Saturday 24 October 2020

 Info : EMPANGAN   DI MALAYSIA  & FUNGSINYA .



1.0.  Tahukah  anda :

- Terdapat  102  buah  empangan  pelbagai saiz di Malaysia.

- Empangan  yang  terbesar  di Malaysia  ialah  empangan Bakun  yang  terletak  di Lembah Belaga  , Sarawak.



2.0.  Fungsi /  kepentingan  empangan  di Malaysia.

- Terdapat  lima   fungsi   utama  empangan  di Malaysia .


1. Empangan  pengairan .


-
Berfungsi  sebagai  projek  pengairan   dan  tebatan banjir.               ( projek pengairan kawasan pertanian   dan berperanan  untuk menakung curahan    hujan untuk mengelakkan banjir berlaku di bahagian  hilir  sungai ).

- Terdapat  16  buah  empangan  yang  berfungsi sebagai empangan pengairan   . Antara empangan   yang  terlibat  ialah : 

1. Empangan  Timah Tasoh  di Perlis .

2. Empangan anak  Endau  dan Pontian  di Pahang.

3. Empangan  Bekok  dan Semberong  di Johor.




2. Empangan pertanian :


Berfungsi untuk  mengawal aliran  air  di kawasan-kawasan pertanian yng  berhampiran .  

- Terdapat  7  buah  empangan yang  terlibat  iaitu ;

1. Empangan Sungai  Muda , Kedah.

2. Empangan Pedu   ,Kedah.

3. Empangan Sungai  Baru  , Selangor.



3. Empangan rekreasi.


Berfungsi  untuk mewujudkan  kolam takungn  / tasik-tasik  untuk  tujuan  rekreasi  atau  pengurusan  ekologi  kawasan .

- Terdapat  2  buah  empangan  iaitu ;

1. Empangan Putra Jaya .

2. Empangan  Ayer Keroh ,  Melaka.



4. Empangan Hidroelektrik.

Berfungsi  sebagai  stesen janakuasa tenaga  elektrik .

-  Diuruskan  oleh  Tenaga Nasional  Berhad.

- Antara  empangan hidroelektrik  di Malaysia  ialah :

1. Empangan   Bakun ,  Sarawak .

2. Empangan  Pergau  , Kelantan . 

3. Empangan  Temenggor / Chenderoh ,  Perak.



5.0. Empangan  bekalan  air :

-  Berfungsi sebagai  kawasan  tadahan air  untuk  keperluan domestik.


3.0.  Kesan pembinaan empangan  kepada alam sekitar.

1. Kemusnahan habitat  flora  dan  fauna .

2. Rantaian makanan dalam  sesuatu  ekosistem akan terjejas.

3. Kepupusan spesis  tertentu  flora   dan  fauna.

4. Takungan air  akan  menambahkan jisim  kerak bumi  dan  boleh terjadinya  proses ataman bumi.

5. Menyebabkan  perubahan  lanskap  fizikal / perubahan  pandang darat fizikal.

6.  Mengakibatkan  fenomena  tanah  runtuh.

7. Gangguan  terhadap  kitaran  sistem  hidrologi  dan  sistem  sungai .

8. Kemusnahan  hutan .

No comments:

Post a Comment