatan perkataan ).



Faktor yang mempengaruhi pembinaan  dan perkembangan  petempatan  dalam  peta topografi.
1. Bentuk muka bumi  -kawasan tanah pamah  yang  rendah dan  rata   / kawasan pinggir  pantai  yang  landai  dan rata  / kawasan tanah tinggi  ( faktor penghalang ) .
2. Kegiatan  ekonomi  yang  giat ( kawasan pertanian / kawasan  bandar / pusat pendidikan / pusat pelancongan / pusat pentadbiran.
3. Kepadatan jaringan pengangkutan  /jaringan jalan raya / kereta  api  - tingkatkan  darjah ketersampaian / mobiliti buruh  / penghantaran bahan mentah / pergerakan buruh /pekerja.
4. Dasar kerajaan - pembukaan kawasan  ladang / rancangan kemajuan  tanah  dll.



Potensi  kawasan  pada  masa hadapan (  RMD )
* Tafsiran  bergantung  kepada  logik / rasional  kawasan  tersebut dimajukan  dengan  mengambilkira  faktor kesesuaian  / impak  kepada  alam  sekitar  dll.
Cth :
1, Kawasan  hutan  simpan /  rezab hutan  - sesuai untuk ekopelancongan sahaja  kerana  tidak  melibatkan pembinaan  & menjadikan ekosistem  hutan  sebagai aset / daya tarikan pelancong.
2. Kawasan tasik / terusan / kolam bekas lombong  - sesuai  untuk aktiviti  perikanan / akuakultur / agropelancongan / ekopelancongan / kawasan  penternakan haiwan / pertanian ( perlu  ditebusguna )



Kesan Perkembangan  Petempatan  kepada alam sekitar.
1. Pencemaran  air.
2. Peningkatan suhu setempat.
3. Kemusnahan  habitat  flora  dan  fauna / kawasan  hutan.
4. Menjejaskan  kawasan  tadahan  hujan.
5. Memusnahkan pelbagai jenis  flora  dan fauna.
6. Menggalakkan  proses hakisan  tanah.
7. Menyebabkan  fenomena  tanah  runtuh.







Friday 21 August 2020

Tips : TOPOGRAFI & SISTEM SALIRAN

 Tips : TOPOGRAFI & SISTEM  SALIRAN 


1. Konsep .

  • Saliran  - aliran air secara semulajadi  . Berlaku di kawasan bercerun . Terbahagi  kepada  sistem saliran baik ( aliran  air berlaku ) sesuai untuk menjelaskan  kepentingan  air  kepada aktiviti  penananam getah , kelapa sawit , kopi  dan  lain-lain tanaman.  Sistem saliran buruk (  air  bertakung ) , tidak  sesuai  untuk  pertanian  tetapi  boleh  ditebusguna  untuk  aktiviti akuakultur / sawah  padi . 
      

  • Pengairan  - aliran air akibat kewujudan  sistem  perparitan  / tali air / terusan / palong  yang  dibina  oleh  manusia . Terdapat  di kawasan yang dibina  terusan  , tali air , sistem perparitan  dll , sesuai untuk menjelaskan kepentingan air  kepada penanaman padi sawah .
       



2. Pola-pola saliran  dalam  peta  topografi.
- Pola saliran  sepunca  - mengalir  dari  satu punca  ke semua arah .

-Pola saliran reranting  -  anak  dan  cabang  sungai  dari    semua arah  tetapi  bersatu  pada sungai utama .

- Pola saliran setumpu -  aliran  sungai  dari  semua arah  dan masuk  ke  tasik / kolam .



3. Profail Sistem  Saliran / sungai.
  • Profail memanjang  sungai .
      ( Gambaran aliran sungai  dari hulu  ke hilir ).
       

Profail   mendatar  sungai .                                                                    ( Gambaran  alur   sungai dari  tebing  ke tebing ).
 

