Tuesday 18 August 2020

Tips : PANDUAN MEMAHAMI KONSEP PERSEKITARAN FIZIKAL & BUDAYA.

 

Tips : PANDUAN  MEMAHAMI  KONSEP  PERSEKITARAN FIZIKAL ,   BUDAYA  &  PERUBAHAN  PANDANG  DARAT.  


1. Alam Sekitar  Fizikal.

 Meliputi  semua sistem  bumi.

Terdiri daripada pelbagai   elemen / unsur  yang  berkaitan  dengan  sistem  Atmosfera ( ruang  udara /ruang angkasa ) , sistem  hidrosfera ( sistem  air  )  , sistem litosfera ( bentuk  muka bumi , tanih , batuan  , mineral  galian )  , sistem biosfera (  pelbagai hidupan ) .

*Key word : AHLB @ UATH.


Sebarang huraian berkaitan  dengan alam sekitar  fizikal MESTI :


1. Sistem atmosfera :  

Merujuk  kepada  ruang  angkasa   dan  semua objek  yang  terkandung  di dalam nya. 

Impak aktiviti  manusia  kepada  sistem atmosfera : menjejaskan  kualiti  udara  ( pencemaran udara , jerebu  , peningkatan suhu  setempat ,  hujan asid  , fenomena  pulau  haba bandar  - peringkat  domestik )   dan  (  penipisan  lapisan ozon serta   kesan  rumah hijau  -   perubahan iklim  global / pemanasan global ),


2. Sistem  litosfera 

Merujuk  kepada  pelbagai  bentuk  muka  bumi ( tanah tinggi , tanah pamah , kawasan pesisiran  pantai ) ,  pelbagai jenis  tanih ( tanih laterit  , tanih aluvium  , tanih  gambut  , tanih bris , tanih  regur  , tanih chernozem  ,  tanih  podzol   dll )   dan  pelbagai  jenis batuan   ( batuan  igneus , batuan  enapan   dan  batuan  metamorforsis ) .

Kesan Ekslpotasi / penerokaan  sumber  tanih  : Mengambil  kira  aspek   perubahan  bentuk  muka  bumi   , proses  hakisan  tanah  , gerakan  jisim ( kesotan tanah , tanah  runtuh , gelongsoran tanah  , aliran  lumpur )   dan  ketandusan  tanah.


3. Sistem  hidrosfera. 

Merujuk  kepada  zon-zon   air  di permukaan bumi / kewujudan pelbagai  badan-badan  air ( laut ,sungai  , tasik  ,terusan  dll ) 

Kesan eksplotasi : Pencemaran  air .


4. Sistem  biosfera .

Merujuk  kepada  pelbagai  hidupan (  tumbuhan / flora   , haiwan  di darat / fauna  ,  hidupan  di air / hidupan  akuatik dan  mikro organisme / kulat /fungus / bakteria  dll ) .

Kesan eksplotasi :

1. Kemusnahan  habitat  flora dan fauna/ kemusnahan  habitat  hidupan akutik.

2. Kemusnahan  sistem rantaian makanan .

3. Kepupusan spesis tertentu  flora dan  fauna / kenusnahan spesis tertentu hidupan  akuatik.


2.  Alam Sekitar  Budaya. 

Meliputi  semua   hasil / binaan / semua  perubahan  yang  dilakukan oleh penduduk  /   manusia  ke  atas permukaan  bumi @  terhadap alam  sekitar fizikal / terbentuk  hasil  daripada  aktiviti  penduduk .


Terdiri  daripada hasil perubahan  akibat perkembangan  aktiviti ekonomi ,  binaan  , pengangkutan  dll. Contoh : 

Aktiviti  pertanian  : mewujudkan  kawasan sawah  padi  ,  kawasan  ladang teh ,  kawasan ladang getah   ,  kopi ,  koko  dan  lain-lain tanaman.

Aktiviti perlombongan : mewujudkan  kawasan  lombong dedah , kawasan kolam  , kawasan  carigali  dan  kawasan longgokan tanah bekas lombong.

Aktiviti  pembinaan : mewujudkan  kawasan  petempatan , kemudahan  pelbagai infrastruktur , kawasan  empangan  , kawasan pembandaran  dll.

Aktiviti  pengangkutan : mewujudkan  jaringan  jalan raya  , rel kereta api  , pelabuhan   dan  lapangan terbang . 

Aktiviti  perikanan : kawasan  akuakultur  , pelabuhan  perikanan , kelong  dll.

# Alam  sekitar  budaya  juga  dikenali  sebagai  perubahan terhadap pandang darat fizikal  /  ekosistem  buatan  manusia.


