Tuesday 18 August 2020

Tips : TOPOGRAFI & HUTAN SIMPAN .

 

Tips : MEMAHAMI  KONSEP  HUTAN   SIMPAN  DALAM  TAFSIRAN  PETA   TOPOGRAFI .



Konsep hutan Simpan / Hutan Rezab :

Merujuk  kepada  satu  kawasan  hutan  yang telah  diwartakan untuk tujuan mengekalkan  kelangsungan  flora  dan  fauna  yang  terdapat  di kawasan  tersebut.

                 Topo 1 : Kawasan hutan rezab & kawasan tadahan merupakan                                                           antara  kawasan  yang diwartakan  sebagai hutan yang  dilindungi .

Pertimbangan  pelajar  ketika  menjawab  soalan berkaitan dengan isu  ini  ialah :

1. Hutan  simpan -  kawasan pemeliharaan flora /fauna  - bertujuan mengekalkan  kelangsungan  hidup / habitat flora dan fauna &  mengekalkan  ekosistem semula  jadi .

2. Aktiviti  ekonomi  yang  sesuai  dijalankan - ekopelancongan             (  mendaki /haiking  , menjelajah hutan ) . 
:  aktiviti  yang  tidak  menjejaskan ekosistem hutan simpan , tidak melibatkan  aktiviti  penebangan / pembersihan  hutan.
: aktiviti  yang  menggunakan  pelbagai sumber alam  semulajadi dalam hutan  sebagai  daya tarikan / aset  pelancongan.

3. Kepentingan  kawasan  hutan  simpan / rezab hutan.
- Mengekalkan  habitat  flora  dan  fauna.
- Mengekalkan  kawasan  hutan  sebagai  kawasan tadahan air.
- Menyerdehanakan  suhu.
- Mengawal  dan mengurangkan kadar proses  hakisan  tanah  dan tanah runtuh.
- Aset /daya  tarikan  aktiviti  eko pelancongan.
- Mengekalkan  keseimbangan  ekosistem.
- Sebagai  pusat  pendidikan   dan  penyelidikan  tentang  ekosistem , flora  dan  fauna.  


Langkah  kawalan :

1. Langkah  perundangan  ( penggunaan  akta  perhutanan  , pemantauan  dan  hukuman )  kepada  pesalah.

2. Kempen Kesedaran Alam sekitar " Sayangi  Hutan Kita " .

3. Pendidikan Alam  Sekitar .

No comments:

Post a Comment