  

4.  Bukti  peta  tentang  bahagian aliran  sungai.
  • Bahagian hilir sungai  - tanah pamah / rendah  - penggunaan warna  hijau , terdapat  banyak  likuan sungai / sungai  berliku-liku , terdapat kawasan sawah  padi , terdapat beting pasir/ pemendapan pasir di alur sungai.
  • Bahagian hulu sungai - kawasan tanah tinggi - penggunaan warna kelabu , terdapat garisan kontur , bentul  sungai yang  lurus.
* Biasanya  isu  yang  dijadikan  soalan ;
   1. Bahagian  mana sungai  itu  diambil.
   2. Bukti  peta  yang menggambarkan bahagian sungai




5Kepentingan  sistem  saliran / sistem pengairan  dalam  peta topografi..

1. Mengairi  kawasan sawah  padi - simbol  terusan  / garisan biru di kawasan sawah  padi .   


2. Kegunaan  domestik - wujud petempatan  ditepi  sungai. 
        
 
3. Kawasan  perikanan /  akuakultur - wujud  petempatan penduduk / perkampongan nelayan   di tepi  sungai/ tepi  pantai .   
       


Thursday 20 August 2020

Tips : PETA TOPOGRAFI & PETEMPATAN .

 

Tips :  PETA TOPOGRAFI  &  PETEMPATAN .


1. Konsep  Petempatan .

Merujuk  kepada  kawasan  kediaman  penduduk.

Akan  memberi  gambaran  tentang jumlah  penduduk  / jumlah tenaga buruh / saiz pasaran .

Digambarkan melalui  simbol  dalam  kotak  petunjuk.


2.  Pola  Petempatan .

Merujuk  kepada  susun  atur  bangunan  dalam  sesuatu  kawasan petempatan.

Terbahagi  kepada :

1. Pola petempatan  berpusat. 

- Susunan bangunan rapat-rapat.

- Terdapat  di bandar-bandar , persimpangan  jalan dan  lain-lain. 

             Foto  1 : Pola petempatan  berpusat : susunan  bangunan  dalam  peta topo dan                                                                              kedudukan  sebenar  di lapangan. 

- Faktor yang  menggalakkan  pembentukan  pola  petempatan berpusat.

  • Pembangunan  yang tertumpu di sesuatu  kawasan . Cth  : di kawasan  persimpangan  jalan.
  • Kawasan  tanah  pamah  yang  luas  dan  rata. 

   

2. Pola petempatan berjajar.

- Susunan bangunan  berderetan  sepanjang sungai  ,  jalan raya ,  tali air  atau terusan.

- Terdapat  di tepi jalan raya , tepi sungai ,   pantai atau  di kawasan sawah padi.


3. Pola petempatan berselerak.  

- Susunan bangunan / kediaman  berjauhan antara satu  sama lain.

- Terdapat  di kawasan perkampongan tradisional  / kawasan kebun kecil .


- Faktor yang  mempengaruhi pembentukan pola petempatan ;

  • Ciri guna tanah yang menjadi pemilikan  individu.

4. Pola petempatan berkelompok.

- Susunan  binaan  / bangunan seakan-akan pola  berpuasat  tetapi wujud pengasingan  antara  satu  petempatan  dengan  petempatan yang  lain.

- Terdapat di kawasan petempatan Rancangan Kemjuan  Tanah            (  FELDA /  FELCRA ).

- Petempatan  yang  lebih tersusun  dengan  pelbagai  kemudahan infrastruktur ( jalan raya , bekalan  air  bersih  , bekalan elektrik , sistem telekomunikasi )  dan  awam ( sekolah  , klinik  , masjid  ,  dewan orang  ramai dll ).


- Faktor  pengaruhi  pembentukan  pola petempatan :

  • Dasar  kerajaaan  - pembukaan tanah rancangan .



Fungsi Petempatan :
- Bergantung  kepada  potensi  kawasan yang  digambarkan  melalui simbol  dalam  kotak  petunjuk .

1. Pusat pertanian  - simbol tanaman  ( getah / kelapa sawit / kelapa tanaman pokok baka   dll ).

2. Pusat perikanan / akuakultur - simbol  badan  air ( tepi  pantai / tepi sungai / tasik /  kolam  dll.

3. Pusat pentadbiran / Pusat perkhidmatan - terdapat  bnyak  simbol singkatan  perkataan ( B.P , B.R. , Sek. . Klinik dll.

