Thursday, 1 October 2020

 Info : ANALISIS  ITEM SOALAN  STPM                ( PENGGAL  3 :  2013 - 2021 )

            SEGMEN B ; GEOGRAFI KEMANUSIAAN.


STPM 2013

Soalan  3 .

( a )  Bagaimanakah   pemanasan  global  berlaku ?   ( 4m ).

( b )  Kenalpasti  dua ( 2 ) fenomena yang  berlaku  akibat  pemanasan  global    .     ( 2m ).

( c )  Jelaskan dua ( 2 ) kesan pemanasan  global  ke atas alam  sekitar manusia . ( 4m )



Soalan 4 

( a ) Huraikan   dua   ( 2  ) prinsip pembangunan  lestari  . ( 4m )

( b )  Berikan  perbezaan antara  konsep pemeliharaan  dan  pemuliharaan alam sekitar    . ( 2m )

( c )  Mengapakah  kerjasama  antarabangsa  penting dalam menangani  isu alam sekitar ?  ( 4m )


STPM 2013 ( U ) .



Soalan  3 .

Berdasarkan  gambar  di atas .

( a )  Jelaskan  dua ( 2 )  aktiviti  manusia  yang  telah  mempercepatkan  kejadian  tersebut .  ( 4m ).

( b )  Jelaskan  tiga (  3 ) langkah  kestrukturan  yang  boleh  digunakan  / dijalankan  oleh  pihak  berkuasa tempatan bagi  mengelakkan kejadian tersebut  daripada   berlaku .     ( 6m ).



Soalan 4 

( a ) Kenalpasti   dua   ( 2  ) jenis  penyakit  bawaan air  akibat daripada pencemaran  air  . ( 2m )

( b )  Jelaskan   dua   ( 2 )  punca pencemaran  daripada bahan  pepejal  terampai    . ( 4m )

( c )  Bagaimanakah  pencemaran   udara  yang  kritikal  boleh menjejaskan  kesihatan  manusia ?  ( 4m )


STPM 2014 .

Soalan 3 .

( a ) Takirfkan maksud " memastikan  aras  penduduk yang boleh ditampung " dalam  prinsip pembangunan berterusan     .( 2m ).

( b )  Huraikan  fokus  pakatan  kerjasama antarabangsa yang berikut   . 

     i)  Protokol  Montreal. 

    ii) Persidangan Rio.  ( 4m )

( c )  Bagaimanakah  konsep  pembangunan  berterusan  ( lestari )  boleh  diterapkan  dalam konteks  pengurusan  hutan  di Malaysia.     ( 4m ).


Soalan 4 

( a ) Jelaskan  tiga ( 3 ) sektor  ekonomi  tertier  menjadi  punca kemerosotan kualiti  air laut  . ( 6m )

( b )  Huraikan  dua   ( 2 )  langkah  perundangan untuk mengatasi  kemerosotan  kualiti  air       . ( 4m )

 

STPM 2014 ( U )

Soalan 3 .

( a ) Jelaskan tiga ( 3 )  impak  aktiviti   pembalakan  terhadap  kepelbagaian  biologi     .( 6m ).

( b )  Jelaskan dua ( 2 ) langkah bukan perundangan yang  boleh digunakan untuk  mengurangkan  masalah  kepupusan sumber alam yang tidak boleh  diperbaharui  . ( 4m )



Soalan 4 

( a ) Bagaimanakah  aktiviti  pertanian  ladang memberi  kesan negatif kepada  persekitaran  fizikal   . ( 6m )

( b )  Jelaskan dua   ( 2 )  langkah  perundangan untuk mengatasi  kesan negatif pertanian  ladang      . ( 4m ) 


STPM 2015 .

Soalan 3 .

( a ) Nyatakan dua ( 2 )  aktiviti  manusia yang  menyumbang  peningkatan sisa pepejal  di dalam sungai    .( 2m ).

( b )  Mengapakah  kadar  pembuangan  sisa  pepejal  semakin  meningkat  di bandar. . ( 4m )

( c )  Cadangkan dua ( 2 ) langkah  bukan  perundangan bagi  mengurus pembuangan sisa-sisa pepejal  yang lebih  berkesan  di Malaysia. ( 4m ) 


Soalan 4 

( a ) Huraikan dua ( 2 ) strategi pelaksanaan  agenda  pembangunan lestari di peringkat pihak  berkuasa tempatan ( PBT )  . ( 4m )

( b )  Jelaskan tiga  ( 3 )  cabaran  dalam melaksanakan prinsip  pembangunan  lestari     . ( 6m ) 




STPM 2015 ( U )

Soalan 3 .

( a ) Bagaimanakah  aktiviti  pertanian boleh  menjejaskan alam sekitar fizikal  setempat   .( 6m ).

( b )  Jelaskan dua   ( 2 )  langkah  bukan   perundangan untuk mengurangkan  kesan aktiviti pertanian  terhadap alam  sekitar fizikal  . ( 4m )


Soalan 4 

( a ) Apakah  yang  dimaksudkan  dengan  pembangunan berterusan   . ( 2m )

( b )  Jelaskan dua ( 2 )  faedah  yang diperolehi daripada  perjanjian alam sekitar  antarabangsa    . ( 4m ) 

( c )   Jelaskan  dua ( 2 ) komitmen Malaysia untuk  merealisasikan  perjanjian alam  sekitar  antarabangsa    . ( 4m )



STPM 2016

Soalan 3 .

( a ) Huraikan  dua ( 2 )  impak negatif  pembangunan sektor pembinaan  terhadap  kesihatan  manusia    .( 4m ).

