Thursday 20 August 2020

Tips : PETA TOPOGRAFI & PETEMPATAN .

 

Tips :  PETA TOPOGRAFI  &  PETEMPATAN .


1. Konsep  Petempatan .

Merujuk  kepada  kawasan  kediaman  penduduk.

Akan  memberi  gambaran  tentang jumlah  penduduk  / jumlah tenaga buruh / saiz pasaran .

Digambarkan melalui  simbol  dalam  kotak  petunjuk.


2.  Pola  Petempatan .

Merujuk  kepada  susun  atur  bangunan  dalam  sesuatu  kawasan petempatan.

Terbahagi  kepada :

1. Pola petempatan  berpusat. 

- Susunan bangunan rapat-rapat.

- Terdapat  di bandar-bandar , persimpangan  jalan dan  lain-lain. 

             Foto  1 : Pola petempatan  berpusat : susunan  bangunan  dalam  peta topo dan                                                                              kedudukan  sebenar  di lapangan. 

- Faktor yang  menggalakkan  pembentukan  pola  petempatan berpusat.

  • Pembangunan  yang tertumpu di sesuatu  kawasan . Cth  : di kawasan  persimpangan  jalan.
  • Kawasan  tanah  pamah  yang  luas  dan  rata. 

   

2. Pola petempatan berjajar.

- Susunan bangunan  berderetan  sepanjang sungai  ,  jalan raya ,  tali air  atau terusan.

- Terdapat  di tepi jalan raya , tepi sungai ,   pantai atau  di kawasan sawah padi.


3. Pola petempatan berselerak.  

- Susunan bangunan / kediaman  berjauhan antara satu  sama lain.

- Terdapat  di kawasan perkampongan tradisional  / kawasan kebun kecil .


- Faktor yang  mempengaruhi pembentukan pola petempatan ;

  • Ciri guna tanah yang menjadi pemilikan  individu.

4. Pola petempatan berkelompok.

- Susunan  binaan  / bangunan seakan-akan pola  berpuasat  tetapi wujud pengasingan  antara  satu  petempatan  dengan  petempatan yang  lain.

- Terdapat di kawasan petempatan Rancangan Kemjuan  Tanah            (  FELDA /  FELCRA ).

- Petempatan  yang  lebih tersusun  dengan  pelbagai  kemudahan infrastruktur ( jalan raya , bekalan  air  bersih  , bekalan elektrik , sistem telekomunikasi )  dan  awam ( sekolah  , klinik  , masjid  ,  dewan orang  ramai dll ).


- Faktor  pengaruhi  pembentukan  pola petempatan :

  • Dasar  kerajaaan  - pembukaan tanah rancangan .



Fungsi Petempatan :
- Bergantung  kepada  potensi  kawasan yang  digambarkan  melalui simbol  dalam  kotak  petunjuk .

1. Pusat pertanian  - simbol tanaman  ( getah / kelapa sawit / kelapa tanaman pokok baka   dll ).

2. Pusat perikanan / akuakultur - simbol  badan  air ( tepi  pantai / tepi sungai / tasik /  kolam  dll.

3. Pusat pentadbiran / Pusat perkhidmatan - terdapat  bnyak  simbol singkatan  perkataan ( B.P , B.R. , Sek. . Klinik dll.

5. Pusat transit  pengangkutan - terdapat banyak  jaringan jalan raya ,  lebuh raya  , rel  kereta api , lapangan terbang ,  pelabuhan dll.


6. Pusat pelancongan -   kawasan hutan simpan / rezab hutan  , kawasan pantai  berpasir , kawasan tanah tinggi dll.

No comments:

Post a Comment