5. Pusat transit  pengangkutan - terdapat banyak  jaringan jalan raya ,  lebuh raya  , rel  kereta api , lapangan terbang ,  pelabuhan dll.


6. Pusat pelancongan -   kawasan hutan simpan / rezab hutan  , kawasan pantai  berpasir , kawasan tanah tinggi dll.

Wednesday 19 August 2020

Tips : TOPOGRAFI & PENGANGKUTAN.

 

Tips : TOPOGRAFI & PENGANGKUTAN.


1.0.  Konsep :

Jaringan  pengangkutan  dalam  peta  topografi  merujuk  kepada  kaedah pengangkutan  yang  dilakarkan dalam peta tersebut.

                       jaringan jalan raya  yang  padat digambarkan

                                       dengan jelas  dalam  peta topografi  di atas.


Umumnya , ditafsirkan  berdasarkan simbol  garisan  dan  simbol  titik  pada  kotak  petunjuk.

                        Simbol  pengangkutan  dalam  kotak petunjuk peta  topografi.

* Perlu  dirujuk  kepada  simbol-simbol  dalam kotak  petunjuk  jika  soalan  bertanyakan tentang jenis-jenis pengangkutan  yang  terdapat  pada  peta  topografi.


2.0. Faktor-faktor  yang  mempengaruhi  letakan  dan  perkembangan  jaringan  pengangkutan  dalam  peta  topografi.

1. Bentuk muka  bumi  - kawasan tanah  tinggi ( halang pembinaan dan perkembangan )   / kawasan tanah pamah ( galakkan  pembinaan  dan  perkembangan jaringan ) .

Topo  1 : kepadatan  jaringan  jalan raya  tinggi  di kawasan  tanah  pamah/ rendah  dan jarang  di kawasan tanah tinggi ( kawasan berkontur ).


2. Kawasan  berpenduduk  ramai / padat  - rujuk  kepada  pola  petempatan  dalam peta  topografi -  petempatan  padat / jaringan jalanraya  banyak . 

                                     Topo  2 : kepadatan  jaringan  jalan raya  tinggi  di kawasan                             berpenduduk  padat  / kawasan  yang  mempunyai  banyak kawasan  petempatan .


3. Kegiatan  ekonomi  yang  maju  - rujuk  kepada  simbol  kegiatan  ekonomi dalam  kotak  petunjuk / kegiatan  ekonomi  banyak  / jaringan jalan raya / rel  kereta api  padat.

                                 Topo  3  : kepadatan  jaringan  jalan raya  tinggi  di kawasan                                                                yang mempunyai  aktiviti  ekonomi  yang maju seperti  kawasan  bandar  .


3.0.  Kepentingan  jaringan  pengangkutan dalam  peta topografi.

Topo  4 :  Jaringan jalan raya  dan runut kereta motor  memudahkan
  pergerakan buruh  ke ladang Payang   dan  memudahkan 
hasil torehan getah  di bawa  ke kilang  untuk  di proses. 

1. Mengangkut hasil-hasil pertanian / perikanan / hasil-hasil hutan      ke pasaran / ke kilang.

2. Memudahkan pergerakan / mobiliti  buruh  ke ladang / kebun  / kawasan pertanian.

3. Meningkatkan  darjah  ketersampaian penduduk.

4. Memudahkan  penduduk  melakukan  aktiviti  seharian.

5. Memudahkan pelancong  ke kawasan  pelancongan.

* Boleh  digunakan  untuk  menjawab  soalan  berbentuk " wajar @ tidak  wajar "  sesuatu kawasan dimajukan  dengan  jaringan penganglutan.


4.0. Kesan  pembinaan  dan  perkembangan  jaringan  pengangkutan  kepada  alam  sekitar  dalam  peta  topografi.

                    Topo  5 :  Pembinaan  jalan raya  di  kawasan berkontor ( tanah tinggi )                                              akan  menyebabkan  kejadian  tanah runtuh  manakala  di kawasan hutan rimba                                        akan  menyebabkan kemusnahakan habitat dan menjejaskan rantaian  makanan                             flora  dan fauna.

