Sunday 18 October 2020

 Info : KAEDAH PENGKULTURAN  TANAH.                      (  VERMIKOMPOS )

- Kaedah Pertanian Mesra Alam .



Malaysia adalah sebuah negara membangun yang mempunyai masalah peningkatan pengeluaran bahan buangan dan masalah yang berkaitan dengan pelupusan sampah. 


Penduduk Malaysia bertambah dengan unjuran purata 1.6% setiap tahun (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2016). Begitu juga dengan jumlah pembuangan sisa pepejal yang meningkat sebanyak 3% setiap tahun. Sementara itu, sebanyak 1.2 juta tan hasil buangan pertanian telah dicatatkan.



Sisa buangan ini jika tidak diuruskan dengan baik akan mendatangkan masalah pelupusan. Masalah ini dapat diatasi dengan kaedah kitar semula bahan-bahan buangan tersebut. Salah satu langkah yang boleh dilakukan adalah dengan membuat kompos. Terdapat pelbagai cara membuat kompos dan teknik vermikompos adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan. Kaedah vermikompos bermaksud menukarkan bahan-bahan buangan organik kepada satu bahan humus dengan menggunakan cacing tanah. 



Penggunaan cacing tanah boleh mencepatkan dan meningkatkan kecekapan dalam penghasilan kompos tersebut. Cacing tanah terdiri daripada tiga jenis iaitu jenis Anecic (mengorek lubang keluar dari tanah dan aktif pada waktu malam), Endoqeic (mengorek lubang ke dalam tanah, makan daripada sisa bahan organik dan jarang berada di permukaan tanah) dan Epigeic (hidup pada lapisan sarap daun dan makanannya terdiri daripada pereputan bahan organik).


Foto : Cacing  sebagai  sumber penguraian dalam
 proses pengkulturan  tanah.

 Cacing jenis Epigeic paling sesuai untuk digunakan dalam membuat vermikompos. Antara spesies cacing tanah yang biasa digunakan untuk penghasilan kompos ini ialah Eisenia fetida dan Eudrilus eugeniae.

Foto : Medium kompos dalam proses pemeraman.

            

                                        Foto :  Hasilan proses Vermikompos

No comments:

Post a Comment