( b )  Huraikan tiga  ( 3 )  langkah   perundangan untuk mengawal  impak  negatif dalam  sektor  pembinaan . ( 6m )


Soalan 4 

( a ) Nyatakan  dua  ( 2 ) aktiviti ekonomi  primier yang  menjadi  punca  kemusnahan sumber hutan  di Malaysia  . ( 2m )

( b )  Huraikan dua ( 2 )  kesan  kemusnahan  hutan semulajadi  terhadap aktiviti  ekonomi  . ( 4m ) 

( c )   Jelaskan  dua ( 2 ) langkah pemuliharaan  sumber  hutan di Malaysia . ( 4m )



STPM 2017

Soalan 3 .

( a ) Jelaskan  tiga ( 3 ) kesan negatif  aktiviti  pembinaan jalan raya terhadap alam sekitar fizikal   .( 6m ).

( b )  Huraikan dua ( 2 )  langkah bukan  perundangan untuk mengatasi  kesan  negatif  aktiviti  peembinaan  jalan raya. ( 4m )


Soalan 4 

( a ) Takrifkan  konsep  pembangunan berterusan  . ( 2m )

( b )  Jelaskan fokus  utamaDeklarasi Langkawi . ( 2m ) 

( c )   Jelaskan  tiga ( 3 ) kepentingan  kerjasama  ASEAN dalam menangani  isu jerebu  rentas  sempadan. ( 6m )



STPM 2018

Soalan  3


( a ) Berdasarkan  situasi dalam gambar  di atas , jelaskan  tiga  ( 3 ) kesan negatif situasi  tersebut terhadap  alam  sekitar  fizikal .( 6m ).

( b )  Berdasarkan jawapan anda ( a ) , cadangkan dua ( 2 )  langkah pemuliharaan bagi mengatasi  kesan  negatif  tersebut. ( 4m )


Soalan 4 

( a ) Jelaskan  dua ( 2 ) langkah  untuk  mengorientasikan semula teknologi  dalam  mencapai  pembangunan  berterusan . ( 4m )

( b )  Huraikan  tiga ( 3 ) langkah untuk  meningkatkan  kesedaran tentang  pembangunan  lestari  di Malaysia. ( 6m ) 



STPM 2019.

Soalan  3

( a ) Huraikan  tiga ( 3 )  kesan  pembinaan tidak terancang  kepada kualiti alam sekitar .( 6m ).

( b )  Mengapakah  pembinaan kawasan petempatan masih  dilaksanakan  di kawasan berisiko. ( 4m ) 


Soalan 4 

( a ) Nyatakan dua ( 2 ) kerjasama antarabangsa yang memberikan tumpuan khusus kepada  isu perubahan  iklim. ( 2m )

( b )  Jelaskan  dua ( 2 ) usaha yang  dilakukan oleh Malaysia dalam menangani isu perubahan  iklim. ( 4m ).

( c )  Huraikan dua ( 2 ) kepentingan kerjasama  antarabangsa dalam menangani isu  perubahan  iklim. ( 4m ) 



STPM 2020.

Soalan  3

( a ) Jelaskan  dua ( 2 )  kesan  negatif aktiviti  pembinaan  landasan kereta api  terhadap alam sekitar fizikal   .( 4m ).

( b )  Huraikan  tiga ( 3 )  langkah untuk mengattasi kesan aktiviti pembinaan  landasan kereta api  . ( 6m ) 


Soalan 4 

( a ) Jelaskan  konsep yang berikut . 

        (i)   Pemeliharaan  alam  sekitar  

        (ii)  Pemuliharaan alam  sekitar                                   ( 4m )

( b )  Jelaskan  tiga  ( 3 ) langkah pemuliharaan  kawasan  terumbu karang di Malaysia  . ( 6m ).




STPM 2021.

Soalan  3

( a )  Bagaimanakah  aktiviti  pertanian  boleh menjejaskan alam sekitar  fizikal  setempat .( 6m ).

( b ) Jelaskan   dua ( 2 ) langkah bukan perundangan  untuk mengurangkan  kesan aktiviti  pertanian  terhadap alam sekitar fizikal  . ( 4m ) 


Soalan 4 

( a ) Jelaskan tiga ( 3 ) usaha yang dilaksanakan oleh Malaysia untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan  pembangunan  berterusan  / lestari   ( 6m )

( b )  Mengapakah  pembangunan lestari  perli  dilaksanakan di Malaysia  . ( 4m ).



STPM 2022.


Soalan  3

( a ) .( 6m ).

( b )  . ( 4m ) 


Soalan 4 

( a )   ( 2m )

( b )   ( 4m ).

( c )   ( 4m ) 




STPM 2023.

Soalan  3. 

Jelaskan konsep yang berikut :

( a ) ( i ) .  Pemeliharaan alam sekitar .  ( 6m ).

( a ) ( ii ).  Pemuliharaan  alam  sekitar ( 4m ).  

                                                                                           ( 4 markah )

( b ). Cadangkan tiga ( 3 ) langkah bukan perundangan bagi  pemuliharaan hutan .                                                         ( 6 markah )


Soalan 4 

( a )   Jelaskan dua ( 2 ) impak  aktiviti perindustrian  terhadap kemerosotan kualiti  alam sekitar .                          ( 4 markah  )

( b )   Jelaskan bagaimana sektor perindustrian  menjejaskan  alam sekitar  manusia                                                              ( 6 markah  )

( c )   ( 4m ) 

No comments:

Post a Comment