1. Kemusnahan  habitat  flora   dan  fauna.

2. Menjejaskan  rantaian  makanan .

3. Menjejaskan  keseimbangan  ekosistem .

4. Mengalakkan  kejadian  hakisan  tanah   dan  tanah runtuh.


* Boleh  digunakan  untuk  menjawab  soalan  berbentuk " wajar @ tidak  wajar "  sesuatu kawasan dimajukan  dengan  jaringan penganglutan.







Tuesday 18 August 2020

Tips : TOPOGRAFI & HUTAN SIMPAN .

 

Tips : MEMAHAMI  KONSEP  HUTAN   SIMPAN  DALAM  TAFSIRAN  PETA   TOPOGRAFI .



Konsep hutan Simpan / Hutan Rezab :

Merujuk  kepada  satu  kawasan  hutan  yang telah  diwartakan untuk tujuan mengekalkan  kelangsungan  flora  dan  fauna  yang  terdapat  di kawasan  tersebut.

                 Topo 1 : Kawasan hutan rezab & kawasan tadahan merupakan                                                           antara  kawasan  yang diwartakan  sebagai hutan yang  dilindungi .

Pertimbangan  pelajar  ketika  menjawab  soalan berkaitan dengan isu  ini  ialah :

1. Hutan  simpan -  kawasan pemeliharaan flora /fauna  - bertujuan mengekalkan  kelangsungan  hidup / habitat flora dan fauna &  mengekalkan  ekosistem semula  jadi .

2. Aktiviti  ekonomi  yang  sesuai  dijalankan - ekopelancongan             (  mendaki /haiking  , menjelajah hutan ) . 
:  aktiviti  yang  tidak  menjejaskan ekosistem hutan simpan , tidak melibatkan  aktiviti  penebangan / pembersihan  hutan.
: aktiviti  yang  menggunakan  pelbagai sumber alam  semulajadi dalam hutan  sebagai  daya tarikan / aset  pelancongan.

3. Kepentingan  kawasan  hutan  simpan / rezab hutan.
- Mengekalkan  habitat  flora  dan  fauna.
- Mengekalkan  kawasan  hutan  sebagai  kawasan tadahan air.
- Menyerdehanakan  suhu.
- Mengawal  dan mengurangkan kadar proses  hakisan  tanah  dan tanah runtuh.
- Aset /daya  tarikan  aktiviti  eko pelancongan.
- Mengekalkan  keseimbangan  ekosistem.
- Sebagai  pusat  pendidikan   dan  penyelidikan  tentang  ekosistem , flora  dan  fauna.  


Langkah  kawalan :

1. Langkah  perundangan  ( penggunaan  akta  perhutanan  , pemantauan  dan  hukuman )  kepada  pesalah.

2. Kempen Kesedaran Alam sekitar " Sayangi  Hutan Kita " .

3. Pendidikan Alam  Sekitar .

Tips : PANDUAN MEMAHAMI KONSEP PERSEKITARAN FIZIKAL & BUDAYA.

 

Tips : PANDUAN  MEMAHAMI  KONSEP  PERSEKITARAN FIZIKAL ,   BUDAYA  &  PERUBAHAN  PANDANG  DARAT.  


1. Alam Sekitar  Fizikal.

 Meliputi  semua sistem  bumi.

Terdiri daripada pelbagai   elemen / unsur  yang  berkaitan  dengan  sistem  Atmosfera ( ruang  udara /ruang angkasa ) , sistem  hidrosfera ( sistem  air  )  , sistem litosfera ( bentuk  muka bumi , tanih , batuan  , mineral  galian )  , sistem biosfera (  pelbagai hidupan ) .

*Key word : AHLB @ UATH.


Sebarang huraian berkaitan  dengan alam sekitar  fizikal MESTI :


1. Sistem atmosfera :  

Merujuk  kepada  ruang  angkasa   dan  semua objek  yang  terkandung  di dalam nya. 

