Monday, 31 August 2020

Tips : MEMBINA GRAF GARISAN .

 Tips : MEMBINA GRAF  GARISAN .



Langkah-langkah  membina  graf  garisan .

1. Lakarkan  dan lengkapkan paksi  X  dan  paksi Y,


Kelemahan Calon :
Gagal melengkapkan  paksi X  dan paksi  Y  dengan  maklumat  yang  lengkap. Paksi  X mesti ada " tahun "  dan " 1990 , 1995 dll " . Paksi  Y mesti  ada maklumat  paksi  dan unit .

2. Penggunaan skala  dan pembinaan  plotan / garisan .
    - Umumnya  skala  graf  telah  disediakan  bersama  soalan .
       Cth : 1 cm mewakili  10 ribu tan  metrik .
                 Skala  ini  bermaksud  jarak  antara sela /sengat  pada paksi Y adalah  1cm  dan mempunyai  nilai 10 ribu .


    -    Selepas  skala pada  paksi Y  dan  tapak pada paksi  X lengkap , lorekan plotan  boleh  dilakukan  berdasarkan data  yang disediakan dalam  jadual.

*Peringatan  kepada calon :
  Kesilapan  pada skala akan  menyebabkan  semua markah untuk plotan ( bar & garisan ) akan  hilang.



3. Melengkapkan  graf  dengan  tajuk   dan  petunjuk ( jika data melebihi satu  unsur )

Kelemahan   calon
Tidak menulis  tajuk  dengan  lengkap .


3. Paparan  Graf  Garisan  yang  telah  lengkap.




4.  Paparan Graf  garisan  yang  telah  disemak  dan akur  dengan  skema  pemarkahan yang  lengkap.



                                  #hidupkitaacuankita                                     #kitausahakitajaya.

No comments:

Post a Comment