Monday 31 August 2020

Info  : SUMBER ALAM  &  DAYA  TAMPUNG  SUMBER  ALAM . 


1. Konsep  Sumber Alam :

  • Merujuk kepada  sesuatu yang  mempuyai nilai dan  boleh digunakan oleh  manusia  untuk kelangsungan hidup  mereka.

2. Jenis-jenis  sumber alam .

  • Sumber yang  boleh  diperbaharui . Terdiri  daripada  sumber semulajadi  (  tenaga angin ,  tenaga ombak  , tenaga suria  dll ) dan  sumber yang  boleh dikitar semula  seperti  sumber hutan , sumber air .


  • Sumber yang  tidak boleh diperbaharui . Terdiri  daripada sumber alam  yang akan habis / pupus setelah  diekplotasi tanpa kawalan  dan  berhemah ( sumber tenaga fosil  , mineral / galian dalam  bentuk  bijih ).


3. Konsep Daya Tampung Sumber Alam.

  • Keupayaan sesuatu  sumber  menampung  keperluan  penduduk  pada  aras  dan  jangka /tempoh  masa  yang  tertentu .


  

4. Ciri-ciri Daya Tampung Sumber Alam.

  • Mempunyai  keupayaan  untuk bertahan  dalam  tempoh masa  yang  panjang (  boleh  ditingkatkan  )  dan  ada  yang  akan  habis  dalam  tempoh masa  yang  singkat.
  • Mempunyai ciri-ciri  berikut  jika daya tanpung  sesuatu  sumber ingin  di kekalkan dalam tempoh  masa  yang  panjang.

 
i. Kualiti   dan  kuantiti  sumber : Sumber  yang  berkualiti tinggi  dan  mempunyai kuantiti  yang  yang banyak  akan  mempunyai  daya  tampung  yang  lebih  tinggi / panjang.

  

 ii. Penggunaan  teknologi  yang  lebih  moden : akan meningkatkan kecekapan eksplotasi sumber , mengurangkan pembaziran sumber semasa & selepas tuai dan  dapat  mengoptimakan penghasilan .

 iii. Kawal aras penduduk  yang boleh  ditampung : kawal  kadar kelahiran penduduk agar jumlah penduduk  seimbang  dengan  penawaran  sumber yang  sedia  ada . Lebihan  penduduk akibat kelahiran  yang  tinggi akan  menjejaskan kualiti sumber alam.

   

iv. Pengunaan  kaedah pengurusan  yang  bersistematik : akan meningkatkan takbir urus sumber , meningkatkan kecekapan proses  pembangunan  dan  penggunaan  sumber serta produktiviti  dan  kualiti  penduduk.


6. Kaitan Daya Tampung Sumber Alam  dengan Penduduk.

Keupayaan  atau  tidak  sesuatu  sumber menampung  keperluan penduduk  di sesuatu  kawasan  akan  memberi kesan / impak  kepada :

1. Alam Sekitar  Fizikal ( ASF ).

2. Alam Sekitar Manusia ( ASM ) 


Kesan kepada  Alam Sekitar  Fizikal  ( ASF ).

1. Kemerosotan   kualiti  alam  sekitar - terjadinya  pelbagai  fenomena  seperti  pencemaran  udara  ,  pencemaran  air  , jerebu , peningkatan  suhu domestik / setempat  , hujan  asid  , Pulau haba bandar.

2. kemusnahan alam  sekitar  - kemusnahan  habitat  flora  dan fauna , tanah  runtuh  , ketandusan  tanah .

3. Kepupusan  spesis  tertentu  sumber  alam  / flora   dan fauna.



Kesan kepada  Alam Sekitar Manusia ( ASM )

1. kekurangan  sumber makanan  /   kebuluran.

2.  Boleh menjejaskan  kesihatan  penduduk  dan  menyebabkan  kematian .

3.  Perkembangan kegiatan  ekonomi  terbantut.

4.  Penduduk  hilang  sumber  pendapatan / hilang  pekerjaan.





No comments:

Post a Comment