Wednesday 2 September 2020

 Info  : TRANSFORMASI  DESA &                               KETIDAK SEIMBANGAN                                    PEMBANGUNAN.


1. Konsep :

Merujuk  kepada  perubahan sosioekonomi  penduduk luar bandar/ desa akibat  proses pembangunan . 


2. Ciri-ciri / indikator / petunjuk  proses  Transformasi Desa berlaku :

  • Perubahan  guna  tanah  daripada  kegiatan  ekonomi tradisional kepada kegiatan ekonomi moden.
       

  • Perubahan kepada  penggunaan  teknologi dalam  pelbagai  kegiatan  ekonomi  , kegunaan  harian  dan  domestik.
       


  • Pertambahan  penduduk - secara semulajadi  atau migrasi pekerja / buruh  dari  luar.        

  • Perubahan pola  petempatan  dari  berselerak  kepada  pola  petempatan  berpusat  dan  berjajar.     

  • Pertambahan  prasarana  ,  kemudahan  infrastruktur  dan kemudahan sosial.
       
  
  • Perubahan sikap , gaya  hidup  dan budaya  penduduk daripada  tradisional  kepada moden  ( materialistik &  individualistik  ) 


3. Fungsi petempatan  desa/luar  bandar.
  • Pusat  pertanian  ; 
      - Kawasan tanaman  getah , kelapa sawit  dan lain-lain tanaman.
      - Contoh : Gugusan Segi tiga Jengka , Kawasan Tanjung Karang.
       

  • Pusat perikanan :
       - Perkampongan nelayan  dan  menjadi pusat pendaratan  ikan.
       - Contoh : Endau ( Johor ) , Tumpat ( Kelantan ) 
       

  • Pusat perlombongan:
  • Pusat penternakan :
  • Pusat pengumpulan  hasil-hasil hutan.

4. Faktor pengaruhi letakan  dan  perkembangan petempatan luar bandar/ desa.
  • Bentuk muka bumi  tanah pamah.
       - Ciri-ciri  : rata , luas , subur ( tanih aluvium ) - tanaman padi 
       - Kelebihan : mudah membina petempatan , jaringan jalan raya ,           sistem pengairan  dan menjalankan pelbagai aktiviti pertanian  
          seperti membajak , menanam , menuai  dll.
        

  • Sumber  air .
       - Petempatan  tepi  sungai , pantai , tasik.
       - Mudah  mendapat  bekalan air  untuk kegunaan domestik  , 
         sumber makanan /protien  , mengairi kawasan pertanian  dll.
        


  • Taburan sumber  bahan  mentah.
        - Taburan  mineral  bijih  timah  , bauksit , emas  .
        - Menggalakkan  aktiviti  perlombongan .
        - Contoh : Sungai Lembing ( Pahang ) , lembah Kinta ( Perak ) ,  Bukit Goh ( F ) Pahang.
          

  • Potensi  kawasan.
       - Bergantung  kepada potensi semulajadi yang  terdapat di 
          kawasan tersebut  yang  boleh dimajukan / dieksplotasi 
          sebagai aset / asas pembangunan  ekonomi.
       - Contoh : Bentuk muka  bumi  kawasan batu  kapor di kawasan 
          Gua Tempurong ( Perak )



  • Dasar kerajaan.
       - Pembukaan pusat tanah rancangan oleh Felda .
       - Cth : Segitiga Jengka ( Pahang ) , Gugusan felda Sahabat ( Sabah ) , KEJORA ( Johor )  ,  KETENGAH ( Terengganu ) , KESEDAR ( Kelantan )  dll.
          



5. Dasar / Pendekatan / Strategi  Pembangunan Desa.

5.1. Pembangunan  in situ.
       - Kerajaan menyediakan pelbagai prasarana  dan  kemudahan 
          infrastruktur asas ( bekalan elektrik , bekalan air  bersih ,    
          jaringan jalan raya dll.
       - kemudahan-kemudahan  yang  disediakan akan  menjana  
          pembangunan fizikal  dan  ekonomi  kawasan tersebut.
          

  
5.2.  Projek  Pembangunan Pertanian  Bersepadu ( IADP ).
        - Pembangunan kawasan  dilakukan  dengan  menyatupadukan 
           semua agensi  kerajaan  mengikut kepakaran / kemahiran / 
          bidang  tugas agensi  tersebut.
          MARDI  - R&D  tanaman , AGRO BANK - Bantuan Dana /  
          Modal , JPS - Membina  dan  menyelia sistem pengairan , 
          LPPK - khidmat nasihat & bantuan Input-input pertanian , 
          BERNAS - bantuan pemasaran padi petani , JKR - Membina  
         dan  menyelenggara jaringan  jalan raya , IADP - Menyelaras  
         projek  pembangunan. 
        - Contoh : Projek Pembangunan Pertanian  Bersepadu  Barat 
           Laut Selangor.
           


