Thursday 13 August 2020

Tajamkan skill kita : PANDUAN MENJAWAB SOALAN ( Apakah , Nyatakan , Senaraikan ) .

 Tajamkan Skill Kita   :  PANDUAN  MENJAWAB  SOALAN  .


a)  Penggunaan  kata  kerja ;

      Apakah   ,  Senaraikan  ,  Nyatakan .


b) Ciri  Jawapan .

      -  Jawapan  perlua   ringkas   dan  padat .

      - Nyatakan  keperluan  jawapan  sahaja.


c) Kata  hubung  yang  biasa  digunakan .

     - merujuk  kepada ,  iaitu , dan  , serta .


d) Contoh  Soalan  

Soalan  1 :

Apakah  yang  yang  dimaksudkan  sebagai  kualiti  penduduk ?

Contoh  Jawapan  :

    Kualiti  penduduk  merujuk  kepada ciri- ciri  yang  yang  perlu ada kepada  penduduk  sebagai  sumber  iaitu   mempunyai tahap pendidikan  dan   penguasaan  kemahiran  yang tinggi , sihat tubuh  badan serta  mempunyai sikap yang positif  dan  lebih mobliti  dalam pelbagai  bidang   pekerjaaan. Penduduk juga dikatakan berkualiti jika mereka mengusai kemahiran ICT serta boleh menguasai pelbagai  bahasa dalam  berkomunikasi.



Soalan  2 :

Nyatakan faktor-faktor yang  mempengaruhi  daya tampung  sesuatu sumber alam  ?

Contoh  Jawapan  : 

    Antara faktor yang  mempengaruhi daya  tampung  sesuatu  sumber alam  ialah kualiti dan kuantiti  sesuatu sumber alam  , kawalan  terhadap aras  penduduk yang  boleh  ditampung  serta kaedah  pengurusan sumber   yang bersistematik  dan teknologi moden   yang  digunakan  untuk  mengekplotasi  sumber alam  tersebut.



No comments:

Post a Comment