Monday 24 August 2020

Tips : TOPOGRAFI : CIRI-CIRI FIZIKAL ( BENTUK MUKA BUMI ) & CIRI-CIRI BUDAYA ( CIRI GUNA TANAH ).

 Tips : TOPOGRAFI  : CIRI-CIRI FIZIKAL ( BENTUK                                      MUKA BUMI ) & CIRI-CIRI BUDAYA                 ( CIRI GUNA  TANAH ).



1.  Konsep .

  • Digambarkan  melalui pelbagai  simbol  dalam  kotak petunjuk .
  • Mewakili :                                                                                     1.1.  Ciri-ciri bentuk muka  bumi secara  umum : Tanah  tinggi  ,  tanah pamah dan  kawasan  pesisir pantai.                                    1.2.  Ciri-ciri  khusus  bentuk  muka  bumi : gunung , bukit , pantai , dataran  tinggi , kol  , pelana  dll.
  • Boleh  ditafsir  berdasarkan  warna  , simbol  atau  susunan  garisan kontur.                                              

                                 
 Antara  bentuk  muka  bumi ( ciri-ciri fizikal )   yang  dapat ditafsir  daripada  peta topografi  di atas  ialah  kawasan tanah  rendah
 ( warna hijau ) , kawasan pantai /paya air masin ( secara umum ).Antara  bentuk muka bumi  secara khusus  pula ialah  likuan sungai , muara sungai .



Antara  ciri-ciri budaya ( ciri guna tanah )   yang  dapat  ditafsir  daripada  peta topografi  di atas  ialah  kewujudan kawasan ladang  kelapa sawit   dan  getah  , binaan  benteng  , tali air  , jaringan jalan raya , petempatan  ( rujuk kepada simbol bergambar , simbol garisan dan simbol titik ) , pelbagai kemudahan  awam seperti  balai polis , klinik , rumah  rehat  dan sekolah ( rujuk  kepada simbol singkatan perkataan ).



Faktor yang mempengaruhi pembinaan  dan perkembangan  petempatan  dalam  peta topografi.
1. Bentuk muka bumi  -kawasan tanah pamah  yang  rendah dan  rata   / kawasan pinggir  pantai  yang  landai  dan rata  / kawasan tanah tinggi  ( faktor penghalang ) .
2. Kegiatan  ekonomi  yang  giat ( kawasan pertanian / kawasan  bandar / pusat pendidikan / pusat pelancongan / pusat pentadbiran.
3. Kepadatan jaringan pengangkutan  /jaringan jalan raya / kereta  api  - tingkatkan  darjah ketersampaian / mobiliti buruh  / penghantaran bahan mentah / pergerakan buruh /pekerja.
4. Dasar kerajaan - pembukaan kawasan  ladang / rancangan kemajuan  tanah  dll.



Potensi  kawasan  pada  masa hadapan (  RMD )
* Tafsiran  bergantung  kepada  logik / rasional  kawasan  tersebut dimajukan  dengan  mengambilkira  faktor kesesuaian  / impak  kepada  alam  sekitar  dll.
Cth :
1, Kawasan  hutan  simpan /  rezab hutan  - sesuai untuk ekopelancongan sahaja  kerana  tidak  melibatkan pembinaan  & menjadikan ekosistem  hutan  sebagai aset / daya tarikan pelancong.
2. Kawasan tasik / terusan / kolam bekas lombong  - sesuai  untuk aktiviti  perikanan / akuakultur / agropelancongan / ekopelancongan / kawasan  penternakan haiwan / pertanian ( perlu  ditebusguna )



Kesan Perkembangan  Petempatan  kepada alam sekitar.
1. Pencemaran  air.
2. Peningkatan suhu setempat.
3. Kemusnahan  habitat  flora  dan  fauna / kawasan  hutan.
4. Menjejaskan  kawasan  tadahan  hujan.
5. Memusnahkan pelbagai jenis  flora  dan fauna.
6. Menggalakkan  proses hakisan  tanah.
7. Menyebabkan  fenomena  tanah  runtuh.







No comments:

Post a Comment