3.0  Mekanisma  / kaedah  yang  menyumbang  kepada  Perubahan  Alam Sekitar Fizikal .

1. Aktiviti  pembangunan - keperluan  terhadap  sumber makanan  , keperluan  sumber bahan  mentah  industri , desakan terkadap pelung pekerjaaan  yang  tinggi  , permintaan  yang  tinggi  terhadap ruang kediaman , ruang perniagaan   dan  lain-lain  akan mendorong  kepada proses  ekplotasi  pelbagai  jenis  sumber alam  termasuklah sumber tanih ( cara  guna  tanah )  dan  pelbagai sumber  yang  lain.

Dalam  hal  ini , pelbagai  kaedah  / cara / mekanisme cara  guna sumber ( tanah @ bentuk muka bumi  /  hutan / air / meneral ) akan  digunakan . Contoh :  kawasan bukit  ditarah   , kawasan  paya  ditambak , kawasan  lereng bukit  diteres  , permukaan  tanah  digali . Kawasan hutan  akan  digondolkan / penyahutanan dijalanan / penebangan hutan / pembersihan  hutan  secara tidak terkawal / secara berleluasa .

 

# Penting  dalam menghurai  isu-isu soalan  yang  menggunakan  kata  kerja " bagaimana "  yang  mengkehendaki  pelajar  menyatakan proses terjadinya sesuatu .

Kesan  eksplotasi  alam  memberi  impak / dampak  kepada  alam  sekitar fizikal  seperti berikut  :

1. Kemerosotan  kualiti  alam  sekitar : 

Contoh : pencemaran  udara   , pencemaran  air   ,  pencemaran  bau   ,jerebu  , peningkatan  suhu domestik , kesan rumah  hijau  , hakisan tanih   ,  banjir kilat , pulau haba  bandar.

2. Kemusnahan  alam sekitar.

Contoh : Tanah  runtuh , hakisan  ombak . 

3. Kepupusan spesis  tertentu  flora  dan fauna  , kepupusan pelbagai sumber alam.

# Penting dalam  menjawap  soalan  kesan aktiviti  manusia / ekonomi / pembangunan   kepada  alam sekitar  fizikal . 



4.0 Perubahan Sosio ekonomi.

Hal  ini merujuk  kepada  kesan  ekplotasi  sumber  alam  semulajadi / perembangan  kepada  aspek  sosio-ekonomi  penduduk / manusia  yang  terlibat.


1. Kesan  kepada  ekonomi penduduk &  kawasan  setempat.

- Mewujudkan  bnyak  peluang  pekerjaan.

- Meningkatkan  pendapatan  perkapita  penduduk  .

- Meningkatkan  kadar  upah.

- Meningkatkan  kuasa  beli   dn  tabungan  penduduk.

- Mewujudkan  kesan  pengganda  ekonomi  yang besar.

- Menyediakan sumber bahan  mentah  industri  yang  banyak  dan murah.

- Mengurangkan kadar  pengangguran  penduduk.

- Menyumbang kepada  peningkatan  KDNK  / sumber  pendapatan negara.

- Menggalakkan  kemasukan  pelaburan  asing.


2. Kesan  kepada  sosial.

-  Meningkatkan  taraf  hidup.

- Menjana  kerkembangan  kemudahan infrastuktur ( pembinaan  jalan raya  ,   rel  keretapi   ,kemudahan bekalan elektrik  , bekalan air bersih  dan  pelbagai  kemudahan sistem telekomunikasi.

- Menggalakkan  perkembangan sistem  pendidikan  dan  penyelidikan.

-  Menggalakkan  perkembangan pusat-pusat  pertumbuhan  wilayah  dan  bandar-bandar  baru.


* Eksplotasi  sumber alam  yang  tidak  terkawal   / aktiviti  ekonomi  yang tidak  terkawal  turut memberi  impak/kesan  negatif kepada  penduduk / manusia .  Kesan  negatif  ini  di namakan  sebagai kos  sosial.   


Antara  kos sosial  yang  terpaksa  ditanggung oleh  penduduk  ialah :

1. Kematian  / kehilangan  nyawa.

2. Jangkitan  penyakit / masalah  kesihatan.

3. Hilang  sumber  pendapatan ..

4. Kemusnahan harta  benda / kawasan pertanian .

5. Terputus jaringan  pengangkutan. 



5.0  Mekanisma  / kaedah  yang  menyumbang  kepada  Perubahan  Pandang  Darat  Fizikal .

- Merujuk  kepada  perubahan yang  berlaku    terhadap  sistem  litosfera , sistem  hidrosfera   dan  sistem  biosfera  sahaja .

- Sistem litosfera -   kesan  hakisan  ,  kesan  pergerakan  jisim (  kesotan tanih  , tanah runtuh  , aliran lumpur , gelongsoran  tanah )  dll.

- Sistem  hidrosfera -   empangan  dipenuhi  air , projek  pengairan  , kewujudan  pelbagai  badan air  semulajadi  atau  buatan  manusia .

- Sistem  biosfera  -  terdapat  litupan  hutan  , litupan  belukar  , litupan   tanaman.  




No comments:

Post a Comment