       5.3. Rancangan Pembangunan Wilayah. 
       -  Pembukaan  tanah-tanah rancangan  di bawah  Projek 
         Pembangunan Wilayah.
      -  Tujuan : mewujudkan  pusat-pusat pertumbuhan  yang  baru  
        di  kawasan-kawasan yang terpencil.
      - Diuruskan  oleh  FELDA ( Lembaga Pembangunan  Tanah 
         Persekutuan ).
      - Setiap  kawasan  FELDA akan  dilengkapkan  dengan  
        pelbagai  kemudahan  asas  dan  kemudahan awam.
        
  

5.4. Perindustrian Desa.
       - Memajukan  kawasan luar bandar/ desa  dengan  cara 
         menggalakkan perkembangan sektor industri  yang  sedia ada  
         di kawasan tersebut.
      - Berupaya  meningkatkan peluang pekerjaan , pendapatan  
        perkapita penduduk  kampong , permintaan terhadap  bahan-
        bahan  mentah / keluaran  kawasan tersebut.
      - Contoh : Industri memproses makanan berasaskan krepek - 
        Ayer Hitam ( Johor ) , Industri berasaskan kelapa - Sungai 
       Besar ( Selangor ) , Industri berasaskan ikan - Losong ( 
       Terengganu ).
        


       5.5. Pembandaran  Desa.
         - Membandarkan pekan-pekan  yang kecil yang  berpotensi  
         untuk  menjadi pusat-pusat pertumbuhan  yang  baru.
       - Melalui  konsep  Pusat Tranformasi Desa ( RTC ) pekan-
         pekan   kecil  akan dilengkapi  dengan  pelbagai  kemudahan  
         prasarana untuk meningkatkan kebolehfungsiannya .  
          
Ringlet di Cameron Highlands - bandar  yang wujud 
akibat  proses pembandaran desa .- perkembangan sektor  agropelancongan .


5.6. Pembangunan Sosial .
      -  Dasar kerajaan  menyerakkan  pembinaan  pelbagai  institusi pengajian  tinggi  di kawasan pinggir / luar  bandar.
      - Mengalakkan  migrasi  dalaman  di kalangan  pelajar , staf  dan tenaga pengajar .





6. Kesan Tranformasi Desa  kepada alam sekitar fizikal  ( ASF )
  • Kemerosotan kualiti  alam sekitar   
- pencemaran udara - pembakaran terbuka  / pembakaran sisa  pertanian/ kewujudan pelbagai kilang  IKS  - gas-gas pencemar - kemerosotan kualiti  udara berlaku.
 - pencemaran  air  - penggunaan baja kimia / racun rumpai / racun mahkluk perosak / penyaliran sisa ruminan / ternakan .
 -  jerebu - pembakaran terbuka  / pembakaran sisa pertanian -  tingkatkan  kepekatan bahan  terampai di udara - habuk / debu / gas - hadkan  jarak  penglihatan. 
-  kemusnahan  habitat  flora  dan  fauna  - kemusnahan struktur hutan  - hilang kawasan perlindungan / pembiakan pelbagai hidupan - kemusnahan habitat  flora  dan  fauna.
- peningkatan  suhu  setempat - struktur hutan musnah - tumbuhan rosak - proses respirasi / fotosintesis  terganggu - kadar sejatpeluhan berkurangan - udara  kering  - suhu  meningkat  .
 - kemusnahan rantaian  makanan  - struktur hutan  musnah  - peranan tumbuhan sebagai pengeluar terjejas  -  pengguna primier  kekurangan makanan - populasi pengguna sekunsder dan pengguna tertier  turut  berkurangan
-  hakisan tanah  - struktur hutan  musnah  - peranan kanopi  dan litupan tutup bumi terjejas - tanah terdedah  kepada  larian  air permukaan - tingkatkan kadar  hakisan .
- tanah runtuh - struktur tanah  terdedah  kepada air hujan  - kadar  resapan tinggi  - tanah tepu air  -  jisim  tanah  bertambah / daya jelekitan regolit / butiran  tanah  longgar - tarikan  graviti  gerakkan tanah menuruni cerun.


7. Langkah-langkah kurangkan kesan proses Tranformasi Desa terhadap  alam  sekitar .
  • Langkah perundangan.
- Penguatkuasaan  Akta Kualiti  Alam Sekitar  1974 , Akta Racun Makhluk Perosak 1974  , Akta perhutanan 1984 - Agensi penguatkuasa boleh ambil tindakan .
  • Langkah kempen kesedaran alam  sekitar.
  • Langkah  pendidikan alam sekitar.
  • Langkah  struktural / taktikal / pengurusan .



Unit 2 : Pembangunan .

