Tips : TOPOGRAFI & PENGANGKUTAN.
1.0. Konsep :
Jaringan pengangkutan dalam peta topografi merujuk kepada kaedah pengangkutan yang dilakarkan dalam peta tersebut.
jaringan jalan raya yang padat digambarkan
dengan jelas dalam peta topografi di atas.
Umumnya , ditafsirkan berdasarkan simbol garisan dan simbol titik pada kotak petunjuk.
Simbol pengangkutan dalam kotak petunjuk peta topografi.* Perlu dirujuk kepada simbol-simbol dalam kotak petunjuk jika soalan bertanyakan tentang jenis-jenis pengangkutan yang terdapat pada peta topografi.
2.0. Faktor-faktor yang mempengaruhi letakan dan perkembangan jaringan pengangkutan dalam peta topografi.
1. Bentuk muka bumi - kawasan tanah tinggi ( halang pembinaan dan perkembangan ) / kawasan tanah pamah ( galakkan pembinaan dan perkembangan jaringan ) .
Topo 1 : kepadatan jaringan jalan raya tinggi di kawasan tanah pamah/ rendah dan jarang di kawasan tanah tinggi ( kawasan berkontur ).
2. Kawasan berpenduduk ramai / padat - rujuk kepada pola petempatan dalam peta topografi - petempatan padat / jaringan jalanraya banyak .
3. Kegiatan ekonomi yang maju - rujuk kepada simbol kegiatan ekonomi dalam kotak petunjuk / kegiatan ekonomi banyak / jaringan jalan raya / rel kereta api padat.
Topo 3 : kepadatan jaringan jalan raya tinggi di kawasan yang mempunyai aktiviti ekonomi yang maju seperti kawasan bandar .
3.0. Kepentingan jaringan pengangkutan dalam peta topografi.
1. Mengangkut hasil-hasil pertanian / perikanan / hasil-hasil hutan ke pasaran / ke kilang.
2. Memudahkan pergerakan / mobiliti buruh ke ladang / kebun / kawasan pertanian.
3. Meningkatkan darjah ketersampaian penduduk.
4. Memudahkan penduduk melakukan aktiviti seharian.
5. Memudahkan pelancong ke kawasan pelancongan.
* Boleh digunakan untuk menjawab soalan berbentuk " wajar @ tidak wajar " sesuatu kawasan dimajukan dengan jaringan penganglutan.
4.0. Kesan pembinaan dan perkembangan jaringan pengangkutan kepada alam sekitar dalam peta topografi.
1. Kemusnahan habitat flora dan fauna.
2. Menjejaskan rantaian makanan .
3. Menjejaskan keseimbangan ekosistem .
4. Mengalakkan kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh.
* Boleh digunakan untuk menjawab soalan berbentuk " wajar @ tidak wajar " sesuatu kawasan dimajukan dengan jaringan penganglutan.
No comments:
Post a Comment