Impak aktiviti  manusia  kepada  sistem atmosfera : menjejaskan  kualiti  udara  ( pencemaran udara , jerebu  , peningkatan suhu  setempat ,  hujan asid  , fenomena  pulau  haba bandar  - peringkat  domestik )   dan  (  penipisan  lapisan ozon serta   kesan  rumah hijau  -   perubahan iklim  global / pemanasan global ),


2. Sistem  litosfera 

Merujuk  kepada  pelbagai  bentuk  muka  bumi ( tanah tinggi , tanah pamah , kawasan pesisiran  pantai ) ,  pelbagai jenis  tanih ( tanih laterit  , tanih aluvium  , tanih  gambut  , tanih bris , tanih  regur  , tanih chernozem  ,  tanih  podzol   dll )   dan  pelbagai  jenis batuan   ( batuan  igneus , batuan  enapan   dan  batuan  metamorforsis ) .

Kesan Ekslpotasi / penerokaan  sumber  tanih  : Mengambil  kira  aspek   perubahan  bentuk  muka  bumi   , proses  hakisan  tanah  , gerakan  jisim ( kesotan tanah , tanah  runtuh , gelongsoran tanah  , aliran  lumpur )   dan  ketandusan  tanah.


3. Sistem  hidrosfera. 

Merujuk  kepada  zon-zon   air  di permukaan bumi / kewujudan pelbagai  badan-badan  air ( laut ,sungai  , tasik  ,terusan  dll ) 

Kesan eksplotasi : Pencemaran  air .


4. Sistem  biosfera .

Merujuk  kepada  pelbagai  hidupan (  tumbuhan / flora   , haiwan  di darat / fauna  ,  hidupan  di air / hidupan  akuatik dan  mikro organisme / kulat /fungus / bakteria  dll ) .

Kesan eksplotasi :

1. Kemusnahan  habitat  flora dan fauna/ kemusnahan  habitat  hidupan akutik.

2. Kemusnahan  sistem rantaian makanan .

3. Kepupusan spesis tertentu  flora dan  fauna / kenusnahan spesis tertentu hidupan  akuatik.


2.  Alam Sekitar  Budaya. 

Meliputi  semua   hasil / binaan / semua  perubahan  yang  dilakukan oleh penduduk  /   manusia  ke  atas permukaan  bumi @  terhadap alam  sekitar fizikal / terbentuk  hasil  daripada  aktiviti  penduduk .


Terdiri  daripada hasil perubahan  akibat perkembangan  aktiviti ekonomi ,  binaan  , pengangkutan  dll. Contoh : 

Aktiviti  pertanian  : mewujudkan  kawasan sawah  padi  ,  kawasan  ladang teh ,  kawasan ladang getah   ,  kopi ,  koko  dan  lain-lain tanaman.

Aktiviti perlombongan : mewujudkan  kawasan  lombong dedah , kawasan kolam  , kawasan  carigali  dan  kawasan longgokan tanah bekas lombong.

Aktiviti  pembinaan : mewujudkan  kawasan  petempatan , kemudahan  pelbagai infrastruktur , kawasan  empangan  , kawasan pembandaran  dll.

Aktiviti  pengangkutan : mewujudkan  jaringan  jalan raya  , rel kereta api  , pelabuhan   dan  lapangan terbang . 

Aktiviti  perikanan : kawasan  akuakultur  , pelabuhan  perikanan , kelong  dll.

# Alam  sekitar  budaya  juga  dikenali  sebagai  perubahan terhadap pandang darat fizikal  /  ekosistem  buatan  manusia.


3.0  Mekanisma  / kaedah  yang  menyumbang  kepada  Perubahan  Alam Sekitar Fizikal .

1. Aktiviti  pembangunan - keperluan  terhadap  sumber makanan  , keperluan  sumber bahan  mentah  industri , desakan terkadap pelung pekerjaaan  yang  tinggi  , permintaan  yang  tinggi  terhadap ruang kediaman , ruang perniagaan   dan  lain-lain  akan mendorong  kepada proses  ekplotasi  pelbagai  jenis  sumber alam  termasuklah sumber tanih ( cara  guna  tanah )  dan  pelbagai sumber  yang  lain.

Dalam  hal  ini , pelbagai  kaedah  / cara / mekanisme cara  guna sumber ( tanah @ bentuk muka bumi  /  hutan / air / meneral ) akan  digunakan . Contoh :  kawasan bukit  ditarah   , kawasan  paya  ditambak , kawasan  lereng bukit  diteres  , permukaan  tanah  digali . Kawasan hutan  akan  digondolkan / penyahutanan dijalanan / penebangan hutan / pembersihan  hutan  secara tidak terkawal / secara berleluasa .