2.1. Konsep Pembangunan .
-      Usaha meningkatkan  perkembangan dalam pelbagai aspek kehidupan penduduk disesuatu kawasan melalui pelbagai program ekonomi  ,sosial  dan fizikal .
-     Merangkumi aspek :
      2.1.1. Pembangunan  fizikal  pelbagai  usaha meningkatkan ciri  guna tanah dengan pelbagai projek / program yang berupaya merubah / mengubah  pandang darat  fizikal  sesuatu  kawasan / petempatan  . Cth : pembinaan kemudahan infrastruktur  , pelaksanaan pelbagai projek ekonomi   ( pertanian  , perindustrian  , pembalakan dan lain-lain .
      2.2.2. Pembangunan ekonomi - pelbagai usaha untuk meningkatkan peluang pekerjaan  , meningkatkan sumber pendapatan  perkapita penduduk  , meningkatkan sumber pendapatan  negara  / peningkatan  KDNK  , mewujudkan  pelbagai kesan pengganda ekonomi  ,  menyediakan sumber bahan mentah  industri .
      2.2.3. Pembangunan sosial - usaha-usaha meningkatkan taraf hidup penduduk melalui pelbagai aktiviti seperti  meningkatkan taraf pendidikan  ,  meningkatkan taraf kesihatan  , meningkatkan taraf kemahiran  dan   meningkatkan kemudahan infrastruktur  .

2.2. Indikator Berlakunya Pembangunan .
       2.2.1. Berlakunya peningkatan  / berupaya  mengupayakan  peluang pekerjaan yang banyak  , berupaya meningkatkan pendapatan perkapita penduduk ,  dapat menggandakan  jumlah / sumber pendapatan negara /  KDNK negara  , mewujudkan kesan pengganda ekonomi yang besar . ( Indikator berlakunya pembangunan  ekonomi ) .
     2.2.2. Berlakunya peningkatan taraf pendidikan , meningkatnya kemudahan kesihatan  dan teknologi perubatan .  meningkatnya taraf  hidup penduduk  , meningkatnya kemudahan pengangkutan ( pembinaan jalan raya / lebuh raya / lapangan terbang / pelabuhan / pengangkutan  rel  ) yang  banyak . 
 
2.3. Faktor Mempengaruhi Ketidakseimbangan  Pembangunan antara kawasan / wilayah / negara  .
       2.3.1. Faktor fizikal / Semulajadi  - kepelbagaian bentuk muka bumi (  tanah tinggi / tanah rendah  , pesisir pantai  , ciri-ciri bentuk muka bumi yang unik dan menarik , sungai / tasik / pesisir pantai   dll ) , Faktor ciri-ciri  iklim / pelbagai unsur cuaca       ( suhu  , hujan  , sinaran cahaya matahari  , tiupan angin dll ) , faktor tumbuh-tumbuhan ( jenis litupan tumbuhan & peranan kepada penduduk ) - bincangkan / huraikan  sama ada / bagaimana " ia "menghalang atau menggalakkan pembangunan ekonomi / sosial / mempengaruhi ketidakseimbangan pembangunan )
       2.3.2. Faktor ekonomi - Bincangkan / huraikan  bagaimana pelbagai sumber alam ( kesuburan tanah  / kewujudan pelbagai sumber galian / mineral  / liputan tumbuhan semulajadi  dll  - mempengaruhi kewujudan peluang pekerjaan  , kewujudan kesan pengganda ekonomi setempat  , keupayaan menjana sumber pendapatan penduduk setempat , kemampuan mengurangkan kadar pengangguran penduduk setempat  , mempengaruhi aliran masuk / aliran penduduk setempat dll - kaitkan dengan pengaruhinya terhadap ketidakseimbangan pembangunan antara kawasan .
       2.3.3. Faktor sosial - Bincangkan / huraikan /terangkan bagai mana kewujudan kemudahan pendidikan tinggi ( IPTA / IPTA / Kolej-kolej kemahiran   Tinggi - mempengaruhi migrasi masuk penduduk  dan mewujudkan kesan pengganda pembangunan ( meningkatkan pembinaan kawasan petempatan  , ruang dan peluang  perniagan dan perkhidmatan  , menyebarluaskan jaringan pengangkutan dll.
       2.3.4. Faktor sejarah - Bincangkan / huraikan / terangkan bagai mana  faktor penjajahan memusatkan proses pembandaran dan melengkapkan  bandar tersebut  dangan pelbagai kemudahan infrastruktur  yang lengkap .  Petempatan untuk ini dijadikan pusat pentadbiran mereka dan mengabaikan bandar-bandar lain . Proses pembandaran tinggalan penjajah , memudahkan bandar berkembang berkembang dan wujud perbezaan kadar pembandaran yang berbeza dengan bandar lain selepas merdeka - menyebabkan ketidakseimbangan proses pembandaran / pembangunan tidak seimbang.
       2.3.5. Faktor kerajaaan - Bincangkan / huraikan / terangkan bagaimana usaha kerajaan  mewujudkan pemusatkan fungsi / peranan sesuatu petempatan / bandar  dengan tujuan-tujuan seperti pembukaan bandar-bandar industri  / pembukaan pusat-pusat pentadbiran  / pembukaan pusat-pusat pelancongan  / pembukaan pusat-pusat pelancongan . Kaitkan dengan apa yang kerajaan buat untuk menarik migrasi masuk penduduk ( menyediakan kawasan petempatan  , kemudahan infrastruktur  , kemudahan pendidikan . kemudahan kesihatan  dan jaringan pengangkutan ( jalan raya /pengangkutan rel  , pelabuhan  , lapangan terbang ) Kaitkan pula dengan peranan kemudahan dengan pembangunan ( meningkatkan darjah ketersampaian / mobiliti penduduk / pelancong  / pergerakan barangan  dan perkhidmatan  dll ). Kaitkan juga dengan aliran migrasi penduduk  dan pengaruhnya terhadap ketidak seimbangan pembangunan / proses pembandaran / kepadatan penduduk . 




