Monday 5 October 2020

 

Libur GEOG : BANGAU ..OH... BANGAU ! 

          (  SENI  &  GEOGRAFI )


1.0.  Isu

-   Masyarakat  Melayu  merupakan  kumpulan  etnik  yang kaya  dengan  kepelbagaian  seni  budaya . Salah  satu  cabang seni budaya yang  semakin terabai  ialah  genre nyanyian  kana-kanak . Masyarakat lampau  menggunakan genre  ini  sebagai  salah  satu  kaedah untuk  mendidik  atau  menyampaikan  sesuatu mesej  kepada audien mereka .


2.0.  Kupasan.

-  Geografi  merupakan m/pelajaran  yang mempunyai ciri-ciri  solf  kronologi dalam kaedah  penyampaian  sesuatu  fakta amat sesuai  menggunakan sesuatu  kaedah penyampaian yang mementingkan tata susun  / kronologi. Melalui  kaedah  yang  santai  dan  bermaklumat , para  pelajar akan  dapat mengingat fakta-fakta  utama sesuatu kejadian  atau  fenomena  selain  dapat  memahami  proses-proses yang  menyebabkan terjadinya  fenomena / kejadian  tersebut.

-   Antara  genre lagu  kanak- kanak  yang mudah diimplimentasikan dalam  penerangan  guru  ialah  lagu  " Bangau  oh.... Bangau ".


3.0.  Geografi  & Seni Penyampaian.

-     Geografi  merupakan  m/pelajaran Interaksi Alam dan Manusia yang  sewajarnya mempunyai kaedah penyampaian  yang  menyeronokkan. Gabungan  penguasaan  fakta dan   elemen pedagogi  yang mantap   serta  kreativiti  guru  yang  tinggi  akan  mampu  menghidangkan sesi  pembelajaran yang bukan  sahaja  menarik malahan  berkesan.  

-      Gabungan pelbagai    teknik  penyampaian akan  membantu guru menghidupkan  suasana  pembelajaran  dalam  kelas di samping  dapat  mengukuhkan  hasil  pembelajaran  yang  telah  dilaksanakan. 



4.0 Implimentasi Lagu  " Bangau  oh... Bangau "  dalam  proses  pembelajaran  Geografi.


-   Lagu  ini  boleh  digunakan dalam  2  situasi :
1. Menggunakan plot  cerita  dalam  nyanyian  tersebut sebagai penerangan  terhadap konsep  kronologi / urutan  kejadian  dalam penerangan . 
Contoh : Dalam  menghuraikan  kejadian  hakisan  tanah . kronologi / susunan  plot  kejadiannya  ialah >
P1  :  Penyahutanan / Pembersihan  hutan / Pembalakan.
P2  :  Permukaan  tanah gondol  dan  terdedah  kepada  air hujan.
P3  :  Aliran  air  hujan  membentuk larian air  permukaan.
P4  :  Larian air  permukaan  menyebabkan  butiran tanah  terhakis.


2.  Menggantikan  lirik  /senikata   lagu   "  bangau oh  bangau  "  dengan   istilah / perkataan  yang  berkaitan  dengan  isu /tema / tajuk  yang  sedang  dipelajari .

Tajuk : "  Tanah  Oh ......  tanah " .
Minus  One : "  Bangau  Oh... bangau " .

Tanah  Oh  tanah 
mengapa  kau  terhakis .
macam mane  aku  tak dihakis ,
hujan  hakis  aku . 2X.

Hujan Oh... hujan ,
kenapa  kau  hakis  tanah ,
Mcam  mane  aku  tak  hakis ,
muka  tanah  gondol . 2X.

Tanah  oh  tanah .
mengapa  muka  kau  gondol ,
macam  mane  aku  X gondol ,
manusia  tebang  hutan . 2X.


* Dalam  hal  ini , terpulanglah  kepada  setiap  individu.            Kreativiti dalam menghasilkan sesuatu  adalah seni  potensi  yang perlu  dicongkel  , pupuk  dan akan  mengambil masa  untuk  matang. Yang  penting  hargai  setiap  potensi  diri  yang  Allah  anugerahkan . 


#serlahkankreativiti
#pembelajaranmenarikjanakecemerlangan.









            















No comments:

Post a Comment