 

# Penting  dalam menghurai  isu-isu soalan  yang  menggunakan  kata  kerja " bagaimana "  yang  mengkehendaki  pelajar  menyatakan proses terjadinya sesuatu .

Kesan  eksplotasi  alam  memberi  impak / dampak  kepada  alam  sekitar fizikal  seperti berikut  :

1. Kemerosotan  kualiti  alam  sekitar : 

Contoh : pencemaran  udara   , pencemaran  air   ,  pencemaran  bau   ,jerebu  , peningkatan  suhu domestik , kesan rumah  hijau  , hakisan tanih   ,  banjir kilat , pulau haba  bandar.

2. Kemusnahan  alam sekitar.

Contoh : Tanah  runtuh , hakisan  ombak . 

3. Kepupusan spesis  tertentu  flora  dan fauna  , kepupusan pelbagai sumber alam.

# Penting dalam  menjawap  soalan  kesan aktiviti  manusia / ekonomi / pembangunan   kepada  alam sekitar  fizikal . 



4.0 Perubahan Sosio ekonomi.

Hal  ini merujuk  kepada  kesan  ekplotasi  sumber  alam  semulajadi / perembangan  kepada  aspek  sosio-ekonomi  penduduk / manusia  yang  terlibat.


1. Kesan  kepada  ekonomi penduduk &  kawasan  setempat.

- Mewujudkan  bnyak  peluang  pekerjaan.

- Meningkatkan  pendapatan  perkapita  penduduk  .

- Meningkatkan  kadar  upah.

- Meningkatkan  kuasa  beli   dn  tabungan  penduduk.

- Mewujudkan  kesan  pengganda  ekonomi  yang besar.

- Menyediakan sumber bahan  mentah  industri  yang  banyak  dan murah.

- Mengurangkan kadar  pengangguran  penduduk.

- Menyumbang kepada  peningkatan  KDNK  / sumber  pendapatan negara.

- Menggalakkan  kemasukan  pelaburan  asing.


2. Kesan  kepada  sosial.

-  Meningkatkan  taraf  hidup.

- Menjana  kerkembangan  kemudahan infrastuktur ( pembinaan  jalan raya  ,   rel  keretapi   ,kemudahan bekalan elektrik  , bekalan air bersih  dan  pelbagai  kemudahan sistem telekomunikasi.

- Menggalakkan  perkembangan sistem  pendidikan  dan  penyelidikan.

-  Menggalakkan  perkembangan pusat-pusat  pertumbuhan  wilayah  dan  bandar-bandar  baru.


* Eksplotasi  sumber alam  yang  tidak  terkawal   / aktiviti  ekonomi  yang tidak  terkawal  turut memberi  impak/kesan  negatif kepada  penduduk / manusia .  Kesan  negatif  ini  di namakan  sebagai kos  sosial.   


Antara  kos sosial  yang  terpaksa  ditanggung oleh  penduduk  ialah :

1. Kematian  / kehilangan  nyawa.

2. Jangkitan  penyakit / masalah  kesihatan.

3. Hilang  sumber  pendapatan ..

4. Kemusnahan harta  benda / kawasan pertanian .

5. Terputus jaringan  pengangkutan. 



5.0  Mekanisma  / kaedah  yang  menyumbang  kepada  Perubahan  Pandang  Darat  Fizikal .

- Merujuk  kepada  perubahan yang  berlaku    terhadap  sistem  litosfera , sistem  hidrosfera   dan  sistem  biosfera  sahaja .

- Sistem litosfera -   kesan  hakisan  ,  kesan  pergerakan  jisim (  kesotan tanih  , tanah runtuh  , aliran lumpur , gelongsoran  tanah )  dll.

- Sistem  hidrosfera -   empangan  dipenuhi  air , projek  pengairan  , kewujudan  pelbagai  badan air  semulajadi  atau  buatan  manusia .

- Sistem  biosfera  -  terdapat  litupan  hutan  , litupan  belukar  , litupan   tanaman.