2.4. Langkah Menyeimbangkan Pembangunan .
          ( Ulang balik fakta strategi pembangunan luar 
             bandar / tranformasi desa )

2.4.1. Pembangunan  in situ.
       - Kerajaan menyediakan pelbagai prasarana  dan  kemudahan 
          infrastruktur asas ( bekalan elektrik , bekalan air  bersih ,    
          jaringan jalan raya dll.
       - kemudahan-kemudahan  yang  disediakan akan  menjana  
          pembangunan fizikal  dan  ekonomi  kawasan tersebut.
          

  
2.4.2. Projek  Pembangunan Pertanian  Bersepadu ( IADP ).
        - Pembangunan kawasan  dilakukan  dengan  menyatupadukan 
           semua agensi  kerajaan  mengikut kepakaran / kemahiran / 
          bidang  tugas agensi  tersebut.
          MARDI  - R&D  tanaman , AGRO BANK - Bantuan Dana /  
          Modal , JPS - Membina  dan  menyelia sistem pengairan , 
          LPPK - khidmat nasihat & bantuan Input-input pertanian , 
          BERNAS - bantuan pemasaran padi petani , JKR - Membina  
         dan  menyelenggara jaringan  jalan raya , IADP - Menyelaras  
         projek  pembangunan. 
        - Contoh : Projek Pembangunan Pertanian  Bersepadu  Barat 
           Laut Selangor.
           


       2.4.3. Rancangan Pembangunan Wilayah. 
       -  Pembukaan  tanah-tanah rancangan  di bawah  Projek 
         Pembangunan Wilayah.
      -  Tujuan : mewujudkan  pusat-pusat pertumbuhan  yang  baru  
        di  kawasan-kawasan yang terpencil.
      - Diuruskan  oleh  FELDA ( Lembaga Pembangunan  Tanah 
         Persekutuan ).
      - Setiap  kawasan  FELDA akan  dilengkapkan  dengan  
        pelbagai  kemudahan  asas  dan  kemudahan awam.
        
  

2.4.4. Perindustrian Desa.
       - Memajukan  kawasan luar bandar/ desa  dengan  cara 
         menggalakkan perkembangan sektor industri  yang  sedia ada  
         di kawasan tersebut.
      - Berupaya  meningkatkan peluang pekerjaan , pendapatan  
        perkapita penduduk  kampong , permintaan terhadap  bahan-
        bahan  mentah / keluaran  kawasan tersebut.
      - Contoh : Industri memproses makanan berasaskan krepek - 
        Ayer Hitam ( Johor ) , Industri berasaskan kelapa - Sungai 
       Besar ( Selangor ) , Industri berasaskan ikan - Losong ( 
       Terengganu ).
        


       2.4.5. Pembandaran  Desa.
         - Membandarkan pekan-pekan  yang kecil yang  berpotensi  
         untuk  menjadi pusat-pusat pertumbuhan  yang  baru.
       - Melalui  konsep  Pusat Tranformasi Desa ( RTC ) pekan-
         pekan   kecil  akan dilengkapi  dengan  pelbagai  kemudahan  
         prasarana untuk meningkatkan kebolehfungsiannya .  
          
Ringlet di Cameron Highlands - bandar  yang wujud 
akibat  proses pembandaran desa .- perkembangan sektor  agropelancongan .


2.4.6. Pembangunan Sosial .
      -  Dasar kerajaan  menyerakkan  pembinaan  pelbagai  institusi pengajian  tinggi  di kawasan pinggir / luar  bandar.
      - Mengalakkan  migrasi  dalaman  di kalangan  pelajar , staf  dan tenaga pengajar .




No comments:

Post a Comment