Friday 9 October 2020

 

Jum!..  Tajamkan Skill Kita :                                                     BIASAKAN  YANG BETUL  ,           BETULKAN YANG   BIASA. 

             (  Satu Tranformasi Minda )


1.0. Isu :

Penyampaian  fakta  yang   baik   banyak  dipengaruhi  oleh  olahan  huraian  yang   lengkap . Jalinan  ini  dalam  perenggan disertai  unsur-unsur  penegasan  dan  peneguhan  akan  memantapkan  penyampaian  calon .  Berikut  adalah  beberapa panduan  pemilihan  dan   penggunaan  istilah / perkataan  membolehkan  penyampaian  isi / fakta  yang  lebih  baik.




2.0. Pemahaman   konsep :   

2.1.  Ciri / cara  guna tanah  

Cara bagaimana tanah digunakan .

Ciri guna tanah  di bandar : sebagai  kawasan  petempatan  , kawasan perindustrian , kawasan perniagaan  , kawasan pentabiran  , kawasan pelancongan  , kawasan pengangkutan ( kegiatan ekonomi moden ) .



Ciri guna  tanah di kawasan luar  bandar / kampong : sebagai  kawasan pertanian  , kawasan penternakan   ,kawasan perikanan  , kawasan akulkultur  , kawasan perlombongan dll ( kegiatan  ekonomi tradisional ).




2.2.2. Saliran  , Pengairan  dan  Perairan .

- Saliran : kawasan yang  mempunyai ciri-ciri aliran  air yang mengalir secara  semulajadi seperti  cerun-cerun bukit.

                


- Pengairan : kawasan  yang  mempunyai sistem penyaliran air buatan  manusia  seperti  pembinaan sistem perparitan  , longkang , smart tunnel dll.




- Perairan :  kawasan  laut .




3.0. Pengunaan   istilah/ perkataan yang  sesuai.

3.1.  Menjawab  soalan "  kesan  "  :

- Istilah  cadangan :

 mengakibatkan ,   menyebabkan  , terjadi  akibat , disebabkan oleh .

-  Contoh ayat :

1.  Penebangan hutan yang tidak terkawal   akan  mengakibatkan permukaan tanah terdedah kepada  air hujan dan mengalami proses hakisan  yang giat. 

2.  Pembalakan  secara  besar-besaran akan menyebabkan kemusnahan struktur hutan  lalu menjejaskan habitat  pelbagai flora  dan  fauna. 

3.  Kejadian  banjir  kilat  terjadi akibat daripada aktiviti pembangunan  yang  tidak  terancang. 

4.  Kejadian  aliran lumpur  berlaku disebabkan oleh  tanah yang tepu dengan  air  , lalu   membentuk  kelodak  dan bergerak menuruni cerun .


3.2.  Menjawab  soalan "  kepentigan / faedah / sumbangan   "  :

- Istilah  cadangan :

dapat   ,  berupaya  ,  lebih banyak  , melipatgandakan  . meningkatkan ,

-  Contoh ayat :

1.  Aktiviti  penanaman padi  dapat menyediakan peluang  pekerjaan  kepada penduduk setempat.  . 

2. Aktiviti  akuakultur  akan  berupaya  menjadi sumber pendapatan sambilan  nepayan dalam musim tengkujuh.. 

3.  Penggunaan teknologi  moden  dalam sektor pertanian  dapat meningkatkan  pendapatan perkapita penduduk. 



No comments:

Post a Comment