Friday 21 August 2020

Tips : TOPOGRAFI & SISTEM SALIRAN

 Tips : TOPOGRAFI & SISTEM  SALIRAN 


1. Konsep .

  • Saliran  - aliran air secara semulajadi  . Berlaku di kawasan bercerun . Terbahagi  kepada  sistem saliran baik ( aliran  air berlaku ) sesuai untuk menjelaskan  kepentingan  air  kepada aktiviti  penananam getah , kelapa sawit , kopi  dan  lain-lain tanaman.  Sistem saliran buruk (  air  bertakung ) , tidak  sesuai  untuk  pertanian  tetapi  boleh  ditebusguna  untuk  aktiviti akuakultur / sawah  padi . 
      

  • Pengairan  - aliran air akibat kewujudan  sistem  perparitan  / tali air / terusan / palong  yang  dibina  oleh  manusia . Terdapat  di kawasan yang dibina  terusan  , tali air , sistem perparitan  dll , sesuai untuk menjelaskan kepentingan air  kepada penanaman padi sawah .
       



2. Pola-pola saliran  dalam  peta  topografi.
- Pola saliran  sepunca  - mengalir  dari  satu punca  ke semua arah .

-Pola saliran reranting  -  anak  dan  cabang  sungai  dari    semua arah  tetapi  bersatu  pada sungai utama .

- Pola saliran setumpu -  aliran  sungai  dari  semua arah  dan masuk  ke  tasik / kolam .



3. Profail Sistem  Saliran / sungai.
  • Profail memanjang  sungai .
      ( Gambaran aliran sungai  dari hulu  ke hilir ).
       

Profail   mendatar  sungai .                                                                    ( Gambaran  alur   sungai dari  tebing  ke tebing ).
 

  

4.  Bukti  peta  tentang  bahagian aliran  sungai.
  • Bahagian hilir sungai  - tanah pamah / rendah  - penggunaan warna  hijau , terdapat  banyak  likuan sungai / sungai  berliku-liku , terdapat kawasan sawah  padi , terdapat beting pasir/ pemendapan pasir di alur sungai.
  • Bahagian hulu sungai - kawasan tanah tinggi - penggunaan warna kelabu , terdapat garisan kontur , bentul  sungai yang  lurus.
* Biasanya  isu  yang  dijadikan  soalan ;
   1. Bahagian  mana sungai  itu  diambil.
   2. Bukti  peta  yang menggambarkan bahagian sungai




5Kepentingan  sistem  saliran / sistem pengairan  dalam  peta topografi..

1. Mengairi  kawasan sawah  padi - simbol  terusan  / garisan biru di kawasan sawah  padi .   


2. Kegunaan  domestik - wujud petempatan  ditepi  sungai. 
        
 
3. Kawasan  perikanan /  akuakultur - wujud  petempatan penduduk / perkampongan nelayan   di tepi  sungai/ tepi  pantai .   
       


No comments:

Post a Comment